Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERING Jalan Pasir Kasar 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Tel. 09-7657185, Fax. 09-7657248, email. skseringdba1101@gmail.com

Tarikh Ke majlis, Semua Ibubapa / Penjaga, Murid Tahun 5T dan 5G.

: 16.6. 2013

Tuan / Puan, PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan guru SK. Sering yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru ( PPG) akan mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut: Tarikh : 19 Jun 2013 Masa : 2.30 hingga 6.00 petang Tempat : Masjid Mukim Sering. 3. Bersama ini disertakan surat akuan kebenaran waris menyertai aktiviti tersebut untuk diisi oleh ibubapa / penjaga. 4. Kerjasama dan keprihatinan daripada ibubapa / penjaga bagi melancarkan lagi program ini amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih. Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

. ( YM. HJ. RAJA KAMARUDIN BIN RAJA ISMAIL ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sering, Kota Bharu, Kelantan.

SEKOLAH KEBANGSAAN SERING Jalan Pasir Kasar 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel. 09-7657185, Fax. 09-7657248, email. skseringdba1101@gmail.com

Tarikh Ke majlis, Imam, Masjid Mukim Sering.

: 16.6. 2013

Tuan, PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa guru SK. Sering yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru ( PPG) amat berbesar hati untuk mengadakan program tersebut di Masjid Mukim Sering.

3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan dan kerja sukarela di kawasan setempat. 4. Butiran program tersebut adalah sebagaimana berikut: Tarikh : 19 Jun 2013 Masa : 2.30 hingga 6.00 petang Tempat : Masjid Mukim Sering.

5. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menjalankan tugas, . ( YM. HJ. RAJA KAMARUDIN BIN RAJA ISMAIL ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sering, Kota Bharu, Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai