Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Malaysia adalah tergolong di kalangan negara tropika yang di litupi hutan semula jadi
yang terdiri daripada pelbagai ekosistem yang sangat kaya dengan kepelbagaian spesis
flora dan fauna. Hutan hujan tropika memainkan peranan yang amat penting kepada
kesejahteraan dan kelestarian rakyat dari segi sosio-ekonomi, alam sekitar dan
kesejahteraan hidup.

Di negeri Selangor, kawasan hutan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan
Kekal adalah diurus oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengikut amalan
Pengurusan Secara Berkekalan di mana faedah – faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar
dimanfaatkan secara maksimum kepada masyarakat. Justeru itu, pelaksaan projek
Pertanian Hutan Komersial ini adalah bagi menyokong amalan pengurusan hutan tersebut
yang dapat memberi impak optimum secara positif dari segi kesejahteraan hidup dan
kemajuan ekonomi.

Tujuan

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon Permit Penggunaan daripada Jabatan
Perhutanan Negeri Selangor oleh AHWAL ENTERPRISE untuk projek Pertanian Hutan
Komersial di Kompartmen 1, Hutan Simpan Jugra seluas lebih kurang 20 hektar.

AHWAL ENTERPRISE adalah sebuah syarikat bumiputra yang berdaftar dibawah


Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0428038-P beralamat Lot 2853,
Jalan Belimbing Meru, 41050 Klang, Selangor. Ditubuhkan pada 05hb Jun 2018 telah
menceburi projek tanaman durian belanda nama saintifiknya Annona muricata L. seluas 3
ekar di Sabak Bernam selama 3 tahun . dan penghasilan buah durian belanda dan jus buah
durian belanda dipasarkan di sekitar Selangor.

AHWAL ENTERPRISE ingin menambahkan penghasilan buah durian belanda


dengan mencari kawasan yang lebih luas bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin
meningkat naik dari masa ke semasa.
Objektif Projek

Projek Pertanian Hutan Komersial ini adalah satu projek berasas sumber alam
semulajadi yang menggabungkan elemen perhutanan dan pertanian untuk mencapai objektif
yang berikut :-

I. Memulihkan dan membangunkan semula kawasan hutan terosot (kawasan yang


diceroboh/terbakar) melalui pelaksaan konsep Perhutanan Tani yang dapat
meningkatkan kualiti ekosistem hutan disamping penghasilan produk pertanian
yang berkualiti tinggi.

II. Menjana sumber kekayaan baharu sebagai produk tempatan yang bernilai
komersial, nilai estatika tinggi dan mesra alam serta menyediakan peluang
pekerjaan dan menjana pendapatan penduduk tempatan.

III. Menjadi mata dan telinga kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk
menjaga. Mengawal dan mencegah kawasan sekitar Hutan Simpan Kuala Langat
Selatan daripada gangguan dan pencerobohan haram oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.

IV. Membantu Kerajaan Negeri Selangor khususnya Jabatan Perhutanan Negeri


Selangor untuk menjaga, mengawal serta mencegah berlakunya kebakaran
hutan.
Lokasi

Projek Pertanian Hutan Komersial yang dicadangkan akan dilaksanakan di


Kompartmen 1 Hutan Simpan Jugra. Kawasan yang dipohon adalah seluas 20 hektar seperti
di lampiran 1 yang berikut.

Pemilihan lokasi memenuhi dan menepati ciri – ciri yang diperlukan setelah penilaian
dibuat atas segi kesesuaian tanah, perhubungan rangkaian, sosial dan ekonomi dengan
projek Pertanian Hutan Komersial.
Konsep

Projek Pertanian Hutan Komersial adalah satu pendekatan untuk memajukan


kawasan hutan terosot yang melibatkan aktiviti pemuliharaan kawasan hutan dengan
penanaman spesies pokok hutan yang tertentu untuk menghasilkan pulangan ekonomi
dalam jangka masa panjang dengan menanam pelbagai spesies pokok yang bersesuaian
dengan kawasan yang bernilai tinggi. Disamping itu, dalam masa yang sama kawasan
tersebut juga akan ditanam secara berselang seli dengan tumbuhan pertanian komersial
supaya dapat memberi pulangan ekonomi atau pendapatan jangka masa pendek seperti
nenas, tembikai, jagung , ubi kayu, keledek dan lain – lain tanaman kontan yang berpasaran
tinggi.

