Anda di halaman 1dari 21

2020

SEMINAR ISU-ISU PENDIDIKAN


SEMASA

TUGASAN INDIVIDU: PPP70804 (A)

DUAL LANGUAGE PROGRAMME


(DLP)

NAMA NO. MATRIK


KAVITHA A/P RANGANATHA Q20201000843

PENSYARAH PENILAI: PROF. MADYA DR. OMAR BIN ABDUL


KAREEM
TARIKH : 2 JANUARI 2021

0
1.0 PENGENALAN

DLP adalah singkatan kepada Dual Language Programme. ‘Dual language’ bermaksud
dwibahasa yang mengenengahkan satu bahasa yang diguna pakai seluruh dunia dan satu lagi
bahasa rasmi yang digunakan di negara tersebut. Bahasa Dual adalah satu bentuk pendidikan
dimana pelajar diajar literasi dan kandungan dalam dua bahasa.

Dual Language Programme adalah satu program yang diperkenalkan di bawah dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi
pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa Malaysia bagi
mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk
dan Teknologi. Sebanyak 300 sekolah perintis iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Menengah Kebangsaan di bawah pengelolaan kementerian melaksanakan Program Dwibahasa
(DLP) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 38.5 juta.

DLP ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada 13 Oktober
2015 dan diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu YAB Dato’
Seri Najib dalam pembentangan bajet 2016 pada 23 oktober 2016. Program DLP ini merupakan
satu inisiatif dibawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa

1
Inggeris (MBMMBI). Secara khususnya, DLP ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, DLP ini dilaksanakan untuk menyokong


penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pendedahan secara tidak langsung kepada
pelajar. Dengan ini, seseorang pelajar dapat mengakses penerokaan ilmu lebih luas untuk
bersaing di peringkat global. Seterusnya dikatakan bahawa program sebegini dapat menarik
minat pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada peringkat lebih tinggi.

Selaras dengan aspirasi PPPM agar murid menguasai kemahiran dwibahasa, DLP
memberi peluang kepada murid untuk mengguna pakai Bahasa Inggeris melalui matapelajaran
Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi.
DLP membolehkan masyarakat Malaysia meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai ilmu
untuk bersaing di peringkat global.

Pilihan kepada sekolah diberikan berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua
serta kesediaan sekolah melaksanakannya. Antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih
adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian,
selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi seperti kesediaan guru-guru untuk
mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa. Sekolah yang terpilih boleh menawarkan
DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Buat permulaan,
program ini ditawarkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK).

2
2.0 DEFINISI DLP

Dalam garis panduan ini “DLP” merupakan program yang memberi pilihan kepada
sekolah untuk menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdPc) matapelajaran Sains, Matematik dan matapelajaran Versi 1.0 (2015) Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang lain.

“Sekolah DLP” bermaksud sekolah yang telah mendapat kelulusan untuk


melaksanakan PdP dalam Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains,
Matematik dan matapelajaran STEM yang lain (sekurangkurangnya satu
kelas DLP).

“Kelas DLP” bermaksud kelas yang melaksanakan PdP bagi


matapelajaran yang telah dikenal pasti dalam Bahasa Inggeris
sepenuhnya.

“Guru DLP” bermaksud guru yang mengajar matapelajaran Sains,


Matematik dan matapelajaran STEM dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya
(sekurang-kurangnya satu kelas).

“Murid DLP” bermaksud murid yang diberi kebenaran oleh ibu bapa
untuk mengikuti PdPc dalam Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran yang
telah dikenal pasti.

“Matapelajaran yang telah dikenal pasti” adalah Sains, Matematik, Reka


Bentuk & Teknologi (RBT), Asas Sains Komputer (ASK) dan
matapelajaran STEM yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.
Matapelajaran Sains mesti diambil bersama-sama Matematik.

3
3.0 LATAR BELAKANG DLP

‘Dual Language Programme’ (DLP) telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi
Negara Bil. 21/2015 pada 13 Oktober 2015 dan diumumkan oleh bekas YAB Perdana Menteri
Malaysia ke-6 dalam pembentangan bajet 2016 pada 23 Oktober 2015. Program ini
dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia,
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Perbincangan bersama mereka yang ada kepentingan, berserta hasil tinjauan yang
dikumpul membolehkan Kementerian Pendidikan, menerusi makmal Bahasa Inggerisnya
meyakinkan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri. Makmal diselenggarakan
oleh Unit Prestasi dan Pelaksanaan (PADU) dan PEMANDU dalam bulan Julai
memperkenalkan dua program baharu di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) iaitu Program Highly Immersive (HIP) dan
Program Dual Language (DLP).

Bajet 2016 memperuntukkan RM 135 juta untuk menyokong program itu. Malah, RM
38.5 juta daripada peruntukan ini diagihkan kepada projek perintis untuk melancarkan kedua-
dua program HIP dan DLP pada 2016. Aktiviti sokongan HIP sebenarnya bukan perkara baharu
kerana program ini adalah peneguhan kepada pekeliling iktisas 1999 yang diterbitkan oleh
Kementerian Pendidikan.

Menjelang akhir 2016, dijangka 1,000 sekolah akan melaksanakan HIP. Sementara itu,
DLP pula membabitkan pengajaran subjek seperti Matematik, Sains, Teknologi Reka Bentuk
dan ICT dalam bahasa Inggeris. Fasa awal program ini membabitkan 300 sekolah yang cukup
syarat. Bagi memastikan usaha ini berjaya, kami perlukan pemimpin sekolah yang bersetuju
melaksanakan program ini, guru yang berkemampuan mengajar Bahasa Inggeris serta ibu bapa
yang mahukan program ini.

Namun, sekolah yang terbabit, wajib mematuhi syarat tahap penguasaan Bahasa
Melayu ditetapkan Kementerian Pendidikan. Saranan mengenai HIP dan DLP daripada
makmal Bahasa Inggeris disokong sepenuhnya bekas Perdana Menteri; bekas Menteri
Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid,
Majlis Ekonomi, Kabinet dan pegawai kanan Kementerian Pendidikan.

4
4.0 OBJEKTIF DLP

Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan
akses dan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan
kebolehpasaran murid di alam pekerjaaan. Program ini dapat membantu dan menarik minat
murid yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) di peringkat tertiari. Selain itu, pelaksanaan DLP turut meningkatkan masa
pendedahan murid kepada bahasa Inggeris yang secara tidak langsung dapat memperkukuh
Bahasa Inggeris mereka.

Tambahan pula DLP (Dual Language Programme) adalah untuk memberi peluang
kepada murid untuk meningkatkan akses dan penerokaan pelbagai ilmu untuk berjuang alam
dunia serta meningkatkan kebolehan dan kepakaran dalam sesuatu bidang tertentu. Keperluan
kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah
jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, 80% bidang
pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM. Maka untuk itu, pelajar perlu disediakan
dengan bidang Sains dan Matematik ke arah globalisasi.

Program ini dapat membantu Dasar STEM menjadi lebih penting kerana perkembangan
bidang kerja yang berkaitan dengan STEM adalah 3 kali ganda berbanding bidang bukan
STEM. Selain itu, pelaksanaan DLP dapat memperkukuhkan Bahasa Inggeris pelajar dan dapat
menceburi dalam bidang Sains dan Matematik.

5
5.0 TUJUAN PELAKSANAAN DLP

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk


menyokong penguasaan kemahiran
Berbahasa Inggeris murid melalui
peningkatan masa pendedahan kepada
Bahasa Inggeris secara tidak langsung.

Dengan pengukuhan dwibahasa, DLP boleh


memberi peluang kepada murid untuk
meningkatkan akses penerokaan pelbagai
ilmu untuk bersaing di peringkat global serta
meningkatkan kebolehpasaran murid di alam
pekerjaan.

DLP merupakan satu program pilihan


sekolah yang berminat dan memenuhi
kriteria yang telah ditetapkan boleh membuat
permohonan secara rasmi ke Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) & masing-masing.

Program ini dapat membantu dan menarik


minat murid yang ingin meneruskan
pengajian dalam bidang Sains & Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik di peringkat
tertiari.

6
6.0 KRITERIA UNTUK MELAKSANAKAN DLP

PENCAPAIAN
GURU BESAR @
SEKOLAH
MEMPUNYAI GURU BERSEDIA PERMINTAAN &
DALAM MATA
SUMBER YANG UNTUK SOKONGAN IBU
PELAJARAN
MENCUKUPI MELAKSANAKAN BAPA
BAHASA
DLP
MELAYU

Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat untuk melaksanakan program DLP ini.
Antaranya ialah sesebuah sekolah yang ingin melaksanakan program DLP perlu mempunyai
sumber yang mencukupi. Sumber merujuk kepada buku teks, bahan rujukan, bahan bantu
mengajar dan lain-lain bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, pengetua atau guru besar dan juga guru perlu bersedia untuk melaksanakan
DLP. Pengetua atau guru besar perlu mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek
untuk memastikan bilangan guru dan murid yang mencukupi.

Seterusnya, permintaan dan sokongan daripada ibu bapa juga merupakan satu kriteria
yang utama dalam pelaksanaan DLP. Ibu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis
kepada pihak sekolah untuk membolehkan anak mereka mengikuti DLP. PIBG juga perlu
bersetuju dan menyokong pelaksanaan DLP.

7
Pencapaian sekolah dalam matapelajaran Bahasa Melayu mestilah menyamai atau lebih
baik daripada pencapaian purata GPMP kebangsaan Bahasa Melayu peperiksaan awam (UPSR
dan SPM) bagi tahun sebelumnya.

Permohonan boleh diajukan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan menyertakan


dokumen seperti Surat permohonan secara rasmi dari pihak sekolah, Borang Kesediaan
Sekolah yang diisi dengan lengkap, Surat persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
Borang Persetujuan Ibu Bapa (kumpul dan simpan di sekolah sahaja).

PPD akan menjalankan tinjauan dan pemeriksaan ke atas sekolah berkenaan untuk
mengesahkan kesediaan sekolah dan memanjangkan permohonan ke Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN). JPN seterusnya akan memanjangkan permohonan ke Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) serta Unit Pelaksanaan
dan Prestasi Pendidikan (PADU) akan membuat penilaian terakhir untuk pertimbangan dan
kelulusan.

Guru yang terlibat dalam DLP boleh memohon pertukaran. Walau bagaimanapun, PPD
perlu memastikan guru DLP yang bertukar, diganti dengan guru DLP yang baharu (back to
back). Guru DLP yang berpindah diberi keutamaan untuk ditempatkan di sekolah DLP. PPD
boleh melaksanakan redeployment guru bagi memastikan bekalan guru DLP mencukupi.

Jika sesebuah sekolah yang tidak berminat atau tidak bersedia mengambil bahagian
dalam DLP perlu menulis surat secara rasmi kepada PPD masing-masing "dalam tempoh lima
hari dari tarikh surat (berkaitan) berkuat kuasa". Mengikut semakan surat berkenaan bertarikh
3 Disember 2015, bermakna pengecualian perlu dibuat selewat-lewatnya 8 Disember 2015.
Salinan surat berkenaan perlu dikemukakan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

8
7.0 PERANAN GURU BESAR, PPD, JPN, GURU DLP, IBU BAPA, PIBG

GURU
BESAR

PIBG PPD

PERANAN

IBU
JPN
BAPA

GURU
DLP

Guru besar melaksanakan sesi penataran bersama ibu bapa, guru dan pihak yang
berkepentingan. Guru besar membuat permohonan secara rasmi dan rayuan kepada PPD
sekiranya semua pihak bersetuju untuk melaksanakan DLP. Guru besar membuat perancangan
jangka panjang dan jangka pendek bagi memastikan kejayaan DLP di sekolah masing-masing.
Guru besar perlu memantau pelaksanaan DLP secara berkala. Guru besar perlunya
mengadakan mesyuarat penyelarasan atau dialog pelaksanaan DLP.

Peranan PPD adalah melaksanakan sesi penataran kepada sekolah yang berpotensi dan
menerima permohonan dan rayuan sekolah yang berminat menjalankan DLP. Pegawai PPD
menjalankan tinjauan atau pemeriksaan ke atas sekolah berkenaan untuk mengesahkan
kesediaan sekolah dan memanjangkan permohonan ke JPN. Pegawai PPD memastikan guru
DLP yang bertukar, diganti dengan guru DLP yang baru. Pegawai PPD memastikan bekalan

9
guru DLP mencukupi di setiap sekolah terlibat. Pegawai PPD pemantauan pelaksanaan DLP
secara berkala Pegawai PPD mengadakan mesyuarat penyelarasan dan dialog pelaksanaan
dengan pihak sekolah DLP.

Peranan JPN adalah menerima permohonan dan rayuan sekolah yang berminat untuk
menjalankan DLP yang dipanjangkan oleh pihak PPD ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
(BPSH). Pihak JPN melaksanakan sesi penataran kepada PPD. Pihak JPN menjalankan
tinjauan dan pemeriksaan ke atas sekolah berkenaan untuk mengesahkan kesediaan sekolah.
Pihak JPN merancang dan memantau pelaksanaan DLP secara berkala. Pihak JPN mengadakan
mesyuarat penyelarasan dan dialog bagi pelaksanaan DLP antara PPD dan sekolah.

Peranan Guru DLP adalah menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) bagi kelas DLP dalam Bahasa Inggeris. Guru DLP
menjalankan PdP dalam Bahasa Inggeris bagi matapelajaran dan kelas DLP. Guru DLP
menyediakan soalan pentaksiran sumatif dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Guru DLP merancang dan menjalankan program intervensi yang sesuai untuk murid
yang memerlukannya.

Peranan Ibu bapa pula melibatkan diri dalam sesi penataran di peringkat sekolah
untuk memahami konsep DLP. Peranan ibu bapa menandatangani Borang Persetujuan Ibu
Bapa. Peranan ibu bapa memberi sokongan dan membantu pihak sekolah dalam menjayakan
DLP.

Peranan PIBG melibatkan diri dalam sesi penataran di peringkat sekolah untuk
memahami konsep DLP. Peranan PIBG perlu menyedia dan menandatangani surat persetujuan
PIBG untuk melaksanakan DLP. PIBG perlu memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam
menjayakan DLP.

10
8.0 PELAKSANAAN DLP

Setiap kelas perlu mempunyai sekurang-kurangnya 15 murid tanpa perlu menjejaskan


bilangan kelas sedia ada. Kelas itu perlu menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya untuk
pengajaran dan pembelajaran subjek yang terlibat. Terdapat beberapa matapelajaran yang
terlibat dalam pelaksanaan DLP. Antaranya ialah Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1,
Matematik Tahun 1, Sains Tahun 4 dan Matematik Tahun 4. Manakala peringkat Sekolah
Menengah matapelajaran terdiri daripada ialah Sains Tingkatan 1 dan Matematik Tingkatan 1.

Program DLP ini adalah pilihan dan tiada paksaan. Program ini terbuka kepada pelajar
yang layak selepas melalui proses saringan yang tertakluk dan di bawah kuasa pentadbiran
sekolah. Ketika ini, pelajar yang layak dan dengan kebenaran bertulis ibu bapa sahaja diterima
menyertai DLP. Jika Ibu bapa yang enggan membenarkan anaknya menyertai DLP, mereka
masih boleh menarik diri dan akan ditempatkan di kelas biasa yang bukan DLP. Tempatnya
akan diganti oleh pelajar lain yang berminat dan layak atau dibiarkan tanpa pengganti jika tiada
permintaan.

8.1 Jawatankuasa Pelaksanaan DLP

a) Struktur jawatankuasa

11
b) Aliran kerja

9.0 SYARAT DLP

DLP ini pilihan. Tiada paksaan. Terbuka kepada pelajar yang layak selepas melalui
proses saringan yang tertakluk dan di bawah kuasa pentadbiran sekolah. Ketika ini, pelajar
yang layak dan dengan kebenaran bertulis ibu bapa sahaja diterima menyertai DLP.Untuk ibu
bapa yang enggan membenarkan anaknya menyertai DLP, mereka masih boleh menarik diri
dan akan ditempatkan di kelas biasa yang bukan DLP.Tempatnya akan diganti oleh pelajar lain
yang berminat dan layak atau dibiarkan tanpa pengganti jika tiada permintaan. Bagaimanapun,
kelas DLP terbubar secara automatik sekiranya bilangan pelajar di dalam satu kelas itu kurang
daripada 15 orang - syarat minimum yang ditetapkan Kementerian Pendidikan. Satu syarat lagi,
sekolah tidak boleh menambah bilangan kelas khusus untuk DLP. Kelas DLP mesti sebahagian
daripada bilangan kelas sedia ada.

Sebagai contoh, jika Sekolah A ada lapan kelas untuk darjah satu maka kelas DLP boleh
jadi satu daripada lapan atau dua daripada lapan kelas sedia ada. Pihak sekolah tidak dibenarkan
menambah bilangan kelas menjadi sembilan atau sepuluh hanya untuk DLP. Mulai Mac, semua

12
pelajar yang mengikuti DLP akan di ‘tag’ dan tidak dibenarkan keluar dari program DLP
sehingga tamat tingkatan lima. Hal ini bagi memantau keberkesanan program ini.
Perkembangan pelajar direkodkan sebagai asas bagi pelaksanaan dasar baharu pada masa akan
datang.

