Anda di halaman 1dari 8

Universiti Sains Malaysia

Dasar Televisyen Litar Tertutup (CCTV)


Pemantauan, Perakaman, Peranan & Standard Teknikal

Universiti Sains Malaysia (USM) komited untuk menyediakan persekitaran yang


selamat dengan menggabungjalinkan amalan terbaik bagi pencegahan jenayah dan
kepolisan melalui penggunaan teknologi semasa. Satu komponen penting dalam pelan
sekuriti dan keselamatan adalah televisyen litar tertutup (closed circuit television,
CCTV) - suatu teknologi yang membolehkan pemantauan dari jauh dan perakaman
aktivti di dalam kampus.

Tujuan dasar atau polisi ini adalah untuk menyediakan suatu garis panduan tentang
penggunaan CCTV bagi harta universiti dalam cara yang dapat meningkatkan
keselamatan dan sekuriti, di samping menghormati privasi dalam kalangan ahli
komuniti. Dasar ini juga melibatkan semua pelajar, jabatan / pusat pengajian, dan staf
yang tergolong dalam komuniti universiti1

(I) Prinsip Umum

A. Pemantauan CCTV bertujuan mencegah jenayah dan melindungi keselamatan diri


serta harta-benda komuniti universiti. Tujuan keselamatan merangkumi, tetapi tidak
terhad kepada:

Perlindungan individu termasuk pelajar, jabatan / pusat pengajian, staf dan


pelawat;
Perlindungan hak milik universiti dan / atau harta-benda dan bangunan yang
beroperasi, termasuk sempadan bangunan, laluan masuk dan keluar, lobi dan
koridor, dok penerimaan, kawasan penyimpanan, makmal dan lokasi juruwang;
Pengesahan penggera dan sistem kawalan capaian;
Perondaan atau patrol di kawasan umum dan kawasan yang boleh dikunjungi
orang awam termasuk perhentian bas, tempat letak kereta, jalan awam dan
laluan pejalan kaki; dan
Penyiasatan aktiviti jenayah dan aktiviti tatatertib yang serius, contohnya
mensabotaj projek penyelidikan, selaras dengan dasar ini.

Sebarang pengubahan pada teknologi sekuriti bagi tujuan selain daripada


keselamatan dan sekuriti yang tertakluk di bawah dasar ini adalah dilarang.

1
Penggunaan teknologi CCTV yang dilindungi oleh dasar Universiti yang melibatkan penyelidikan dengan subjek manusia atau
haiwan adalah di luar daripada Dasar ini.

1
B. Pemantauan CCTV akan dikendalikan dalam suatu cara yang profesional, beretika
dan sah. Staf yang terlibat dalam pemantauan akan dilatih dan diselia sewajarnya
semasa menggunakan teknologi ini. Pelanggaran Kod Prosedur yang ditetapkan
dalam Seksyen III di bawah mungkin boleh membawa kepada tindakan tatatertib
selaras dengan aturan dan peraturan yang melibatkan pekerja universiti.

C. Maklumat yang diperoleh semasa pemantauan akan hanya dikeluarkan dengan


kebenaran Naib Canselor atau mana-mana pihak yang dilantik mengikut prosedur
yang ditetapkan dalam Dasar ini.

D. Pemantauan akan dikendalikan secara konsisten dengan semua dasar universiti


yang sedia ada termasuklah Dasar Tanpa Diskriminasi, Dasar Gangguan
Seksual, dan dasar lain yang berkaitan. Pemantauan berdasarkan ciri-ciri
dan pengelasan sebagaimana yang terkandung dalam Dasar Tanpa Diskriminasi
(contoh: bangsa, gender, orientasi seks, kewarganegaraan, ketidakupayaan dan
lain-lain) adalah dilarang.

E. Pemantauan perlu dihadkan kepada penggunaan yang tidak melanggari jangkaan


privasi yang munasabah.

(i) Pelajar mempunyai jangkaan privasi yang tinggi di bilik asrama dan di
kemudahan ruang rehat asrama. Oleh itu, pemantauan bagi tujuan
keselamatan dan sekuriti tidak akan dijalankan di bilik asrama dan ruang
rehat asrama kecuali Ketua Jabatan Keselamatan, dengan pertimbangan dan
kelulusan daripada Jawatankuasa CCTV Universiti, menentukan bahawa
suatu risiko keselamatan/sekuriti wujud. Pemantauan di bilik asrama yang
dikongsi oleh lebih daripada seorang pelajar atau kawasan awam tidak
dibenarkan di bawah Dasar ini tanpa kebenaran daripada semua penghuni di
bilik berkenaan.

(ii) Fakulti dan staf juga mempunyai jangkaan privasi yang tinggi di dewan
kuliah, bilik tutorial dan kemudahan ruang rehat fakulti. Oleh itu,
pemantauan bagi tujuan keselamatan dan sekuriti tidak akan dijalankan di
dewan kuliah, bilik tutorial dan kemudahan ruang rehat fakulti kecuali Ketua
Jabatan Keselamatan, dengan pertimbangan dan kelulusan daripada
Jawatankuasa CCTV Universiti, menentukan bahawa suatu risiko
keselamatan / sekuriti wujud.

F. Kewujudan Dasar ini tidak menandakan atau menjamin bahawa kamera akan
dipantau sepanjang masa

G. Semua pemantauan dan perakaman video hendaklah mematuhi dasar ini dalam
masa lima (5) bulan daripada kelulusan Dasar ini.

H. Lima (5) bulan selepas penggunaan Dasar ini, Jawatankuasa CCTV perlu
menelitinya semula dan memberikan cadangan untuk penyemakan semula, jika
ada, kepada Naib Chanselor. Naib Canselor boleh meminda Dasar ini pada bila-
bila masa dengan syarat notis diberikan kepada komuniti Universiti dengan

2
memaparkan Dasar yang telah dikemas kini dalam laman sesawang universiti dan
saluran rasmi yang lain.

(II) Kebertanggungjawapan

A. Jabatan Keselamatan dengan pertimbangan Jawatankuasa CCTV Universiti


dan Naib Canselor dibenarkan untuk meneliti semula pemantauan CCTV bagi
tujuan keselamatan dan sekuriti di Universiti. Semua kawasan Universiti yang
menggunakan pemantauan CCTV adalah bertanggungjawab bagi
melaksanakan Dasar ini.

B. Naib Canselor mempunyai kebertanggungjawapan untuk membenarkan semua


pemantauan CCTV jangka panjang yang dicadangkan oleh Jawatankuasa
CCTV Universiti. Ketua Jabatan Keselamatan mempunyai
kebertanggungjawapan untuk membenarkan sebarang pemasangan sementara
yang diperlukan dalam perkaitan dengan sesuatu penyiasatan jenayah, bagi
meningkatkan sekuriti dalam sesuatu majlis khusus atau yang berkaitan dengan
perlindungan keselamatan dan sekuriti di Universiti.

C. Jawatankuasa CCTV akan dilantik oleh Naib Canselor. Jawatankuasa ini akan
terdiri daripada sekurang-kurangnya sepuluh (10) ahli yang akan berkhidmat
dalam tempoh yang ditentukan oleh Naib Canselor. Jawatankuasa ini
merangkumi Ketua Jabatan Keselamatan; Ketua Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP); seorang wakil daripada Perwakilan Pelajar yang
dicalonkan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal dan Pembangunan
Pelajar; seorang wakil daripada Pusat Pengajian Siswazah; sekurang-
kurangnya seorang wakil daripada Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia
(PTPM), Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), Jabatan
Pembangunan dan sekurang-kurangnya enam (6) fakulti dan staf yang
mewakili Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran Universiti Sains
Malaysia (PKAPUSM), Kesatuan Kakitangan Am Universiti Sains Malaysia
(KKAUSM), Kampus Utama, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan
Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT). Sebagai tambahan, Pegawai
Perundangan universiti akan dilantik sebagai ahli bagi jawatankuasa ini. Naib
Canselor akan dilantik sebagai Pengerusi.

Jawatankuasa CCTV hendaklah menjalankan kebertanggungjawaban


sebagaimana yang dijelaskan dalam Dasar dan kebertanggungjawaban lain
yang mungkin akan ditentukan dari semasa ke semasa oleh Naib Canselor.
Pengerusi Jawatankuasa CCTV boleh memilih untuk mengadakan mesyuarat
bagi sesuatu tindakan jawatankuasa CCTV sebagaimana yang diperlukan di
bawah Dasar ini. Sebagai ganti sesuatu mesyuarat, Pengerusi boleh memilih
untuk berunding dengan ahli melalui telefon atau internet. Semua ahli
hendaklah diberi peluang untuk terlibat sama dalam mana-mana rundingan.
Sebarang cadangan CCTV di bawah Dasar ini hendaklah memasukkan input
daripada majoriti ahli Jawatankuasa CCTV. Jawatankuasa juga digalakkan
untuk mendapatkan input daripada para pentadbir, fakulti, staf dan pelajar
dalam kawasan yang terkesan oleh penggunaan / cadangan penggunaan CCTV

3
dan mempertimbangkan input berkenaan sebelum sesuatu cadangan akhir
diputuskan.

