Anda di halaman 1dari 2

Sektor industri desa telah dijalankan sejak zaman berzaman.

Industri ini meliputi kraf tangan,


makanan, pakaian, dan inap desa. Zaman beralih, musim bertukar. Sejajar dengan era yang dilimpahi
dengan teknologi maklumat, taraf hidup manusia semakin meningkat berikutan dengan
perkembangan ekonomi negara kita. Sektor perindustrian sering diberikan tumpuan untuk menjana
ekonomi negara kita. Walau bagaimanapun, sektor industri desa semakin dipinggirkan pada saban
hari. Sebenarnya, sektor industri desa berpotensi tinggi untuk memajukan ekonomi negara kita di
samping dapat mengatasi masalah pengangguran di desa. Persoalan yang berlegar-legar di gawang
minda saya ialah apakah langkah-langkah untuk memajukan industri desa di negara kita?

Langkah perdana untuk memajukan industri desa di Malaysia ialah pihak kerajaan haruslah
memberikan bantuan kepada pengusaha industri desa yang muda dan baharu. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengusaha tersebut memerlukan kos yang tinggi untuk memulakan perusahaan
mereka dalam industri desa. Contohnya, tindakan pihak kerajaan yang memperkenalkan Industri
Kecil dan Sederhana(IKS) merupakan satu tindakan terpuji kerana mampu memikat hati masyarakat
untuk menceburi bidang industri desa. Dalam hal ini, pihak kerajaan boleh menawarkan pakej
peminjaman modal, khidmat nasihat, dan peralatan kepada pengusaha tersebut. Bak kata
peribahasa, “ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja jadi deras”. Dengan adanya bantuan
pihak kerajaan, pengusaha dapat memulakan pekerjaan industri desa dengan lancar. Tegasnya,
pihak kerajaan perlu membantu pengusaha industri desa supaya mereka mampu mengusahakan
industri desa dengan baik.

Selanjutnya, pihak sekolah perlu mendedahkan sektor industri desa kepada murid-murid sejak
bangku sekolah lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini dikatakan demikian kerana
murid-murid yang masih berdarah setampuk pinang mudah menerima pengaruh luar. Misalnya,
pihak sekolah boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke industri desa untuk mendedahkan
proses pembuatan kraf tangan atau makanan di industri desa. Seterusnya, pihak sekolah turut boleh
mengajak usahawan industri desa yang berjaya untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid.
Hal ini secara tidak langsung dapat mengikis tanggapan buruk terhadap sektor industri desa dalam
kalangan murid-murid dan mereka akan berminat untuk menceburi bidang tersebut ketika dewasa.
Tuntasnya, pihak sekolah harus meyakinkan murid-murid bahawa sektor industri desa turut
menyumbangkan pendapatan yang lumayan.

Sementelahan, pengusaha industri desa patut menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman
sendiri di negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Hal ini dikatakan demikian kerana
pengusaha industri desa dapat belajar dan mendalami budaya kraf tangan negara lain. Contohnya,
dengan kelengkapan ilmu tersebut, pengusaha dapat membuat inovasi untuk menghasilkan kraf
tangan yang baharu dengan penerapan nilai tempatan dan nilai estetika negara lain. Sehubungan
dengan itu, kraf tangan yang baharu akan menarik perhatian pembeli dan menembusi pasaran
antarabangsa kerana mempunyai reka bentuk yang berbeza dengan kraf tangan yang lama. Hal ini
merupakan satu pendekatan serampang dua mata untuk menaikan nama baik negara dan menjana
ekonomi negara. Tegasnya, pengusaha industri desa patut menghasilkan produk yang berbeza untuk
memajukan industri desa.
Seterusnya, langkah yang boleh dilakukan dalam memajukan industri desa adalah dengan
menggunakan alat-alat berteknologi moden. Dengan mengaplikasikan teknologi moden dalam
pengeluaran produk tradisional, secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti
produk. Secara tidak langsung penduduk desa dapat mengksport produk desa ke luar negara dan
tidak hanya dipasarkan di dalam daerah sendiri sahaja. Melalui penggunaan alat-alat teknologi
moden juga, industri desa dapat memberi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada anak-
anak kampung itu sendiri lantaran permintaan yang semakin meningkat seiring dengan perubahan
masa.Jelaslah, industri desa yang telah dimajukan mampu menjadi teras pertumbuhan ekonomi
yang mantap kepada pengusahanya.

Pihak kerajaan juga perlu mendorong rakyat Malaysia agar membeli barang buatan desamelalui
kempen yang dilaksanakan. Pihak kerajaan perlu bersikap proakti dengan mewajibkankakitangan
kerajaan agar memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Pihak kerajaan harusmempromosikan
hasil industri desa dan kain batik ke seantero dunia. Sehubungan dengan itu, para pelan#ong asing
akan tertarik dengan keunikan kain batik. Natijahnya, industri pelan#ongan akanturut berkembang
maju. Kerajaan juga hendaklah menyediakan bantuan berupa peralatan moden dan#anggih seperti
bot berteknologi #anggih kepada para nelayan. (al ini membolehkan para nelayanmeningkatkan hasil
tangkapan ikan dan seterusnya mempelbagaikan produk yang berasal daripada

Intihanya, industri desa mampu menjana ekonomi negara kita dan amat berpotensi untuk
dimajukan. William Shakespeare pernah berkata bahawa jangan hentikan usaha yang mulia, selagi
hasilnya belum dikecapi dan dicapai. Lantaran itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk memajukan sektor industri desa kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Peribahasa genggam bara api, biar sampai jadi arang haruslah menjadi pegangan
pengusaha industri desa dalam memulakan perusahaan industri desa. Sehubungan dengan itu,
industri desa mampu dimajukan dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan industri negara
maju lain.

Anda mungkin juga menyukai