Anda di halaman 1dari 16

Kepentingan Sektor Pertanian

Sektor pertanian pernah menjadi tunjang kekuatan ekonomi negara pada suatu ketika dahulu. Hasil
getah, kelapa sawit, padi dan seumpamanya juga pernah menjadi penyumbang terbesar
pendapatan negara dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini. Namun,
kemajuan arus pembangunan negara yang lebih menjurus kepada sektor perindustrian telah
menenggelamkan bidang pertanian sedikit demi sedikit terutamanya dalam dekad terakhir abad
kedua puluh. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada permulaan
awal alaf baharu ini, mengembalikan semula kepentingan bidang pertanian di negara kita.

Peralihan pucuk pimpinan negara pada akhir tahun 2003 mungkin dapat dilihat sebagai permulaan
terhadap kebangkitan semula sektor pertanian di negara ini dari zaman suramnya kira-kira dua
dekad yang lalu. Kesungguhan kerajaan bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam
memajukan bidang pertanian dapat dilihat melalui peruntukan pembangunan yang sangat banyak
untuk memajukan bidang ini kita saksikan dalam belanjawan tahun 2005. Langkah ini amat tepat
memandangkan negara kita mengimport bahan makanan yang terlalui banyak seperti gula, beras,
buah-buahan dan sebagainya sedangkan kita mampu menghasilkan sendiri bahan makanan tersebut.
Oleh itu, tumpuan terhadap bidang pertanian mampu mengurangkan pengaliran wang ke luar
negara dan sekali gus mengelakkan defisit pada imbangan perdagangan luar negara.

Selain dapat mengukuhkan imbangan perdagangan negara, penumpuan terhadap sektor pertanian
berupaya mengelakkan pergantungan negara pada bekalan bahan makanan dari luar negara. Hai ini
berlaku demikian kerana kadar pertumbuhan pesat penduduk di negara ini yang sudah pasti akan
memerlukan jumlah makanan yang lebih besar. Kebanyakan bahan makanan asas seperti beras, gula
dan bijirin yang lain sesuai ditanam di negara ini. Jika kekurangan buruh dijadikan alasan,kita boleh
menggunakan buruh-buruh asing yang bekerja di sektor perkilangan, perkhidmatan dan sebagainya
untuk bekerja di sektor pertanian. Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat menggunakan khidmat
buruh yang murah bahkan dapat mengelakkan buruh-buruh asing ini daripada merampas peluang
pekerjaan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat tempatan.

Pada hemat saya, keadaan dunia yang kucar-kacir akibat peperangan yang sering tercetus
mewajarkan kita menumpukan perhatian untuk membangunkan sektor pertanian secara lebih
serius. Dalam masa yang sama, negara kita Malaysia mempunyai tanah-tanih yang subur, bebas
daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan
ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, bermakna kita telah mensia-siakan anugerah Allah
ke atas bumi kita. Dari satu sudut yang lain pula, kita telah melihat kegagalan banyak syarikat yang
berasaskan industri dan perkilangan di negara ini untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Sebaliknya, jika kita menumpukan pengeluaran negara kita dalam menghasilkan produk pertanian,
persaingannya di peringkat antarabangsa tidak sehebat persaingan dalam sektor perindustrian
terutamanya sektor yang berasaskan teknologi maklumat. Kata orang tua-tua, ukur baju di badan
sendiri.

Satu lagi alasan yang mewajarkan negara kita memberi tumpuan semula kepada sektor pertanian
ialah bahan-bahan mineral yang ada di negara kita sudah semakin berkurangan. Petroleum dan gas
asli dijangka akan habis menjelang tahun 2050 jika telaga yang baharu tidak ditemukan. Bijih timah
dan bijih besi pula sudah tinggal sisa-sisanya sahaja sedangkan bahan-bahan ini amat penting untuk
menggerakkan sektor perindustrian dan pembinaan. Sementelahan, kerajaan kita mempunyai
pelbagai agensi yang dapat membantu meningkatkan kemajuan sektor pertanian seperti Lembaga
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan agensi yang lain yang telah
membuktikan keberkesanan peranan mereka. Malah sektor perikanan di negara kita khususnya
perikanan laut dalam juga berpotensi untuk dimajukan sebagai sumber ekonomi yang baharu.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa sektor pertanian mempunyai asas yang kukuh dan
potensi yang baik serta prospek yang cerah untuk dimajukan. Kita harus menggunakan segala
kepakaran yang ada untuk memajukan bidang ini demi kestabilan ekonomi negara. Rakyat Malaysia
pertu berfikiran terbuka dan positif terhadap potensi sektor ini. Kita juga wajar menjadikan
kejayaan negara-negara maju khususnya Jepun yang telah berjaya menguasai sektor perindustrian
tetapi dalam masa yang sama terus membangunkan bidang pertanian untuk kesejahteraan hidup
rakyatnya. Bak kata peribahasa Melayu, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

1
USAHA-USAHA MENINGKATKAN INDUSTRI
PELANCONGAN DI MALAYSIA
Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca
pendapatan negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing.
Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan
pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia
Tenggara. Industri pelancongan Malaysia merekodkan purat kemasukan
pelancong asing sebanyak 2 juta setahun. Oleh itu, terdapat pelbagai
usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di
Malaysia.

Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang


mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana,
kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada
pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama
dengan kementerian pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan
seperti bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan
efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya menyediakan penginapan hotel
yang selesa dan mengenakan bayaran yang berpatutan. Syarikat
pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu pelancong untuk
membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di
Malaysia. Dengan itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan kepada
pelancong.

Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan ,


peraturan imegresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat
perkhidmatan tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong
asing dapat membeli belah di Malaysia dengan pembelajaan yang
sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas
cukai yang menjadi destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar
negara. Di sana , mereka dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk,
kraftangan, dan coklat untuk di bawa pulang. Dengan itu, pendapatan
penduduk setempat bertambah dan mereka dapat meningkatkan taraf
hidup masing-masing.

Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga


untuk mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar
negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah
dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia
yang berada di luar negara yang melanjutkan pelajaran juga boleh
menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan
tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau
Redang, Cameron Highland dan banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat
Malaysia memainkan peranan pentinng untuk memajukan industry
pelancongan.

2
Kesimpulannya, usaha dari semua pihak perlu bagi meningkatkan industri
pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha dari satu pihak
sahaja tida akan membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi negara yang maju dalam
industri pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan
daripada seluruh rakyat Malaysia.

3
Karangan Fakta: Gejala sosial dalam kalangan remaja
Pendahuluan:-
Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat
dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak
pihak antaranya ibu bapa khususnya. Masalah sosial seperti gejala
melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat
diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius
dipaparkan dalam akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, kita tidak
seharusnya memandang remeh akan masalah tersebut. Terdapat
beberapa masalah sosial ini terjadi kepada golongan remaja khususnya.
Isi: kurang mendapat didikan agama
Antaranya ialah ibu bapa kurang memberi didikan agama dan moral
kepada mereka.Hal ini menyebabkan mereka akan berasa terlalu bebas
untuk melakukan pelbagai perkara.Sebagai contohnya, membenarkan
mereka keluar rumah hingga lewat malam tanpa menghiraukannya.
Oleh itu,perkara ini menyebabkan remaja kehilangan pegangan dalam
kehidupan dan bertindak sesuka hati. Jelaslah,ibu bapa seharusnya
memberikan didikan agama dan moral kepada mereka sejak kecil lagi
bak kata pepatah ‘melentur buluh ,biarlah dari rebungnya’.
Isi: tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya
Selain itu,ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sepenuhnya
kepada anak-anak.Hal ini kerana,ibu bapa terlalu menyerahkan
tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak mereka kepada
pembantu rumah atau pengasuh mereka dan sibuk bekerja ibarat kera
di hutan disususkan,anak di rumah mati kelaparan.Sebagai
contohnya,ibu bapa bekerja hingga lewat malam dan bekerja keras
sehingga tidak menghiraukan anak-anak mereka di rumah.
Kesimpulannya,sikap ibu bapa yang bagai enau dalam belukar yang
melepaskan pucuk masing masing harus dibuang supaya anak-anak
dapat merasakan kasih sayang yang secukupnya bagai menatang
minyak yang penuh.
Isi:pengaruh dengan rakan sebaya
Di samping itu,remaja juga mudah terpengaruh dengan rakan
sebaya.Hal ini kerana,boleh menyebabkan masa depan mereka akan
terjejas sekiranya mereka salah memilih rakan.Sebagai
contohnya,mereka mudah terpengaruh dengan rakan seperti
merokok,merempit, vandalisme,dan ponteng sekolah.Tuntasnya,akhlak

4
yang buruk akan merosakkan diri seseorang remaja seperti cuka
merosakkan madu.
Isi: pengaruh media massa
Seterusnya,pelajaran seseorang remaja itu akan turut terjejas.Hal ini
demikian,kerana remaja akan sering ketinggalan dalam pelajaran
sekiranya mereka sering memonteng sekolah dan mereka juga tidak
dapat memberikan perhatian sepenuhnya di dalam kelas ketika guru
mengajar.Tegasnya,ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang
mereka supaya mereka berubah dan tidak membiarkan mereka
melakukan perkara yang tidak berfaedah ‘seperti nasi sudah menjadi
bubur’.
Penutup:-
Ringkasnya,kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa
terhadap aktiviti dan pelakuan anak-anak mereka menjadi penyebab
gejala ini kian merebak.Dengan berbuat demikian,ibu bapa perlu
sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap pergerakkan anak-
anak mereka yang mencurigakan.Sekiranya semua ibu bapa mengambil
pendekatan sedemikian,gejala ini akan dapat diatasi dengan
mudah.Jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dan
tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.

5
Para pelajar memang menantikan cuti sekolah kerana mereka boleh
melakukan banyak aktiviti pada masa itu.Ceritakan aktiviti yang boleh
dilakukan oleh mereka semasa cuti sekolah.

Sememangnya, ketibaan cuti sekolah dinanti-nantikan oleh para pelajar.


Hal ini demikain kerana jangka cuti sekolah tersebut agak panjang,
terutamanya cuti akhir tahun. Pada masa cuti persekolahan itu, para
pelajar boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti
melancong, pulang ke kampung, membantu ibu bapa, belajar berniaga, dan
sebagainya.

Semasa cuti sekolah, para pelajar boleh merehatkan minda daripada


pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. Mereka boleh melupakan buku-
buku sekolah buat sementara waktu. Oleh itu, mereka bolehlah membaca
buku cerita atau novel yang menarik semasa cuti sekolah.
Selain itu, para pelajar juga boleh pergi bercuti bersama-sama dengan
keluarga. Mereka boleh melancong ke tempat-tempat yang menarik di
negara kita seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Melaka, Pulau Tioman,
dan sebagainya. Mereka juga boleh pulang ke kampung halaman ibu
ataupun kampung ayah masing-masing.

Terdapat pula pelajar yang suka membantu ibu bapa bekerja sewaktu cuti
persekolahan. Ada pelajar yang suka mengikut ibu atau bapa mereka ke
tempat kerja. Hal ini akan memudahkan pelajar-pelajar memahami
pekerjaan ibu atau bapa mereka, terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja di
kampung.

Tidak ketinggalan juga, ada pelajar yang menggunakan masa cuti mereka
dengan belajar berniaga. Dengan cara itu, mereka dapat mengisi masa
terluang dengan berfaedah ibarat serampang dua mata. Selain mendapat
wang saku untuk dijadikan belanja persekolahan, mereka juga memperoleh
pengalaman yang amat berfaedah.

Oleh itu, semua pelajar sentiasa menantikan cuti penggal persekolahan


yang akan menjelma saban tahun. Mereka juga mengharapkan percutian
yang akan ditempuh itu nanti akan memberikan pengalaman yang
menyeronokkan kepada mereka. Di samping itu, mereka juga akan
mendapat pengalaman yaang bermakna jika cuti tersebut dapat diisi
dengan aktiviti yang berfaedah ibarat sambil menyelam minum air.

6
Peranan ibu bapa melahirkan anak yang cemerlang - jawapan penyemak
soalan

Anak merupakan satu anugerah Tuhan kepada mana-mana ibu bapapun.


Kemunculan anak dalam kehidupan berkeluarga dianggap pemberi penyeri
atausumber inspirasi pula. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa perlu
memberikanperhatian dan penekanan terhadap usaha mendidik anak juga.
Oleh itu, ibu bapamemang berperanan penting dalam mendidik anak
mereka.

Kepentingan peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yangpaling


rapat dengan anak mereka. Semua tindakan dan kelakuan ibu bapa
akanmenjadi ikutan anak mereka kerana anak menjadikan ibu bapa contoh
teladanmereka pula. Kegagalan ibu bapa untuk memaparkan teladan yang
baik bolehmempengaruhi sikap anak mereka pula nanti. Pendek kata,
kerapatan ibu bapadengan anaklah yang menjadikan peranan mendidik itu
penting dilaksanakan dengan baik.
Selain itu, ibu bapa menjadi tempat meluahkan masalah buatanak-anak.
Setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak pasti akan
dirujukkepada ibu bapa untuk mendapat panduan menyelesaikannya dan
kegagalan untukberinteraksi dengan ibu bapa ketika inilah yang
menyebabkan anak-anak terganggukelakuannya. Ibu bapa yang mahir ialah
ibu bapa yang sedar keadaan ini lalumemberikan pelbagai nasihat dan kata
perangsang yang membantu anak mereka untukmengharungi zaman
keremajaan mereka dengan baik. Justeru, ibu bapa pentingkerana
merekalah tempat anak-anak mendapatkan panduan ketika
dibelenggupelbagai masalah hidup.

Tambahan pula, ibu bapa boleh menjadi individu yang memberikankasih


sayang kepada anak mereka terutama ketika anak mereka
melakukankesilapan. Ibu bapa yang bijak mendidik akan memaafkan
kesalahan anak merekawalaupun diri mereka berasa kecewa kerana sedar
anak mereka perlu diberipeluang kali kedua. Tindakan memaafkan
kesalahan anak dengan bijak dan penuhkasih sayang ini akan membentuk
anak menjadi insan yang lebih baik sikapnya.Maka, ibu bapa penting
kerana merekalah tempat kasih sayang bermula dalam hidupremaja itu.

Namun begitu, peranan pihak sekolah terutama guru juga pentingdalam


kehidupan remaja. Pihak guru perlulah mendidik generasi muda ini
denganpenuh tanggung jawab kerana masa remaja banyak juga dihabiskan
di sekolah.Semua nasihat dan dorongan yang diberikan oleh pihak guru

7
pasti meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa pelajar itu lalu
membentuk peribadi yang mulia pula.Jadi, pihak sekolah juga memikul
tugas mendidik generasi muda ini bersama-sama ibubapa.

Malah, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan pentingdalam


pembentukan akhlak anak-anak mereka. Remaja yang berakhlak mulia
pastimemiliki rakan yang serupa juga akhlaknya. Kegagalan memilih rakan
yang baikakan menyebabkan seseorang remaja itu terjebak ke kancah
negatif yanglebih buruk pada masa hadapan. Oleh itu, anak juga
hendaklah bijak memilihrakan supaya mereka tidak terjebak dalam
kegiatan yang tidak bermanfaat pula.

Kesimpulannya, ibu bapa memang berperanan penting dalam didikananak


kerana mereka umpama lilin yang membakar diri sendiri untuk
memastikankehidupan anak berjalan lancar. Kerjasama anak juga penting
supaya semuamasalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah
dan pantas. Anakmerupakan satu tugas yang diamanahkan oleh Tuhan
kepada kita semua. Peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya
membuktikan betapa didikan ibu bapaketika anak itu masih kecil amat
penting lagi bermakna untuk masa depan mereka kelak.

8
Amalan membaca dalam diri pelajar harus ditekankan oleh semua pihak.

Huraikan kebaikannya.

Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian
seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar
yang banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai
banyak faedah kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap.

Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan


seseorang itu. Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh maklumat
terkini tentang sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains yang mengejutkan
itu. Lantaran itu, diri pelajar sering terdedah pada kajian saintis yang sering berubah-
ubah mengikut zaman.

Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar.


Penemuan saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah memeriksa
kamus itu akan meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar tersebut.
Sesungguhnya, penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi meluas dan
menjadikan pelajar mahir dalam penulisan pula.

Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap
membaca bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui
banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif
atau negatif. Jelaslah, pelajar akan menimbang sendiri semua fakta yang dihuraikan
dalam pembacaan itu lalu mampu membuat kesimpulan yang bernas.

Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini memerlukan
tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama
buku pelajaran yang tebal itu. Maka, kemungkinan untuk pelajar tersebut terlibat
dalam sebarang kejadian negatif seperti melepak tidak akan berlaku.

Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan
memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku kerana
banyak fakta yang perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan umum
negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan berasa bangga dengan kejayaan anak mereka
dalam peperiksaan itu.

Kesimpulannya, semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya


diamalkan secara baik. Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan
memberi galakan atau membeli bahan bacaan yang berkualiti buat anak mereka.
Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu yang membuktikan amalan ini
penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa mengira batasan usia tersebut.

9
Kebaikan-kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum - Karangan Jenis Fakta Contoh
1 Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan
menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah menyertai kegiatan
kokurikulum.Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah kita dapat memenuhkan
masa lapang. Orang yang memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah tidak
terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah. Sebagai
contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh
itu masa lapang mereka terisi sepenuhnya. Selain itu, kegiatan kokurikulum
juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam
persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa
dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar
menjadi ketua. Begitu juga dengan jawatan-jawatan lain. Di samping itu,
dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri.
Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah
untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan,, kita mesti
menepati masa. Jika terlewat, kita akan ketinggalan dan rugi. Badan kita
akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi ahli
kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam
pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu kita akan
menjadi cergas. Badan akan mengeluarkan peluh. Kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita
juga tidak akan mudah sakit. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan
mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-
ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh
berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan
sesama mereka. Contoh 2 Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik
darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut
termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.
Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak
faedah. Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-
budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita
daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan,
kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa
lapang dengan berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih
pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi,
setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang
sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti
persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh
hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi
pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita
dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih
menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan
perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan
mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-
ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam

10
aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk
bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan
ini akan mengeratkan hubungan sesamakita. Kesimpulannya, terdapat banyak
faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah
mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa
pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Dengan cara itu, kita akan dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

11
Saban tahun, negara kita menghadapi masalah jerebu yang serius sehingga menjejaskan tahap
kesihatan dan keselamatan masyarakat.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh masyarakat
dalam menghadapi masalah jerebu ini.

Saban tahun,negara kita dan negara-negara jiran kita ditimpa masalah jerebu yang serius
sehingga menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan.Negara jran jiran kita,Indonesia
mengamalkan teknik tebang dan bakar dalam pertanian.Para petani di Indonesia membakar ladang
mereka setelah pokok-pokok tersebut berbuah.Petani-petani di Indonesia bermaharajalela
mengamalkan kaedah pertanian ini walaupun telah diharamkan oleh kerajaan mereka.Perbuatan
mereka mengancamkan telah mengancam kewibawaan kerajaan Indonesia dan berterusan sehingga
tiada penghujungnya.Persoalannya,apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh
masyarakat sekiranya masalah jerebu kembali menimpa negara kita.

Sepanjang tempoh jerebu,kita harus mengelakkan daripada terlibat dalam aktiviti di luar
rumah.Pihak sekolah akan menghentikan segala aktiviti kokurikulum sepanjang waktu ini.Hal ini
sedemikian,jerebu adalah campuran bahan tosik toksik dan gas-gas beracun yang terbebas bebas ke
udara ketika pembakaran terbuka.Misalnya,gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan dihasikan
dalam pembakaran terbuka.Gas-gas tersebut bersifat asid dan mampu mengakis menghakis sel-sel
di sistem respirasi kita.Langkah keselamatan terbaik yang harus diambil oleh penyakit sistem
respirasi seperti asma,bronkitis dan emfisema.Penyakit-penyakit ini mempunyai sistem respirasi yang
kurang efisien dan memerlukan langkah yang lebih selamat.Lantaran itu,kita harus mengurangkan
aktiviti di luar rumah terutamanya pesakit sistem respirasi.

Selain itu,kita perlu memakai penutup hidup atau lebih dikenali sebagai “mask” semasa keluar
daripada rumah.Elakkan daripada menghisap menghidu asap jerebu secara terus.Kita perlu
mempercepatkan segala urusan di luar supaya tidak terjejas oleh asap jerebu.Kita juga perlu
membasuh tangan dan muka sebaik sahaja balik dari luar dan minum air yang banyak.Hal ini adalah
untuk mengurangkan kesan jerebu kepada badan kita sekali gus membersihkan habuk dan kotoran
yang terlekat pada badan.Contohnya,pekerja yang bekerja di luar seperti petani,pekerja buruh dan
nelayan perlu mengurangkan waktu bekerja manakala atlet perlu mengurangkan masa latihan.Oleh
itu,jelaslah bahawa kebersihan diri dan pencegahan amat penting sewaktu jerebu.

Di samping itu,kita perlu memastikan udara di rumah sentiasa bersih ketika jerebu.Tutupkan
tingkap dan pintu dengan rapat supaya asap jerebu tidak boleh memasuki rumah.Kita boleh
menggunakan pembersih udara untuk membersihkan udara di dalam rumah.Penghisap rokok perlu
menghentikan tabiat merokok secara sementera semasa jerebu kerana asap rokok dapat
menerukkan memberi kesan terhadap keadaan jerebu.Misalnya,kandungan gas karbon monoksida
dapat menyekat penyerapan oksigen dalam darah kita dan atmosfera akan mengandungi kandungan
oksigen yang lebih rendah.Pada masa sebegini,seseorang akan mudah menjadi lesu dan sesak
nafas ataupun lebih teruknya boleh meragut nyawa.Oleh itu,kita harus memastikan kebersihan udara
di rumah kita.

Akhir sekali,pemandu-pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sewaktu jerebu.Hal ini


berikutan,asap jerebu dapat mengaburkan penglihatan kita dan memberi penglihatan yang
terhad.Pemandu jalan raya perlu menggunakan lampu kecil ketika memandu.Pemandu perlu
mengurangnya mengurangkan kelajuan di jalan raya supaya tidak mengakibatkan kemalangan jalan
raya. Bak Kata cendekiawan,biar lambat asalkan selamat.Sebagai contoh,pemandu perlu memandu
kenderaan mereka pada kelajuan 60 kilometer per jam iaitu halaju normal di jalan raya.Selain
itu,pemandu juga perlu menggunakan alat pendingin hawa di kereta bukan membuka tingkap
kereta.Tegasnya,pemandu perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya dan memandu dengan lebih
cermat dan hemah semasa jerebu.

Kesimpulannya,kita harus mengambil langkah proaktif ketika menghadapi jerebu.Sebagai rakyat


negara jiran yang mengamalkan kaedah tebang dan bakar,kita harus membuat persediaan awal
seperti menyediakan topeng hidung supaya dapat menghadapi masalah jerebu pada bila-bila masa
sahaja bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.Kita perlu sentiasa berhati-hati dan
menjaga kesihatan dan kebersihan diri agar masalah jerebu tidak memudaratkan kesihatan kita.Kata
orang,“kesihatan lebih penting daripada kekayaan”.

12
MENTAKAB, Selasa- Suatu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah lori yang
sarat dengan sebuah kereta telah berlaku di Batu 10, Mentakab, Pahang, kira-
kira pukul 7.00 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis Daud Osman, pemandu lori
itu memandu dalam keadaan mabuk dan tidak dapat mengawal kenderaannya
dengan baik. Lori tersebut dalam perjalanan ke Mentakab. Lori itu terbabas lalu
bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan

Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta itu remuk.


Pemandu kereta, Encik Khalid Yunus dan isterinya,Puan Latifah Manaf cedera
parah. Manakala pemandu dan kelindan lori mengalami cedera ringan.

Pihak bomba yang berkejar ke tempat kejadian berusaha untuk


mengeluarkan mangsa, tetapi mereka mengalami kesukaran kerana kedua-dua
mangsa tersepit di bahagian kaki. Mereka terpaksa memotong beberapa
bahagian kereta untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa-mangsa itu dapat
dikeluarkan pada pukul 10.00 pagi.

Sementara itu, pengguna jalan raya di situ tersekat kira-kira empat jam
kerana sebahagian lorong jalan itu tidak dapat dilalui. Kenderaan terpaksa
bergerak perlahan-lahan sejauh tiga kilometer. Hal ini demikian kerana para
pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kemalangan itu.

Mangsa-mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Besar Mentakab.


Manakala pemandu dan kelindan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan
lanjut.

13
Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai
Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah
dalam majlis ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak
kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim
perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak
punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai
lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh
itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak
cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap
pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh
lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah
apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan.
Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak
memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian
pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk.
Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang
memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa
memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar
kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu
memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya
pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan
perjalanan.

Para hadirin sekalian,

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk.


Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan
apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal.
Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga
menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan
kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-
kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan
pengguna jalan raya yang lain.

Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu


kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya,
keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat
pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta
mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus,
sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan
ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin
berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan
raya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

14
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi
mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih
kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama
sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian
kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding
hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna
ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu
di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan
kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan
raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau
berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu
kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan
kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit
pengetahuan kepada pengguna jalan raya.

Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah
memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh
pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru
kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas
disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang
dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini.
Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju
atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju,
mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah
dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya
Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.

Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap


pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan
jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak
mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari
semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya
kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat
disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.

Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya
di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.

15
16

Anda mungkin juga menyukai