Anda di halaman 1dari 2

BAB 1 : Pengenalan Teori Konstruktivisme merupakan salah satu Teori Pengajaran dan

Pembelajaran. Apa yang dapat difahamkan daripada teori ini dapat dilihat sendiri daripada perkataan konstruktivisme itu. Dari segi bahasa , konstruktivisme membawa maksud membina sesuatu. Justeru itu, makna dari segi istilah untuk Teori Konstruktivisme ini adalah suatu kefahaman yang dibina sendiri oleh murid tersebut dengan bimbingan dan bantuan daripada guru. Cara P&P ini adalah aktif yang dapat mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada yang terdapat pada seseorang murid. Dalam menjayakan Teori Konstruktivisme dalam P&P, peranan daripada pelbagai pihak adalah sangat penting terutamanya daripada guru dan juga murid. Hal ini adalah kerana P&P adalah tertumpu kepada interaksi dua hala antara dua golongan ini. Sekiranya , kedua dua golongan ini memberikan kerjasama yang baik, suatu proses berkongsi ilmu akan berjalan dengan lancar. Apabila Teori Konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan murid dan guru akan berubah kerana cabaran cabaran yang akan dihadapi turut berubah. Dapatan kajian pada tugasan pada kali ini ialah kekuatan Teori Konstruktivisme dan juga kelemahan Teori Konstruktivisme. Dalam apa jua hal, akan terdapat kekuatan dan juga kelemahannya tersendiri. Kelemahan yang wujud mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kelebihan yang terdapat pada teori ini merangkumi dari sudut berfikir, faham, ingat, yakin, kemahiran sosial dan juga seronok. Bagi merumuskan teori ini, kepentingan Teori Konstruktivisme diberi perhatian dan juga implikasinya terhadap P&P. Antara kepentingannya adalah dengan adanya teori ini akan menjadi satu dimensi baru dalam kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh seorang guru supaya murid tidak akan mudah merasa bosan apabila guru sering menggunkan teknik pengajaran yang sama sahaja. Dari segi implikasinya pula adalah wujud terhadap guru dan murid secara pastinya. Tambahan lagi, dalam membincangkan tentang Teori Konstruktivisme ini turut diselitkan terapi terapi yang pelbagai dalam melaksanakan P&P dalam bilik darjah. Terapi Bercerita diberi penekanan dalam kajian ini. Terapi Bercerita membawa maksud

satu medium untuk berkomunikasi antara guru dan murid. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan murid bagi membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang lebih menarik. Perkaitan yang jelas dilihat antara Teori Konstruktivisme dan Terapi Bercerita ialah ianya akan menghasilkan satu proses P&P yang menarik dalam menjawab segala pertanyaan yang terdapat pada seseorang murid yang didorong kuat oleh sifat ingin tahu yang wujud secara semulajadi dalam diri mereka. Selain daripada itu, murid juga akan bertindak aktif dalam bilik darjah dimana akan memberi kelebihan kepada guru dan juga diri mereka sendiri dimana mereka akan lebih mudah ingat tentang apa yang dipelajari. Kesimpulannya , aspek yang terdapat dalam Teori Konstruktivisme harus dititikberatkan dalam menggabungjalinkannnya dengan Terapi Bercerita. Kesannya P&P yang berlaku dalam bilik darjah akan menjadi menyeronokkan antara guru dan murid khususnya.

Anda mungkin juga menyukai