D. Semua pemasangan baru di jabatan akan mematuhi Dasar ini. Jabatan yang
berhasrat memasang sistem pemantauan mesti menghantar permohonan
bertulis kepada Jawatankuasa CCTV untuk kelulusan. Permohonan bertulis
hendaklah mengandungi maklumat berikut:

deskripsi tentang isu keselamatan atau sekuriti yang memerlukan


pemasangan sistem pemantauan CCTV;
bilangan dan lokasi kamera yang dicadangkan untuk dipasang;
sama ada lokasi kamera melibatkan rakaman aktiviti pelajar, fakulti, staf
atau orang awam dan setakat mana tahap perakamannya;
nama dan jawatan individu yang akan bertanggungjawab bagi pemantauan
kamera tersebut;
kekerapan rakaman akan diteliti (contoh: masa sebenar, setiap hari, secara
rawak, apabila penggera berbunyi);
panjang masa rakaman; dan
tempat rakaman akan disimpan.

Jawatankuasa CCTV akan mempertimbangkan petisyen dan mengajukan


cadangan kelulusan pemasangan kepada Naib Canselor. Jawatankuasa boleh
mencadangkan pemasangan sama ada bilangannya lebih sedikit atau lebih
banyak daripada yang dijelaskan dalam petisyen asal Jabatan. Naib Canselor
akan membuat keputusan akhir berhubung kerelevanan pemasangan dengan
mempertimbangkan permohonan Jabatan dan keselamatan serta sekuriti bagi
keseluruhan komuniti serta privasi pihak yang aktiviti mereka mungkin
dirakam.

E. Pelajar, fakulti dan staf yang termasuk dalam lokasi sensitif yang tertentu di
dalam kampus akan semakin bertambah keprihatinan mereka terhadap privasi
atau kerahsiaan. Dalam usaha menghalang rasa tidak selamat di lokasi tersebut,
individu yang prihatin boleh menghantar petisyen kepada Jawatankuasa CCTV
untuk terus memasang kamera yang dicadangkan atau memindahkan kamera
yang sedia ada. Petisyen tersebut hendaklah mengenal pasti lokasi / lokasi yang
dicadangkan bagi pemasangan kamera dan bagi permohonan untuk
memindahkan kamera yang sedia ada, hendaklah disertai dengan maklumat
terperinci. Jawatankuasa CCTV akan mempertimbangkan petisyen tersebut dan
mengajukan cadangan kepada Naib Canselor. Naib Canselor akan membuat
keputusan akhir berhubung kerelevanan untuk memasang / memindah kamera
dengan mempertimbangkan permohonan individu berkenaan dan keselamatan
serta sekuriti bagi keseluruhan komuniti.

F. Ketua Jabatan Keselamatan, setelah berunding dengan Pegawai Perundangan,


akan meneliti dan memberi respons terhadap sepina daripada penguatkuasaan
undang-undang luar untuk membenarkan rakaman diperoleh melalui
pemantauan CCTV. Permintaan untuk rakaman CCTV yang bersangkut-paut
dengan penyiasatan dalaman tentang hal-hal berkaitan tatatertib Universiti
akan dikemukakan kepada Jawatankuasa CCTV. Jawatankuasa CCTV akan

4
meneliti permintaan tersebut dan mengajukan cadangan kepada Naib Canselor.
Naib Canselor akan membuat keputusan akhir berhubung dengan kerelevanan
membenarkan rakaman dibuat, mempertimbangkan permintaan pegawai /
jawatankuasa tatatertib terhadap privasi, keselamatan dan sekuriti seluruh
komuniti.

G. Sebarang rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Ketua Jabatan


Keselamatan akan diteliti oleh Naib Canselor yang akan membuat keputusan
akhir. Sesuatu rayuan boleh dikemukakan kepada Lembaga Pengarah untuk
meneliti keputusan yang diputuskan oleh Naib Canselor; keputusan Lembaga
Pengarah adalah muktamad.

H. Jawatankuasa CCTV boleh mengaudit mana-mana operasi pengawasan CCTV


Jabatan, termasuk simpanan dan pengekalan rakaman.

(III) Kod Tatacara


A. Semua operator dan penyelia yang terlibat dalam pengawasan video akan
melaksanakan tugasan mereka selaras dengan Dasar ini.

B. Jabatan Keselamatan akan membataskan kedudukan kamera dan pemantauan


di kawasan perumahan dengan pematuhan pada Dasar ini.

C. Pusat pengawasan/pemantauan akan diubah suai untuk mencegah operator


kamera daripada merosakkan atau membuat salinan penduaan bagi maklumat
yang dirakam.

D. Rakaman mungkin dikekalkan bagi suatu tempoh tidak melebihi 45 hari dan
akan dipadamkan, kecuali dikekalkan sebagai bahagian daripada sesuatu
penyiasatan jenayah atau prosiding mahkamah (sama ada sivil atau jenayah),
atau kegunaan bona fide lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah
Keselamatan.

E. Rakaman akan dikekalkan di suatu lokasi yang selamat dengan capaian hanya
oleh personel yang dibenarkan

F. Operator kawalan kamera yang meneliti rakaman hendaklah dilakukan dengan


kehadiran seorang penyelia bagi mengekalkan integriti atau keutuhan rakaman.

G. Operator kawalan kamera akan dilatih dari segi teknikal, perundangan dan
parameter etika tentang kegunaan kamera. Operator kawalan kamera akan
diberikan satu salinan daripada Dasar ini dan pengesahan bertulis bahawa
mereka telah membaca dan memahami isi kandungan Dasar tersebut

H. Operator kawalan kamera tidak akan memantau individu berdasarkan ciri-ciri


seperti bangsa, jantina, etnik, orientasi seks, ketidakupayaan, atau pengelasan
lain yang dilindung dalam Dasar Tanpa Diskriminasi. Operator kawalan
kamera akan memantau pada sesuatu perlakuan atau perbuatan yang
mencurigakan, bukannya ciri-ciri individu.

5
I. Operator kawalan kamera TIDAK akan memantau bilik atau kawasan
persendirian melalui tingkap.

J. Operator kawalan kamera tidak akan memumpu perhatian dan berterusan


memerhati mereka yang berkelakuan tidak sopan di kawasan awam.

K. Kamera mudah alih yang tersembunyi dengan kelengkapan rakaman akan


hanya akan digunakan bagi penyiasatan jenayah yang diluluskan oleh Ketua
Jabatan Keselamatan bagi Universiti Sains Malaysia.

(IV) Peranan dan Kebertanggungjawapan

A. Jabatan Keselamatan

1. Jabatan Keselamatan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan


sekuriti dalam kampus. Justeru, Jabatan Keselamatan juga bertanggungjawab bagi
keseluruhan operasi CCTV dalam kampus. Jabatan Keselamatan akan
mengkoordinasi dan mengurus semua aktiviti di Pusat Pengawasan,
Pemantauan dan Perakaman (Surveillance, Monitoring & Recording Center ,
SMRC).

2. Pusat Pengawasan, Pemantauan & Perakaman (SMRC)


.
SMRC hendaklah diuruskan oleh personel yang berkemahiran dan terlatih.
SMRC hendaklah dilengkapi sebaiknya bagi membolehkan ia beroperasi secara
lancar dan efisien.
SMRC juga hendaklah dilengkapi dengan monitor skrin besar berteknologi
tinggi bagi pengawasan dan pemantauan yang efektif
SMRC akan dihubungkan kepada semua CCTV luar. .
SMRC juga akan memantau CCTV yang akan diletakkan secara strategik di
empat (4) pintu keluar dan masuk utama universiti..
SMRC akan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi analitik video.
SMRC akan memastikan bahawa semua data sekuriti akan dikawal dan
disimpan dengan selamat.

3. Pengawasan semua CCTV luaran dan CCTV yang terletak di empat (4) pintu
keluar dan masuk utama universiti akan dipantau dan dikawal oleh Jabatan
Keselamatan melalui SMRC. Semua CCTV sedia ada lain yang dipasang di
jabatan, dewan kuliah dan kediaman pelajar akan diuruskan oleh jabatan yang
bertanggungjawab.

4. Semua pemohonan bagi CCTV baru akan dirujuk kepada Jawatankuasa CCTV
universiti.

5. Jawatan yang bersesuaian hendaklah ditambah untuk Jabatan Keselamatan bagi


tujuan pengurusan sistem CCTV di SMRC. Jawatan yang dicadangkan termasuk:

6
(1) J29 (Pembantu Teknik Elektronik) dan (2) F29 (Penolong Pegawai Sistem
Maklumat) .

B. Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM)


.
PTPM akan menyediakan khidmat kepakaran teknikal berkaitan dengan
kelengkapan dan spesifikasi. PTPM akan juga bertindak sebagai pusat sumber.

C. Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

PPKT akan menyediakan khidmat kepakaran teknikal berkaitan dengan


perisian / sofwer dan bahan ICT. Di samping itu, PPKT akan juga
bertanggungjawab terhadap sistem jaringan yang diperlukan untuk operasi
sistem CCTV secara lebih efektif di dalam kampus.

D. Jabatan Pembangunan

Jabatan Pembangunan akan menyediakan sokongan teknikal serta prasarana


yang relevan. Di samping itu, Jabatan Pembangunan akan juga bertindak
sebagai pusat rujukan bagi isu-isu berkaitan bangunan, tanah dan kemudahan
am di dalam kampus.

E. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

UKPP akan menyediakan khidmat kepakaran dan sokongan berkaitan dengan


isu keselamatan sistem ini.
Di samping itu, UKPP akan juga bertindak sebagai urusetia kepada
Jawatankuasa CCTV Universiti.
UKPP akan secara teratur (setiap suku tahun) atau dengan permintaan khusus
oleh Jawatankuasa CCTV mengaudit sistem CCTV di SMRC dan di lokasi lain

(V) Standard Teknikal CCTV

1. Pengawasan

Lokasi CCTV - kawasan “titik panas” akan dikenal pasti oleh pakar dalam
Jawatankuasa CCTV Universiti.
Garis panduan CCTV hendaklah dipatuhi sebaiknya semasa pemasangan
kamera baru.
Isu privasi hendaklah dipatuhi sebaiknya semasa pemasangan kamera baru.

2. Sistem Video

Sistem CCTV sedia ada akan ditingkatkan dan diubah suai bersesuaian dengan
perisian / sofwer baru.
Sistem analog akan dipadankan sebaiknya bagi membolehkan ia diubah ke
bentuk digital .

7
Sistem UPS akan menguruskan gangguan sementara dan penyimpanan data.
Suatu sistem baru yang lebh berkeupayaan / efisien .

Ulasan spesifikasi kamera:-

Jenis kamera analog kamera adalah sesuai digunakan walaupun teknologi


berubah. .
Kamera PTZ akan dilengkapi dengan ciri teknologi asei –analitik video dan
sesuai ditempatkan di luar bangunan yang memerlukan pengawasan yang lebih
luas. .
Kamera statik akan ditingkatkan dengan perisian / sofwer yang lebih baik.
Kamera IR lebih sesuai ditempatkan di lokasi yang kurang cahaya atau gelap
terutamanya bagi merakamkan imej pada malam hari.
Kualiti imej tidak lebih daripada 540 TVL
“Perlindungan terhadap Serapan” tidak kurang daripada 65 (IP > 65) bagi PTZ
luar..
Lensa luas- sudut luas bergantung pada lokasi dan tujuan.
Rakaman video digital (digital video recording, DVR) boleh berfungsi untuk
merakam dan memaparkan imej daripada kamera pada masa sebenar.
DVR juga boleh digunakan untuk menyimpan data dan imej ke dalam pemacu
cakera keras (hard disc drive, HDD) yang kapasiti simpanannya sehingga
sehingga 4000GB. Ia juga dilengkapi dengan sistem sokongan sama ada
melalui USB, CD-RW dan juga Jaringan.
DVR juga boleh dikonfigurasi melalui jaringan dan ia mempunyai protokol
TCP/IP bagi membolehkan capaian berasaskan sesawang
Kabel yang digunakan adalah jenis of RG6 atau RG59U, yang sesuai untuk
sistem video.
Jika jarak di antara kamera dengan DVR adalah melebihi 300 meter, maka ia
perlu dihubungkan dengan pemancar/penerima menggunakan kabel RJ45.

3. Kerentanan

Mampu menangani ancaman - kesesakan, cahaya laser atau kerosakan-


vandalisme.
Kabel dan kelengkapan mesti tertutup dan tersembunyi

4. Peruntukan

Peruntukan yang secukupnya hendaklah diberi untuk pembangunan sistem


CCTV serta mengurusnya sebaiknya dan secara efektif.

(Diluluskan oleh Jawatakuasa Eksekutif Naib Canselor, Ogos 2009)

Anda mungkin juga menyukai