Anda di halaman 1dari 2

Malaysia tidak terkecuali berdepan kenaikan harga barang ketika berikutan pandemik COVID-19.

Isu kenaikkan harga


barang telah menjadi buah mulut masyarakat dan semakin membelenggu rakyat Malaysia.. Bagi golongan yang hidup
seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, keadaan tekanan kos sara hidup yang
meningkat telah membebankan golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, masyrakat perlu Bersatu padu untuk
mengatasu kenaikan harga barang sebelum nasi menjadi bubur . Persoalannya, apakah peranan Masyarakat dalam
mengatasi isu kenaikan harga barang?

Sebagai pembuka bicara, Masyarakat memainkan peranan yang dominan dalam berani mempertahankan hak sebagi
warganegara. Masyarakat perlulah membuat aduan apabila mengemukakan terdapat peniaga yang individualistik
menaikkan harga demi keuntungan diri. Contohnya, aduan tersebut perlulah dibuat kepada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Aduan yang bersifat spesifik seperti menyatakan
maklumat kedai dan makanan yang dinaikan harga membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil
tindakan yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, masyarakat diseru supaya tidak menyuarakan permasalahan
melalui sosial media ibarat anjing menyalak bukit kerana tidak mengguna saluran yang betul. Tuntasnya, Masyarakat
haruslah membuat aduan terhadap peniaga yang menaikkan harga supaya hukuman setimpal dapat dikenakan
kepada mereka.

Selain itu, Masyarakat haruslah berani mempertahankan hak sebagi warganegara. Masyarakat mempunyai hak untuk
mendapatkan perkidmatan yang memuaskan dan harga yang berpatutan. Hak sebagai pengguna haruslah dipelajari
sejak di bangku sekolah dan sering diuarkan-uarkan melalui akbar dan televisyen. Hal ini supaya Masyarakat akan
mengetahui hak-hak pengguna. Misalnya, Masyarakat dapat memperjuangkan hak mereka dengan memberikan
pengajaran kepadaa peniaga yang menaikan harga sesuka hati dengan memboikot mereka. Dengan ini, perkaran
tersebut akan menjadi pengajaran kepada peniaga supaya sentiasa mematuhi piawai yang ditetapkan oleh pihak
KPDNHEP. Dengan ini, masyrakat tidak mudah dieksploitasi dan ditipu oleh modus operandi peniaga. Konklusinya,
Masyarakat haruslah mempertahankan hak-hak diri sendiri supaya …..

Akhir sekali, Masyarakat dicadangkan supaya bercucuk tanaman ataypun menyediakan keperl

Peribahasa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga


Pada era modenisasi ini, isu kenaikan harga barang telah menjadi buah mulut rakyat Malaysia dan sudah
membelenggu kehidupan rakyat Malaysia.Peningkatan kos sara hidup membebankan rakyat di negara kita khususnya
orang yang tiada pekerjaan.Hal ini akan merisaukan pencari nafkah dalam sesebuah keluarga kerana mereka menjadi
tiang penopang keluarga dan bertanggungjawab untuk menyara keluarga.Jika rakyat Malaysia tidak mengambil
inisiatif tentang isu kenaikan harga barang ini, beban kewangan rakyat pasti akan semakin bertambah. Oleh itu,
masyarakat perlu bersatu padu untuk mengatasi kenaikan harga barang.Persoalannya, apakah peranan masyarakat
dalam mengatasi kenaikan harga barang?

Masyarakat memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah kenaikan. Masyarakat perlu membuat
aduan tentang kenaikan harga barang untuk memastikan pihak berkuasa mengetahui masalah ini dan dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya.Sebagai contoh, apabila peniaga menaikkan harga barang, masyarakat perlu
membuat aduan kepada Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Aduan bersifat spesifik
membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah
tersebut.Masyarakat dicadangkan supaya tidak menyuarakan permasalahan melalui media sosial ibarat anjing
menyalak bukit kerana tidak menggunakan saluran yang betul.Dengan ini, masalah kenaikan harga barang tidak
dapat diatasi dan berkemungkinan akan didakwa oleh peniaga kerana mencemarkan reputasinya.Jelaslah bahawa,
masyarakat perlulah membuat aduan melalui saluran yang betul supaya dapat membantu menjaga kestabilan
ekonomi negara kita.

Selain itu, masyarakat perlulah bijak merancang pembelian barang.Hal ini dikatakan kerana masyarakat dapat
mengelakkan pembaziran wang pada barang yang tidak diperlukan dan menggunakan wang secara berhemah.
Misalnya,pengguna perlu membuat perancangan dengan menyediakan senarai barang keperluan dan kehendak
sebelum setiap pembelian. Tindakan ini wajar diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat sejak mereka kecil
lagi,bak kata peribahasa seperti pohon bongkok biarlah di ladang. Maka, pengguna tidak akan berbelanja secara
boros.Dengan ini, masyarakat dapat memastikan barangan yang dibeli berada dalam kuantiti yang tidak
melampau.Stok barangan yang terdapat di pasaran tidak akan berkurang kerana pembelian secara panik tidak akan
berlaku.Jadi, peniaga tidak dapat menaikkan harga barangan dengan sesuka hati kerana permintaan tidak melebihi
stok barangan.Jelaslah bahawa senarai barang keperluan patutlah dibuat oleh masyarakat sebelum membeli
barangan seharian untuk mengelakkan masalah kewangan pada masa hadapan.

Di samping itu, masyarakat perlulah mempraktikkan aktiviti bercucuk tanam atau menternak ternakan sendiri.Hal ini
demikian kerana generasi muda kini kian berasa bahawa aktiviti seperti bercucuk tanam merupakan aktiviti yang
akan membosankan diri. Oleh itu, masyarakat boleh mencuba bercucuk tanam atau menternak ternakan sendiri
kerana dapat menyediakan keperluan harian yang digunakan.Tamsilnya, masyarakat boleh memiliki halaman atau
kawasan yang luas untuk menanam cili ,kacang panjang dan sawi atau di dalam pasu.Masyarakat bukan itu sahaja
tidak perlu membeli sesetengah barang keperluan yang semakin meningkat harganya tetapi juga dapat menjimatkan
perbelanjaan makanan,bah kata peribahasa hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Dalam konteks ini, harga
barang akan stabil kerana kekurangan sumber makanan.Tuntasnya, masyarakat hendaklah bercucuk tanam atau
menternak ternakan sendiri supaya mengurangkan kos dalam membeli barangan seharian.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha dapat dilakukan oleh masyarakat untuk mengatasi kenaikan harga
barang.Sikap berpeluk tubuh dan bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan sahaja perlu dikikis kerana inflasi
ekonomi tidak dapat dielakkan.Maka, rakyat Malaysia perlu memainkan peranan sendiri untuk memerangi isu
kenaikan harga barang.Dengan ini, pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat dapat ditangani dan ditambah baik
apabila kenaikan harga barang diatasi.Semoga masyarakat dapat berusaha dengan sepenuhnya dan berganding bahu
menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.

Anda mungkin juga menyukai