Anda di halaman 1dari 3

Kadar Pulangan Dalaman (IRR)

Teknik ini menggunakan kriteria yang dikenali sebagai kadar pulangan dalaman
sebagai asas penilaian dalam projek perbelanjaaan modal.Kaedah ini
mempertimbangkan nilai masa wang dan melihat aliran tunai sepanjang hayat
projek. Teknik ini mengira kadar yang akan mengurangkan aliran tunai masa depan
agar sama dengan perbelanjaan tunai untuk projek tersebut.IRR adalah kadar
pulangan dijangka yang boleh diperoleh oleh sebuah firma jika projek tersebut
diterima. kos modal, k, kadar pulangan diperlukan daripada projek yang
mengekalkan nilainya. Jika projek IRR adalah lebih tinggi daripada k, maka nilai
firma akan meningkat dan sebaliknya, nilai firma akan jatuh apabila IRR lebih
rendah daripada k. Nilai firma tidak akan berubah jika IRR adalah sama dengan k.
Aplikasi Kadar Pulangan Dalaman

IRR adalah kadar pulangan dijangka yang boleh diperoleh oleh sebuah firma jika
projek tersebut diterima. Di samping itu, kos modal, k, kadar pulangan
diperlukan daripada projek yang mengekalkan nilainya. Jika projek IRR adalah
lebih tinggi daripada k, maka nilai firma akan meningkat dan sebaliknya, nilai
firma akan jatuh apabila IRR lebih rendah daripada k. Nilai firma tidak akan
berubah jika IRR adalah sama dengan k.

Secara ringkasnya, kriteria untuk menerima atau menolak projek berdasarkan


IRR adalah seperti berikut:
(a) Jika projek dinilai sebagai projek bebas, projek tersebut diterima dengan
IRR sebagai kos modal; dan
(b) Jika projek dinilai sebagai projek eksklusif secara bersama, projek tersebut
diterima dengan IRR lebih tinggi dan antara projek yang mempunyai
sekurang-kurangnya IRR yang sama dengan kos modal.

Kebaikan dan Keburukan Kadar Pulanga Dalaman


Selepas memahami IRR dan bagaimana ia diaplikasikan, sekarang kita lihat
kebaikan dan keburukan IRR.

Kebaikan IRR adalah seperti berikut:

(a) Seperti kriteria PBP dan NPV, IRR menggunakan aliran tunai dan bukan
keuntungan perakaunan sebagai asas pengiraan;

(b) Seperti kriteria NPV, IRR mengambil kira nilai masa wang dalam
pengiraan; dan

(c) Dalam kebanyakan situasi, teknik IRR memberikan penyelesaian secara


selari dengan teknik NPV. Teknik IRR merupakan teknik terbaik dari
perspektif teori kewangan. Ini kerana apabila projek yang mempunyai IRR
lebih dari k, maka NPV juga lebih dari 0.
(i) Jika k > IRR, NPV < 0 ; projek ditolak;

(ii) Jika k < IRR, NPV > 0; projek diterima; dan

(iii) Jika k = IRR, NPV = 0; projek diterima.

Keburukan IRR adalah seperti berikut:

(a) Pengiraan IRR adalah lebih rumit berbanding dengan NPV;

(b) Pengiraan IRR maklumat diperlukan ke atas kos modal projek di mana ia
agak sukar untuk dikenal pasti; dan

(c) Keputusan sukar dibuat apabila IRR berganda, situasi di mana


penyelesaian persamaan matematik bagi IRR memberikan lebih dari satu
jawapan. Situasi ini akan dihadapi dalam mempertimbangkan projek yang
bukan konvensional. Projek konvensional ditentukan sebagai projek di
mana aliran keluar tunai hanya berlaku pada permulaan projek, manakala
tahun berikutnya, projek akan menjana aliran masuk tunai. Isyarat bagi
aliran tunai ini mempunyai pola berikut: – + + + + +. Untuk projek yang
bukan konvensional, aliran keluar tunai boleh berlaku pada pertengahan
siri aliran masuk tunai, contohnya, projek yang mempunyai pola aliran
tunai berikut: – + + - + + - + +. Bilangan IRR bagi projek tersebut adalah sama
bilangan dengan perubahan arah aliran tunai, dalam contoh ini adalah
nombor lima.

Anda mungkin juga menyukai