Anda di halaman 1dari 3

Harga barangan di pasaran semakin mahal dari semasa ke semasa.

Bincangkan
punca-punca kenaikan harga barangan tersebut.

KARANGAN LENGKAP
Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena baru. Isu ini bukan sahaja
hangat di Malaysia malah negara-negara lain juga berhadapan dengan kemelut yang
sama.
Salah satu punca kenaikan harga barang adalah kerana faktor bencana alam.
Produk-produk yang dipengaruhi oleh cuaca dan iklim akan meningkat apabila berlaku
bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya. Sebagai contoh,
apabila India yang merupakan negara pengeksport bawang dilanda banjir, harga
bawang tiba-tiba melonjak naik kerana banyak hasil tanamannya terjejas dan pada
musim tengkujuh harga ikan menjadi mahal kerana nelayan tidak dapat turun ke laut.
Selain itu, kenaikan harga minyak juga memberikan impak yang besar dalam
kenaikan harga barangan. Apabila harga minyak meningkat, kos pengangkutan juga
meningkat. Ini secara tidak langsung mempengaruhi harga barangan yang akan
dipasarkan. Contohya, apabila harga minyak diumumkan meningkat, peniaga akan
menaikkan harga barangan bagi menampung kos operasi mereka. Harga

nasi

tumpang yang dihantar ke Kuala Lumpur yang dulunya berharga RM4.50 meningkat
menjadi RM6.00 kesan daripada kenaikan harga minyak.
Punca seterusnya kenaikan harga barangan adalah disebabkan oleh sikap
peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Ada peniaga yang mengambil kesempatan

untuk mengaut keuntungan secara berlebihan selepas pelaksanaan GST (Goods and
Services Tax) pada 1 April 2015 . Peniaga-peniaga kecil yang tidak layak mendaftar
GST juga turut sama menaikkan harga barang.

Walaupun terdapat banyak aspek yang mempengaruhi kenaikan harga barangbarang tersebut, namun hal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan
undang-undang oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan yang akan
memantaunya dari semasa ke semasa. Selain itu, pihak kerajaan perlu memberikan
subsidi kepada rakyat khususnya bagi mereka yang berpandapatan rendah bagi
menampung kos sara hidup.

1.Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan dalam mengawal harga barang-barang
-pemantauan harga barangan dan penetapan harga harus dilaksanakan secara istiqamah dan
berkesan. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan tiada peniaga yang akan menaikkan
harga barangan sesuka hati
-- menguatkuasakan undang-undang yang seperti hukuman penjara, denda yang
setimpal atau lesen perniagaan ditarik balik

2. Sekiranya pelanggan tertipu dengan harga barang yang terlalu tinggi, apakah yang boleh
dilakukan?
-Kita boleh melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna
-Selain itu, sebagai pengguna, kita berhak menggunakan kuasa untuk memboikot barangan,
memboikot peniaga mahupun kedai yang berkaitan apabila mereka meletakkan harga yang lebih
tinggi.

3. Bagaimanakah cara untuk mennjadi pengguna yang bijak dan menghadapi kenaikan harga
barang?
-Segala perbelanjaan yang tidak diperlukan haruslah dikurangkan bagi mengelakkan
pemborosan dan pembaziran. Apabila melakukan pembelian atau semasa membeli-belah, masyarakat
haruslah menyenaraikan barang yang hendak dibeli dan tidak membeli barangan secara berlebihan.

4. Apakah yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi kenaikan harga
barang?

-Memberikan BRIM, mewujudkan kedai satu Malaysia, mewjudkan kedai harga Patut yang
menjual barang-barang pada harga yang berpatutan.

Anda mungkin juga menyukai