Anda di halaman 1dari 2

Nama: Crystal Ng Kelas: 2 Bumi

Harga barang-barang didapati naik semasa musim perayaan. Bincangkan.

 C : Langkah : Apakah yang boleh dilakukan

Dalam meniti kehidupan pada marcapada, seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, umur, ataupun
jumlah pendapatan, terpaksa menghadapi masalah kemelesetan ekonomi yang kian melanda. Ancaman
ini mampu mendatangkan pelbagai kesan buruk misalnya kekurangan kuasa pengguna untuk membeli.
Pada waktu yang sama, harga barang-barang yang kebanyakan merupakan harga yang amat tinggi,
didapati naik semasa musim perayaan. Hal ini sangat tidak adil dan hanya menyusahkan pengguna.
Namun demikian, bagaimanakah perkara ini tercetus? Terutamanya, untuk lebih memahaminya, prinsip
ekonomi mesti diketahui, iaitu apabila penawaran melebihi permintaan, maka harga barangan
berkenaan akan turun. Sebaliknya apabila permintaan melebihi penawaran atau bekalan, maka harga
akan naik. Proses ini amat wajar dan sering berlaku dalam kehidupan seharian, tetapi kerap kali tanpa
disedari oleh kita. Walau bagaimanapun, harga barang-barang keperluan, contohnya ayam dan telurnya,
naik pada musim cuti sekolah dan musim-musim perayaan. Padahal bekalan adalah stabil. Di sinilah
jelasnya kuasa beli pengguna telah mempengaruhi pasaran. Dalam bulan-bulan cuti sekolah, bula puasa,
dan hari raya, permintaan ayam dan telur ayam meningkat. Kenduri Kahwin, Bunga Telur, Rendang
Ayam, Ayam Percik, Kek, semuanya meningkat pada musim ini. Permintaan meningkat bukan sahaja
untuk kegunaan sendiri, tetapi juga untuk dijual. Bukan sahaja permintaan meningkat oleh suri rumah,
tetapi juga untuk memenuhi perlabagai keperluan seperti kenduri. Kesemua hal di atas sangat
menyusahkan pengguna, oleh itu, bagaimana gangguan ini dapat diatasi?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, langkah yang paling berkesan dalam penyelesaian apa jua
masalah ialah penguatkuasaan ungang-undang. Hal ini adalah kerana perlaksanaaan undang-undang
untuk mengelakkan peningkatan harga barangan semasa musim perayaan amat senang dilakukan
dengan kawalan yang berkesan. Sebagai contoh, denda yang bersesuaian harus dikenakan terhadap
pihak-pihak yang didapati meningkatkan harga barang-barang mereka apabila musim perayaan
menjelang, tanpa sebab yang munasabah. Dengan berbuat demikian, makalah peniaga-peniaga lain
akan menerima amaran untuk tidak berbuat demikian untuk mengelakkan daripada menghadapi nasib
yang sama.

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, kawalan yang teliti dan rapat oleh pihak kerajaan patut
dilakukan. Hal ini demikian adalah untuk memastikan harga barang-barang tidak mengalami
peningkatan yang tidak wajar apabila musim perayaan mendekati. Sebagai contoh, peniaga akan
mengetahui bahawa harga barang-barang jualannya akan diteliti rapat dan oleh itu, tidak terdorong
untuk melanggar undang-undang.

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa boleh juga menghantar pemeriksa yang menyamar
sebagai pengguna biasa ke kedai-kedai peniaga untuk memastikan bahawa undang-undang diikuti. Hal
ini adalah kerana sekiranya peniaga menjual barang-barang yang dikenakan harga yang tinggi semasa
musim perayaan kepada pemeriksa yang disangkanya merupakan pembeli biasa, makanya peniaga akan
didapati melakukan kesalahan dan seterusnya diberkas. Kesannya, peniaga akan memastikan bahawa
barang-barangnya dijual dengan harga yang tetap kerana takut akan didenda.

Jika dilihat daripada aspek kuasa pengguna pula, mereka boleh melakukan pemboikotan
terhadap kedai yang didapati oleh mereka meninggikan harga semasa musim perayaan. Hal ini demikian
kerana tanpa pembeli, iaitu mereka yang memainkan peranan yang terpenting dalam sebuah
perniagaan, kedai tersebut tidak dapat melakukan jualan, dan sehubungan dengan itu, tidak dapat
meraih keuntungan. Misalnya, seorang suri rumah mendapati bahawa sebuah kedai menaikkan harga
barangnya semasa musim perayaan. Dia akan menasihati kawan-kawannya yang lain untuk
mengelakkan daripada membeli barangan di kedai tersebut. Kesannya, pekedai akan menyedari bahawa
dia mengalami kerugian daripada tindakannya, dan selanjutan daripada itu, dia akan berbalik kepada
harga-harganya yang asal untuk menarik balik pelanggan-pelanggan yang dihilanginya.

Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa dengan kerjasama pihak berkuasa dan juga para
pengguna, maka masalah harga barang-barang yang naik semasa musim perayaan dapat diselesaikan
untuk mengelakkan kesan-kesan buruknya yang berpelbagai. Antaranya adalah seperti pemberontakkan
oleh pengguna terhadap pihak perniaga. Tambahan pula, peninggian harga boleh menyebabkan suasana
meriah musim perayaan terjejas kerana santapan disediakan dengan hati yang tidak puas jika
mengetahui bahawa barang dijual dalam cara yang tidak adil.

594 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai