Anda di halaman 1dari 16

KERTAS CADANGAN:

Projek Penanaman
Durian Musang King Varieti D197
Secara Komersil Di Atas
Tanah PSK Di Lot 10292 PN 17419
Mukim Lipis, Daerah Kuala Lipis, Pahang
Seluas 20.03 Hektar

Disediakan oleh:
SAI Adventure Resources Sdn Bhd (1239973-V)
Kertas Cadangan:
Projek Penanaman Durian Musang King Secara Komersil.

1 Tujuan Dan Latar Belakang Projek.


1.1. Tujuan Projek
Projek penanaman ini akan di laksanakan secara komersil dan akan di pasarkan
mengikut harga pasaran serta akan memberi peluang pekerjaan di samping
memajukan tanah tersebut.

2 Latar Belakang Projek:


2.1 Lokasi projek
Projek ini akan dilakukan di kawasan tanah yang di pohon seluas 20.03 hektar di
plot yang bertanda PN 17419 dan didaftarkan sebagai Lot 10292, Mukim Lipis,
Kuala Lipis, Pahang.

2.2 Status semasa tapak cadangan


Keluasan tanah yang dicadangkan untuk projek ini adalah 20.03 hektar. Status
tanah yang terlibat adalah tanah Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) di
mana keadaan tapak cadangan masih lagi dalam keadaan belukar.

2.3 Jalan dan Pengangkutan


Jalan perhubungan ke tempat cadangan telah tersedia. Jalan yang
menghubungkan tapak cadangan projek dengan bandar terdekat Kuala Lipis
telah tersedia dan ini memudahkan urusan pemasaran hasil pertanian.
Pengangkutan adalah menggunakan pacuan empat roda ke tapak
cadangan.

2.4 Penggunaan tanah


Tapak cadangan tersebut merupakan kawasan semak dan belukar terbiar.
Kawasan tapak cadangan di dominasi dengan tumbuhan pokok-pokok renek
diselang seli dengan pokok tinggi bersaiz sederhana.

2.5 Kesesuaian tanah


Melalui pemerhatian, dimana lokasinya di bawah paras 1000 meter di atas
permukaan laut beserta di daerah beriklim basah. Sumber air yang terdapat di
tapak cadangan adalah air hujan dan sungai yang terletak agak jauh.
3 Latarbelakang pemohon.
3.1 Pemohon adalah adalah syarikat SAI Adventures Resources Sdn Bhd (No
Syarikat: 1239973-V) adalah sebuah syarikat perkongsian yang
ditubuhkan bertujuan untuk mengurus dan melaksana projek ini.

3.2 Salah seorang daripada pengarah syarikat yang terlibat iaitu Mr Sathis
A/L Subramaniam yang juga mempunyai kepentingan dalam syarikat Sai
Brothers Sdn Bhd yang terlibat secara aktif dalam bidang perlombongan.
Beliau telahpun terlibat dalam sektor perladangan sejak dari belasan
tahun lagi. Beliau terlibat dalam sektor ini melalui pengalaman bekerja,
menguruskan ladang-ladang dan kemudiannya beralih kebidang
pembekalan pekerja ladang kepada agensi kerajaan. Kemahiran dan
pengetahuan beliau dalam bidang perladangan dan pertanian akan
memberi kelebihan dalam menjayakan projek ini.

4 Jenis Tanaman
4.1 jenis tanaman yang dipilih adalah tanaman durian Varieti D197 jenis
Musang King. Ianya dipilih berdasarkan permintaan tinggi semasa dalam
dan luar negeri yang sudah tentu akan menguntungkan jika di tanam
secara komersial.

5 Pengenalan

Durian Musang King Varieti D197

5.1 Durian Musang King adalah jenis durian yang unik dengan daging
buahnya memiliki warna kuning kunyit yang memikat. Varieti D197 ini
berasal dari Negara kita dan tanaman durian musang king mempunyai
nama asli “mou san wan” yang bermaksud raja kucing. Di katakan diberi
nama musang king sebab durian ini asal mulanya dijumpaikan tumbuh
subur di daerah Gua Musang, Kelantan. Kandungan zat makanan dan
tenaga juga tinggi dan dapat dilihat seperti jadual dibawah.

Kandungan Zat Makanan:


Kandungan Unit/100 g bybm
Tenaga 153 kcal
Kabohidrat 27 g
Kalsium 40mg
Zat Besi 1.9 mg
Vit. A
150 mg
(Carotene)
Vitamin B1 0.1 mg
Vitamin B2 0.13 mg
Vitamin C 23.3 mg
Lemak 3.4 g
Protin 2.7 g

5.2 Manakala jenis tanaman durian dapat diperincikan seperti berikut:


Nama Biasa: Durian
Nama Saintifik: Durio zibethinus Murr
Keluarga: Bombaceae
5.3 Asal:
Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu.
Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh
dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan
D.kutenjensis.
5.4 Kawasan Utama Tanaman:
Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan
utama penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan
Pahang.
5.5 Kegunaan:
Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan
Segar dan telah buah yang sangat digemari oleh pengguna. Buah durian
boleh dimasak menjadi lempok, jem dan tempoyak. Buah durian juga
boleh diproses dijadikan serbuk. Percubaan telah dibuat untuk
mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku.
5.6 Beberapa kelebihan dari durian musang king adalah bertekstur lembut,
kering, tidak berserat, dan daging buahnya memiliki warna kuning
keemasan. Selain itu bijinya Kempis dan rasanya manis dengan kombinasi
rasa agak-agak sedikit pahit. Inilah hal-hal yang menyebabkan ramai
peminat durian yang mengatakan bahwa durian musang king tergolong
jenis durian paling baik diantara jenis durian-durian yang lainnya.

Tekstur dan ciri-ciri khas durian musang king

5.7 Dari sudut komersialnya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
telah melancarkan program tanam semula melibatkan pokok buah-
buahan utama yang mempunyai nilai pasaran tinggi terutama
permintaan eksport. Pada awal 2014, program berkenaan yang
dilancarkan dalam bulan februari memberi fokus kepada pokok buah-
buahan bernilai eksport seperti durian jenis Musang King dan D24.
Menurut kajian kementerian para petani dan peladang kebanyakannya
menanam pokok buah-buahan mengikut kemahuan sendiri dan jarang
mengambil kira permintaan semasa pasaran khususnya dari negara
kuasa ekonomi dunia seperti China.

Perbezaan Jenis varieti D197 dan D24

5.8 Pada tahun lalu hasil eksport buah-buahan tempatan termasuk durian
Musang King mencecah RM60 juta. Manakala bekalan untuk eksport ke
Negara Singapura masih tidak mencukupi walaupun harga eksport
adalah sekitar RM140-00 sekilogram. Kita juga mendapati bekalan dan
permintaan tempatan seolah-olah tidak pernah cukup untuk varieti ini
walaupun terdapat berbagai jenis durian lain di lambakan dipasaran.
5.9 Varieti D197 musang king sememangnya mempunyaikelebihan tersendiri
dan dapat dilihat dari kenaikan harga bagi pasaran tempatan yang
pada suatu ketika pernah mencapai RM90-00 sekilogram.

Gerai Jualan durian di Singapura

5.10 Pada ketika ini, harga pasaran tempatan melonjak sehingga RM60-00
sekilogram dan pada kebiasaanya sebiji buah durian musang king bersaiz
sederhana adalah seberat dalam lingkungan 1.5 kg sehingga 2.5 kg. Nilai
komersialnya yang tinggi di pasaran tempatan beserta permintaan tinggi
untuk pasaran eksport telah mendorong pihak kami untuk menceburi
bidang penanaman durian musang king secara komersial di atas tanah
yang disebutkan.
Pasaran Durian Musang King di China
6 Penanaman:

6.1 Cara penanaman


6.1.1 Tanah yang di pilih adalah sesuai kerana mengandungi unsur
organik dan sedikit pasir disamping berada pada kawasan yang
memiliki ketinggian antara 600m sehingga 700m dari ketinggian
permukaan laut,curahan hujan 1700mm sehingga 2700 mm per
tahun, dengan suhu antara 25 sehinggas 29 darjah celcius.
6.1.2 Sebelum memulai proses penanaman benih lakukan dulu proses
pengolahan tanah dengan betul untuk keseluruhan 20 hektar.
6.1.3 Bagi keluasan tanah PSK ini yang seluas 20 hektar, jumlah
penanaman segiempat tepat telah dipilih dan dapat di perincikan
seperti berikut:
Jenis tanaman : Pokok Durian
Jarak Tanaman : 10 x 10 meter
Sistem penanaman : Segiempat Sama
Keluasan tanah : 1 hektar (10,000 m)
Formula : Luas kawasan x Angkatetap (Sistem
tanaman)
_________________________________
Anak benih Durian D197
Jarak tanaman yangt disyorkan ialah 10 x 10 m
Sistem tanaman - Segiempat Sama
Keluasan tanah 1 hektar
10,000 x 1.0
10m x 10 m
= 100 pokok/hektar (jumlah pokok yang diperlu ditanam)
Untuk keluasan pada tanah ini adalah 20 hektar x 100 pokok
= 2,000 pokok
Contoh penanaman sistem empat segi 10 x 10
6.1.4 Kerja-kerja membersihkan tanah seluas 20 hektar akan dilakukan
dengan jentera milik syarikat dan dijangkakan akan mengambil
masa sehingga 3 bulan jika ia bermula pada musim hujan dan
sekitar dua bulan jika dilakukan pada musim kemarau. Kawasan ini
akan di bersihkan dari semak samun, belukar serta pokok-pokok
renek yang dikhuatiri menganggu dan membantut benih-benih
tanaman.
6.1.5 Manakala pokok naungan benih akan dibiarkan dan jika pada
peringkat mula dewasa, pokok-pokok yang tinggi mulai ditebang
untuk memberi hasil optimum dari segi pencahayaan dan
penyerapan mineral dari pembajaan dan dari hasil semulajadi
termasuk pereputan dan sebagainya.
6.1.6 Proses penghalusan tanah dengan membajak atau mengunakan
jentera moden dan akan dilakukan untuk mengembur secara
merata. Tambahkan baja organik haiwan dan tumbuhan yang
sudah terurai dengan baik pada setiap kawasan penanaman
pokok.
Contoh sejenis baja organik yang sesuai

6.1.7 Penambahan batu kapur halus dan garam pada kawasan


tanaman, supaya tanah dalam keadaan neutral dan berkualiti.
Manakala tanah akan dikorek dengan ukuran 60x60x50 cm
sebagai tempat penanaman benih pokok. Jarak lubang antara
satu dengan yang lainnya pada ukuran 10 meter x 10 meter
supaya mengoptimumkan percambahan dan pengeluaran buah
kelak.
Penyediaan lubang yang sesuai bagi pemindahan benih

7 Pembajaan :

7.1 Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :


Umur Kadar
Peringkat Jenis Baja Masa Aplikasi
pokok(tahun) (kg/pokok/tahun)
0 CIRP 0.2 Semasa menanam
Bahan 5-10
Organik
Vegetatif 1 15 : 15 : 15 0.5 4 kali setahun (terutama
2 atau 1.0 awal musim hujan)
3 15 : 15 : 6 : 2.0 3 kali setahun selepas
4 4 3.0 merumput
5 Bahan 2 - 4 kg
Organik
Pengeluaran 6–7 12:12:17:2 + 6 3 kali setahun seperti
Hasil 8–10 TE 7 berikut: -
11 ke atas atau 8 i) ¼ drpd jumlah 1 - 2 bulan
13:13:20:2 + 5 - 10 kg sebelum
TE berbunga.
Bahan ii) ¼ drpd jumlah pada
Organik peringkat awal
 berputik.
iii) ½ drpd jumlah selepas
pungut hasil.

7.2 Tanah akan di biarkan tanah selama 2 minggu, supaya proses


penguraian baja berlaku dengan sempurna kerana ini sangat
mempengaruhi pertumbuhan dan hasil yang akan diperolehi.Dalam
masa tersebut benih-benih dari variety D197 yang berkualiti akan di
perolehi oleh pihak syarikat dari pada pembekal di sekitar Raub dan
Kuala Lipis.
Contoh benih musang king varieti D197 jenis 3 kaki

7.3 Proses penanaman


7.3.1 Penanaman benih di lakukan pada awal musim hujan.Untuk
memulakan proses penanaman anak pokok akan di lakukan pada
waktu pagi hari jam 6.00 sehingga 9.00, atau pada waktu petang
sekitar jam 4.00 bergantung kepada keadaan cuaca. Penanaman
dalam cuaca panas boleh menyebabkan anak pokok layu dan
mati.
Pemindahan dari polybag benih 4 kaki varieti D197

7.3.2 Memastikan akar tanaman tidak rosak ketika membuka plastik


polybeg supaya tanaman tidak layu/mati.
7.3.3 Setelah proses penanaman pokok selesai, penyiraman dengan air
pada semua kawasan tanaman.
7.3.4 Tahap kelembaban tanah akan dipastikan berada pada tahap
optima. Penutupan kawasan tanaman akan dilakukan dengan
bahan sedia ada seperti daun kering atau jerami. Jerami atau
daun kering akan dibiarkan selama 2 hingga 3 bulan untuk
mengekalkan kelembapan untuk menggalakkan pertumbuhan
akar.
8 Langkah Penjagaan Atau Perawatan:
8.1 Penyiraman air 3 kali dalam seminggu.
8.2 Pembersihan rumput di area lahan tanah secara berkala.
8.3 Pembajaan tambahan dari unsur organik setiap 1 bulan sekali.
8.4 Pemburan kimia anti-virus/hama secara berkala.
8.5 Pengurusan Perosak

8.5.1 Penyakit : Penyakit- penyakit utama bagi durian adalah


seperti berikut :
Penyakit Tanda-tanda Kawalan
1. Kanker batang Lelehan berwarna coklat keluar dari nekrosis dipangkal batang dan Kikis kulit batang
(Phytophthora juga boleh menyerang dahan dan akar. Daun yang diserang yang dijangkiti dan
palmivora) menjadi coklat dan mati sapu dengan
bahan aktif
metalaksil (Ridomil)
atau fosetil
aluminium ( Aliette)
2. Hawar daun Daun yang dijangkiti menjadi perang dan gugur Guna racun kulat
(Rhizoctonia solani) benomyl 0.03% a.i.
3.Cendawan angin Ranting yang dijangkiti dipenohi dengan maicilia merah jambu Guna racun kulat
(Corticum Jangkitan terok daun akan gugur dan ranting akan mati berkuprum seperti
salmonicolor) copper oxychloride
a.i. 0.1%.
4. Kulapok Hitam buah dan boleh mengganggu proses fotosintesis pada daun dan Guna racun kulat
(Meliola sp.) pada buah kelihatan kotor dan tidak menarik maneb @ 0.1 % a.i.
Guna white oil
untuk mengawal
thrips.

8.5.2 Serangga:
Serangga yang biasa menyerang durian adalah seperti
berikut:
Perosak Tanda-tanda Kawalan
1. Mudaria Serangga dewasa bertelur pada buah muda hingga matang. Dimethoate a.i.
Pengorek buah (Mudaria Larva akan memakan isi dan mengorek hingga ke biji sebelum 0.1%
magniplaga) korek keluar untuk menjadi pupa
2. Monogatus Pengorek Menyerang kudup bunga, putik buah dan buah yang sedang Dimethoate a.i.
buah (Monogatus membesar. Ulat ini memakan bahagian kulit sahaja. Kesan 0.1%
punctiferalis) serangan boleh dilihat dengan adanya gumpalan tahi berwarna
perang dicelah-celah duri
3. Teritip Pokok yang diserang menjadi pudar dan akan diselaputi oleh Dimethoate a.i.
(Pectenococus sp.) kulapuk hitam. Daun menjadi kering dan layu dan terus mati. 0.1%

4. Koya (Mealy bugs) Menyerang daun dan bunga tetapi tidak serius. Sembur dengan
white oil pada
bahagian yang
diserang.
5. Kumbang platypus Pokok yang diserang akan kelihatan layu.Di batang pokok akan Bahagian batang
(Platypus capulatus kelihatan lubang-lubang halus yang banyak dan terdapat habuk yang diserang
Chap) yang dikeluarkan dari lubang tersebut. perlu disapu
dengan racun jenis
sistemik seperti
azodrin, rogor dan
tamaron.
6. Pengorek batang Menyerang ranting dahan tetapi tidak serius Suntik dengan
(Batocera gultata dimethoate.
dan Zeuzera coffeae)
8.5.3 Penaburan batu kapur halus dan garam dalam 3 bulan
sekali.
8.5.4 Penggemburan tanah di kawasan tanaman setiap 1 bulan
sekali.

