Anda di halaman 1dari 1

Bahagian C

(Markah 15)
RINGKASAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang usaha-usaha untuk memajukan industri kraf Malaysia . Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan tersebut.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan Malaysia kekal sebagai destinasi


pelancongan menarik, di samping menyediakan pelbagai produk pelancongan. Oleh hal
yang demikian, kraf tangan merupakan salah satu produk yang dapat meningkatkan
ekonomi negara sekali gus sebagai ‘sajian’ yang berperanan memajukan sektor
pelancongan negara. Industri kraf tangan mula diberi perhatian serius dengan penubuhan
Kraftangan Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan industri kraftangan mengikut
akta sedia ada. Perbadanan ini bertangunggjawab untuk membangunkan industri kraf
tangan sebagai sumber ekonomi negara. Antara langkah ke arah itu adalah dengan
membangunkan usahawan kraf, peniaga kraf dan produk berorientasikan pasaran.
Industri kraf tangan di negara ini ternyata telah memberi nafas baharu kepada
masyarakat luar bandar kerana dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka.
Menyedari hal ini, pihak kerajaan telah meminta insitusi kewangan memberi bantuan modal
kepada pengusaha-pengusaha yang meghadapi masalah kekurangan modal. Selain itu,
agensi seperti Kraftangan Malaysia, dan Krayaneka telah berusaha dengan mempamerkan
dan memasarkan produk daripada industri kraf. Dengan cara ini akan dapat mengatasi
masalah pemasaran oleh pengusaha-pengusaha kraf tangan luar bandar. Bagi memberi
pengiktirafan atas sumbangan pengusaha kraf, kerajaan telah mengadakan Sambutan Hari
Kraf Kebangsaan yang diadakan setiap tahun. Sambutan ini bertujuan memberi
penghargaan dalam usaha mereka untuk mengembangkan industri ini.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan juga telah berusaha untuk
memantapkan industri kraf negara. Umpamanya, industri kraf batik telah digerakkan dengan
penubuhan pusat inovasi batik Kelantan. Pusat inovasi ini akan berusaha ke arah
penghasilan produk kraf yang mempunyai identiti dan keaslian sesuatu produk. Dengan cara
ini akan memudahkan pihak kerajaan membantu para pengusaha meneroka pasaran luar
negara.
Di samping itu, usaha mempromosi kraf tempatan hendaklah dilakukan secara
berterusan walaupun melibatkan perbelanjaan yang tinggi selain daripada menepati
kumpulan sasar termasuk pelancong. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
juga telah meminta agar jenama khas kraf tangan Malaysia juga diadakan bagi
menunjukkan produk dari Malaysia untuk pasaran luar negara. Cara ini akan membolehkan
orang ramai menaruh kepercayan dan keyakinan kepada produk kraf tangan tempatan.
Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Memperkasa Industri Kraf Tangan Negara” Fokus Januari 2007
oleh Haji Samat bin Buang

Anda mungkin juga menyukai