Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 4

SEMESTER SEMESTER 1 TAHUN 1 DIPLOMA SESI 2019/2020

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD / KURSUS DBF1133 BASICS OF MANAGEMENT

K1 PENGENALAN PENGURUSAN
KOMPETENSI K2 PERANCANGAN
K3 PENGORGANISASIAN
K4 KEPIMPINAN
K5 PENGAWALAN
K6. KOMUNIKASI
K7 MEMBUAT KEPUTUSAN

KOMPETENSI
4. KEPIMPINAN
UNIT
4.1 PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN
4.2 TEORI KEPIMPINAN
4.3 JENIS-JENIS KEPIMPINAN
4.4 GAYA KEPIMPINAN

1 Mengaplikasi prinsip-prinsip pengurusan di dalam situasi organisasi. (C3,PLO1)


HASIL 2 Melaporkan alat-alat pengurusan yang digunakan oleh sesebuah organisasi dalam
PEMBELAJARAN operasinya (A2,PLO5)
3 Membincangkan penyelesaian masalah dalam isu-isu pengurusan. (A3,PLO8)

PLO 1 Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan matematik, sains dan asas serta prinsip bidang perniagaan
dalam Pengurusn Perniagaan
PLO 5 Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli pasukan dalam
melaksanakan pelbagai bidang tugas
PLO 8 Memotivasi diri dan meningkatkan kemahiran keusahawanan bagi tujuan kemajuan kerjaya

MAKLUMAT

NAMA

TARIKH
BAB 4 KEPIMPINAN

4.1 PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Definisi kepimpinan

1. Kepimpinan merupakan satu proses, pengurus atau pemimpin yang cuba mempengaruhi
gelagat pekerja agar mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi untuk
mencapai objektif dan matlamat organisasi yang telah ditetapkan.

2. Kepimpinan bermaksud bahawa kejayaan seseorang pemimpin bergantung pada


kejayaan pekerja. Apabila pekerja berjaya menghasilkan prestasi kerja yang baik, maka hal
ini bermakna pemimpin tersebut berjaya memimpin dengan baik dan berkesan.

Peranan pemimpin dalam kepimpinan

1. Kepimpinan yang baik penting kepada organisasi kerana pemimpin memulakan tindakan
dengan mengkomunikasikan dasar dan rancangan kepada staf bawahan tentang apa yang
perlu dilaksanakan demi membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan

2. Kepimpinan yang baik dapat memotivasikan pekerja dengan menggunakan insentif


kewangan dan bukan kewangan bagi memastikan pekerja produktif

3. Kepimpinan yang baik dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pekerja agar
dapat melaksanakan kerja mereka dengan berkesan dan cekap

4. Kepimpinan yang baik dapat membentuk keyakinan yang tinggi dalam diri pekerja,
meningkatkan semangat kerja dan membentuk persekitaran kerja yang baik dan produktif

5. Melalui kepimpinan yang baik, penyelarasan semua aktiviti di setiap jabatan atau unit
dapat dilakukan dengan baik dan berkesan

Jenis Kuasa Pemimpin

1. Kuasa merupakan satu jenis desakan pengaruh atau autoriti

2. kuasa seseorang pemimpin terdiri daripada :

a) kuasa sah

b) kuasa ganjaran
c) kuasa desakan

d) kuasa rujukan

e) kuasa kepakaran

3. Kuasa sah merujuk kepada kuasa yang ada pada seseorang pemimpin disebabkan oleh
jawatan yang sah disandangkan dalam organisasi. Contohnya, Ketua Pegawai Eksekutif
mempunyai kuasa sah terhadap semua kakitangan dalam organisasi kerana dia mempunyai
kuasa yang tertinggi dalam organisasi

4. Kuasa ganjaran merujuk kepada kuasa pemimpin untuk memberikan ganjaran kepada
pekerja atau menarik balik ganjaran yang diberikan kepada pekerja. Contohnya pemimpin
mempengaruhi tindakan dan gelagat kerja dengan memberikannya bonus.

5. Kuasa desakan atau kuasa ugutan bermaksud pemimpin menggunakan ugutan untuk
memaksa pekerja melaksanakan arahan yang diberikan. Comtohnya pemimpin mengugut
untuk mengambil tindakan tatatertib jika pekerja ingkar kepada arahan.

6. Kuasa rujukan bermaksud pemimpin menjadi tempat rujukan untuk mempengaruhi


pekerja melakukan sesuatu perkara dan mendengra masalah pekerja dengan memberikan
dorongan kepada pekerja

7. Kuasa kepakaran digunakan apabila pemimpin mempunyai kepakaran, ilmu dan


kemahiran yang tidak dimiliki oleh staf lain. Contohnya, akauntan boleh menggunakan
kemahiran dan kepakaran serta pengalaman yang ada padanya untuk mempengaruhi
perjalanan sesebuah organisasi

4.2 TEORI KEPIMPINAN\

Teori kepimpinan berdasarkan tiga teori iaitu :

i) Teori trait

ii) Teori tingkah laku

i) Teori Trait

1. Kajian tentang teori trait yang dijalankan pada tahun 1920 dan 1930 berfokus kepada ciri

ciri yang membezakan pemimpin dan bukan pemimpin. Teori ini membincangkan tentang

beberapa sifat pemimpin berdasarkan kualiti dari segi dalaman, fizikal seorang pemimpin
(berat, ketinggian dan penampilan) personaliti pemimpin (introvert, sikap) kemahiran dan

kemampuan dari segi pengetahuan, persaingan serta faktor sosial seperti kemahiran

interpersonal, sosial dan ekonomi.

2. Pemimpin adalah individu yang boleh mempengaruhi individu lain dan mempunyai
autoriti.

3. Menurut Teori trait, pemimpin yang efektif haruslah :

a) Motivasi Pemimpin : pemimpin perlu bersifat bertenaga, bercita-cita tinggi, berdaya

saing, keinginan yang tinggi untuk mencapai sesuatu dan berinsiatif tinggi.

b) Keinginan yang tinggi untuk memimpin – pemimpin perlu mempunyai keinginan yang

tinggi untuk mempengaruhi dan memimpin orang bawahan

c) Amanah dan berintegriti tinggi – dalam setiap tindakan dan arahan, pemimpin haruslah

bersifat jujur dan konsisten dalam setiap arahan atau keputusan yang dilakukan

d) Berkeyakinan : pemimpin haruslah mempunyai keyakinan diri yang tinggi sekaligus

menjadikan orang bawahan berkeinginan untuk patuh dengan arahan

e) Bijaksana : pemimpin haruslah bijak dalam mengumpul dan menilai maklumat,

menyelesai masalah, mempunyai visi dan membuat keputusan yang tepat.

f) Berpengetahuan : pemimpin perlulah mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang

organisasi dan industri dari aspek pengurusan operasi. Pemimpin yang berpengetahuan

tinggi akan mendorong mereka membuat keputusan yang tepat dan memahami
implikasi

terhadap keputusan yang dilakukan

4. Walaubagaimanapun, teori ini membuktikan bahawa ianya gagal mengenalpasti


pemimpin

yang efektif dan tidak efektif.

ii) Teori tingkah laku

1. Teori tingkah laku menyatakan tingkah laku pemimpin bergantung kepada fungsi

kepimpinan dan cara memimpin. Teori tingkah laku mengfokuskan tentang kepimpinan

yang berorentasikan tugas, kepimpinan autoriti, pemusatan atau secara demokrasi

2. Keberkesanan teori ini bergantung kepada keadaan organisasi dari segi kuasa, orang
bawahan dan persekitaran tempat kerja

4.3 JENIS-JENIS KEPIMPINAN

4.3.1 Kepimpinan Transaksional vs Kepimpinan Transformasional

Kepimpinan Transaksional

1. Kepimpinan transaksional menekankan peranan penyeliaan, pengorganisasian dan

prestasi kerja berpasukan.

2. Kepimpinan transaksional mengandaikan bahawa :

a) Pekerja melakukan kerja yang terbaik apabila rantaian arahan jelas dan pasti

b) Pekerja dimotivasi oleh ganjaran dan hukuman.

c) Tujuan utama pekerja adalah mematuhi arahan ketua

d) Pekerja bawahan perlu diselia dengan ketat bagi memastikan mereka mencapai
apa

yang diharapkan

3. Dengan kata lain pemimpin yang menggunakan jenis kepimpinan ini banyak bergantung

pada hukuman dan ganjaran bagi memastikan pekerjanya melaksanakan tugas mereka.

Pekerja akan menerima ganjaran jika mereka berjaya, tetapi akan menerima hukuman
jika

mereka gagal.

4. Jenis kepimpinan ini sesuai dan berkesan dalam situasi apabila masalah tidak terlalu
rumit

dan boleh diselesaikan dengan mudah kerana adanya prosedur dan peraturan yang jelas.

Kepimpinan Transformational

1. Pemimpin yang mengamalkan jenis kepimpinan ini merupakan pemimpin yang

menyampaikan visi yang jelas tentang matlamat kumpulan, menunjukkan keghairahan

untuk bekerja serta mempunyai kebolehan untuk menjadikan pekerja bersemangat dan

bertenaga untuk bekerja.

2. Dengan kata lain, pemimpin transformational bukan sahaja memberikan tumpuan kepada

proses kerja tetapi juga menekankan kejayaan setiap pekerja

3. Kepimpinan transformational mempunyai empat komponen penting :


a) Stimulasi Intelek

(i) Pemimpin transformational bukan sahaja mencabar cara kerja sedia ada, mereka

juga menggalakkan kreativiti pekerja

(ii) Jenis pemimpin ini menggalakkan pekerja untuk meneroka kaedah dan cara baharu

untuk melakukan kerja serta mencari peluang naharu untuk belajar dan memperbaiki

diri.

b) Timbang Rasa Peribadi

(i) Pemimpin seperti ini memberikan sokongan dan galakan kepada setiap pekerja

(ii) Bagi memupuk hubungan kerja yang baik, pemimpin menggunakan pendekatan
pintu

terbuka agar pekerja boleh berkongsi idea pada bila-bila masa.

(iii) Dengan cara ini, pemimpin dapat mengetahui sumbangan yang diberikan oleh
setiap

pekerja.

c) Motivasi berinspirasi

(i) Pemimpin mempunyai visi yang jelas yang boleh disampaikan dan disuarakan
kepada

pekerja.

(ii) Pemimpin seperti ini juga dapat membantu pekerja supaya mempunyai keghairahan

dan motivasi untuk mencapai visi dan matlamat yang ditetapkan

d) Pengaruh Idealisme

(i) Pemimpin transformational bertindak sebagai model contoh bagi pekerja.

(ii) Oleh sebab pekerja percaya dan menghormati pemimpin, maka mereka
mencontohi

dan mendalami idealisme pemimpin mereka.

4.3.2 Kepimpinan Karismatik vs Kepimpinan Berwawasan

Kepimpinan Karismatik

1. Pemimpin karismatik ialah pemimpin yang menyediakan persekitaran yang


bertenaga

dan pengukuhan yang positif kepada pekerja

2. Pemimpin yang berkarisma merupakan sumber inspirasi pekerja dan menggalakkan


mereka menunjukkan prestasi yang baik

3. Dengan kata lain, kejayaan pekerja banyak bergantung pada pemimpin kerana

pemimpin merupakan gam yang mengikat ahli kumpulan

4. Jenis kepimpinan seperti ini sesuai bagi menyelesaikan satu-satu projek berjangka

pendek apabila bakat dan tenaga ahli pasukan adalah elemen penting.

Kepimpinan Berwawasan

1. Pemimpin berwawasan ialah pemimpin yang mempunyai visi dan bayangan masa

hadapan tentang organisasi yang bakal dihadapi.

2. Pemimpin seperti ini mempunyai daya kreativiti, disipilin, kemahuan dan cita-cita
serta

keghairahan yang tinggi tentang bentuk masa hadapan yang diinginkan

3. Pemimpin seperti ini bertindak sebagai obor kepada semua pekerja agar mereka
juga

mempunyai perasaan dan kegahirahan yang sama

4. Pemimpin memberikan inspirasi dan harapan kepada semua tentang perubahan


yang

perlu dilaksanakan pada masa hadapan agar kelangsungan organisasi dapat terus

dikekalkan.

5. Bagi mencapai visi yang diimpikan, pemimpin seperti ini mempunyai kebijaksanaan

yang tinggi tentang apa yang bakal berlaku, yang telah berlaku dan yang sedang

berlaku.

6. Dengan menggunakan kebijaksaan dan pengetahuan yang ada, pemimpin

berwawasan dipercayai dapat membawa organisasi ke arah hala tuju yang lebih

cemerlang.

4.4 GAYA KEPIMPINAN

A) Gaya kepimpinan autokratik

1. Pemimpin autokratik merupakan pemimpin yang membuat keputusan dan bertindak atas
keputusan yang dibuat secara berseorangan ; manakala pekerja bawahan tidak terlibat
secara langsung dalam proses membuat keputusan kerana pandangan mereka tidak diambil
kira

2. Pemimpin cuma memaklumkan pekerja tentang keputusan yang telah dibuat dan pekerja
hanya perlu melaksanakan keputusan yang telah diambil

3. Ciri-ciri kepimpinan autokratik

a) ketua tidak mendapatkan pandangan pekerja

b) ketua membuat semua keputusan

c) ketua mengarahkan pekerja melakukan tugas tanpa perbicangan

d) ketua menentukan semua tugas dan proses kerja

e) pekerja jarang dipercayai untuk membuat keputusan atau melaksanakan tugas

yang penting

f) diandaikan bahawa pekerja tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran serta

kurang pengetahuan dalam melakukan tugas

4. Gaya kepimpinan autokratik sesuai apabila organisasi mengalami krisis kerana dalam
situasi ini organisasi memerlukan pemimpin yang dapat memberikan hala tuju yang jelas
kepada pekerja

5. Organisasi ketenteraan juga mempunyai gaya kepimpinan autokratik kerana anggota


tentera perlu menerima arahan daripada ketua tanpa bantahan

6. Kelemahan gaya kepimpinan autokratik :

a) Pekerja mungkin tidak berpuas hati akan layanan yang diberikan oleh ketua yang

tidak mengendahkan pandangan mereka

b) Pekerja mungkin kurang kreatif dalam menyelesaikan masalah dan ini boleh

menjejaskan prestasi kerja pekerja

B) Gaya Kepimpinan Demokratik

1. Gaya kepimpinan demokratik juga dikenali sebagai gaya kepimpinan penglibatan

2. Pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan demokratik melibatkan staf bawahan dalam
proses membuat keputusan.

3. Ciri-ciri gaya kepimpinan demokratik

a) Pekerja digalakkan berkongsi idea dan pendapat untuk membuat keputusan

bersama walaupunketua mempunyai kuasa akhir untuk membuat keputusan

b) Ketua berbincang dengan pekerja untuk mengatasi sesuatu masalah yang

dihadapi

c) Pekerja akan berasa lebih terlibat dalam proses membuat keputusan

d) Diandaikan bahawa pekerja mempunyai kemahiran dan kepakaran serta

pengetahuan untuk melakukan sesuatu tugas

e) Ketua dan pekerja bersama-sama menentukan semua kaedah dan proses kerja

4. Oleh sebab pekerja digalakkan untuk berkongsi pendapat dan pandangan, maka pekerja

akan lebih komited dengan tugas yang diberikan. Hal ini dapat meningkatkan kreativiti

dan produktiviti pekerja.

5. Akan tetapi, gaya kepimpinan demokratik tidak sesuai digunakan jika pekerja yang tidak

mempunyai kemahiran untuk memberikan pandangan dan idea yang bernas.

C) Gaya Kepimpinan Laissez- Faire

1. Gaya kepimpinan Leissez Faire dikenali sebagai gaya kepimpinan bebas.

2. Gaya kepimpinan ini berlaku apabila ketua tidak campur tangan dalam urusan pekerja

dan membenarkan staf bawahan membuat keputusan sendiri.

3. Ciri-ciri gaya kepimpinan Laissez- Faire

a) Ketua tidak memberi bimbingan yang banyak kepada pekerja

b) Ketua memberikan kebebasan penuh kepada pekerja untuk membuat keputusan

c) Ketua menyediakan peralatan dan sumber yang diperlukan oleh pekerja untuk

melaksanakan tugas mereka

d) Pekerja diharap menyelesaikan masalah kerja dengan sendiri tanpa bantuan dan

bimbingan.
e) Diandaikan bahawa pekerja lebih memahami kerja dan tugas diri mereka

4. Gaya kepimpinan Laissez Faire sesuai dan berkesan jika pekerja mempunyai kemahiran,

motivasi dan kebolehan yang tinggi untuk bekerja sendiri.

5. Walaupun ketua tidak campur tangan dalam urusan pekerja dan membiarkan mereka

membuat keputusan, namun pekerja masih boleh berjumpa untuk mendapatkan


bimbingan

dan nasihat apabila mereka berasa perlu

6. Kelemahan gaya kepimpinan Laissez Faire ialah gaya kepimpinan ini boleh menyebabkan

pelaksanaan dan pencapaian satu-satu tugas tertangguh jika pekerja tidak mahir dengan

apa yang dilakukannya.

D) Gaya Kepimpinan Kontingensi

1. Gaya kepimpinan kontigensi merujuk kepada gaya kepimpinan yang disesuaikan


mengikut

keadaan atau situasi dengan melihat kepada elemen-elemen persekitaran

2. Mengikut teori kontingensi, semua gaya kepimpinan adalah sesuai dan berkesan.

Walaubagaimanapun keberkesanan gaya kepimpinan yang digunakan bergantung


kepada

keadaan tertentu

3. Kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi bergantung pada gaya kepimpinan yang

diamalkan, kualiti pengikut dan keadaan persekitaran.

4. Contohnya, pengurus menggunakan gaya kepimpinan autokratik apabila organisasi

mengalami krisis yang perlu diperbetulkan dengan segera. Pada masa yang lain

menggunakan gaya kepimpinan demokratik apabila komitmen yang berterusan daripada

pekerja diperlukan dan apabila pekerja mampu memberikan cadangan yang bernas untuk

menambah baik operasi perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai