Anda di halaman 1dari 1

Mudirah,

Puan Rafidah bt Hussin,


Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Ibnu Kamari,
Lot 9170, Batu 17 ½ , Jalan Ayer Hitam,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor. 16 Julai 2018

Puan,
Memohon Bantuan Fasiliti bagi Unit Bahasa Inggeris.

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris ingin memohon
jasa baik puan untuk menyumbangkan bantuan bagi membiayai kos pembelian kerusi, rak
dan buku cerita bagi sudut bacaan untuk Kelab Bahasa Inggeris. Bagi makluman pihak puan,
kerusi yang digunakan oleh unit Bahasa Inggeris sekarang untuk ruangan membaca Bahasa
Inggeris adalah dipinjam dari kelas PRA SeRTIIK.

2. Sudut ini dihasilkan oleh unit Bahasa Inggeris adalah bertujuan untuk melahirkan
pelajar yang minat membaca. Hal ini berhubung dengan kemahiran (KBAT) yang sedang
diperkasakan oleh sistem pendidikan masa kini. Selain itu, sudut ini diharap dapat membantu
pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam setiap bahan bacaan yang dibaca.

3. Selain itu, sudut ini juga selaras dengan permintaan ibu bapa yang meminta pihak
sekolah untuk menyediakan perpustakaan mini di sekolah. Saya berharap agar dapat member
sedikit bantuan untuk menjayakan sudut bacaan ini.

4. Segala jasa baik puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
_________________
(CIK HASLINA BT AHMAD)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Anda mungkin juga menyukai