Sekiranya pelajar DLP perlu berpindah sekolah disebabkan faktor-faktor tertentu


seperti mengikut ibu bapa berpindah tempat kerja, mereka akan ditempatkan di sekolah yang
ada DLP dan paling hampir dengan kawasan kediaman barunya. Ini bagi memastikan pelajar
DLP dapat mengikuti program ini dalam satu kitaran lengkap. Bagi memenuhi keperluan ini,
pastinya program DLP akan diperluas pada masa depan. Secara tidak langsung, peluasan ini
dapat menampung permintaan yang mungkin bertambah untuk menyertai program ini.

Pada peringkat rintis ini, program DLP hanya melibatkan pelajar Tahun 1, Tahun 4 dan
Tingkatan 1. Berbeza dengan PPSMI, program DLP dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa
Inggeris. Soalan peperiksaan juga sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan bukannya dwibahasa
seperti dalam PPSMI. Matapelajaran dalam program DLP ialah Dunia Sains dan Teknologi
(Tahun 1), Matematik (Tahun 1 dan Tahun 4) dan Sains (Tahun 4) manakala di peringkat
Sekolah Menengah pula ialah Sains dan Matematik bagi Tingkatan 1.
Untuk rekod, 300 sekolah rintis yang dipilih ini juga telah memenuhi syarat prestasi
subjek terbabit termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris melepasi atau setaraf prestasi
peringkat kebangsaan. Sekolah lain yang memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh memohon
untuk melaksanakan program DLP apatah lagi jika ada permintaan yang tinggi daripada ibu
bapa.

10.0 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Semua peperiksaan awam bagi subjek Sains dan Matematik disediakan dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris mulai 2016. Pentaksiran sekolah bagi subjek yang terlibat dalam
program DLP disediakan dalam bahasa pengantar yang digunakan.

13
11.0 PENDAPAT SAYA TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM (DLP)

DLP akan menjadikan pelajar lebih bersedia untuk masa hadapan kelak. Ini kerana
mereka tidak akan merasa gementar untuk menempuhi alam pengajian yang lebih tinggi dan
juga alam pekerjaan di mana semuanya diajar dalam Bahasa Inggeris. Pengetahuan Bahasa
Inggeris juga diberi keutamaan kepada pemilihan pekerja pada masa kini. Bahasa Inggeris yang
merupakan bahasa global dapat dikukuhkan lagi melalui program DLP.

Kita juga dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam apabila belajar
Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat dalam Bahasa Inggeris di mana masa
pendedahan kepada Bahasa Inggeris yang lebih lama. Maka, pelajar juga dapat menguasai
bahasa global serta dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam bahasa
tersebut. Secara langsungnya, ia akan membantu untuk merealisasikan objektif MBMMBI iaitu
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Pelajar yang belajar Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dalam
Bahasa Inggeris tidak akan berasa susah dengan nama-nama saintifik yang akan dipelajari.
Contohnya, perkataan ‘daya’ digunakan dalam pembelajaran sains versi Bahasa Melayu dan
perkataan ‘force’ digunakan dalam Bahasa Inggeris. Namun, formula bagi kedua-dua
perkataan ini ialah ‘F’ yang berasal daripada ‘force’. Maka, pelajar yang mempelajari melalui
Bahasa Inggeris mudah mengingati formula tersebut malah bagi pelajar yang memahaminya
melalui Bahasa Melayu sukar untuk mengaitkan perkataan Bahasa Melayu yang berasal
daripada Bahasa Inggeris. Berdasarkan situasi di mana kebanyakan teori yang digunakan dalam
sistem pendidikan negara kita dalam Bahasa Inggeris, sudah ia akan memberi kefahaman yang
lebih mendalam jika belajar subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan negatif DLP apabila ianya dilaksanakan


tanpa menyelesaikan masalah asas yang dihadapi oleh pelajar. Antaranya adalah, dasar DLP
tidak akan menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar,
kerana masalah yang sebenarnya adalah berkaitan dengan Bahasa Inggeris itu sendiri. Masalah
yang wujud ialah kaedah pengajaran yang tidak berkesan serta ketidaksesuaian sukatan
matapelajaran pelajar terutama Sains dan Matematik. Saya memetik kata-kata Dr. Alinor Abd
Kadir tentang DLP iaitu beliau menyebut, “Kesan PPSMI paling teruk sepanjang perlaksanaan
2003-2015 adalah penurunan pelajar yang berjaya ke Aliran Sains di tingkatan 4 dan tingkatan
5 di semua Sekolah di Malaysia. Penurunan daripada 60% kepada 20% ditunjukkan sepanjang

14
perlaksanaan, iaitu purata penurunan 2.5% setahun”. Ini menunjukkan kesan yang amat ketara
terhadap penguasaan serta minat pelajar terhadap subjek Sains khususnya dalam kalangan
pelajar di luar bandar. Penguasaan Bahasa Inggeris mereka masih rendah menyebabkan mereka
sukar memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Maka, masalah
kefahaman bahasa ini sudah pastinya akan menggagalkan DLP juga. DLP dilihat bakal
mengulang kegagalan yang telah pun berlaku sewaktu pelaksanaan PPSMI satu ketika dahulu.

Seterusnya, murid Tahun Satu dan Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK)
serta pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di 296 sekolah mula
mengikuti pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Yang turut hairan juga
ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) tidak pula dilaksanakan, malah sekolah
berkenaan boleh belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka. Alasan diberikan
Kementerian Pendidikan ialah sekolah berkenaan tidak memenuhi syarat. Alasan Kementerian
Pendidikan memperkenalkan program ini juga antara lain bagi membolehkan rakyat kita
menceburi pekerjaan dan keusahawanan dalam pasaran global dengan menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa komunikasi selain memberi peluang kepada murid mempelajarai
bahasa tambahan.

Memang diakui bahawa pentingnya bahawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa global dan
rakyat Malaysia sekurang-kurangnya patut mempelajarinya. Tetapi, kita tidak boleh
membebankan pelajar dengan memaksa mereka mempelajari sesuatu yang sukar untuk
difahami dengan kaedah yang kurang efisien, apa lagi jika sekolah yang melaksanakannya di
luar bandar. Banyak terma Sains sukar difahami oleh pelajar walaupun mereka belajar selama
satu tahun.

Matapelajaran Sains dan Matematik bukan seperti subjek yang lain. Fakta Sastera dan
Sejarah tidak akan berubah dengan pengaliran masa. Tetapi, Sains dan Matematik merupakan
ilmu yang berkembang melalui penyelidikan, kajian dan prosedur sepanjang masa. Nama
saintifik yang diberikan dalam bidang Sains merupakan nama yang diberikan mengikut ciri-
ciri yang ada pada sesuatu organisma. Maka, mustahil untuk menterjemahkan nama sebegitu
dalam Bahasa Melayu. Pelajar yang mudah memahami Bahasa Inggeris akan menguasai nama-
nama saintifik tetapi, bagi pelajar yang lemah akan mengalami kesukaran untuk memahami
sesuatu konsep.

15
Seterusnya, kepincangan dan kelemahan DLP mahupun PPSMI tidak mampu diatasi
oleh kelebihan yang ada. Harus diketahui, program dwibahasa ini memberi pilihan kepada para
pengajar subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk
dan Teknologi sama ada mengajar dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Manakala
PPSMI hanya tertumpu kepada pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Kedua-duanya ingin mempraktikkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
pendidikan terutamanya dalam subjek Sains dan Matematik, secara tidak langsung,
mengetepikan dasar bahasa kebangsaan.

Hal ini menunjukkan bahawa DLP ini berkemungkinan akan batalkan usaha kerajaan
untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa penghantar dalam bidang
pendidikan. Hal ini disebabkan apabila pelajar bandar ingin meneruskan pembelajaran mereka
dalam Bahasa Inggeris, maka tentunya tidak akan kembali kepada Bahasa Melayu dimana ia
merupakan bahasa global yang digunakan secara lebih luas. Maka, tidak ada pelajar yang ingin
melanjutkan pelajaran dalam Bahasa Malaysia.

Sebagai contohnya, negara Jerman menggunakan Bahasa Jerman sebagai bahasa


pendidikan meskipun kesempatan untuk belajar dalam Bahasa Inggeris lebih luas kepada
mereka. German Academic Exchange Service hanya memiliki 88 program yang diajarkan
dalam Bahasa Inggeris. Maka, jelaslah bahawa negara yang maju mementingkan bahasa sendiri
ataupun ibunda dalam sistem pendidikan apatah lagi pelajar dibebani dengan perubahan dasar.
Memang benar bahawa tidak cuba maka tidak tahu, tetapi pelajar tidak harus dijadikan mangsa
sebagai tikus makmal untuk ujikaji yang tidak pasti keputusannya.

Seterusnya, pada pendapat saya, DLP merupakan kaedah PdPc yang berorientasikan
peperiksaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru hanya dapat mengajar untuk
menyediakan seseorang pelajar itu untuk menjawab soalan peperiksaan semata-mata apabila
pelajar tersebut mengalami masalah dalam pemahaman bahasa. Sistem pendidikan negara kita
tidak boleh seiring dengan negara-negara maju disebabkan mereka tidak berorientasikan
peperiksaan. Contohnya, pendidikan negara Finland bergantung pada kualiti kurikulum, cara
dan bahan bantu mengajar yang bukan berorientasikan peperiksaan. Maka, dasar yang digubal
di negara tersebut berkemungkinan berjaya. Apabila ianya dipraktikkan di negara kita yang
berlainan situasi, maka tentunya akan mengalami kegagalan.

16
Tanpa menafikan Bahasa Inggeris ialah bahasa dunia yang memudahkan negara
menghadapi kemajuan di peringkat global. Walau bagaimanapun, kita tidak perlulah terlalu
bersungguh-sungguh ingin mengimplementasikan program rintis dwibahasa ini sekiranya kita
tidak bersedia daripada segi kualiti dan kuantiti tenaga pengajar dan pelajar.

Antara syarat yang penting dalam pelaksanaan DLP ialah tiada paksaan dan sekiranya
terdapat 15 orang pelajar maka boleh memulakan kelas DLP. Jika seseorang pelajar ingin
menarik diri maka, dia boleh kembali ke kelas asalnya. Tambahan pula, KPM mengatakan
bahawa kelas DLP akan bubar secara automatik jika bilangan pelajar dalam kelas tersebut
kurang daripada 15 orang. Pelajar-pelajar terpaksa kembali belajar dalam Bahasa Melayu
semula setelah membubarkan kelas DLP tersebut. Ini merupakan keadaan yang amat
membebankan para pelajar. Ia juga akan melibatkan kos yang tiggi untuk pengendalian sumber
seperti buku teks, bahan rujukan, alat bantu mengajar dan sebagainya. Kerajaan terpaksa
membelanjakan kos yang tinggi untuk sesuatu yang tidak menjanjikan kejayaan.

Pada pandangan saya, Program Dwi-Bahasa (Dual-Language Programme) bagi


mengajar Sains, Matematik, Teknologi Reka Bentuk dan ICT dalam usaha meningkatkan
kemahiran murid dalam Bahasa Inggeris mulai 2016 itu perlu dikaji semula. Saya berpendapat,
pendekatan ini perlu dititikberat kerana guru dan pelajar tidak mahir dalam Bahasa Inggeris
bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Langkah ini
akan mencacatkan prestasi pelajar dalam menguasai matapelajaran penting ini.

Terdapat banyak kali perubahan dasar demi dasar sehingga menjadikan pelajar keliru
dan sukar memahami mata pelajaran yang diajar dua bahasa ini. Sejak zaman Pembelajaran
dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris (PPSMI), kepada Memartabatkan Bahasa
Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), hinggalah kepada DLP, kita
sebenarnya tidak bersedia daripada segi perancangan matapelajaran kita khasnya untuk
penggunaan bahasa pengantar dalam pendidikan. Walaupun kita telah bersetuju secara
perlembagaannya untuk menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam
pendidikan, tetapi ia hanya dasar yang kita ambil secara fleksibel kononnya demi kemasukan
sektor pendidikan kita.

17
12.0 KESIMPULAN

Program DLP yang diperkenalkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia,


Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini sebenarnya mempunyai beberapa kekangan
dalam pelaksanaannya. Ramai pelajar dan guru masih keliru dalam memahami konsep DLP
ini. Oleh hal yang demikian, program ini perlu dikaji semula supaya semua pelajar dan guru
mendapat manfaat dalam masa yang berterusan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sepatutnya memperkenalkan suatu program


yang cukup efektif supaya dapat menonjolkan kemenjadian murid-murid. Program tersebut
mestilah diikuti untuk jangka masa yang panjang supaya pelajar tidak ketinggalan dalam PdPc.

Semua pihak harus bersikap lebih bersedia dalam menentukan sesuatu keputusan yang
mempunyai impak menyeluruh kepada masyarakat. Pelaksanaan DLP ini merupakan sesuatu
yang mempunyai impak jangka masa panjang dan berterusan. Jika ia hendak dilaksanakan
sebagai percubaan maka nasibnya kelak akan sama seperti PPSMI, MBMMBI dan dasar-dasar
sebelum ini. Justeru, perlu mengambil satu masa yang lebih panjang untuk memikirkan kesan
baik dan buruk program ini supaya ia tidak bersifat sementara.

