Anda di halaman 1dari 8

.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kempen
berterusan perlu dilakukan untuk menggalakkan anggota masyarakat supaya membeli barangan
buatan Malaysia. Kempen Beli Barangan Malaysia harus dijalankan atas kerjasama media massa dan
Kementerian Perdagangan Dalam, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelbagai iklan, dokumentari,
rancangan, wawancara dan sebagainya harus disiarkan dalam siaran televisyen, radio, surat khabar
dan majalah. Tegasnya, kempen tersebut dapat mencelikkan minda pengguna kita supaya
mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan
Malaysia, seperti peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.”

Pada masa yang sama, pihak swasta harus bertindak proaktif untuk memperluaskan
perniagaan dengan mempromosikan barangan Malaysia. Salah satu tindakan yang maslahat ialah
mengadakan ekspo di seluruh negara. Pengeluar harus bergabung tenaga untuk memperkenalkan
barangan mereka kepada para pengguna. Sebagai contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba
tempatan boleh diadakan untuk memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang
mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara. Jelasnya, promosi dan ekspo
mampu memperluaskan perniagan barangan buatan Malaysia.

Para pengusaha industri kecil dan sederhana serta usahawan korporat perlu berusaha
meningkatkan kualiti barangan hasil mereka sama ada bahan pertanian, penternakan atau buatan
kilang sehingga mencapai kriteria ISO atau SIRIM. Dengan ilmu sains dan teknologi yang canggih,
barangan Malaysia bukan sahaja perlu bermutu malah harus terjamin dari segi kesihatan,
keselamatan dan mesra alam. Oleh itu, kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu
bertanding dan bersaing dengan barangan import bak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu berbangga terhadap barangan Malaysia yang


bermutu tinggi. Seisi negara patut seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu
perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Oleh hal yang demikian, segenap lapisan
masyarakat mestilah bersinergi dan berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli
barangan buatan Malaysia supaya dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan
selama ini.
Dalam menongkah arus perdana era globalisasi, liberalisasi dan dunia tanpa sempadan,memang
tidak dinafikan bahawa dunia kita telah melangkah ke arah modenisasi. Abad ke-21 telah
menyaksikan bahawa pelbagai cetusan idea dan percubaan yang membanggakan yang dilaksanakan
supaya negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara moden yang lain.
Sama ada kita sedar atau tidak lantaran, kita selalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang
semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan yang beronak yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Sebagai negara
membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan
serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan
barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari
segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam
menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak
menguntungkan. Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan seharusnya
dilontar jauh-jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari
serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Walau bagaimanapun, berdasarkan
perangkaan terkini yang diperoleh didapati bahawa peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan
barang buatan negara malah menyokong barangan buatan Malaysiatelah menurun setiap tahun.
Mengapakah perkara sebegini berlaku ? Mengapakah rakyat negara tidak sanggup menyokong
buatan negara? Tepuk dada tanyalah selera kerana isu-isu ini telah menjadi buah mulut masyarakat
negara kini. Berita ini sering dipaparkan di dada-dada akhbar dan tidak kurangnya di media massa.
Pelbagai cara perlu dilaksanakan untuk menggalakkan pembelian barangan
buatanMalaysia terutamanya rakyat negara sendiri.

Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap rakyat kita
sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita
terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk
tempatan negara ini. Rakyat Malaysa perlu mengutamakan barangan buatan Malaysia serta
mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Manfaat serampang dua mata akan dinikmati
oleh pelbagai pihak apabila rakyat mengutamakan barangan tempatan. Manfaat pertama ialah
dapat mengelakkan pengaliran keluar wang negara ini. Kedua, dapat menggalakkan pembangunan
industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing.
Berikutan itu, FOMCA(Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia) dengan kerjasama semua gabungan
persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada
pengguna. Senarai itu boleh diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (Miti), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan syarikat-syarikat terbabit
yang mengeluarkan barangan berkenaan. Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan
tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport
bahan itu. Berikutan itu, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan
buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit
sekarang. Langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat
membeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung pada produk import.
Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya sehingga menyebabkan ramai
yang rambang mata. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan
kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran di luar negara. Barangan
elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama
buatan Malaysiamembanjiri pasaran. Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian,
pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara. Untuk
mengalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia, rakyat sendiri perlu mengamalkan tabiat
berbelanja secara berhemat. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan di
kalangan rakyat negara ini yang turut menyumbang kepada penurunan ringgit disebabkan
kemudahan memperolehi kemudahan kredit. Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat
berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk
mengurangkan kesan hutang. Dengan mengamalkan tabiat berjimat cermat dan berfikir sebelum
membeli, rakyat dapat menjimat pembelanjaan malah dapat digunakan samasa kecemasan .
Tindakan ini bagai sambil menyelam minum air. Rakyat sepatutnya menyokong barang
buatan Malaysia yang tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah
mempunyai kualiti dan kuantiti yang baik. Kalau rakyat Malaysia sendiri tidak menyokong negara
sendiri lebihnya kepada pendatang dan pembeli daripada luar negara. Rakyat seharusnya
memberikan sokongan sepenuhnya kepada negara sendiri dengan membeli barang
buatan Malaysia yang semakin meningkat mutunya dan mampu bertanding dengan negara lain yang
maju.

Pada era langit terbuka ini, media massa merupakan satu medium yang signifikan dalam
mempengaruhi pemikiran orang ramai. Sebagaimana, yang kita tahu, media massa boleh
dibahagikan kepada dua iaitu media cetak dan media elektronik. Dalam hal ini, pihak media
memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha
menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Pihak media cetak memainkan peranan dalam
menerangkan kebaikan barangan buatan Malaysia serta faedahnya malalui suratkhabar dan majalah.
Media cetak digalakkan mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan
buatan Malaysia kerana dapat mempengaruhi minda manusia yang ramai bagai mata pena lebih
tajam daripada mata pedang. Hal ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan
dan rakyat dalam pengeluaran barangan tempatan. Manakala, media elektronik seperti radio,
televisyen dan internet juga merupakan wadah yang penting dalam penyebaran maklumat. Sebagai
contoh, kewujudkan online membeli-belah membolehkan rakyat membeli barang
buatan Malaysia dengan senang melalui internet. Sesungguhnya, pihak media massa memainkan
peranan yang signifikan untuk menggalakkan anggota masyarakat kita supaya membeli
barangan Malaysia. Kempen Beli Barangan Malaysia harus dijalankan atas kerjasama
media massa dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelbagai
iklan, dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya harus disiarkan dalam siaran televisyen,
radio, surat khabar dan majalah. Usaha sama kerajaan dan artis tempatan dalam mempromosikan
barang buatan Malaysia dapat menarik minat orang ramai terutamanya golongan remaja. Maka
sudah terang lagi bersuluh bahawa media massa merupakan elemen yang penting dalam usaha
mengalakkan orang ramai membeli barang buatan Malaysia.
Pada masa yang sama, pihak swasta harus bertindak proaktif untuk mempromosikan
barangan Malaysia. Salah satu tindakan yang maslahat adalah mengadakan ekspo di seluruh negara.
Pengeluar harus bergabung tenaga untuk memperkenalkan barangan mereka kepada para
pengguna. Ketika ekspo diadakan, jurujual atau jurucakap syarikat tersebut dapat memperkenalkan
produk syarikat secara langsung kepada pengguna tentang keistimewaan dan keunikan produk
mereka. Sebagai contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk
memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang mutunya dengan bahan
kosmetik atau makanan kesihatan luar negara, seperti ditanggung halal, menggunakan bahan
semula jadi dan boleh digunakan tanpa was-was. Sehubungan dengan itu, ekspo buah-buahan
tempatan, ekspo fesyen pakaian tempat dan ekspo industri kecil dan sederhana juga patut diadakan
dari semasa ke semasa. Hakikatnya, Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 telah berjaya mengadakan
ekspo barangan Malaysia kepada pengguna dan berjaya mendapat sambutan yang hangat.
Pengeluar kita harus bersikap komitmen bagai genggam bara api biarlah sampai jadi arang.
Keikhlasan dan kesungguhan mereka pasti dapat menarik perhatian pengguna kita untuk membeli
produk Malaysia. Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran,
promosi dan pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas
mereka dan tidak sekadar bekerja bagai melepaskan batuk di tangga. Dalam hal ini, infrastruktur
serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan
bandar, dengan infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan
buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi penduduk-penduduk di luar bandar serta
kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur
dan sistem pengedaran yang kurang efisien. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan perlu
memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk menangani masalah ini.

Di samping itu, Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian


Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara juga dapat menggalakkan
pelancong asing dan pengguna tempatan untuk membeli produk Malaysia. Pihak berkenaan harus
menetapkan bahawa hanya baranganMalaysia yang akan ditawarkan potongan harga yang istimewa.
Atas tajaan pengeluar kilang, premis perniagaan seperti gedung beli-belah, pasar raya besar
terutamanya Giant, Jusco, Tesco, Metrojaya, Parkson, Mydin dan sebagainya boleh mengadakan
jualan megah atau jualan murah tentang barangan Malaysia secara besar-besaran. Jika harga
barangan Malaysia sangat menawan, para pengguna pasti tertarik hari untuk
membelinya. Para pelancong juga turut terpukau oleh potongan harga yang istimewa. Di samping
memajukan industri pelancongan, Karnival Membeli-belah Malaysia juga dapat melariskan
barangan Malaysia. Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara
berterusan. Ini akan dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan
sebagai usaha untuk membantu merancakkan dan memacu tranformasi ekonomi negara. Kempen
ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia.
Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi.
Justeru itu, semua agensi, sektor swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing. Pihak
berkenaan harus mengadakan pertandingan kuiz, melukis poster, menulis esei, dan lagu patriotik
bersempena dengan kempen tersebut. Kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan amat sinonim dengan kempen tersebut dapat mencelikkan minda pengguna kita supaya
mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan
Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Dengan mengadakan kempen kesedaran dan
ceramah yang pelbagai bentuk, barang buatan Malaysia dapat diperkenalkan kepada orang ramai
supaya semua orang tidak kira orang tempatan atau pendatang dapat mENARIK minat terhadap
barang buatan Malaysia.

Sementelahan pula, pihak sekolah perlu menerapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar
sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian kerana
semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja kita supaya mereka terpanggil untuk
membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Melalui mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, nilai cinta akan negara, taat
setia kepada raja dan negara ,dan sanggup berkorban untuk negara boleh disuntik kepada generasi
muda kita. Kita patut mencontohi warganegara Jepun dan Koreakerana rakyat mereka berasa
bangga untuk membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea,
semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG dan Panasonic.
Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
keEMPAT malalui Dasar Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat baik nagara lain yang
baik untuk meningkatkan taraf kehidupan negara ke araf baru. Jika pelajar kita telah diterapkan
semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa
hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan
pengguna yang banyak berbelanja. Golongan remaja juga merupakan harapan negara kita ,ini kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia,
produk Malaysia pasti akan laris di pasaran. Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di
atas, kita mendapati bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam mengalakkan
masyarakat membeli barang buatan Malaysia.

Secara tuntasnya, pelbagai cara perlu dilaksanakan untuk menggalakkan masyarakat membeli
barang buatan Malaysia. Berbagai-bagai pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama bagai aur
dengan tebing dalam mempromosikan kabaikan dan faedah membeli barangan buatan Malaysia.
Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan
pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka
dan bukan sekadar bekerja seperti melepaskan batuk di tangga. Di kawasan bandar, dengan
infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatanMalaysia dengan harga yang
berpatutan. Tetapi penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah
harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang kurang efisien.
Pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan
mencari jalan untuk menangani masalah ini. Ibu bapa juga harus menjadi rol model dan suri
teladan yang baik kepada anak mereka kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Anak-anak
seperti sebutir permata yang belum digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya
sehingga menjadi berlian yang indah dan berSINAR. Natijahnya, rakyat Malaysia patut menghayati
tema Hari Kebangsaan;1Malaysia Menjana Transformasi menyemarakkan semangat seisi negara
agar seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap dengan
membeli barangan Malaysia. Negara kita, tanggungjawab kita merupakan azimat yang tersemat agar
kita berbangga dengan barangan Malaysia yang bermutu tinggi.
Sesungguhnya, pihak media massa memainkan peranan yang signifikan untuk menggalakkan
anggota masyarakat kita supaya membeli barangan Malaysia. Kempen Beli Barangan Malaysia harus
dijalankan atas kerjasama media massa dan Kementerian Perdagangan Dalam Negara, Koperasi dan
Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai iklan, dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya harus
disiarkan dalam siaran televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Pihak berkenaan harus
mengadakan pertandingan kuiz, melukis poster, menulis esei, dan lagu patriotik bersempena dengan
kempen tersebut. Kata orang tua-tua, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Dengan
propaganda daripada pihak media, kempen tersebut dapat mencelikkan minda pengguna kita
supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli
barangan Malaysia, seperti peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.”

Untuk menjamin kualiti barangan Malaysia dan memberikan jaminan tentang mutu barangan
Malaysia, para pengusaha sama ada kaum petani, pengusaha industri kecil dan sederhana serta
usahawan korporat harus memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% pendapatan mereka sebagai
belanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pengusaha kita harus mengaplikasikan
budaya R&D sebagai budaya perniagaan mereka. Mereka harus berusaha meningkatkan mutu
barangan hasil mereka sama ada bahan pertanian, penternakan atau buatan kilang sehingga
mencapai kriteria ISO atau SIRIM. Dengan ilmu sains dan teknologi yang canggih, barangan Malaysia
bukan sahaja perlu bermutu malah harus terjamin dari segi kesihatan, keselamatan dan mesra alam.
Selain kualiti, para pengusaha harus sentiasa meneliti, mengkaji dan menyiasat cinta rasa trend
semasa, keinginan pasaran serta pembungkusan yang unik. Perniagaan yang tradisional tidak dapat
bersaing dalam dunia perdagangan yang penuh dengan cabaran dan kompetitif. Salah contoh yang
nyata ialah setiap tahun, Syarikat Nokia dan Apple telah berbelanja berpuluh-puluh bilion ringgit
dalam penyiasatan dan pembangunan supaya produk mereka sentiasa di takuk mercu di pasaran
dunia. Lantaran R&D merupakan pendekatan yang ampuh untuk mengadaptasikan barangan
Malaysia kepada pasaran tempatan dan dunia. Seperti pepatah Cina, “ketika menongkah arus, kita
tidak maju ke depan bermaksud kita telah mundur.”

Pada masa yang sama, pihak swasta harus bertindak proaktif untuk mempromosikan barangan
Malaysia. Salah satu tindakan yang efektif ialah mengadakan ekspo di seluruh negara. Pengeluar
harus bergabung tenaga untuk memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna. Ketika
ekspo diadakan, jurujual atau jurucakap syarikat tersebut dapat memperkenalkan produk syarikat
secara langsung kepada pengguna tentang keistimewaan dan keunikan produk mereka. Sebagai
contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk memperkenalkan
barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan
kesihatan luar negara, seperti ditanggung halal, menggunakan bahan semula jadi dan boleh
digunakan tanpa waswas. Sehubungan dengan itu, ekspo buah-buahan tempatan, ekspo fesyen
pakaian tempat dan ekspo industri kecil dan sederhana juga patut diadakan dari semasa ke masa.
Hakikatnya, Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 telah berjaya mengadakan ekspo barangan
Malaysia kepada pengguna dan berjaya mendapat sambutan yang hangat. Pengeluar kita harus
bersikap komitmen bagai genggam bara api biarlah sampai jadi arang. Keikhlasan dan kesungguhan
mereka pasti dapat menarik perhatian pengguna kita untuk membeli produk Malaysia.

Di samping itu, Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan
Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara juga dapat menggalakkan pelancong asing dan
pengguna tempatan untuk membeli produk Malaysia. Pihak berkenaan harus menetapkan bahawa
hanya barangan Malaysia yang akan ditawarkan potongan harga yang istimewa. Atas tajaan
pengeluar kilang, premis perniagaan seperti gedung beli-belah, pasar raya besar terutamanya Giant,
Jasco, Tesco, Mertojaya, Parkson dan sebagainya boleh mengadakan jualan megah atau jualan
murah tentang barangan Malaysia secara besar-besaran. Jika harga barangan Malaysia sangat
menawan, para pengguna pasti tertarik hari untuk membelinya. Para pelancong juga turut terpukau
oleh potong harga yang istimewa. Di samping memajukan industri pelancongan, Karnival Membeli-
belah Malaysia juga dapat melariskan barangan Malaysia. Hal ini bagai menyelam sambil minum air.

Sementelahan pula, pihak sekolah perlu menerapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar
sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian kerana
semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja kita supaya mereka terpanggil untuk
membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Melalui mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, nilai cinta akan negara
boleh disuntik kepada generasi muda kita. Kita patut mencontohi warganegara Jepun dan Korea
kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya,
dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti
jenama Samsung, LG dan Hyundai. Jika pelajar kita telah diterapkan semangat cinta akan negara dan
ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak
dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja.
Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris di pasaran.

Natijahnya, rakyat Malaysia patut menghayati tema Hari Kebangsaan: 1Malaysia Menjana
Transformasi. Seisi negara patut seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu
perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Negara kita, tanggungjawab kita. Marilah kita
berbangga terhadap barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

Anda mungkin juga menyukai