Anda di halaman 1dari 3

ccadangan usaha-usaha.........

-Menyertai program keusahawanan (Perniagaan)

-Buat pendapatan sampingan secara Atas Talian (Online)

-Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB)

-Mempelbagaikan Jenis Kepelbagaian Tanaman

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar kawasan kajian di
Felda Jengka Pahang. Antaranya adalah menyarankan penduduk menyertai program keusahawanan
atau perniagaan, menjana pendapatan secara atas talian atau online, melabur dalam Amanah Saham
Berhad (ASB) dan mempelbagaikan jenis tanaman selain kelapa sawit di Felda Jengka Pahang.

Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan pendapatan keluarga (1


Markah). Contohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara kecil-kecilan (1 Markah). Ini
kerana Kedai Runcit adalah lebih relavan untuk dibuka memandangkan penempatan ini berada jauh
daripada kawasan bandar (1 Markah). Selain itu, penduduk boleh juga membuka gerai jualan
makanan atau minuman secara kecil-kecilan. Bagi masyarakat penduduk Felda Jengka, ada antaranya
pekerja bujang malas untuk memasak. Jadi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini
dapat menjadi destinasi pilihan golongan tersebut (1 Markah). Selain itu, bagi penduduk yang
berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor, membuka bengkel juga boleh
meningkatkan atau menjana pendapatan sampingan (1 Markah).

Selain itu, penduduk di kawasan kajian juga boleh menjana pendapatan sampingan secara atas talian
(Online) (1 Markah). Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat, laman sosial kini menjadi
tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang tua (1 Markah). Boleh dilihat
penduduk sekitar Felda Jengka Pahang lebih banyak meluangkan masa dengan telefon pintar untuk
mengakses laman sosial. Untuk info, laman sosial seperti Facebook, Instragram mahupun applikasi
Whatsapp boleh dijadikan platform untuk penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan
pelanggan (1 Markah). Contohnya dengan membuka kedai e-Shop menerusi blogspot atau di
instagram untuk menjual pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau baju kurung
(1 Markah). Disamping itu, penduduk juga boleh menggunakan sepenuhnya manfaat applikasi laman
sosial Whatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara interaktif ketika menjalankan
perniagaan (1 Markah).

Membuat pelaburan dalam Amanah Saham Berhad juga boleh meningkatan pendapatan penduduk (1
Markah). Dengan pelaburan juga, dapat membina aset untuk pendapatan pada jangka masa panjang
(1 Markah). Penduduk juga boleh menyimpan duit ke dalam ASB atau membuat pinjaman menerusi
Bank Simpanan Nasional (BSN) (1 Markah) Dengan pelaburan tersebut, penduduk juga boleh
mendapat pulangan pada setiap tahun dalam bentuk dividen (1 Markah). Selain daripada ASB,
terdapat pelbagai bentuk pelaburan yang boleh disertai antaranya adalah saham Felda Global
Venture (FGV), Tabung Haji dan sewaktu dengannya (1 Markah).
Mempelbagaikan jenis tanaman juga adalah penting bagi penduduk di sekitar Felda Jengka Pahang (1
Markah). Seperti sedia maklum, semua peneroka FELDA diberikan tanah secara percuma oleh
kerajaan Malaysia untuk penduduk menanam hasil kelapa sawit (1 Markah). Selain daripada Kelapa
Sawit, penduduk juga boleh mengambil inisiatif atau peluang untuk menanam tanaman selain
daripada kelapa sawit (1 Markah). Contohnya adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya (1
Markah). Selain daripada menunggu hasil daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh menjual
sayuran yang ditanam untuk menjana pendapatan sampingan (1 Markah).

dkegiatan ekonomi.........

-Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)

-Sektor Perkhidmatan ( Buka Homestay)

-Sektor Perindustrian ( Kilang buat sabun daripada kelapa sawit)

-Sektor Pelancongan (Sungai)

Sektor perkhidmatan (1 markah) seperti pembukaan Homestay (1 markah) adalah antara kegiatan
ekonomi yang berpotensi di Felda Jengka Pahang. Bagi masyarakat di bandar khususnya, adalah amat
jarang untuk menikmati keindahan bercuti ditempat tanah yang terancang (Luar Bandar) seperti di
FELDA (1 markah). Dengan suasana yang tenang serta keindahan panorama, Homestay adalah pilihan
yang terbaik bagi mereka yang ingin bercuti pada harga yang murah (1 Markah). Selain itu, orang
ramai yang tinggal di homestay di kawasan ini juga dapat melihat sendiri pengalaman berada di sektor
pertanian kelapa sawit sebagai ekonomi utama di kawasan ini (1 markah).

Selain itu, kawasan di Felda Jengka juga sesuai dengan Sektor Pelancongan (1 markah). Contohnya
Pusat Latihan Pertanian Tun Abdur Razak (Tekam Plantation Resort) yang menawarkan pelancongan
bertemakan pertanian, kompleks gua Kota Gelanggi, dan rangkaian gua-gua di Gunung Senyum (1
markah). Berhampiran dengan Felda Ulu Jempol terdapat satu kawasan pelancongan berasaskan air
terjun,kawasan ini diberi nama lubuk Yu (1 markah). Kedinginan airnya dan kehijauan hutannya telah
menarik ratusan pengunjung pada hujung minggu (1 markah). Kedudukannya hanya 15km dari Bandar
Jengka (1 markah).
Sektor perikanan terutamanya pembukaan kolam ikan air tawar (1 markah) juga antara idea yang
boleh dikembangkan di kawasan ini. Memandangkan kawasan Felda Jengka berada di kawasan
pertanian, pembukaan satu lagi sektor perikanan adalah bersesuaian dengan kawasan kajian (1
markah). Contohnya ikan air tawar yang boleh dimajukan antaranya adalah ikan keli, ikan patin, ikan
jelawat dan ikan Talapia Merah (1 markah). Projek akuakultur air tawar sesuai dimajukan dikawasan
kajian memandangkan tidak ramai yang menceburi bidang itu (1 markah). Selain itu, pasaran
tempatan ternakan ikan air tawar seperti talapia dan keli mempunyai nilai eksport yang baik serta
menjanjikan pulangan lumayan kepada usahawan (1 markah).

Selain itu, sektor perindustian (1 markah) seperti pembukaan kilang membuat sabun (1 markah) juga
berpotensi dimajukan dikawasan Felda Jengka Pahang. Seperti sedia maklum, kawasan Felda juga
mempunyai sektor perindustian namun hanya Kilang Pemprosesan Kelapa Sawit untuk menghasilkan
minyak mentah daripada hasil kelapa sawit (1 markah). Terdapat pelbagai manfaat kelapa sawit
antaranya adalah penghasilan produk sabun, lilin serta baja organik (1 markah). Dengan penghasilan
produk tersebut, Felda kini boleh menghasikan produk tersendiri sekaligus meningkatkan ekonomi (1
markah).

Anda mungkin juga menyukai