Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH INSAN CEMERLANG (PSICER)


____________________________________________________________________________

TARIKH:
8 MAC 2012 (KHAMIS)
MASA
12.15 TENGAHARI

TEMPAT:
DEWAN SERI ISKANDAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALANG ISKANDAR

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALANG ISKANDAR
1.0 PENGENALAN
Program Pembanguan Sahsiah Insan Cemerlang ini dilaksanakan kepada pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Alang Iskandar. Program Pembanguan Sahsiah Insan Cemerlang ini
dilaksanakan bagi mendedahkan kepada pelajar untuk pelajar lebih memahami diri sendiri dan
bersedia dengan dunia pekerjaan. Di samping itu, program ini juga bermatlamatkan untuk
meningkatkan motivasi para pelajar sesuai dengan tret personaliti mereka

Aktiviti ini dilaksanakan untuk membolehkan pelajar mengetahui secara lebih mendalam
lagi tentang diri mereka dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi oleh pelajar. Mereka akan
tahu dan memahami kelemahan dan kekuatan yang ada pada mereka. Program ini melibatkan
pelajar Tingkatan 5. Pelajar-pelajar tersebut akan membuat inventori yang disediakan oleh
kaunselor, dan kaunselor akan mentafsirkan inventori yang dibuat oleh pelajar, ini dapat
membantu pelajar dalam memahami diri mereka dan pekerjaan yang bersesuaian dengan
mereka .

2.0 MATLAMAT

Program Pembanguan Sahsiah Insan Cemerlang ini bermatlamat untuk memupuk kefahaman
mengenai sikap diri pelajar sendiri dan kerjaya yang bakal dipilih oleh mereka.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Pelajar dapat mengetahui tret atau ciri personaliti yang wujud dalam diri individu
dengan mengukur samada seseorang itu mempunyai tret atau ciri peribadi yang
tertentu.
3.2 Mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.
3.3 Membolehkan pelajar memahami sikap yang ada pada diri mereka mengikut kemahuan
dan kemampuan dirimereka.
3.4 Pelajar mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam tentang sikap diri pelajar dan
membantu perkembangan diri bagi menghadapi dunia pekerjaan.
4.0 JUSTIFIKASI
Program Pembanguan Sahsiah Insan Cemerlang ini dirangka untuk membantu pelajar bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang personaliti merekadan kerjaya yang bakal dipilih oleh
pelajar. Hal ini dapat dilihat selaras dengan matlamat yang ingin dicapai oleh negara bagi
melahirkan generasi muda yang berkebolehan dan hebat dari pelbagai aspek dalam bidang
kerjaya untuk melahirkan sumber insan bagi membangunkan negara.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


Tarikh : 8 Mac 2012

Hari : Khamis

Masa : 12.15 tgh hingga 1.30 ptg

Tempat Program : Dewan Seri Iskandar

Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar

6.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar.

TINGKATAN 5 : INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)


TINGKATAN BIL PELAJAR
LELAKI PEREMPUAN
5 SC 8 21
5 SPN 13 15
5 ERT 20
5 PDG 15 5
5 RJP 1 9
5 KP 10 4
5 PSV 11 21
JUMLAH 58 95
JUMLAH KESELURUHAN 153
7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Jawatankuasa Induk
Penasihat program : Tn Hj Zulkipli Bin Abd Rahman(Pengetua Cemerlang)
Pengarah Program : Pn Hajah Hayati Bin Daud (PK Pentadbiran)
Timbalan Pengarah : En Heri Bin Kechik(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Setiausaha : Cik Lai Ai Huey (Guru Pelatih Bimbingan dan Kaunseling)
Naib Setiausaha : Cik Amek a/p Arifin(Guru Pelatih Bimbingan dan Kaunseling)
AJK : Pn Zaiton Naimah bt Abdul Rashid (Penyelaras Tingkatan 5)
Pn Nor Fadzilah bt Ahmad (Guru Kelas 5SC)
Pn Haniza Begum bt M. Farouk (Guru Kelas 5SPN)
En Rozidi b Jaafar (Guru Kelas 5ERT)
Pn Moleetha a/p Muthaya (Guru Kelas 5PDG)
Pn Faridah bt Jaafar (Guru Kelas 5KP)
En Mohd Zulkifli b Zainal Abidin (Guru Kelas 5RJP)
En Rohaidzat b Zainoldin (Guru Kelas 5PSV)

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

- TIADA –

10.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami agar kertas kerja ini diluluskan oleh pihak tuan kerana program ini
adalah merupakan program penting bagi memastikan kami mendapat ilmu dan pengalaman
yang berguna untuk pelajar. Disamping itu, program ini dapat mendedahkan kepada pelajar
tentang personaliti yang ada pada diri mereka dan membantu perkembangan diri bagi
menghadapi dunia pekerjaan. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.
11.0 PENGESAHAN KERTAS KERJA

Disediakan oleh :

..................................
Cik Lai Ai Huey
Setiausaha,
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH INSAN
CEMERLANG (PSICER),
(Guru Pelatih Bimbingan dan Kaunseling)

Disemak oleh :

.................................................................
En Heri Bin Kechik
Timbalan Pengarah Program,
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH INSAN
CEMERLANG (PSICER),
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Disahkan oleh:

......................................................................
Pn Hajah Hayati Binti Daud
(PK Pentadbiran)
Pengarah Program
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH INSAN
CEMERLANG (PSICER),

Diluluskan oleh :

.....................................................................
Tuan Haji Zulkipli bin Abd Rahman
Pengetua Cemerlang

13.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM

Makan minum peserta & pembantu/ sewa Flying Fox - RM ( Peruntukan UBK)
Keperluan lain ( hadiah/peralatan) - RM ( Yuran Peserta)

Jumlah keseluruhan RM

( Perincian Perbelanjaan Sila Rujuk Lampiran )

15.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat membantu pelajar yang berisiko dispin untuk menyedari dan
memperbaiki diri dari segi sahsiah, akademik dan sosial. Memandangkan program ini adalah julung kali di
adakan d cadangkan, jika berjaya bakal menjadi aktiviti tahunan khusus untuk pelajar – pelajar berisiko
dan berpotensi melakukan salahlaku disiplin yang memungkinkan mereka dibuang sekolah atau terlibat
dengan jenayah.

Anda mungkin juga menyukai