Projek Pertanian Hutan Komersial ini merupakan suatu pendekatan bersepadu yang
berkonsepkan perkongisan pintar ‘menang – menang”diantara pihak Kerajaan Negeri
Selangor/Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bersama – sama dengan pemegang Permit
Penggunaan yang mengeluarkan modal atau dana bagi memulihkan semula kawasan hutan
yang terosot dalam tempoh masa tertentu. Bagi mencapai hasrat ini, pemegang permit akan
melaksanakan projek dengan melibatkan gabungan tanaman spesies – spesies pokok hutan
(jangka masa panjang) dengan tanaman pertanian kontan (jangka masa pendek) di
kawasan terosot secara mengoptimumkan penggunaan tanah melalui amalan pengurusan
baik dan mesra alam.
Tanaman Jangka Masa Panjang

Dalam Projek Pertanian Hutan Komersial salah satu aktiviti penting yang dijalankan
adalah menanam pokok – pokok hutan yang bernilai ekonomi serta pulangan yang boleh
menjana pendapatan. Tujuan penanaman spesies pokok hutan tersebut adalah bagi
memulihkan kawasan terosot di samping dapat meningkatkan kestabilan ekosistem dan
alam sekitar. Pokok – pokok yang ditanam adalah spesies pokok yang mempunyai ciri – ciri
pertumbuhan pokok yang bersesuaian dengan keadaan tanah hutan. Senarai tanaman
jangka masa panjang yang akan ditanam adalah antara lain seperti di Jadual 1 yang
berikut:-

Bil Nama Pokok Tempatan Nama Saintifik Jangkaan Pulangan Hasil


1 Petai Parkia speciosa 5 tahun – 20 tahun
2 Durian Durio zibethinus Murr 10 tahun – 30 tahun
3 Manggis Garcinia mangostana 7 tahun – 20 tahun
4 Rambutan Nephelium lappaceum 5 tahun – 20 tahun
5 Belimbing Buluh Averrhoa bilimbi 2 tahun – 10 tahun

Jadual 1

Tanaman Jangka Masa Panjang yang utama adalah Durian Belanda (Annona
muricata) seperti di Gambar 1 merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Amerika
Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Isinya
yang berwarna putih krim amat manis (jenis yang manis) atau masam (jenis yang
masam) atau rasa yang sederhana sahaja.

Bentuk buah durian belanda dari berbentuk ginjal sampai berbentuk seperti telur
saja. Bagaimana pun bentuk yang paling baik adalah yang berbentuk Jantung (Heart
shape). Lazimnya kulit buahnya akan juga dilengkapi oleh duri-duri lembut yang hijau
warnanya. Duri ini bagaimana pun akah kurang ketara apabila buah durian belanda lebih
matang atau hampir masak ranum. Sewaktu masih muda kulit buahnya berwarna hijau muda
bagaimana pun ia setelah masak warnanya menjadi hijau gelap atau sedikit kehitam-
hitaman. Bahagian isi buah durian belanda atau pun isi daging buahnya berwarna putih dan
mengandungi banyak serat serta ada beberapa biji (seed). Isinya merupakan bahagian yang
enak dimakan terus jika ia manis dan ianya adalah lembut seperti di Gambar 1.

Gambar 1
Pokok durian belanda memerlukan kawasan tanah yang subur dengan kecerunan di
antara 0-15 darjah, mempunyai saliran baik (kerana ia tidak tahan air banyak) dengan pH
antara pH5.0 - pH5.5 dan kedalaman tanah melebihi 1 meter. Sistem pengairan sempurna
untuk tanah cukup lembab. Kaedah semaian menggunakan biji durian belanda adalah
kaedah paling mudah dan efektif. Bagaimana pun terdapat juga menanam dengan cara
pembiakan vegetatif.

Pokok durian belanda mempunyai percabangan batang yang rendah tetapi ia mampu
menjadi tinggi juga. Tinggi pohonnya antara 3 sampai 8 meter. Daunnya memanjang dengan
bentuk lanset atau bulat telur terbalik. Bunganya berdiri sendiri berhadapan dengan daun
dimana ia berbentuk seperti Karung (kerucut). Warna bunganya yang matang adalah kuning
muda.

