Anda di halaman 1dari 15

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN


VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,

NOTA KULIAH 4
SEMESTER SEMESTER 1 SESI 1/2020

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

DBF 1123 - PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT


KOD/KURSUS
DAN KOMUNIKASI

KOMPETENSI 4.0 APLIKASI PERISIAN

4.1 Perisian Aplikasi


4.2 Aplikasi Tujuan Umum
KOMPETENSI UNIT
4.3 Aplikasi Khusus
4.4 Perisian Alat Mudah Alih

Pelajar harus dapat :


CLO1 Menjelaskan penggunaan teknologi terkini, komponen
pengkomputeran, teknologi maklumat dan internet. (C2,
PLO1)
KOMPETENSI
CLO2 Menjalankan sesuatu projek atau kajian dengan
PEMBELAJARAN menggunakan Microsoft Project dalam tugasan
berkumpulan. (C3, PLO2)
CLO3 Melaporkan privasi, sekuriti dan etika sesebuah
organisasi (A3, PLO5)
DBF1123/K 04/NK
NO KOD
04-07
MUKA: 01 DARIPADA 15
TIADA
NO KOD JPK

4.0 APLIKASI PERISIAN


NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 2 Drp: 15

4.1 Perisian Aplikasi

Terdapat dua jenis perisian. Perisian sistem berfungsi dengan pengguna akhir, perisian
aplikasi, dan perkakasan komputer. Perisian aplikasi boleh digambarkan sebagai perisian
pengguna akhir dan digunakan untuk menyempurnakan pelbagai tugas. Perisian aplikasi
boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Satu kategori, aplikasi umum (general purpose
applications), termasuk program pemprosesan perkataan, hamparan elektronik,
persembahan grafik, dan sistem pengurusan pangkalan data. Satu lagi kategori, aplikasi
khusus, termasuk ribuan program lain yang cenderung lebih sempit berfokus dan digunakan
dalam disiplin dan pekerjaan tertentu. Kategori ketiga, aplikasi mudah alih, adalah ciri atau
program tambahan yang biasanya direka untuk telefon pintar dan tablet.

4.1.1 Antara Muka Pengguna (User Interface)

Antara muka pengguna adalah bahagian aplikasi yang membolehkan pengguna mengawal
dan berinteraksi dengan sesuatu program. Bergantung kepada jenis aplikasi, pengguna
boleh menggunakan tetikus, penunjuk (pointer), papan kekunci, dan suara untuk
berkomunikasi dengan aplikasi. Kebanyakan tujuan umum aplikasi menggunakan tetikus dan
antara muka pengguna grafis (GUI) yang memaparkan unsur grafik yang dipanggil ikon
untuk mewakili objek biasa. Kawalan penunjuk tetikus pada skrin digunakan untuk memilih
item seperti ikon. Ciri lain ialah gunakan tingkap untuk memaparkan maklumat. Tingkap
(window) adalah kawasan segi empat tepat yang boleh mengandungi dokumen, program,
atau mesej. Lebih daripada satu tetingkap boleh dibuka dan dipaparkan pada skrin
komputer pada satu-satu masa.

kebanyakan program perisian menggunakan sistem menu, toolbar, dan kotak dialog (dialog
boxes). (Lihat Rajah 4-1.)

• Menu - arahan yang sering dipaparkan dalam bar menu (menu bar) di bahagian atas skrin.

• Bar alat (tollbars) biasanya muncul di bawah bar menu (menu bar) dan memasukkan
elemen grafik yang kecil yang dikenali sebagai butang (button) yang menyediakan
pintasan untuk mengakses dengan lebih cepat berbanding arahan biasa.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 3 Drp: 15

• Kotak dialog (dialog boxes) memberi maklumat tambahan dan meminta input pengguna.

Rajah 4.1

Banyak aplikasi seperti aplikasi Microsoft khususnya, menggunakan antara muka yang
dikenali sebagai GUI Ribbon untuk menjadikannya lebih mudah untuk mencari dan
menggunakan semua ciri aplikasi; GUI ini menggunakan sistem reben, tab, dan galeri.(lihat
rajah 4.2).

Rajah 4.2

 Galeri memudahkan proses membuat pilihan dari senarai alternatif. Ia dilengkapi dengan grafik
yang memaparkan kesan alternatif sebelum pilihan digunakan.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 4 Drp: 15

4.1.2 Ciri-ciri Biasa

Kebanyakan aplikasi menyediakan pelbagai ciri untuk memasukkan, menyunting dan


memformat dokumen dengan lebih mudah. Antara ciri yang paling umum termasuklah:
• Pemeriksa ejaan (spell checker)-cari perkataan yang salah eja.
• Jajaran (Alignment)-jajar tengah (centers), jajar kanan (right-aligns), atau jajar kiri (left-aligns)
nombor dan aksara.
• Saiz fon dan fon (termasuklah menggunakan kesan aksara) - saiz dan gaya bagi memasukkan
nombor dan teks.
• Kesan aksara - menyediakan pelbagai tipografi seperti huruf tebal atau italik.
 Edit opsyen-menyediakan cara mudah untuk mengedit teks, seperti potongan (cut), salin
(copy), dan tampal (paste).

4.1.3 Aplikasi Tujuan Umum


Aplikasi kegunaan umum termasuklah pemprosesan kata, hamparan elektronik,
persembahan grafik, dan sistem pengurusan pangkalan data.

Pemproses Kata
Pemprosesan kata menghasilkan dokumen berasaskan teks dan merupakan salah satu
perisian yang paling fleksibel dan digunakan secara meluas. Semua jenis orang dan organisasi
menggunakan pemproses kata untuk membuat memo, surat, dan faks. Organisasi
mewujudkan surat,berita, manual, dan risalah untuk memberikan maklumat kepada
pelanggan mereka. Pelajar dan penyelidik menggunakan pemproses perkataan untuk
membuat laporan dan sebagainya.

Microsoft Word merupakan salah satu contoh aplikasi pemproses kata. Contoh lain adalah
seperti Apple Pages, Google Docs, Corel WordPerfect, and OpenOffice Writer.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 5 Drp: 15

Rajah 4.3

Hamparan Elektronik

Program Hamparan elektronik (Spreadsheets) digunakan untuk mengimput data,


menganalisis, dan membina graf seperti belanjawan dan laporan kewangan. Dahulunya
perisian hamparan elektronik digunakan oleh akauntan. Kini, spreadsheet digunakan secara
meluas oleh hampir setiap profesion. Pegawai pemasaran menganalisis trend jualan.
Penganalisis kewangan menilai graf trend pasaran saham manakala guru dan pelajar merekod
gred dan mengira gred purata.

Program spreadsheet yang paling banyak digunakan ialah Microsoft Excel. Aplikasi hamparan
yang lain termasuklah Apple Numbers, Corel Quattro Pro, Google Sheets, and OpenOffice
Calc.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 6 Drp: 15

Rajah 4.4

Grafik Persembahan

Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran menggunakan visual adalah lebih baik. Grafik
persembahan adalah program yang menggabungkan pelbagai objek visual untuk membuat
persembahan dan visual yang menarik. Ia adalah alat yang sangat baik untuk menyampaikan
mesej dan untuk memujuk orang.

Pengguna menggunakan program grafik persembahan dalam pelbagai situasi. Sebagai


contoh, pengurus pemasaran menggunakan grafik persembahan untuk mengemukakan
strategi pemasaran yang dicadangkan kepada pihak atasan mereka. Jurujual
menggunakannya untuk menunjukkan produk dan menggalakkan pelanggan membuat
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 7 Drp: 15

pembelian. Pelajar pula menggunakan program grafik persembahan untuk membuat


persembahan di dalam kelas. Enam jenis program grafik persembahan yang sering digunakan
ialah Microsoft PowerPoint, Apple Keynote, Google Slides, Corel Presentations, OpenOffice
Impress, dan Prezi.

Rajah 4.5

4.2.4 Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Pangkalan data adalah koleksi data yang bermakna. Sistem pengurusan pangkalan data
(DBMS) atau pengurus pangkalan data adalah program yang membina dan menstruktur
pangkalan data. Ia juga menyediakan alat untuk memasukkan, mengedit, dan mengambil
semula data dari pangkalan data.

Kolej-kolej dan universiti menggunakan pangkalan data untuk menyimpan rekod mengenai
pelajar, tenaga pengajar, dan kursus. Semua Organisasi menggunakan pangkalan data untuk
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 8 Drp: 15

Rajah 4.6

merekod maklumat pekerja. Program pengurusan pangkalan data yang popular ialah
Microsoft Access, Apple FileMaker, Google Obvibase, dan OpenOffice Base.

4.3 Aplikasi Khusus

Walaupun aplikasi kegunaan umum digunakan secara meluas dalam hampir setiap
profesion, aplikasi khusus pula digunakan secara meluas dalam profesion tertentu. Program-
program ini termasuklah program grafik, perisian reka bentuk permainan video, program
pengarangan web/sesawang dan lain-lain aplikasi khusus.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 9 Drp: 15

4.3.1 Grafik

Grafik digunakan secara meluas oleh golongan profesional dalam bidang seni grafik. Mereka
menggunakan program penerbitan desktop, program penyuntingan imej, program ilustrasi,
dan penyuntingan video. Program penerbitan desktop membolehkan anda menggabungkan
teks dan grafik untuk membuat penerbitan yang berkualiti dan profesional. Walaupun
pemproses perkataan menumpukan pada mencipta teks dan mempunyai keupayaan untuk
menggabungkan teks dan grafik, desktop penerbitan memberi tumpuan kepada reka bentuk
dan susun atur halaman yang lebih fleksibel. Artis grafik profesional menggunakan program
penerbitan desktop untuk membuat dokumen seperti risalah, surat khabar, dan buku teks.
Antar program yang sering digunakan untuk penyuntingan grafik adalah Adobe InDesign,
Microsoft Publisher, and QuarkXPress.

Penyuntingan Imej merupakan program grafik untuk mengedit atau mengubah suai gambar
digital.Ia sering digunakan untuk menyunting foto-foto yang calar dan tidak sempurna.
Gambar-gambar terdiri daripada beribu-ribu titik atau piksel yang sering membentuk imej
dirujuk sebagai imej bitmap atau raster. Satu batasan bitmap imej ialah apabila ia
diperluaskan atau diperbesarkan, imej boleh menjadi pecah, atau bergerigi pada tepi.
Sebagai contoh, apabila huruf A dalam Rajah 4-7 diperluas, sempadan pada kertas tersebut
kelihatan bergerigi. Program penyuntingan imej yang popular ialah Adobe Photoshop, Corel
PaintShop Pro, GIMP (GNU Image Manipulation Program).

Rajah 4.7
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 10 Drp: 15

Program ilustrasi juga dikenali sebagai program lukisan yang digunakan untuk membuat
dan menyunting imej vektor. Imej vektor menggunakan bentuk atau objek geometri. Objek
Ini dicipta dengan menyambung garis dan lengkung bagi mengelakkan gambar pecah.
Program ilustrasi sering digunakan untuk mereka bentuk grafik, susun atur halaman, dan
membentuk imej yang tepat. Program ilustrasi popular termasuk Adobe Illustrator,
CorelDRAW, dan Inkscape.

Penyunting video (Video Editors) digunakan untuk mengedit/menyunting video untuk


meningkatkan kualiti persembahan. Penyunting video kini banyak digunakan untuk
mengedit video berkualiti tinggi yang diambil menggunakan telefon pintar dan peranti lain.
Ianya boleh dengan mudah untuk menambah kesan khas, trek muzik, tajuk, dan grafik pada
skrin. Kini, terdapat beberapa perisian percuma atau murah yang direka untuk membantu
jurugambar amatur. Antara penyunting video ialah Windows Live Movie Maker, Apple
iMovie, and YouTube Video Editor.

Rajah 4.8
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 11 Drp: 15

Perisian reka bentuk Permainan Video

Perisian reka bentuk permainan video membantu pengguna mereka bentuk permainan
termasuk pembangunan watak dan reka bentuk persekitaran karektor tersebut. Terdapat
banyak pilihan dari perisian percuma hingga perisian yang sangat mahal digunakan oleh
pereka permainan profesional. Antaranya adalah seperti YoYo GameMaker, Stencyl, Flixel,
and Unity.

Rajah 4.9

Program pengarangan sesawang/web biasanya digunakan untuk membuat tapak atau


laman komersil yang canggih. Ia Juga dikenali sebagai laman web editor dan editor HTML,
Program ini memberikan sokongan untuk reka bentuk laman web dan Pengekodan HTML.
Sesetengah program pengarangan web boleh dibina tanpa berinteraksi langsung dengan
Kod HTML. Program pengkhususan web yang digunakan termasuk Adobe Dreamweaver dan
Microsoft Expression Web.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 12 Drp: 15

4.3.4 Lain-lain Aplikasi Khusus

Terdapat banyak aplikasi khusus yang lain termasuklah perakaunan, kewangan peribadi dan
aplikasi pengurusan projek. Aplikasi perakaunan seperti Intuit QuickBooks membantu
syarikat merekod dan melaporkan operasi kewangan mereka. Aplikasi kewangan peribadi
seperti Quicken Starter Edition membantu individu menjejaki kewangan dan pelaburan
peribadi mereka. Perisian pengurusan projek seperti Microsoft Project digunakan secara
meluas dalam perniagaan untuk membantu menyelaraskan dan merancang projek yang
rumit.

4.4 Perisian Alat Mudah Alih

Aplikasi mudah alih adalah program tambahan untuk pelbagai peranti mudah alih termasuk
telefon pintar dan tablet. Aplikasi tradisional adalah buku alamat, senarai tugasan,
penggera, dan senarai mesej.

4.4.1 Perisian

Keluasan dan skop aplikasi mudah alih yang tersedia untuk telefon pintar dan lain-lain
peranti mudah alih sentiasa berkembang. Terdapat lebih 500,000 aplikasi hanya untuk
Apple iPhone sahaja. Antara yang paling banyak digunakan ialah untuk mendengar muzik,
menonton video, rangkaian sosial, membeli-belah, dan bermain permainan.

Muzik

Kebanyakan telefon pintar atau tablet mempunyai muzik. Aplikasi mudah alih Pandora
menawarkan muzik streaming percuma dengan iklan dan senarai main yang membolehkan
pengguna menggunakannya. Spotify adalah satu lagi perkhidmatan muzik penstriman yang
memerlukan yuran bulanan tetapi menawarkan kawalan terus kepada muzik yang anda
dengar dan tiada iklan.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 13 Drp: 15

Video

Dengan kelajuan data yang lebih laju dan skrin resolusi yang lebih tinggi, telefon pintar dan
tablet menjadi kegemaran pengguna untuk menonton rancangan TV, filem, atau klip video.
Aplikasi YouTube menawarkan akses kepada video dalam talian secara percuma seperti
filem dan blog video. Aplikasi Netflix menyediakan akses kepada video yang lebih
profesional dengan bayaran.

Rangkaian sosial.

Rangkaian sosial. Aplikasi mudah alih sangat ideal untuk pengguna berkongsi gambar
semasa bercuti, bersantaidi kedai kopi kegemaran atau untuk menghantar jemputan saat
akhir ke jamuan atau parti kepada rakan-rakan. Aplikasi mudah alih Facebook menawarkan
banyak ciri yang sama seperti laman web Facebook, mempunyai ciri tambahan di mana ia
mengambil kelebihan daripada kamera peranti mudah alih dan keupayaan GPS. Aplikasi
Instagram menyediakan spesifikasi yang lebih khusus dan artistik dengan memberi tumpuan
kepada pengguna untuk berkongsi foto.

Membeli-belah

Kini, pengguna boleh menggunakan telefon mereka untuk membeli-belah secara dalam
talian. Dengan mengimbas bar kod produk, aplikasi membeli-belah membantu pengguna
mencari produk dan menyediakan perbandingan harga serta ulasan produk.

Permainan

Salah satu aktiviti yang paling popular di telefon pintar dan tablet adalah permainan (game).
Sebahagian daripada permainan telah sedia ada terdapat di dalam telefon, dimuat turun
secara percuma atau dibeli.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 14 Drp: 15

4.4.2 Gudang Aplikasi

Gudang aplikasi (App store) merupakan laman web yang menyediakan akses kepada aplikasi
mudah alih tertentu yang boleh dimuat turun sama ada untuk yuran nominal atau percuma.
Dua aplikasi yang popular adalah App Store Apple dan Google Play. (Lihat Rajah 4-10.)

Rajah 4.10

4.5 Suit perisian

Suit perisian adalah kumpulan program aplikasi yang berasingan dan disediakan bersama
dalam satu kumpulan. Empat jenis suit adalah suit pejabat, suit awan, suit khusus dan suit
utiliti.

4.5.1 Suit pejabat

Suit pejabat juga dikenali sebagai suit perisian pejabat atau suit produktiviti yang
mengandungi program aplikasi tujuan umum yang biasanya digunakan dalam perniagaan.
Suit produktiviti biasanya merangkumi pemproses perkataan, hamparan elektronik,
pengurus pangkalan data, dan aplikasi pembentangan. Antara suit pejabat yang paling
terkenal ialah Microsoft Office, Apple iWork dan OpenOffice.

4.5.2 Perkomputeran awan

Suite awan disimpan pada pelayan (server) dalam talian Internet dan membolehkan
pengguna mengakses Internet di mana sahaja mereka berada. Dokumen yang dibuat
menggunakan aplikasi dalam talian juga boleh disimpan secara dalam talian, dan
memudahkan pengguna berkongsi dokumen dengan pengguna yang lain. Walau
bagaimanapun, salah satu kelemahan kepada aplikasi awan ialah pengguna bergantung
kepada pelayan (server) yang menyediakan aplikasi tersebut.
NO KOD / CODE NO DBF1123/K01/NK 04-07 Muka: 15 Drp: 15

Atas sebab ini, apabila menggunakan aplikasi dalam talian, adalah penting untuk pengguna
mempunyai salinan dokumen sandaran (back up copies). Suit awan yang popular ialah
Google Docs, Zoho, and Microsoft Office 365 and Office for iPad.

4.5.3 Suit Khusus dan Utiliti

Dua jenis suite lain yang lebih terfokus adalah suite khusus dan suite utiliti:

Suit khusus

Memberi tumpuan kepada aplikasi tertentu. Ini termasuk suite grafik seperti CorelDRAW
Graphics Suite X6, suit perancangan kewangan seperti Moneytree Software’s, TOTAL
Planning Suite dan banyak lagi.

Suit utiliti

Termasuk pelbagai program yang direka untuk memudahkan pengkomputeran dan lebih
selamat. Dua suit yang paling terkenal ialah Norton SystemWorks and Norton Internet
Security Suite

Anda mungkin juga menyukai