Anda di halaman 1dari 2

PDK RUMAH SAYANG KU

Kompleks Komuniti Taman Dato’ Hormat, 42500 Telok Panglima Garang,


Kuala Langat. Selangor Darul Ehsan. Telefon/ Fax : 03- 3122 8145

Ruj Kami : PDKTLK/05/KFC001
Tarikh : 28 Mei 2014

Pengarah,
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, NEGERI MELAKA
Jalan Ayer Keroh Lama
Bukit Beruang
75450 Melaka

Melalui:
Penyelia
PDK RUMAH SAYANG KU
Kompleks Komuniti Taman Dato’ Hormat
42500 Telok Panglima Garang
Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

Lawatan Sambil Belajar Ke Balai Bomba dan Penyelamat, Negeri Melaka


 
Dengan segala hormat dan sukacitanya ingin menarik perhatian pihak tuan berkenaan perkara
di atas.
 
2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelas Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran PDK Rumah Sayang ku ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke balai
bomba dan penyelamat pada tarikh , masa dan hari seperti berikut :-
            
  Tarikh   : 19 Jun 2014
      Masa    : 10.00 pagi
     Hari      : Hari Khamis
 
3.      Tujuan mengadakan lawatan sambil belajar adalah untuk mendedahkan para pelajar
tentang pengetahuan dan pemahaman tentang bidang tugas anggota bomba serta maklumat-
maklumat lain yang bekaitan.  Selain itu, pihak  kami juga  berharap pihak tuan
dapat  berkongsi  pengetahuan tentang hal-hal berkaitan dengan tugas menyelamat dan cara-
cara menangani bencana seperti kebakaran dan sebagainya.  Untuk pengetahuan  pihak
tuan,  rombongan kami seramai 30 orang pelajar dan diiringi oleh 7 orang guru dan 13 orang
penjaga.
 
4.      Sokongan, pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amat kami harapkan dan
hargai.  Sekiranya terdapat kemusykilan, kami berharap pihak tuan tidak keberatan untuk
memaklumkan kepada kami.  Sebelum mengakhiri, saya dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih.
 
 
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
 
Yang benar,
 

_________________
Pn. Umi Kalsom Binti Saonel
Penyelia

Anda mungkin juga menyukai