Pokok durian belanda mula berbunga dan berbuah dan dapat dipetik buahnya
setelah berumur 3 tahun lebih. Durian belanda sebenarnya memerlukan jangkamasa
pertumbuhan untuk membentuk daun sehingga pokok membesar selama lebih kurang 2
tahun. Jangkamasa peralihan dari peringkat vevetatif pertumbuhan ke masa berbuah
(reproduktif) ini memerlukan jangka waktu kira-kira 1 tahun seperti di Gambar 2.

Gambar 2
Tanaman Jangka Masa Pendek

Dalam Projek Pertanian Hutan Komersial adalah suatu projek yang lebih produktif
kerana ianya dapat memberi pulangan jangka masa pendek untuk mendapatkan pusingan
modal dan aliran tunai secara berterusan bagi menyokong aktiviti – aktiviti yang dirancang
dan dilaksanakan. Projek Pertanian Hutan Komersial akan membuat aktiviti tanam dengan
tumbuhan pertanian iaitu tanaman kontan yang mempunyai nilai harga dan permintaan
pasaran yang tinggi untuk keperluan domestik dan eksport. Senarai tanaman jangka masa
pendek yang akan ditanam adalah antara lain seperti di jadual 2 yang berikut :-

Bil Nama Pokok Tempatan Nama Saintifik Jangkaan Pulangan Hasil


1 Nanas Ananas comosus 6 bulan – 12 bulan
2 Ubi Kayu Manihot esculenta 6 bulan – 12 bulan
3 Pisang Musa spp 6 bulan – 12 bulan
4 Sayur - sayuran 3 bulan – 6 bulan

Jadual 2
Pelaksanaan Projek

Pelaksanaan projek ini melibatkan tiga (3) komponen iaitu Aktiviti Penyediaan Tapak Projek,
Penyediaan Tapak Semaian & Bekalan Anak Benih dan Tanaman Pokok Hutan & Pertanian.
Projek ini melibatkan aktviti jangka masa pendek (aktiviti pertanian komersial) dan jangka
masa panjang (aktiviti pemulihan hutan)

I. Penyediaan Tapak Projek Perhutanan Tani


 Pra penubuhan tapak (penetapan sempadan dan susun atur projek)
 Penyediaan tapak tanaman
 Penyediaan Fasiliti pengurusan dan selenggaraan
 Penyediaan pelbagai keperluan infrastruktur berstatus tidak kekal
 Pembinaan sistem perparitan dan saliran

II. Penyedian Tapak Semaian


 Penyedian Tapak Semaian
 Penyediaan bekalan spesies pokok hutan dan pertanian
 Tapak penyimpanan anak pokok dan anak benih pertanian

III. Aktiviti Tanaman Pokok Hutan dan Pertanian


 Penyediaan kawasan tanaman pokok bernilai komersial
 Aktiviti tanaman pokok hutan (jangka panjang)
 Aktiviti tanaman pertanian (jangka pendek/kontan)
 Pengurusan dan penyelenggaraan kawasan
Langkah – langkah Kawalan dan
Mencegah Pencerobohan Hutan

Keseluruhan kawasan projek ini adalah merupakan Hutan Simpan Kekal yang mudah
berlaku pencerobohan haram. Justeru itu langkah berjaga – jaga perlu dirancang lebih awal
dan perlu disediakan prasarana yang bersesuaian untuk mencegah dan mengawal
berlakunya kebakaran hutan.

Antara langkah – langkah kawalan dan pencegahan yang perlu diambil tindakan
adalah seperti berikut :-

 Pembinaan jalan keluar masuk secara berpalang dan berkunci. Dimana kunci
dipegang secara bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan peserta yang
berdaftar permit penggunaan hutan simpan

 Mematuhi .peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

 Sentiasa mengawasi dan melaporkan segala aktiviti yang dicurigai kepada Jabatan
Perhutanan Negeri Selangor atau Agensi penguatkuasaan yang terlibat.

 Menjalankan aktiviti pertanian dengan prosuder yang baik dan tidak mencemarkan
alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai