Anda di halaman 1dari 2

Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Di Felda Jengka Pahang

Contoh Skema Jawapan Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

1. Sektor Perkhidmatan ( Buka Homestay)

Sektor perkhidmatan (1 markah) seperti pembukaan Homestay (1


markah) adalah antara kegiatan ekonomi yang berpotensi di Felda Jengka
Pahang. Bagi masyarakat di bandar khususnya, adalah amat jarang untuk
menikmati keindahan bercuti ditempat tanah yang terancang (Luar Bandar)
seperti di FELDA (1 markah). Dengan suasana yang tenang serta keindahan
panorama, Homestay adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin
bercuti pada harga yang murah (1 Markah). Selain itu, orang ramai yang
tinggal di homestay di kawasan ini juga dapat melihat sendiri pengalaman
berada di sektor pertanian kelapa sawit sebagai ekonomi utama di kawasan
ini (1 markah).

2. Sektor Pelancongan (Sungai)

Selain itu, kawasan di Felda Jengka juga sesuai dengan Sektor


Pelancongan (1 markah). Contohnya Pusat Latihan Pertanian Tun Abdur
Razak (Tekam Plantation Resort) yang menawarkan pelancongan
bertemakan pertanian, kompleks gua Kota Gelanggi, dan rangkaian gua-gua
di Gunung Senyum (1 markah). Berhampiran dengan Felda Ulu Jempol
terdapat satu kawasan pelancongan berasaskan air terjun,kawasan ini diberi
nama lubuk Yu (1 markah). Kedinginan airnya dan kehijauan hutannya telah
menarik ratusan pengunjung pada hujung minggu (1 markah). Kedudukannya
hanya 15km dari Bandar Jengka (1 markah).

3. Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)

Sektor perikanan terutamanya pembukaan kolam ikan air tawar (1 markah) juga
antara idea yang boleh dikembangkan di kawasan ini. Memandangkan kawasan
Felda Jengka berada di kawasan pertanian, pembukaan satu lagi sektor perikanan
adalah bersesuaian dengan kawasan kajian (1 markah). Contohnya ikan air tawar
yang boleh dimajukan antaranya adalah ikan keli, ikan patin, ikan jelawat dan ikan
Talapia Merah (1 markah). Projek akuakultur air tawar sesuai dimajukan dikawasan
kajian memandangkan tidak ramai yang menceburi bidang itu (1 markah). Selain itu,
pasaran tempatan ternakan ikan air tawar seperti talapia dan keli mempunyai nilai
eksport yang baik serta menjanjikan pulangan lumayan kepada usahawan (1
markah).

1. Sektor Perindustrian ( Kilang buat sabun daripada kelapa sawit)

Selain itu, sektor perindustian (1 markah) seperti pembukaan kilang membuat


sabun (1 markah) juga berpotensi dimajukan dikawasan Felda Jengka Pahang.
Seperti sedia maklum, kawasan Felda juga mempunyai sektor perindustian namun
hanya Kilang Pemprosesan Kelapa Sawit untuk menghasilkan minyak mentah
daripada hasil kelapa sawit (1 markah). Terdapat pelbagai manfaat kelapa sawit
antaranya adalah penghasilan produk sabun, lilin serta baja organik (1 markah).
Dengan penghasilan produk tersebut, Felda kini boleh menghasikan produk
tersendiri sekaligus meningkatkan ekonomi (1 markah).
Sumber: Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Geografi PT3 2015 |
melvister.com

http://geografiismylove.blogspot.com/2012/06/nota-geografi-bab-11-kegiatan-
ekonomi.html

Anda mungkin juga menyukai