Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PERMOHONAN PEMASANGAN GRILL TINGKAP DAN PINTU

KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK BANDAR


BINTANGOR

1. Pendahuluan

Selesa dan selamat itu ungkapan ulung yang sering keluar dari hati penghuni
sekolah. Bangunan sekolah yang selesa adalah idaman setiap warga yang menghuni
bangunan. Umumnya sekolah merupakan landasan pertama untuk menimba ilmu baik di
sekolah rendah mahupun menengah. Suasana yang ceria, bersih dan selamat memberikan
keselesaan kepada guru-guru dan murid-murid. Prestasi sekolah yang baik bukan sahaja
dinilai dari segi penilaian kecemerlangan murid-murid sekolah tetapi persekitaran sekolah
yang ceria, menarik dan selamat. Tidak adil jika sesebuah sekolah cemerlang dari segi
penilaian akademik tetapi keceriaan dan keselamatan penghuni sekolah ditahap yang
rendah.

2. Rasional

Bangunan yang mempunyai pengudaraan secara semula jadi mempunyai risiko yang
rendah dalam penularan penyakit COVID-19 dan lain-lain penyakit bawaan udara.
Meningkatkan pengudaraan dalaman dengan membuka tingkap untuk membolehkan
pertukaran udara bersih dengan lebih kerap ke dalam bangunan atau premis.
Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dapat berlaku di dalam kelas PPKI SK Bandar
Bintangor kerana sekiranya tingkap dibuka murid yang hiperaktif akan melompat keluar
dari tingkap. Kejadian murid melompat keluar dari tingkap sering kali berlaku
memandangkan kedudukan tingkap yang agak rendah dan tidak dipasang grill. Keadaan
tingkap yang sentiasa bertutup akan menyebabkan keadaan kelas menjadi panas dan tidak
selesa untuk murid belajar. Tambahan pula, bilangan murid yang ramai menjadikan kelas
bertambah panas dan tidak selesa. Dengan adanya pemasangan grill tingkap dan pintu,
ianya dapat mengelakkan murid hiperaktif melompat keluar dan membolehkan tingkap
serta pintu dibuka bagi mendapatkan pengudaraan yang baik.
3. Objektif
3.1 Meningkatkan kualiti udara iaitu suhu, kelembapan dan aliran udara di dalam
kelas.
3.2 Mengelakkan Murid Bekeperluan Khas melompat/berlari keluar agar tidak berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini.
3.3 Memudahkan guru dan ppm mengawal kelas bagi melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran
3.4 Menyediakan pencahayaan semula jadi yang lebih lembut mampu mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang tenang untuk murid memberi focus terhadap
pengajaran dan pembelajaran.

4. Keperluan
4.1 Pemasangan grill tingkap
4.2 Pemasangan grill pintu

5. Anggaran Perbelanjaan

Bil Item Kos seunit Quantiti Jumlah


.
1. Grill keluli tahan karat tingkap RM 35/ kaki 98 kaki RM 3,439.80
hadapan persegi persegi
2. Grill keluli tahan karat tingkap RM 35/ kaki 126 kaki RM 4,410.00
belakang persegi persegi
3. Grill keluli tahan karat pintu RM 35/ kaki 21.78 kaki RM 762.30
hadapan persegi persegi
4. Grill keluli tahan karat pintu RM 35/ kaki 21.78 kaki RM 762.30
belakang persegi persegi
Jumlah keseluruhan RM 9,374.40
*Rujuk Lampiran A

6. Penutup

Kerja pemasangan grill ini sangat diperlukan supaya persekitaran yang kondusif, ceria
dan selamat dapat dihasilkan untuk keperluan murid PPKI. Persekitaran fizikal bilik
darjah yang berkualiti, ceria dan harmoni dapat membantu mewujudkan kesejahteraan
dan keselesaan kepada murid PPKI seterusnya dapat mempengaruhi proses pengajaran
dan pembelajaran yang boleh menyumbang kepada keberjayaan murid dalam
pembelajaran mereka. Oleh itu, persekitaran pembelajaran bilik darjah yang berkualiti
dapat berhasil sekiranya prasarana pesekitaran pembelajaran itu dirancang dan disusun
dengan
baik, sistematik dan memenuhi kriteria tertentu selari dengan keperluan pelajar dan
matlamat kurikulum di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

ROBINSON LING ANAK SANGAH ZAMERENE BIN RUIN

PENELARAS PPKI GURU BESAR

SK BANDAR BINTANGOR SK BANDAR BINTANGOR


LAMPIRAN A

* Pintu belakang * Pintu hadapan

* Tingkap hadapan * Tingkap belakang

23.4 ft
4.2 ft

*Lakaran tingkap hadapan

4.2 ft 30 ft
*Lakaran tingkap belakang

3.3 ft 3.3 ft

6.6 ft
6.6 ft

*Lakaran pintu hadapan *Lakaran pintu belakang

Anda mungkin juga menyukai