Anda di halaman 1dari 8

BARANGAN BUATAN MALAYSIA (a) Kepentingan Pembelian Barangan Tempatan Pendahuluan: - Kempen 'Beli Barangan Malaysia' bertujuan menggalakkan

rakyat membeli barangan tempatan - perlu menyokong kempen tersebut - perlu mengubah sikap dan menerima barangan tempatan - perlu menjadi pengguna yang bijak - terdapat pelbagai kepentingan 1. Menjimatkan perbelanjaan - harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import - harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal import - dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain - dapat menabung untuk masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit 2. Industri tempatan semakin berkembang - Banyak industri desa muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan - industri batik, kraf tangan, songket dan tembikar - dapat membantu rakyat hidup selesa 3. Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang - rakyat mendapat peluang pekerjaan dan pengangguran dapat dikurangkan - masalah sosial dapat dikurangkan - dapat menjana pendapatan keluarga - rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa 4. Imej negara dapat ditingkatkan - negara dapat mengeluarkan barangan yang bermutu - mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import - barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dan dompet - menjadi buah tangan pelancong yang datang ke negara kita - Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti 5. Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan - wang dapat digunakan untuk membantu rakyat - kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan - rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera - ekonomi negara menjadi lebih stabil Penutup: - banyak memberi kebaikan kepada pelbagai pihak - perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan - bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju - Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia kebanggaan kita bersama. (b) Usaha-usaha Menggalakkan Pembelian Produk Tempatan Isi-isi: 1. Diri sendiri - membeli dan menggunakan barangan tempatan - barangan buatan Malaysia berkualiti dan setanding dengan barangan import - berbangga dengan barangan buatan Malaysia - contohnya kereta nasional Myvi, dan kasut Bata - perlu menggunakan barang buatan Malaysia dalam kehidupan seharian - sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga dan menyokong barangan keluaran Malaysia. 2. Ibu bapa - menggalakkan ahli keluarga membeli barangan buatan Malaysia - menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah, contohnya perabot, pakaian, makanan dan barangan elektrik - anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapa, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya - ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak. 3. Guru - menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia - guru adalah suri teladan kepada pelajar - memupuk perasaan cinta akan negara - menerangkan kebaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran - sebagai contoh dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan kemahiran hidup - menjadi teladan kepada pelajar dengan menggunakan barangan buatan Malaysia seperti kereta nasional, bak kata peribahasa kepimpinan melalui teladan 4. Media massa sama ada media elektronik atau media cetak - menyiarkan iklan-iklan berkaitan barangan buatan Malaysia - menjadikan iklan barangan buatan Malaysia sebagai selingan semasa menayangkan sesuatu rancangan - iklan-iklan yang kreatif ini mampu menarik minat rakyat untuk membeli barangan buatan Malaysia - rakyat akan dapat maklumat terkini berkaitan barangan buatan Malaysia 5. Kerajaan mengadakan kempen - mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia secara berterusan atau berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam - dapat menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia - memupuk perasaan cinta akan negara, bak kata peribahasa tak kenal maka tak cinta - kerajaan mengadakan promosi barangan buatan Malaysia melalui Karnival Barangan Tempatan - menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia demi Kerana Mu Malaysia.

Kepentingan Membeli Barang Tempatan


Zaman beralih musim bertukar,kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun.Dasawarsa ini,Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma.Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun.Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import.Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diuar-uarkan oleh bekas perdana menteri yang keempat,wajarlah sektor perindustrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran.Oleh itu,kepentingan dalam membeli barangan buatn Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri. Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara.Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka.Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi.Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan .Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan,kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan pembelian seseorang.Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal berbanding membeli barangan tempatan.Ramai yang memberikan persepsi "biar papa asal bergaya" dan "alah membeli menang memakai".Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan tempatan yang sama.Bagi mereka,harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk.Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan import.Sebagai contoh,kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi,Viva dan kini Inspira.Tuntasnya,pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia. Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri.Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1).Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara.Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia ,siapa lagi yang boleh kita harapkan ? Tepuk dada tanya selera.Oleh itu,bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020 nanti. Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri.Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing ? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan ? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka.Maka itu,insaflah anak watan yang begitu memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan.Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import.Oleh itu,belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri. Kesimpulannya,mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat tempatan.Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diridan bermaruah,mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh.Rakyat Malysia perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara.Marilah kita bersama-sama berganding bahu,menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana "bersatu teguh bercerai roboh".Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia,sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Amalan Nilai Murni Asas Kepada Masyarakat Berakhlak Malaysia kini dilanda arus globalisasi yang membawa pelbagai cabaran dalam menghadapi rencah kehidupan.Antara cabaran yang paling besar ialah pudarnya nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat berakhlak. Kita dapat menyaksikan betapa berita mengenai permasalahan sosial sering kali terpampang di dada dada akhbar, malah menjadi polemik yang hangat dibincangkan di negara kita.Menyedari akan hakikat ini semua pihak haruslah ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni bagi menangani kebejatan nilainilai murni ini sebelum nasi menjadi bubur.Persoalannya,apakah amalan nilai murni yang dapat membawa ke arah pembentukan masyarakat berakhlak? Nilai-nilai murni merujuk perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh seseorang itu. Nilai ini turut seiringan dengan norma-norma budaya negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang.Pada suatu ketika dahulu,generasi kita terasuh dengan budaya dan adab sopan yang menitikberatkan nilai-nilai murni dalam setiap percakapan dan perbuatan.Malah, mereka sentiasa meletakkan nilai-nilai murni ini sebagai pelengkap dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini dapat kita lihat melalui pantun-pantun Melayu yang dicipta yang banyak sekali menekankan soal berbudi bahasa dan berhemah tinggi.Perhatikan dua rangkap pantun berikut: Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Tegak rumah kerana sendi, Tegapnya sendi rumah terbina, Sendi bangsa ialah budi, Mantap budi teguhlah bangsa. Jika kita lihat dasawarsa ini,nilai-nilai murni dan budi bahasa semakin terhakis dan adab sopan semakin terkikis sehingga kerajaan kita terpanggil untuk mewujudkan pelbagai kempen berkaitan nilai-nilai murni dan budi bahasa.Malah, Kementerian Pelajaran Malaysia pula sentiasa melakukan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan agar masalah ini dapat ditangani sejak di bangku sekolah kerana pepatah mengatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Para guru sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk nilai-nilai murni ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam .Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang secukupnya. Hal ini demikian kerana kita mahukan sang pohon ini agar dapat bertarung dengan sang ribut yang semberono dan sang angin yang sering mencabarnya. Seandainya nilai-nilai murni ini berdiri teguh dalam diri pelajar ini maka generasi pada masa depan dapat merealisasikan hasrat murni Perdana Menteri kita untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Pelajar yang berbudi bahasa dan berhemah tinggi akan berdiri teguh umpama pohon ini. Mereka bertunjangkan nilai-nilai murni dan tidak tunduk kepada desakan dunia.Sifat-sifat yang dipupuk dengan prinsip-prinsip mulia,dan keyakinan untuk melakukan perkara yang betul perlu sentiasa diterapkan oleh para pendidik agar mereka menghasilkan buah yang terbaik dalam semua aspek kehidupan baik kepada keluarga, komuniti, agama,bangsa dan negara. Selain itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai -nilai Murni yang telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,pada 11 Januari 2005 diharapkan dapat memulihkan generasi kini yang semakin `sakit, namun realitinya walaupun sudah tujuh tahun berlalu, kempen hanya tinggal kempen sahaja. Kerajaan kita telah melaksanakan beberapa siri kempen daripada pelbagai peringkat akar umbi,namun impaknya masih samar.Masyarakat kini mengamalkan hidup yang kasar,melanggar bahasa,tidak mengendahkan tatasusila, dan beradab.Sekiranya keadaan ini berlarutan maka imej masyarakat timur akan terjejas di mata dunia. Seperti kata Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali Buruk laku itu menambah buruk amalan,sebagaimana cuka merosakkan madu,.Justeru, kita perlu melakukan sesuatu agar dapat melahirkan generasi kini yang berbudi bahasa dan berhemah tinggi.Kita tidak mahu kebejatan ini suatu hari nanti akan menggagalkan misi membina ketamadunan bangsa Malaysia mengikut acuan sendiri. Ribut taufan, ombak tsunami ,gempa bumi dan sebagainya merupakan punca-punca yang menghancurkan peradaban dari aspek fizikalnya,namun kepincangan dalam nilai-nilai murni ini akan menyebabkan masyarakat kita kurang dihormati oleh bangsa-bangsa lain di dunia.Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama.Antara langkah yang boleh kita lakukan ialah kesedaran dalam diri individu itu sendiri. Amalan harian yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan masyarakat yang berakhlak ini ialah meninggalkan penggunaan perkataanperkataan kasar yang menyakitkan hati orang lain. Kita sedang bergerak untuk merealisasikan hasrat 1 Malaysia oleh itu, di dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk kita haruslah menjaga segala perlakuan dan percakapan kita agar hati orang lain tidak tersentuh. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali, cukuplah tragedi hitam 13 Mei 1969 mewarnai sejarah negara kita.Lantaran itu, nilai-nilai murni seperti saling menghormati dan bertoleransi sewajarnya tertanam dalam diri setiap insan agar masyarakat yang berakhlak dapat dibentuk. Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik dan membentuk akhlak terpuji anak-anak.Ibu bapa berhak menentukan dengan siapa anak-anak mereka patut berkawan.Hal ini kerana,pengaruh rakan sebaya amat dominan untuk menjurus ke arah perlakuan yang negatif.Cabaran yang hebat pada masa ini ialah apabila ibu bapa dihimpit oleh desakan tuntutan kerjaya masing-masing memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Secara realitinya,masyarakat masa kini memang lebih bersikap materialistik dan mementingkan unsur-unsur kebendaan. Kadangkala, ibu bapa kurang berkesempatan untuk memupuk dan menanam nilai-nilai berbudi bahasa dalam diri anak-anak mereka. Keadaan ini bertambah serius dengan kecanggihan peralatan teknologi moden pada masa ini yang

menyebabkan anak-anak lebih gemar menjadi kera sumbang dan terperap di dalam bilik kerana keasyikan melayari internet dan permainan yang berasaskan teknologi moden .Fenomena ini bertambah buruk apabila bersembang dengan ibu bapa pun kadangkala hanya di alam maya.Sekiranya, situasi seperti ini tidak berubah anak-anak akan berlaku krisis nilainilai murni apabila mereka lebih percaya akan kata-kata rakan mereka daripada kedua-dua ibu bapa mereka sendiri. Jika kita soroti sejarah silam,suatu ketika dahulu nilai-nilai murni ini merupakan khazanah paling berharga bagi masyarakat timur yang berwibawa lagi bermaruah.Namun kini,nilai-nilai murni dan berbudi bahasa ini semakin dilupakan ditelan arus peredaran zaman.Persoalannya,apakah pegangan agama yang longgar menjadikan punca kepada permasalahan ini? Biar kita mengambil contoh pantun yang berbunyi: Makan nasi bergulai lemak, berulam petai enak sekali, lunturnya budi kerana akhlak, celanya agama kerana pekerti. Oleh hal yang demikian,kita haruslah kembali kepada asas kehidupan yang wajib iaitu mesti mengamalkan syariat agama. Mana-mana agama yang ada di dunia ini semuanya menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan.Memandangkan agama telah dikesampingkan oleh generasi kini,maka tidak hairanlah nilai-nilai murni ini jarang-jarang dipraktikkan oleh mereka.Apatah lagi mereka kini disuguhi dengan media massa yang memaparkan isu-isu yang kurang bermoral yang selalu menjadi tontonan dan tatapan seharian.Era dunia tanpa sempadan yang membolehkan apa-apa maklumat diperoleh di hujung jari menyebabkan golongan yang cetek agama ini melayari laman-laman sesawang yang hanya menjanjikan keseronokan semata-mata.Mereka hanya mencari keseronokan duniawi untuk melampiaskan nafsu serakah sehingga tidak kenal lagi mana yang betul dan mana yang salah. Ekoran pengaruh media massa dan kurangnya didikan agama ini mereka bertindak membabi buta sehingga membelakangkan nilai-nilai ketimuran. Kita boleh mengambil contoh beberapa orang anak muda yang membakar Jalur Gemilang dan menghina para pemimpin kita semasa menyambut hari kemerdekaan kali ke-55, fenomena ini berlaku kerana jati diri dan nilai-nilai murni yang semakin terhakis dalam diri mereka.Jika dahulu kita dapat menzahirkan bangsa Melayu yang mempunyai keperibadian unggul ,namun kini semakin hilang sinarnya. Puisi lama ada mengungkapkan: Kalau hendak tahu orang berbangsa, tengok kepada budi dan bahasanya, dalam berkata berlemah lembut, dalam melangkah berpatut-patut, bila duduk tahu tempatnya, bila tegak tahu adatnya. Selagi kita tidak mengenal pasti punca krisis yang berakar umbi dalam kehidupan masyarakat kita sekarang ini maka amat sukar bagi kita membina ketamadunan bangsa yang tinggi seperti dahulu.Oleh itu, kita hendaklah seiring sejalan serumpun bak serai,sejunjung bak sirih untuk mencari punca permasalahan ini agar masyarakat berakhlak terbentuk. Krisis nilai-nilai murni ini mestilah ditangani segera sebelum barah ini merebak dan menjadi bertambah serius. Kita tidak mahu harapan untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia dan Wawasan 2020 yang lahir daripada kepekaan dan keprihatinan para pemimpin tersohor kita hanya tinggal mimpi sahaja.Kita mahu mimpi ini menjadi kenyataan agar negara kita gah di persada dunia bukan hanya dari segi politik, ekonomi, perkembangan sains dan teknologi sahaja malah pembangunan sosial kita mesti seiring dengan hasrat yang kita cita-citakan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu , maka rakyatnya perlulah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai dalam Konsep 1 Malaysia .Hal ini kerana, nilai-nilai yang terkandung dalam konsep ini menjurus ke arah pembentukan nilai-nilai murni dan masyarakat yang berakhlak mulia iaitu bangsa Malaysia. Cetusan gagasan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat yang semakin goyah akibat fahaman politik yang berbeza. Konsep ini selari dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormatmenghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.Justeru, sebagai bangsa Malaysia yang bermaruah, amalan nilai -nilai murni haruslah sentiasa segar dalam diri masyarakat kita agar selari dengan kehendak pemimpin negara.Kita tidak mahu bercakap tidak serupa bikin diamalkan dalam kehidupan masyarakat kita.Hal ini kerana slogan `Kepimpinan Melalui Teladan sering kali dipandang serius oleh masyarakat di negara kita. Kesimpulannya, amalan nilai-nilai murni amat penting bagi merealisasikan konsep 1 Malaysia yang membawa aspirasi untuk memperkukuh hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat ialah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaimana setianya Hang Tuah kepada sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan gagasan 1 Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara bangsa yang berakhlak. Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menghirup udara segar hasil kemerdekaan perlu dikekalkan supaya keamanan dan perpaduan ini tetap berterusan hingga generasi akan datang. Justeru,amat penting bagi kita