9 Langkah-Langkah Lanjutan:
9.1 Apabila tanaman sudah tumbuh besar, pemangkasan pada
bahagian tanaman yang kurang baik atau layu.
9.2 Pemangkasan:
Pemangkasan yang betul adalah penting bagi menggalakan
pokok durian berbunga awal dan mengeluarkan hasil yang tinggi.
Sistem pemangkasan yang terlibat adalah seperti berikut:-
i) Cantasan bagi membentuk batang utama.
ii) Membentuk cabang seawal yang boleh bagi menggalakkan
penghasilan awal.
iii) Cantasan pengurusan bagi mengekalkan pokok sentiasa subur
dan produktif.
iv) Cantasan untuk mengurangkan ketinggian pada masa dan
keadaan yang sesuai.

9.3 Selepas tanaman sudah mulai mencapai tahap berbunga,


penyerbukan secara manual, dengan cara memakai alat kuas
yang halus, sapukan kuas pada bunga yang sudah mekar secara
teliti jangan sampai merosak bahagian yang lain. Bertujuan
mengawal bunga daripada serangga / haiwan perosak. Sekiranya
penyemburan tidak berjalan dengan lancar sudah pasti buah
yang di hasilkan juga tidak akan secara maksima.
9.4 Setelah tanaman sudah mulai berbuah lakukan pemilihan pada
buah secara berkala, buah yang tidak sihat akan dibuang supaya
tidak menular kepada buah yang lain.
9.5 Sebaiknya buah di minimakan kepada 2 atau 3 biji dalam setiap
rumpun supaya kualiti buah dapat ditingkatkan.
9.6 Jika buah sudah mula besar, tangkainya akan diikat dengan tali
untuk mengelakkan buah rosak ketika jatuh ke tanah. Selain itu
juga, kerja-kerja mengikat tangkai buah durian yang purata
seberat 10 kg itu sebagai langkah keselamatan berserta dapat
memastikan buah tersebut dapat di bertahan walaupun
mencapai berat 10kg serangkai.

10. Ciri-ciri Pertumbuhan Yang Optimum


10.1 Pokok -Pokok durian yang tumbuh dalam keadaan semulajadi
yang boleh mencapai 20 m hingga 45 m. Bagi pokok durian
cantum ketinggian pokok selalunya tidak melebihi 20m. Sebaran
kanopi pokok diantara 10 m –12 m (bergantung pada jenis variasi),
memang untuk jenis buah durian yang tumbuh secara semulajadi
di hutan kebanyakan memiliki ketinggian antara 20 hingga 70
meter.
10.2 Daun-Daun durian adalah ringkas, berselang, susunan daun
berkeadaan bertentangan dan saiz daun berukuran 6 – 22 cm dan
2.5 cm – 8 cm lebar. Di bahagian atas permukaan licin dan
sebelah bawah daun kasar iaitu berwarna perak, kelabu atau
kekuningan. Hujung daun berbentuk dempak tirus dan tulang
daun dibahagian bawah permukaan daun jelas kelihatan.
10.3 Bunga-Bunga durian akan keluar dicelah-celah bekas ketiak daun
pada dahan-dahan yang matang. Satu jambak bunga
mempunyai kira-kira 20 atau lebih bunga. Bunganya berukuran 5 –
7 cm panjang dan berbau seperti Susu masam.
10.4 Buah – Buah durian mempunyai pelbagai bentuk mengikut klon
iaitu bentuk bulat, oval, oblong, ovat dan pyriform. Dari segi warna
pula, kebanyakan buah durian berwarna hijau, perang, hijau
keperangan, dan hijau gangsa mengikut varieti serta diselaputi
oleh duri-duri yang tajam. Akan tetapi bagi durian musang king
variety D197 mempunyai warna sangat kuning, isi tebal bertekstur
halus, rasa lemak manis dan pahit. Jangkamasa buah durian
gugur kira-kira 90 – 130 hari selepas bunga berkembang.