Buat masa sekarang, kita belum bersedia untuk melaksanakannya atas pelbagai
kekangan. Lantaran itu, sediakanlah kekuatan daripada segi tenaga pengajar dan kekuatan
subjek untuk memastikan program ini berjaya mendapat tempat yang lama dalam sistem
pendidikan negara. Tidak perlu terburu-buru dalam mengubah sesuatu, yang penting perubahan
tersebut padu dan mampu menjunjung tinggi institusi ilmu.

Pelaksanaan DLP adalah tidak rasional dilaksanakan kerana tindakan ini disifatkan
terlalu tergesa-gesa tanpa penilaian yang terperinci dan mengambil kira faktor yang pelbagai.
Jelas DLP hanyalah jelmaan semula kepada PPSMI yang pernah dilaksanakan tetapi gagal
mencapai sasaran serta objektif untuk memperkasakan Bahasa Inggeris. Seharusnya kerajaan
mengambil langkah bijak dengan mendatangkan langkah lain bagi memperkasakan
penguasaan Bahasa Inggeris tanpa membebankan pelajar.

18
13.0 RUJUKAN

Artikel Reviewing Bilingual Education Program oleh Magdahalena Tjalla Jun 2015,
http://journal.iaingorontalo.ac.id/index.php/al
Artikel Sistem Pendidikan Dwibahasa di Negara-Negara Asean oleh Mohd Rasdi Bin Saamah,
Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

Circulargaris Panduan Pelaksana (Dual Language Programme (DLP) KPM


Garis panduan DLP Versi 1.0 2015, Kementerian Pelajaran Malaysia

Ishak, T., & Mohamed, M. (2010). Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam
bahasa inggeris (PPSMI): Suatu isu berulang. Sains Humanika, 53(1).
Jalleh, J. (2012), Majority of teachers not proficient in English. [Online]:
http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/09/26/majority-of-teachers-
notproficient-in-english/ (akses pada 13 April, 2018)
Kathryn Lindholm-Leary, 2000 book on Dual Langguage
http://www.ncela.us/files/rcd/BE021333/Biliteracy_for_a_Global_Society.pdf
Keratan akhbar Berita Harian, 30 Oktober 2015 Pelajar disaran kuasai pelbagai bahasa

Keratan akhbar Sinar Harian, 11 Disember 2015, Pintu Terbuka pesara BI kembali mengajar

Laporan Berita Astro awani Jan 2016,'Sakitnya di kepala, kenapa diberi ubat cirit?' – Gapena
Laporan Berita Harian Mendaulatkan, mengantarabangsa bahasa Melayu JUMAAT, 13
NOVEMBER 2015 http://www.bharian.com.my/node/96490
Laporan Berita Harian online ISNIN, 9 NOVEMBER 2015 Bahasa Melayu Julang Keunggulan
Bangsa

Laporan Ismaweb March 2016 DLP: Kerajaan kena perkasakan Bahasa Melayu dalam Sains,
Teknologi http://www.ismaweb.net/2016/03/dlp-kerajaan-kena-perkasakan-bahasa-
melayu-dalam-sains-teknologi/

Laporan Utusan Online 03 Mac 2016 BAHARUDIN HUSIN (Timbalan Pengerusi Gagasan
Melaka) Sokong Perlaksanaan DLP dan HIP

Melur Md Yunus & Saiful Islam Ahmad Sukri. (2017). The Use of English in Teaching
Mathematics and Science: The PPSMI Policy vis-à-vis the DLP. Advances in Language
and Literary Studies. 8(1), 133-142.
Noorzeliana Idris, Chum, U.P., Nor Suhara Fadzil & Nuzul Harlina Abd Rahman. (2017).
Kajian pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) dan Highly Immersive
Programme (HIP). Unit Penyelidikan Makro Sektor Penyelidikan dan Penilaian: KPM
Rashid, R. A., Abdul Rahman, S. B., & Yunus, K. (2017). Reforms in the policy of English
language teaching in Malaysia. Policy Futures in Education, 15(1), 100-112.

19
Rasidi, W. F. W. M., & Mydin, A. A. (2020). Peranan Pemimpin Pertengahan Sekolah Dalam
Menerajui Dasar Pendidikan: Suatu Sorotan Literatur Sistematik Terhadap Pelaksanaan
Dasar MBMMBI. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2), 231-239.
Suliman, A., Nor, M. Y. M., & Yunus, M. M. (2018). Dual-language Programme (DLP)
student’ level of enthusiasm and confidence: A preliminary study. Journal of Teaching
& Learning English in Multicultural Contexts 2(1), 35-44

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 18 TAHUN 2015

20

Anda mungkin juga menyukai