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan kerana mantan Presiden Indonesia ada menyatakan, jika ingin melihat generasi pada masa akan datang, lihatlah generasi pada hari ini. Bertitik tolak daripada itu kita haruslah memupuk nilai-nilai murni ini dalam diri kita kerana tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana hancur badan dikandung tanah,budi baik dikenang juga. Oleh hal yang demikian,kita haruslah se gera bertindak sebelum nasi menjadi bubur agar nilai-nilai murni ini tidak terus sirna dek kelalaian kita untuk melakukan usaha yang pragmatik .

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMPUTER Pada zaman sekarang yang mordern, saya pasti kebanyakan daripada kamu semua memiliki sebuah komputer di rumah masing-masing. Terdapat pelbagai jenis komputer di dunia ini. Komputer telah banyak berjasa kepada kami kerana ia boleh mengurangkan kerja-kerja kami yang akan mengambil lebih masa dan tenaga tanpa kehadirannya. Komputer adalah sumber yang sangat penting di setengah kerja-kerja manusia. Contoh yang saya dapat memikirkan ialah menyimpan sijil kelahiran manusia, pengenalan peribadi (IC) dan yang lain-lain. Ini semua telah disimpan dengan betul dengan pertolongan komputer. Komputer juga boleh menolong manusia dalam segi kerja-kerja pejabat atau sekolah dan juga boleh mengecilkan kerja keras seseorang itu seperti memberi persembahan. Sebagai seorang pelajar, saya sering menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah seperti sekarang. Guru melayu saya, Cikgu Ismail, juga telah bermula menyuruh muridmuridnya menggunakan komputer bagi kerja-kerja yang tertentu. Guru subjek yang lain juga sebergitu. Kebanyakan menggalakkan murid-murid mereka untuk membuat sebuah persembahan denga kegunaan komputer. Sekarang, internet sudah menjelma. Dengan menggunakan komputer dan internet, kami dapat memhabiskan kerja-kerja kami dengan masa yang lebih singkat. Saya pula boleh berbicara dengan guru dan rakan-rakan saya melalui komputer dan internet. Saya juga menggunakan komputer untuk membuang masa dengan bermain permainan komputer. Semua benda pasti ada keburukannya. Oleh itu, komputer juga boleh menyebabkan keburukan kepada penggunaannya. Salah satu contohnya adalah di waktu seseorang remaja seperti saya sedang membuat kerja sekolah di biliknya. Semasa membuat kerja sekolah, remaja itu boleh terganggu oleh kehadiran komputer di depan matanya. Fikirannya akan sering memikirkan benda-benda yang lebih menyeronokkan daripada kerja sekolahnya seperti permainan komputer. Disebabkan itu, jika iman remaja itu tidak kuat, dia akan berhenti membuat kerja sekolah lalu meneruskan bermain komputernya. Pada pendapat saya, pelajar perlu mengetahui tentang kegunaan komputer kerana dengan pengetahuan tersebut, pelajar akan tahu bila masanya untuk menggunakan komputer dan sebaliknya. Kerja-kerja seseorang pelajar akan tidak terhabis

peribahasa dan cogan kata untuk tema karangan 01. TEMA BUDAYA MEMBACA Ilmu pelita hidup Membaca jambatan ilmu Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan. Bangsa membaca bangsa berjaya Membaca memerdekakan minda. "Saya sanggup dipanggil sebagai pemboros kerana membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan saya untuk membeli buku". Mantan Perdana Menteri India - Nehru. Orang yang tidak membaca umpama katak di bawah tempurung. Socrates:"Bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa tololnya diriku". 02. TEMA SEMANGAT KEJIRANAN Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Muafakat membawa berkat. Tidak mahu menjaga tepi kain orang lain. Anak orang anak sendiri Beranak seorang mendidik ramai. Bagai aur dengan tebing Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Hamka:"Kalau anda memberi sesuatu kepada jiranmu,bermakna memberi sesuatu kepada dirimu sendiri". 03. AMALAN MENABUNG Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak. Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Sediakan payung sebelum hujan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Victor Hugo: "Tabungan adalah kebijaksanaan menghadapi bahaya". 04. PELANCONGAN Jauh perjalanan luas pengalaman. Budi bahasa budaya kita. Kecil tapak tangan, nyiru sama tadahkan. Negara Bersih, Rakyat Sihat . Datuk Seri Ng Yen Yen: Pada tahun 2010 seramai 2.2 juta pelancong telah melawat Malaysia; Perbelanjaan RM6 bilion. 05. KEMALANGAN JALAN RAYA Biar lambat asalkan selamat. Malang tidak berbau. Sudah terhantuk baru tengadah. Nasi sudah menjadi bubur. Alah bisa tegal biasa. Hadis Nabi: Sabar itu sebahagian daripada iman.

06. BANGUNAN BERSEJARAH Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Hanya jauhari mengenal manikam. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Voltaire: "Sejarah manusia tak lain tak bukan hanyalah gambaran masa dahulu sebagai pengajaran masa sekarang.

07. KELUARGA Bapa borek anak rintik. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika dilukis dengan warna pelangi, maka cerahlah masa depannya. Jika ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tidak mahu menjadi seperti kata peribahasa,'Ketam menyuruh anaknya berjalan lurus'. Ibu bapa sebagai idola kepada anak-anak mereka. Peribahasa Bahasa Arab: 'Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu'. 08. NEGARA / CINTAKAN NEGARA / PATRIOTISME John F.Kennedy: "Jangan bertanya apakah sumbangan negara untuk anda. Sebaliknya bertanya apakah sumbangan anda untuk negara". Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Biar putih tulang, jangan putih mata. Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Seberkas lidi kuat kudratnya berbanding dengan sebatang lidi yang mudah dipatahkan. Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak.

Anda mungkin juga menyukai