Anda di halaman 1dari 4

INVENTORY PLANING IT-020-4(6)

1.0 PENGURUSAN INVENTORI

a)Kawalan Inventori :
-secara sistematik

b)Pengurusan yang cekap dan menjimat masa

c)Memudahkan pengguna untuk mengenalpasti peralatan dengan efiesyen.

2.0 OBJEKTIF PENGURUSAN INVENTORI

a)Kenalpasti jumlah bahan @barangan yang ada di dalam organisasi bagi membuat perancangan

b)Mengenalpasti model-model yang digunakan bagi menguruskan Inventori

c)Menentukan keperluan barangan bagi kegunaan dan simpanan (stok) semasa

d)Menentukan keperluan bagi mengatasi permintaan yang tidak ketentuan

3.0 KOMPONEN DAN KOS INVENTORI

a)Inventori boleh dibahagikan kepada dua iaitu:


-Bahan mentah
-Barangan siap

b)Inventori khusus adalah untuk memeliharakan barangan siap yang telah tersedia untuk di edarkan dan dipasarkan.

c)Menyimpan inventori melibatkan kos, tetapi tidak mempunyai inventori juga melibatkan kos.

d)Kos yang melibatkan keputusan samada menyimpan inventori atau tidak dikenali sebagai kos relevan

e)Pengurusan cekap akan membuat ramalan yang bijak kepada prasyarat keberkesanan mengurus inventori yang
cekap memastikan bekalan cukup

f)Menentukan permintaan dalam satu tempoh dengan Mengetahui jumlah sebenar diperlukan serta meramalkan jumlah
keluaran pada masa tertentu

g)Kos Apabila Inventori Meningkat. Kos adalah nilai atau kos sesuatu bahan yang dibayar kepada penjual atau kos
keluaran Oleh itu kos seunit tidak berubah mengikut jumlah pesanan, jumlah kosnya adalah tidak relevan.

h)Apabila kos berubah tidak mengikut jumlah pesanan, maka jumlah kosnya tidak relevan Apabila kos berubah
mengikut jumlah pesanan, maka jumlah kos adalah relevan dan perlu diambilkira dalam keputusan inventori

i)Sesebuah firma perlu membuat Penilaian tentang kadar pulangan Pelaburan. Pelaburan dalam inventori sama dengan
pelaburan adalam aset tetap seperti mesin, bangunan dan sebagainya. Apabila Dana terhad, maka Pelaburan yg dibuat
perlu memaksimumkan kadar pulangan tinggi. Pelaburan yang mendatangkan kepulangan tetapi ditinggalkian untuk
mengambil Pelaburan lain dikenali sebagai Kos Melepas.

j)Kos Ruang Menyimpan. Kos ini berkait rapat dengan tempat atau ruang untuk
menyimpan barang. Apabila Bangunan dibina, maka terdapat kos yang terlibat iaitu kos pembinaan dan
penyelenggaran. Kos Penyelenggaraan- api/elektrik,air dan keselamatan.

k)Kos-kos lain yang terdapat seperti pengambilan kerani dan alat pengendalian bahan yang diperlukan semasa jumlah
inventori meningkat k)Kos Insurans. Barangan atau bahan yang disimpan sebagai inventori adalah diinsuranskan.
Semakin meningkat jumlah inventori, semakin banyaklah kos atau premium perlindungan insurans yang perlu di bayar.

l)Kos Susut Nilai dan Kerosakan. Bahan atau barangan yang disimpan sebagai inventori terdedah kepada kerosakan
dan oleh yang demikian nilainya akan Susut. Sesetengah bahan atau barangan tidak boleh disimpan lama mengikut
kaedah dan peraturan yang tertentu.Contohnya ubat-ubatan dan makanan dalam tin.
- Kos Susut Nilai terjadi apabila bahan yang hendak dijual tidak sebagaimana asal dan dijual dengan harga yang
murah.

m)Kos Apabila Inventori Berkurangan

n)Kos Memesan dan Membeli. Kos ini berkait dengan jumlah pesanan yang dibuat oleh organisasi untuk mendapat
bahan tertentu. Di antara Kos Memesan adalah kos perkhidmatan pos, telefon, teleks, faks, gaji (upah) kakitangan yang
mengendalikan pesanan serta kos-kos lain yang terlibat.

o)Kos Kehabisan Stok. Mengurangkan jumlah inventori boleh mengakibatkan kehabisan stok apabila permintaan
meningkat. Kos kos yang terlibat apabila kehabisan stok jualan dan perhubungan dengan pelanggan seterusnya
melibatkan keberuntungan firma. Organisasi perlu mendapatkan bekalan dengan cepat bagi memenuhi permintaan
pelanggan.
- Memproses sendiri
- Membeli daripada pengedar lain.
Pilihan pertama melibatkan kos pemberhentian kerja atau memproses barangan yang diminta dengan segera. Pilihan
kedua melibatkan kos memesan dan mengendalikan bahan.

4.0 MENGAPA MENYIMPAN INVENTORI

a)Inventori amat diperlukan oleh sesebuah organisasi. Ini disebabkan oleh tempoh yang panjang dihantar di antara
masa memesan dan masa menerima.

b)Kadar keluaran barang dapat ditentukan kernana proses akan berjalan secara berterusan.

c)Dapat melindungi organisasi daripada kehabisan stok daripada ramalan yang kurang tepat.

d)Keperluan stok bagi sesuatu organisasi bergantung kepada keperluan dan kepenggunaan. Organisasi mempunyai
dasar berbeza-beza:
-Stok banyak- dasar inventori banyak bagi tidak mengalami kehabisan stok
-Stok sikit dasar inventori yang paling minimum.
Bahagian Pemasaran memerlukan dasar ini kerana menjimatkan kos pembelian dan penyimpanan.
-Organisasi yang mempunyai Inventori berlebihan menyebabkan berlaku pembaziran dari segi kewangan.
-Terdapat sesetengah organisasi mempunyai Dasar Kepenggunaan kapasiti yang maksimum. Oleh itu inventori yang
banyak Bahagian pemasaran memerlukan inventori.

e) Kos Susut Nilai terjadi apabila bahan yang hendak dijual tidak sebagaimana asal dan dijual dengan harga yang
murah. Nilai ataupun kos ini dipanggil harga belian bahan.
-Harga belian bahan meliputi kos pengangkutan, pemeriksaan dan sebagainya.

5.0 KLASIFIKASI INVENTORI CARA ABC

a) Analisis ABC ini beroperasi sepertimana berikut:


o Kumpulan A mengandungi bahan yang mempunyai wang yang tinggi.
o Kumpulan B mempunyai nilai wang sederhana.
o Kumpulan C mempunyai nilai wang yang rendah.

b) Oleh yang demikian, perhatian yang lebih ditumpukan kepada bahan dalam Kumpulan A.

c) Konsep ini dipanggil Prinsip Parento. Prinsip ini memberi gambaran bahawa aktivit-aktiviti yang kecil adalah
sebahagian daripada nilai aktiviti yang dilakukan oleh sesebuah organisasi.

6.0 PERBANDINGAN KOS: KOS MEMESAN DAN KOS MENYIMPAN

a) Inventori melibatkan kos tertentu iaitu:


-Kos Memesan
-Kos Menyimpan.
-Kos Relevan

b) Bagi mendapatkan Tempoh Perancangan Setahun, bagi mencari kos relevan yang terlibat sebagaimana berikut:
Jumlah Kos Relevan Tahunan = Kos Bahan + Kos Memesan + Kos Menyimpan.

c) Tujuan Utama adalah untuk meminimumkan Jumlah Kos Tahunan


Ia boleh ditunjukkan menggunakan Graf dan Pengiraan.

7.0 MENGGUNAKAN MODEL SAIZ KUANTITI PESANAN EKONOMI (EOQ)

a)Menggunakan kos Menyimpan dan memesan adalah baik dari segi kesukaran untuk menghabiskan stok, tetapi rugi
dari segi perbelanjaan kerana ia melibatkan kos yang banyak.

b)Menyimpan sedikit Inventori adalah baik dari segi penjimatan kos tetapi
merugikan dari segi kehabisan stok yang boleh mengakibatkan kehilangan jualan.

c)Pihak Pengurusan akan meneliti dan mencari satu bentuk Kompromi (penyelesaian bagi percanggahan)

d)Model saiz pesanan boleh digunakan untuk membantu pihak pengurusan di dalam membuat keputusan Inventori.

e)Bagi menggunakan Model ini, beberapa andaian perlu dibuat iaitu:


o Kadar penggunaan diketahui dan permintaan yang konstan (Tetap).
o Kos bahan yang tidak berubah mengikut jumlah pesanan dan tidak ada diskaun.
o Segala pesanan dihantar pada masa yang sama dan tidak ada pesanan tertangguh
o Masa menunggu adalah konstan dan dapat dipastikan dan tidak bergantung pada permintaan. Inventori minimum
ialah kosong tetapi tidak kehabisan stok

f)Harga berlebihan adalah sama tanpa mengambil kira jumlah pesanan.

7.1 Pembolehubah dalam Model Inventori

Ia akan digunakan semasa perbincangan dan pengiraan:


D = Permintaan tahunan dalam Unit
d = Bilanagn Unit diguna atau dijual seunit kurang drp setahun, misalnya
Sehari, Sebulan atau Seminggu.
Q = Jumlah Kuantit yang dipesan
Q* = Jumlah Kuantiti yang Optimum
RL = Tahap Memesan semula
L = Masa menunggu
S = Kos Memesan untuk sekali pesanan
I = Kos Menyimpan seunit dalam kadar peratusan
C = Kos Bahan unit
K = Kos Kehabisan Unit
P = Kadar Keluaran seunit dalam tempoh seminggu
DL = Permintaan semasa masa tunggu. Jumlah Permintaan semasa masa tunggu
SS = Stok Keselamatan
TC = Jumlah Kos Tahunan
aF = kekerapan pesanan setahun

8.0 JUMLAH KOS INVENTORI YANG RELEVEN

a) Objektif Utama kuantiti pesanan optimum adalah untumk meminimumkan Kos Tahunan Inventori.

b) Kos-kos dapat ditentukan melalui model graf bagi inventori untuk sesuatu
tempoh sebagaimana rajah di bawah yang melibatkan Kualiti Pesanan Ekonomi
(EQQ) Vs masa.

8.1 FORMULA INVENTORI

a) Jumlah Kos Releven Tahunan


Jum Kos Relevan = Kos Memesan + Kos Menyimpan
TC = S (D/Q*) + (Q*/2)

b) Kos Tahunan bahan tidak dimasukkan dalam formula ini kerana harga belian
seunit adalah tetap, iaitu tidak berubah mengikut kuantiti pesanan.

8.2 CONTOH PENGIRAAN (1):


Sebuah syarikat mempunyai paras stok keselamatan untuk selama lima hari penggunaan. Kadar penggunaan tahunan
ialah 80,000 unit. Dengan menggunakan formula di atas bagi mencari SS.
LT = 5, d = 80000/360 ,

Formula Stok keselamatan:


SS = LT X d
= 5 X (80000/360)
= 5 X22
= 1111.1 unit.

CONTOH PENGIRAAN (2)


Sebuah syarikat mempunyai Dasar Menyimpan Inventori sebagai Stok
Keselamatan sebanyak 25 unit dan masa menunggu ialah 6 hari. Daripada
maklumat sila dapatkan Paras Memesan Semula:

Formula bagi Paras Memesan semula


RL = (LT X d) + SS
= (5 unit @sehari) X 6 hari) + 25 unit
= 55 unit

8.3 DISKAUN KUANTITI:

a)Diskaun Kuantiti diberikan kepada organisasi yang membuat pesanan dengan


kuantiti yang banyak

b)Bagi harga seunit yang diberikan, ia akan melibatkan kos belian bahan
dan akan menjadi kos yang releven apabila kos tahunan inventori
diambilkira.
c)Oleh itu jumlah untuk kos tahunan inventori yang mendapat diskaun
kuantiti ialah:
Jumlah kos releven = kos bahan/unit + kos memesan + kos menyimpan tahunan
TC = C + S
= (D/Q*)+ IC (Q*/2)

8.4 PERANCANGAN KEPERLUAN BAHAN

a)Perancangan keperluan bahan ialah satu perancangan berkomputer tentang


penggunaan bahan sesebuah organisasi yang dikeluarkan bagi sesuatu
tempoh misalnya seminggu, sebulan.

b)Ia menggabungkan maklumat-maklumat dengan kehendak keluaran.

c)Penjadualn dan maklumat lain yang terbaru berkenaan dengan keadaan semasa bahan-bahan.

8.4 (1) PERANCANGAN KEPERLUAN BAHAN

a)Semua data dan maklumat adalah diperlukan dan mestilah tepat.


Secara umumnya perancangan ini mempunyai beberapa objektif:
- Mengurangkan jumlah keperluan inventori pada sesuatu tahap yang paling minimum. Ia akan dapat mengurangkan
kos.
- Mengurangkan diantara masa menunggu sesuatu keluaran dengan masa menunggu penghantaran dengan kadar
yang cepat supaya ianya dapat memuaskan hati pelanggan.
- Menjanjikan penghantaran kepada para pelanggan bahan pada waktu yang ditetapkan
- Dapat meningkatkan keberkesanan operasi keluaran. Tid abanyak
berlaku pembaziran terhadap masa dan bahan.

SOALAN PERBINCANGAN:
a) Kos-kos apakah yang akan meningkat sekiranya saiz inventori meningkat?
b) Kos apakah menurun apabila inventori meningkat?
c) Terangkan apakah Pesanan Optimum? Kenapakah ia penting dalam pengurusan.
d) Kenapa kos tidak tetap tidak dimasukkan dalam model kuantiti pesanan
optimum.
e) Terangkan apakah Stok Keselamatan? Kenapakah ia penting bagi sesebuah
Organisasi?
f) Apakah kuantiti diskaun diberikan, kos bahan seunit dimasukkan ke dalam
formula jumlah tahunan ia menjadi kos yng releven.

PERSOALAN SISTEM
Sistem inventori kedai alat tulis ini dibangunkan untuk merekod segala keluar masuk barangan dari stor dan juga boleh
mengeluarkan laporan setiap bulan. Masalah yang dihadapi sistem ini tidak dibangunkan ialah segala barangan yang
keluar masuk tidak dapat direkod dengan sempurna. Ini kerana segala maklumat di simpan di dalam buku log sahaja
dan berkemungkinan maklumat tersebut akan hilang. Pencarian maklumat juga tidak dapat dilakukan kerana dokumen
yang terlalu banyak. Oleh itu, objektif sistem dihasilkan agar dapat menguruskan segala rekod barangan dan
mengeluarkan laporan bulanan dan juga dapat menghasilkan butang carian untuk memudahkan carian dilakukan.
Sistem ini dibangunkan menggunakan metodologi berfasa, bertujuan membuat sistem bertambah lebih baik pada masa
akan datang mengikut keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah. setelah sistem ini siap di bangunkan ia dapat
digunakan di kedai alat tulis TNT.

What is The Inventory Planning? Inventory planning and optimization systems allow the organization to create an
inventory supply network from multi-tier or n-tier suppliers through to multi-channel to customers. Standard ERP
systems may not support this type of modeling and graphic capability, and may not have the ability to integrate data
from disparate sources through the supply chain to create the models. Inventory management strategies need to be
analyzed both at the strategic and tactical levels. What are the right approaches to inventory stocking both at the raw,
component, or WIP levels, as well as for finished goods? What are the right hedging strategies as a product moves
through its lifecycle: from new product or market introduction, to seasonalities, to end-of-life? What are the right staging
and pipeline levels? What is the right replenishment level by channel or customer to meet market share, revenue, profit
targets, and customer service levels, while minimizing obsolescence. Planning inventory at the right stage--raw, partial
assembly, or finished goods--has huge implications for a firm's responsiveness and profitability. Strategically, inventory
planning and optimization systems work well in partnership with forecasting systems. Long-term forecasting, analyzing,
and determining demand, lets the optimizer set a profitable supply plan for the market. Use our software comparisons to
evaluate over 100 top vendors in the areas of inventory management, warehouse management, supply chain
management and other functions required for your organization.

Anda mungkin juga menyukai