Anda di halaman 1dari 12

NURSERY SAWIT

Pengenalan
Tapak semaian adalah salah satu faktor yang penting bagi setiap ladang yang ingin ditubuhkan.
Tujuan utama penubuhan tapak semaian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak ladang
memantau perkembangan anak benih dan memastikan setiap benih tersebut berada dalam
keadaan yang baik sebelum menjalankan proses penanaman di ladang. Dengan ini hasil akan
dapat ditingkatkan sekiranya pemilihan anak benih dibuat dengan teliti dan mengikut syarat yang
telah ditetapkan.

Kepentingan tapak semaian


1. Kerja-kerja pemilihan ( culling ) dapat dibuat dengan lebih teliti dan teratur

2. Supaya pertumbuhan anak benih dapat diseragamkan

3. Dapat memudahkan kerja-kerja pemantauan bagi pihak ladang.

Pemilihan tapak
Bagi setiap tapak semaian yang ingin ditubuhkan terdapat beberapa aspek yang perlu diambil
kira sebelum proses pemilihan tapak dijalankan, antaranya:-

1. Kawasan tersebut mestilah rata dan berdekatan dengan punca air bagi tujuan pengairan

2. Kawasan tersebut mestilah jauh dari ancaman banjir

3. Mempunyai sistem saliran dan perparitan yang baik

4. Kawasan yang sentiasa terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan tidak terlindung

5. Kawasan ini juga haruslah dekat dengan kawasan ladang agar senang semasa proses
penanaman dijalankan serta dapat menjimatkan kos.

6. Mempunyai kawalan keselamatan yang baik supaya dapat mencegah daripada kecurian
serta ancaman daripada haiwan perosak.

Page 1
Pemilihan tapak semaian

1. Dua Peringkat / Double Stage iaitu :-

1. Pre Nursery

2. Main Nursery

Pre Nursery

Saiz polybag 15cm x 23cm. Beg yang telah diisi serta disusun didalam petak lazimnya
disusun mengikut kaedah 10 beg x 200 beg supaya kerja-kerja menyiram, merumput dan kerja-
kerja penakaian anak benih senang dijalankan. Setiap petak yang disyorkan adalah sebanyak
2000 benih. Ini bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja pengiraan dijalankan. Manakala jaluran
susunan beg pula adalah mengikut arah timur barat. Jarak antara jaluran beg pula hendaklah
dipisahkan dengan satu lorong selebar 0.6m. Selain itu tempoh bagi setiap semaian adalah
sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Proses penakaian benih pula perlulah dilakukan sekurang-
kurangnya 2 kali sewaktu didalam peringkat ini yakni sebanyak 10%. Ini adalah bertujuan untuk
memastikan benih yang sedia ada adalah bermutu dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Juga
bagi mengelakkan kerugian yang akan dialami pada peringkat seterusnya.

Contoh gambarajah Pre-nursery

Page 2
Main Nursery

Saiz polybag berukuran 35 cm x 51 cm. Tempoh tanaman pula adalah 12 hingga 18


bulan. Jarak tanaman pula adalah 0.9m x 0.9m x 0.9m dan berbentuk segitiga. Sebanyak 10,000
anak benih sawit akan dapat disemai setelah ditolak sistem jalan. Manakala bagi proses
penakaian pula, sebanyak 10% akan diambil kira pada peringkat ini. Contoh gambarajah bagi
susunan polybag ( main nursery )

Contoh gambarajah Main Nursery

Page 3
Keluasan tapak semaian
Katakan bahawa kawasan baru yang akan dibuka adalah sebanyak 200 hektar. Jadi keperluan
bagi anak benih yang akan di gunakan untuk kawasan yang berkeluasan 200 hektar adalah:-

Formula:

Keluasan kawasan yang akan dibangunkan x Jum. Pokok bagi 1 hektar ( SPH )

= Jum. Pokok Yang diperlukan

Kemudian,

Jum. Pokok Yang diperlukan x 35% ( 20% supplying + 15% culling )

= Jum. Penambahan pokok

Lalu:

Jum. Penambahan pokok + Jum. Pokok yang di perlukan


Keluasan kawasan= 200 ha

Jum. Pokok Bagi 1 Ha = 148/ha

Jadi:-

200 ha x 148/ ha = 29600 pokok

29600 x 35% = 10360 pokok

29600 + 10360 = 39960 pokok

Manakala keluasan yang di perlukan bagi pembentukan nursery adalah:-

Dengan menggunakan jarak pokok 0.91m x 0.01m x 0.91m, maka 1 hektar dapat menyediakan
12,500 pokok. Jadi:-

39960 / 12500 = 3.19 ha yang diperlukan + kemudahan


jalan dan saliran serta kolam takungan = 4 ha

Page 4
Proses penyediaan tapak semaian

Beberapa proses perlu di ikuti terlebih dahulu sebelum menyediakan tapak semaian diantaranya
ialah:-

1. Membajak

2. Pembinaan Jalan pertanian dan susunatur semaian

3. Sistem pengairan dan saliran yang baik

4. Sistem penyiraman yang bagus.

5. Memagar kawasan tapak semaian

6. Mengisi dan menyusun polybeg yang diperlukan

7. Menanam biji benih

Page 5
Penyelenggaraan Nursery
4 jenis kerja yang biasa dilakukan bagi kerja- kerja penyelenggaraan ini. Diantaranya
ialah:-

1. Menyiram

2. Merumpai

3. Kawalan musuh dan penyakit

4. Membaja.

Menyiram

Setiap pokok hendaklah disiram sebanyak 2 kali dalam sehari dimana sebelah pagi dan di
sebelah petang sahaja. Dilarang sama sekali menyiram diwaktu tengahari dan pastikan
setiap kali siraman pokok mendapat 150 mm air sepokok.

Merumpai.

Dilakukan sebulan sekali dan hanya bagi kawasan diantara polybag dengan polybag
sahaja. Sekiranya terdapat rumpai didalam polybag, hanya tangan sahaja digunakan bagi
tujuan merumpai. Ini bertujuan bagi mengelakkan setiap anak benih terhindar daripada
mengalami keracunan.

Kawalan Musuh Dan Penyakit.

Dilakukan 1 minggu sekali. Menggunakan campuran racun kulat dan serangga

Contohnya:-

Thiram + Malathion

Thiram + Rogor

Poliram + Tamaron

Page 6
Diantara serangan musuh dan penyakit yang selalu dihadapi ialah:-

Musuh Tanda penyakit

Hama/ kutu ( red spider mite ) Daun berbintik

Bena ( Aphids ) Daun kuning / kering

Belalang Daun cacat dimakan / bantut

Koya Daun kering

Tikus Makan pangkal pokok

Pembajaan

Page 7
Baja ditabur disekeliling pokok didalam polybeg tetapi jangan terlalu rapat dengan
pangkal pokok. Dilakukan sekali sebulan. Menggunakan baja kimia yang mengandungi
semua zat permakanan yang utama ( N, P, K, Mg ) serta larut secara perlahan adalah
amat digalakkan. Contohnya, Agroblen, Kokei, Nurseryace, Woodace dan sebagainya.

Disini ada menyediakan contoh jadual bagi program pembajaan untuk pre nursery dan juga
main nursery.

Minggu Jenis Baja Sukatan

4 Urea 7gm

5 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 15gm

6 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 15gm

7 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 18gm

8 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 23gm

9 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 23gm

Jadual pembajaan bagi Main Nursery

Masa

( selepas ditanam ) Jenis Baja Kadar Sepokok ( gm )

2 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 7

4 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 7

8 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14

12 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14

16 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14

20 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14

24 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21

28 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21

32 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21

36 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21

Page 8
40 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 28

Penakaian pokok ( CULLING )


Bertujuan bagi menyediakan anak benih yang bermutu tinggi dan terbaik sahaja
yang akan ditanam diladang bagi memastikan pengeluaran hasil yang diingini
serta penggunaan tanah yang lebih efektif.

Terdapat beberapa peringkat yang digunakan ketika proses penakaian dijalankan.


Antaranya ialah:-

1. Permilihan pertama dibuat pada pokok yang berusia 3 bulan sebelum


dipindahkan ke semaian besar ( Main Nursery )

2. \pemilihan dijalankan setiap 3 bulan ketika pokok berusia 6 bulan, 9


bulan, dan 12 bulan.

3. Pemilihan terakhir dibuat sebelum anak pokok dipindahkan ke lading.

4. Kesemua pokok yang telah di culling haruslah dimusnahkan.

Pre Nursery:-

Page 9
Contoh gambarajah pokok yang harus di takai ( culling )

Main nursery

Page
10
Contoh gambarajah pokok yang harus di takai ( culling )

RUJUKAN
Page
11
MANUAL DAN PROSEDUR OPERASI PERLADANGAN

AMANAH SAHAM PAHANG BERHAD

Page
12

Anda mungkin juga menyukai