11 Kematangan Dan Mengutip Hasil

11.1 Kematangan:
Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya
mengeluarkan hasil pada tahun ke lima selepas ditanam
walaupun kadangkala ada pokok yang boleh mengeluarkan hasil
pada umur 4 atau 5 tahun selepas menanam. Pokok dari benih
anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 - 10 tahun menanam.
11.2 Hasil:
Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu
dan rendah (10 - 60 buah sepokok) dan boleh meningkat kepada
50 - 100 buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang
menjangkau umur 20 tahun atau lebih boleh mengeluarkan hasil
sehingga 100 - 200 buah sepokok semusim. Walau bagaimanapun
hasil berubah dari tahun ketahun mengikut keadaan cuaca.
11.3 Musim:
Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu
pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada
tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan
Penang. Musim utama ialah dari bulan April hingga Julai
sementara dibahagian selatan ialah pada bulan Jun hingga
September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim
kemarau pada pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh
pada hujung tahun iaitu bulan November hingga Januari.
11.4 Pendebungaan Berbantu:
Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam
di sesuatu kawasan pendebungaan berbantu tidak diperlukan
memandangkan bilangan buah yang keluar adalah tinggi. Jika
sekiranya terdapat di mana pada awal penghasilan hanya
terdapat kekurangan bunga maka pendebungaan berbantu
boleh diamalkan.
11.5 Penuaian:
Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah
jatuh ke tanah bagi mendapat buah yang matang (optimum)
untuk dimakan segar. Buah durian boleh juga dipetik dengan
memotong buah apabila mencapai peringkat matang melalui
beberapa kaedah dan dibiarkan tangkainya jatuh sebelum
digunakan.

12 Penyimpanan Hasil
12.1 Penyimpanan:
Buah durian yang luruh ke tanah apabila sudah masak boleh
disimpan di antara 1 - 4 hari pada suhu ambien (28°C) mengikut
klon. Suhu yang rendah (5 - 10°C) boleh memanjangkan tempoh
penyimpanan ke 2 - 4 minggu. Buah durian yang hampir matang
sepenuhnya hendaklah disimpan pada suhu yang lebih tinggi
(15°C) bagi mengelakkan kesan sejukbeku. Pada suhu ambien
buah-buah ini boleh disimpan di antara 1 - 2 minggu terpulang
kepada peringkat kematangan semasa memotong.

13 Nilai Ekonomi
13.1 Pengiraan kadar keuntungan dapat diringkaskan melalui
perjumlahan kadar seperti berikut:
13.2 Jumlah kos pengeluaran sehektar bagi 20 tahun (dengan D197
sebagai klon utama) ialah RM 90,000.00.
Kos keseluruhan bagi 20 hektar adalah RM90, 000-00 x 20hektar =
RM1, 800,000-00
13.3 Berdasarkan kepada harga di ladang bagi D197 musang king
sebanyak RM30.00/kg
· NPV (Nilai Kini Bersih) ialah RM240, 000.00
· IRR (Kadar Pulangan Modal) ialah 60% dan
· B/C (Nisbah Faedah Kos) pada 10% ialah 7.3
13.4 Jika mengikut kiraan pada awal mula berbuah
Purata tahun ke-6- tahun sehingga tahun ke -10
30 biji x 2,000 pokok x 1.2 kilo= 72,000 kg semusim

Purata tahun ke-11 sehingga tahun ke-20


70 biji x 2,000 pokok x 1.2 kilo = 168,000 kg semusim

Purata pendapatan bergantung kepada nilai harga semasa


beserta kaedah jualan; jika harga jualan di ladang nilainya 40%
kurang dari harga pasaran di gerai-gerai, manakala jika di
pasarkan untuk pasaran eksport nilainya 30% lebih tinggi dari harga
pasaran tempatan.

Beberapa contoh pemasaran secara bungkusan Durian Musang King

Anda mungkin juga menyukai