Anda di halaman 1dari 6

Pusat Pengajian Perakaunan

Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan


Semester 2 Sesi 2017/2018
EPPA2813 PERAKAUNAN UNTUK PENGURUSAN

TUTORIAL 8: Belanjawan Induk


SOALAN 1

Syarikat Pelangi adalah pengeluar cat khusus untuk kenderaan ringan. Cat ini dijual kepada pengeluar
kereta dan juga kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan mengecat kenderaan ringan. Syarikat
menyediakan belanjawan tahunan yang diperincikan secara bulanan dan sukuan. Proses penyediaan
belanjawan ini dilakukan secara berperingkat dan melibatkan pelbagai pihak di dalam Syarikat.

Berikut adalah maklumat berkaitan jualan, harga, polisi inventori, dan spesifikasi pengeluaran yang
dipatuhi oleh Syarikat Pelangi:

 Jangkaan unit jualan bagi empat bulan pertama tahun 2018 adalah seperti berikut:

Bulan Liter
Januari 50,000
Februari 60,000
Mac 70,000
April 75,000

 Se liter cat dijual pada harga RM19.90.


 Inventori barang siap pada 1 Januari ialah 25,000 liter.
 Polisi inventori baki akhir barang siap syarikat adalah 60 peratus dari keperluan unit jualan
bulan hadapan.
 Dua jenis bahan mentah yang digunakan ialah bahan kimia jenis C11 dan bahan kimia jenis
D15.
 Sebanyak 0.4 liter C11 dan 0.6 liter D15 diperlukan bagi se liter cat. Harga se liter C11 ialah
RM5.00 dan harga se liter D15 ialah RM8.00.
 Syarikat menetapkan inventori akhir bahan mentah bersamaan 25 peratus keperluan bahan
mentah untuk jualan bulan hadapan. Polisi ini dipatuhi pada 1 Januari.
 Setiap liter cat memerlukan 2.5 jam buruh langsung dengan kadar upah buruh langsung RM3.50
sejam.

Dikehendaki:

a) Jelaskan dua (2) tujuan belanjawan disediakan oleh sesebuah organisasi.

b) Jelaskan dua (2) kelebihan dan dua (2) kelemahan pendekatan belanjawan berpenyertaan dalam
proses menyediakan belanjawan seperti mana yang diamalkan oleh Syarikat Pelangi.
c) Sediakan belanjawan-belanjawan berikut secara bulanan dan jumlah untuk sukuan pertama

1
tahun 2018:

i. Belanjawan Jualan
ii. Belanjawan Pengeluaran
iii. Belanjawan Penggunaan dan Pembelian Bahan Mentah
iv. Belanjawan Buruh Langsung

SOALAN 2

Syarikat Elektron-X mengeluarkan sejenis komponen papan kekunci khas jenis TX7 sebagai alat ganti
telefon bimbit. TX7 dijual dengan harga RM90 ke kedai-kedai baik pulih telefon bimbit yang berada
di sekitar Lembah Kelang. Perlunjuran jualan dalam unit untuk empat bulan hadapan adalah seperti
berikut:

Bulan Unit
Januari 20,000
Februari 25,000
Mac 30,000
April 30,000

Berikut adalah data berkaitan dengan polisi pengeluaran dan spesifikasi perkilangan Syarikat:
 Inventori barang siap pada 1 Januari ialah 13,000 unit. Baki inventori akhir yang diingini untuk
setiap bulan ialah 70% dari jumlah jualan bulan berikutnya.

 Terdapat dua jenis bahan yang digunakan dalam pembuatan TX7, iaitu Bahan T4 dan Bahan X3.
Data berkaitan dengan bahan-bahan yang diguna ialah seperti berikut:

Bahan Mentah Penggunaan Seunit Kos Seunit


Bahan T4 5 RM4
Bahan X3 3 RM3

 Polisi inventori bahan mentah syarikat adalah berasaskan jualan dan bukan berasaskan pengeluaran.
Ia menetapkan bahawa bahan yang mencukupi hendaklah disimpan dalam tangan di awal bulan
untuk keperluan 50% jangkaan jualan bulan tersebut. Polisi yang sama digunapakai bagi jumlah
bahan mentah dalam tangan pada 1 Januari.

 Kadar penggunaan seunit output ialah 2 jam buruh langsung. Kos buruh langsung purata sejam
ialah RM15.

 Kos overhed setiap bulan dianggarkan dengan menggunakan formula belanjawan fleksibel.
(Aktiviti diukur menggunakan jam buruh langsung).

Komponen Kos Komponen Kos


Tetap Berubah
Bekalan RM - RM1.00
Utiliti - 0.20
Penyelenggaraan 28,000 1.10
Penyeliaan 14,000 -
Susutnilai 100,000 -
Cukai 7,000 -
Lain-lain 56,000 1.60

2
 Belanja jualan dan pentadbiran bulanan juga dianggarkan menggunakan formula belanjawan
fleksibel. (Aktiviti diukur menggunakan unit jualan).

Komponen Komponen Kos


Kos Tetap Berubah
Gaji RM30,000 -
Komisyen - RM0.75
Susutnilai 5,000 -
Pengangkutan - 2.60
Lain-lain 10,000 0.40

Dikehendaki:

a) Dengan menggunakan data-data di atas, sediakan belanjawan-belanjawan berikut secara bulanan


dan jumlah bagi sukuan pertama:

i. Belanjawan Jualan.
ii. Belanjawan Pengeluaran.
iii. Belanjawan Belian Bahan Mentah.
iv. Belanjawan Buruh Langsung.
v. Belanjawan Overhed.
vi. Belanjawan Belanja Pentadbiran dan Jualan.
vii. Belanjawan Inventori Akhir Barang Siap
viii. Belanjawan Kos Barang dijual

b) Nyatakan tiga (3) faktor yang perlu diambil kira dalam penentuan polisi inventori akhir bahan
mentah. Apakah pendapat anda tentang polisi inventori akhir bahan mentah Syarikat ini
berpandukan kepada dua faktor tersebut?

SOALAN 3

Syarikat Chakra mengeluarkan dua produk iaitu X-Ace dan Super-Ace. Akauntan Syarikat sedang
menyediakan belanjawan tahunan bagi tahun 2018 dan telah mengumpul sebahagian maklumat yang
diperlukan seperti berikut:

 Syarikat menganggarkan akan menjual 10,000 unit produk X-Ace dengan harga RM300 seunit
dan 12,000 unit produk Super-Ace dengan harga RM470 seunit.

 Polisi inventori akhir barangsiap bagi X-Ace ialah 20 peratus daripada unit jualan, manakala
Super-Ace ialah 25 peratus daripada unit jualan.

 Syarikat Chakra mempunyai baki awal inventori barangsiap sebanyak 7,000 unit produk X-Ace
dan 9,000 unit produk Super-Ace.

 Bahan mentah yang digunakan untuk pengeluaran produk adalah seperti berikut:

Bahan Kos per liter X-Ace Super-Ace


mentah
A RM2.00 2 liter 1 liter
B RM2.50 1 liter -
C RM1.25 - 3 liter

3
 Polisi inventori akhir bahan mentah ialah 5 peratus keperluan bahan mentah untuk pengeluaran.

 Baki awal bahan mentah adalah:


A – 500 liter
B – 550 liter
C – 900 liter

 Produk X-Ace memerlukan tiga jam buruh langsung di Bahagian Bancuhan dan dua jam buruh
langsung di Bahagian Pembungkusan. Produk Super-Ace pula memerlukan satu jam buruh
langsung di Bahagian Bancuhan dan tiga jam buruh langsung di Bahagian Pembungkusan.

 Kadar upah buruh langsung ialah RM10 sejam di Bahagian Bancuhan dan RM18 sejam di
Bahagian Pembungkusan.

 Overhed berubah dikira menggunakan asas jam buruh langsung. Kadar overhed berubah
dianggarkan ialah RM1 sejam buruh langsung.

 Overhed tetap terdiri daripada sewa, susutnilai, gaji dan insurans yang berjumlah RM180,000
setahun

Dikehendaki:

a) Bincangkan tiga (3) kelebihan penggunaan belanjawan bagi organisasi seperti Syarikat Chakra.

b) Sediakan belanjawan-belanjawan berikut bagi tahun 2018:


i. Belanjawan jualan.
ii. Belanjawan pengeluaran.
iii. Belanjawan penggunaan dan pembelian bahan mentah.
iv. Belanjawan buruh langsung.
v. Belanjawan overhed.
vi. Belanjawan kos barangsiap.

SOALAN 4

Busana Alam adalah sebuah Syarikat pengeluar kemeja-T dengan logo Syarikat tercetak di bahagian
belakangnya. Bagi tahun 2018, Syarikat menjangka unit jualan bagi setiap sukuan adalah 1,000 unit,
1,200 unit, 1,500 unit, dan 2,000 unit. Unit jualan yang serupa dijangka direkodkan dalam tahun
berikutnya. Harga jualan seunit kemeja-T ialah RM10.

Terdapat 180 unit kemeja-T pada awal tahun 2018. Polisi Syarikat menetapkan inventori akhir
barangsiap bersamaan 20 peratus unit jualan sukuan berikutnya.

Syarikat menggunakan dua jenis bahan mentah iaitu kemeja-T (asas) dan bahan pewarna. Setiap unit
produk yang dihasilkan menggunakan satu helai Kemeja-T (asas) yang dibeli dari pembekal dengan
harga RM3 sehelai, dan 5 gram bahan pewarna yang dibeli dengan harga RM0.20 se gram.

Polisi Syarikat menetapkan inventori akhir bahan mentah bersamaan 10 peratus keperluan pengeluaran
sukuan berikutnya Baki-baki awal dan akhir bahan mentah adalah seperti berikut:

Inventori, 1 Januari Inventori, 31 Disember

4
Kemeja-T (asas) 58 helai 106 helai
Bahan Pewarna 390 gram 530 gram

Setiap unit produk yang dihasilkan memerlukan 0.12 jam buruh langsung. Buruh langsung dibayar
dengan kadar upah RM10 sejam bagi sukuan 1 dan sukuan 2. Kemudiannya kadar upah meningkat
sebanyak 20 peratus.

Dikehendaki:

Sediakan belanjawan-belanjawan berikut mengikut sukuan dan jumlah tahunan:

i. Belanjawan Jualan
ii. Belanjawan Pengeluaran
iii. Belanjawan Pembelian Bahan Mentah
iv. Belanjawan Buruh Langsung

SOALAN 5

Syarikat Wawasan adalah pengeluar motor yang digunakan dalam jentera pertanian. Motor ini dijual
kepada pengeluar jentera dan kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembaikan. Jangkaan
unit jualan bagi empat bulan akan datang adalah seperti berikut:
Januari 40,000
Februari 50,000
Mac 60,000
April 60,000

Berikut adalah maklumat berkaitan polisi inventori dan spesifikasi pengeluran yang dipatuhi oleh
Syarikat:

 Inventori barang siap pada 1 Januari ialah 32,000 unit.


 Inventori akhir barang siap pada setiap bulan ialah 80 peratus dari unit jualan bulan hadapan.
 Dua jenis bahan mentah yang digunakan ialah besi dan komponen X. 10 kilogram besi dan 6
komponen X diperlukan bagi setiap unit motor. Harga sekilogram besi ialah RM8.00.
Komponen X boleh didapati dengan kos RM2 seunit.
 Inventori akhir bahan mentah bersamaan 50 peratus keperluan bahan mentah untuk jualan
bulan hadapan. Polisi ini dipatuhi pada 1 Januari.
 Setiap unit motor memerlukan 4 jam buruh langsung untuk disiapkan. Kadar upah buruh
langsung ialah RM9.25 sejam.

Dikehendaki:

Sediakan belanjawan-belanjawan berikut mengikut sukuan dan jumlah tahunan:

i. Belanjawan Jualan
ii. Belanjawan Pengeluaran
iii. Belanjawan Pembelian Bahan Mentah

5
iv. Belanjawan Buruh Langsung

SOALAN 6

Syarikat Mulus Bhd. menyediakan belanjawan tunai secara bulanan. Data yang relevan dari belanjawan
operasi untuk bulan Julai dan Ogos tahun 2008 adalah seperti berikut:

Julai (RM) Ogos


(RM)
Jualan 320,000 400,000
Belian bahan mentah langsung 80,000 110,000
Buruh langsung 85,000 115,000
Overhed perkilangan 60,000 75,000
Belanja jualan dan pentadbiran 75,000 80,000

Semua jualan adalah dibuat secara kredit. Kutipan dijangkakan sebanyak 60% dalam bulan jualan
dibuat, 30% dalam bulan pertama selepas jualan dan 10% adalah pada bulan kedua selepas jualan.
Sejumlah 30% daripada bahan mentah langsung dibeli dan dibayar tunai dalam bulan belian. Manakala
bakinya dibayar pada bulan berikutnya. Lain-lain item dalam jadual di atas dibayar pada masa ia
dilibatkan. Susutnilai telah dikeluarkan daripada item overhed perkilangan dan belanja-belanja jualan
dan pentadbiran.

Lain-lain maklumat:

1. Jualan kredit bagi bulan Mei 2008 ialah RM200,000 dan bagi bulan Jun 2008 ialah
RM280,000.

2. Belian bahan mentah langsung bagi bulan Jun 2008 ialah RM90,000.

3. Lain-lain penerimaan termasuk kutipan hasil faedah belum terima untuk 30 Jun 2008
sebanyak RM3,000 yang diterima dalam bulan Julai dan perolehan dari jualan sekuriti
RM5,000 yang diterima dalam bulan Ogos.

4. Lain-lain pembayaran termasuk bayaran untuk sebidang tanah berjumlah RM20,000


dalam bulan Ogos .

Baki tunai Syarikat pada 1 Julai 2018, dianggarkan sebanyak RM60,000. Syarikat ingin mengekalkan
baki tunai minima RM50,000.

Dikehendaki:

a) Sediakan jadual berikut untuk bulan Julai dan bulan Ogos 2018;
i. Kutipan dari pelanggan.
ii. Jangkaan bayaran untuk belian bahan mentah langsung.

b) Sediakan belanjawan tunai untuk bulan Julai dan bulan Ogos 2018.

Anda mungkin juga menyukai