Anda di halaman 1dari 61

KERTAS CADANGAN

RANCANGAN PERNIAGAAN
PROJEK PENGHASILAN
GAHARU DARI LADANG
POKOK KARAS
DI EMPANGAN JUS JASIN,
MELAKA

DIMENSI POPULAR SDN BHD (319154-P)


No1. Jalan Suria Puchong 2, Pusat Perdagangan Suria, Petaling 47110 Puchong, Selangor
Phone : +603 xxxxxxxxxxx email : xxxxxxxxxxx@gmail.com
HAK CIPTA TERPELIHARA
DIMILIKI OLEH DIMENSI POPULAR SDN BHD

Tiada mana-mana bahagian jua daripada kertas cadangan ini boleh


diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh
diperolehi atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara
sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin daripada pihak kami.

01 Dimensi Popular Sdn Bhd


KANDUNGAN

KANDUNGAN …………………………………………………………………. 02
1. PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan …………………………………………………… 04
1.2 Tujuan Kertas Rancangan Perniagaan ……………. 05

2. PENGENALAN PROJEK
2.1 Pokok Karas …………………………………………………… 06
2.2 Pembentukan Gaharu ………………………….……….. 07
2.3 Mengenai Projek ………………………………… 08

3. JALINAN KERJASAMA
3.1 Pemilik Ladang …………………………………………….. 09
3.2 Konsultant …………………………………………………… 15

4. PROFIL PEMOHON
4.1 Mengenai Syarikat ……………………………………….. 17
4.2 Halatuju Syarikat …………………………………………. 18
4.3 Maklumat Pemilik & Pengarah Syarikat ………… 19

5. ASPEK PENGURUSAN
5.1 Organisasi Pengurusan Projek ………………………. 22
5.2 Huraian Tugasan ………………………………………….. 23

6. ASPEK OPERASI
6.1 Carta Aliran Proses ……………………………………… 24
6.2 Fasiliti & Proses Diperlukan …………………………… 25
02 Dimensi Popular Sdn Bhd
KANDUNGAN
6.3 Pembekal / Kontraktor Inokulasi ………………….. 28
6.4 Kontraktor Pagar Dan Bangunan …………………… 29
6.5 Pelan Pelaksanaan ……………………………………….. 30

7. ASPEK PEMASARAN
7.1 Produk ………………………………………………………….. 32
7.2 Kumpulan Sasaran Dan Saiznya …………………….. 33
7.3 Ramalan / Unjuran Pengeluaran ……………………. 34
7.4 Strategi Pemasaran ………………………………………. 35
7.5 Potensi Pelanggan / Pembeli ………………………… 38

8. ASPEK KEWANGAN
8.1 Margin Kasar Perniagaan ………………………………. 39
8.2 Kos / Perbelanjaan ………………………………………. 41
8.3 Pinjaman Dan Bayaran Balik ………………………… 44
8.4 Unjuran Aliran Tunai Dan P&L ……………………… 45

9. KESIMPULAN
9.1 Kesimpulan Projek ……………………………………….. 48

9.2 Untuk Dihubungi ………………………………………….. 49

LAMPIRAN ……………………………………………………………………… 50

03 Dimensi Popular Sdn Bhd


PENDAHULUAN
V E R S AT I L • U S A H A • B E R K UA L I T I
1.1 PENGENALAN
DIMENSI POPULAR SDN BHD (“DPSB”) telah diperbadankan
dengan di awal perniagaan memberikan fokas sepenuhnya kepada
perusahaan pembangunan kitar semula sebagai aktiviti perniagaan
utama. Setelah beberapa tahun beroperasi, DPSB kini
mengembangkan usaha perniagaannya dengan terlibat di dalam
bidang agro-business khususnya di sektor penghasilan Gaharu.

Di dalam sektor Gaharu ini, DPSB menyediakan khidmat penanaman


pokok karas dan penyelenggaraan penuh sehingga tempoh matang,
membekalkan khidmat inokulasi serta inokulan, membantu dalam
mengkomersialkan pokok karas dan proses Gaharu serta menerima
apa jua bentuk kerjasama dalam menjayakan penghasilan Gaharu
dalam memperoleh pulangan bersama secara optimum. DPSB turut
bekerjasama rapat dengan beberapa agensi kerajaan bagi
memastikan setiap hasil keluaran adalah menepati kehendak piawai
atau standard yang diperlukan di pasaran.

Di awal penglibatan, DPSB telah membentuk usahasama dengan


pemilik ladang pokok Karas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti bagi
mendapatkan Gaharu dari pokok Karas yang telah berusia hampir
11 tahun ditanam dan merupakan suatu tempoh matang lagi sesuai
bagi menjalankan aktiviti ekstrak Gaharu. Melalui usahasama yang
dijalin ini, adalah diharapkan DPSB akan dapat menjadi antara
syarikat yang berdaya maju di dalam penghasilan Gaharu nanti,
InshaALLAH.

04 Dimensi Popular Sdn Bhd


1.2 T U J U A N K E R TA S R A N C A N G A N P E R N I A G A A N

Kertas Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk kegunaan dan


rujukan pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (“PUNB”)
terhadap pemohonan pinjaman kewangan yang dikemukakan oleh
DPSB bagi projek memperkasakan pokok Karas bagi mendapatkan
nilai komersialnya iaitu Gaharu yang mempunyai potensi pasaran
yang luas pada hari ini.

Melalui kertas cadangan ini, pembentangan rancangan perniagaan


DPSB akan dijelaskan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran,
perkhidmatan dan juga kewangan. Ini akan dapat memberikan
gambaran yang lebih dekat dan pada masa yang sama pihak PUNB
dapat menilai potensi projek yang akan dilaksanakan nanti.

Dengan kertas cadangan ini juga, DPSB ingin mengemukakan


permohonan pembiayaan pinjaman sebanyak RM 3,000,000 dengan
tempoh pembayaran balik adalah selama 8 tahun. Tujuan
peruntukkan pembiayaan pinjaman ini adalah untuk membiayai kos
inokulasi dan beberapa keperluan asas yang lain di dalam projek ini.

05 Dimensi Popular Sdn Bhd


PENGENALAN PROJEK
V E R S AT I L • U S A H A • B E R K UA L I T I
2.1 P O KO K K A R A S

Pokok Karas tergolong di bawah genera Aquilaria dalam famili


Thymelaeaceae. Dari segi fisiologi, pokok ini boleh tumbuh
sehingga 6m-20m tinggi. Daunnya berselang-seli, mempunyai garis
tepi yang penuh serta hujung daun yang pendek dan menirus.
Kebiasaannya saiz daun adalah 6cm-8cm panjang dan 3cm-3.5cm
lebar. Bunga pokok Karas berwarna hijau kuning dan dihasilkan
dalam kudupnya manakala buahnya adalah sebiji kapsul berkayu
sepanjang 2.5cm-3cm. Pokok Karas hidup di hutan semula jadi dan
mengeluarkan Gaharu pada usia 20-45 tahun bergantung kepada
ketahanan pokok dan tindakbalas terhadap kecederaan pokok.
Pokok Karas merupakan salah satu spesies di bawah CITES iaitu
spesies yang terancam. Di Malaysia, terdapat 11 spesies yang
dilaporkan mampu mengeluarkan Gaharu. Di Semenanjung
Malaysia terdapat 5 spesies iaitu Aquilaria malaccensis, Aquilaria
hirta, Aquilaria beccariana, Aquilaria rostrata dan Aquilaria
microcarpa yang didapati tumbuh di kawasan tanah pamah hingga
ke kawasan berketinggian 750m dari aras muka laut.

06 Dimensi Popular Sdn Bhd


2.2 PEMBENTUKAN GAHARU

Pokok karas menghasilkan kayu teras yang beresin yang dinamakan


Gaharu. Secara semula jadi, Gaharu terbentuk akibat daripada
tindak balas pokok karas ke atas serangan bakteria terhadap luka,
retakan atau jangkitan penyakit. Pokok yang diserang
merembeskan sejenis resin bagi melindungi bahagian pokok yang
cedera sama ada pada akar, batang, dahan dan sebagainya di mana
resin ini lama kelamaan akan keras. Resin ini mengandungi bahan
sari yang wangi dikenali sebagai Gaharu. Gaharu yang
diusahasilkan secara tebang terus, bergantung kepada resin yang
ada pada pokok Karas tersebut. Jika peratusan resin itu banyak dan
mempunyai teras, pokok itu akan ditebang dan jika peratusan resin
itu sedikit maka pokok tersebut akan ditakik di tempat resin yang
ada sahaja. Biasanya pokok Karas yang mempunyai teras Gaharu
akan diproses untuk dijadikan kepingan Gaharu, jika pokok itu
ditakik maka kepingan itu akan diproses untuk dijadikan minyak.
Kayu Karas yang mempunyai peratusan resin Gaharu kurang dari
20% akan diproses untuk dijadikan minyak. Oleh yang demikian
terdapat 2 jenis pemprosesan Gaharu iaitu untuk dijadikan
kepingan Gaharu dan dijadikan minyak.

07 Dimensi Popular Sdn Bhd


2.3 MENGENAI PROJEK

Di dalam projek penghasilan Gaharu ini, DPSB menjalin usahasama


dengan pemilik ladang untuk mengekstrak Gaharu dari pokok Karas
yang telahpun mencapai usia matang di ladang milik mereka.
Usahasama ini meliputi keseluruhan pokok Karas yang terdapat di
ladang seluas 50 hektar dan mengandungi lebih kurang 50,000
batang pokok Karas. Namun begitu, DPSB hanya memilih
sebanyak 21,000 pokok untuk dilaksanakan dibawah projek kali
ini yang memerlukan pinjaman kewangan dari pihak PUNB. Untuk
memastikan hasil Gaharu yang optimum diperolehi dari usaha
projek ini, DPSB menjalin dengan beberapa agensi kerajaan yang
memiliki pengetahuan dan pengalaman luas dalam industri Gaharu
untuk menjadi konsultan projek. Projek ini juga telahpun
mempunyai pembeli atau ready buyer yang akan membeli Gaharu
ini nanti. Dengan kata lain, secara keseluruhan model pelaksanaan
projek penghasilan Gaharu ini adalah seperti berikut :-

UPM MTIB
OUD AGARWOOD ENTERPRISE
Kontraktor Teknologi Inokulasi

Konsultan Teknikal Konsultan Kualiti


proses Inokulasi Pokok
Ladang Pokok Karas

DIMENSI POPULAR SDN BHD

MALACENSIS SDN BHD


Pemilik Tanah / Pokok

08 Dimensi Popular Sdn Bhd


JALINAN KERJASAMA
V E R S AT I L • U S A H A • B E R K UA L I T I
3.1 PEMILIK LADANG

DPSB telah menjalin usahasama dengan MALACENSIS SDN BHD


(‘MSB’) melalui Perjanjian Persefahaman (MOU) yang telah
ditandatangani bersama. Dengan MOU ini, kedua-dua pihak
bersetuju bahawa segala urusan di atas nama projek ini akan
menggunakan atas nama DPSB bagi semua kelulusan, permit dan
lesen yang diperlukan. Melalui MOU ini, DPSB bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keseluruhuan projek dengan diberi
kebenaran mengakses memasuki ladang bagi menjalankan aktiviti
mengeluar, mengekstrak dan menghasilkan Gaharu. Dengan kata
lain, MSB hanya menyediakan ladang yang mengandungi pokok
Karas yang telapun mencapai usia matang untuk diekstrak dan DPSB
akan menjalankan kerja-kerja mengekstrak Gaharu dengan segala
kos bagi kerja-kerja ini adalah di bawah DPSB sepenuhnya.

Usahasama Kontrak MOU sepertimana LAMPIRAN 1


Pemilik Malacensis Sdn Bhd
Bentuk Perjanjian Perkongsian keuntungan 70%:30%
Tempoh Perjanjian xxxxxxxxx
Keluasan Ladang 50 hektar
Lokasi Empangan Jus Jasin Melaka
Umur Pokok Karas 11 tahun
Bilangan Pokok Karas 50,000 batang
Jenis Pokok Karas Aquilaria Malaccensis
Penilaian Pokok Karas RM xxxxxxx

09 Dimensi Popular Sdn Bhd


016 6839078

016 6839078 Lokasi Ladang Karas di Empangan Jus, Jasin, Melaka

10 Dimensi Popular Sdn Bhd


Photo-photo Ladang Karas di Empangan Jus, Jasin, Melaka

11 Dimensi Popular Sdn Bhd


Lawatan Kerja oleh YB Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komoditi ke ladang pada 15 Julai 2020
12 Dimensi Popular Sdn Bhd
Land Title

13 Dimensi Popular Sdn Bhd


Sijil Pendaftaran Pokok Karas di bawah MTIB

14 Dimensi Popular Sdn Bhd


3.2 K O N S U LTA N T

Di dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek ini tanpa


berhadapan dengan masalah-masalah teknikal, DPSB telah melantik
dan menjalin kerjasama dengan dua agensi iaitu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Usahasama Kontrak MOU sepertimana LAMPIRAN 2


Memberikan sokongan dan khidmat
nasihat, pemantauan berkala dan
Peranan
menyelia proses inokulasi pokok Karas
sebelum dan selepas proses dijalankan.
Tempoh Perjanjian xxxxxxxxx

Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Alias


Individu
Ketua Jabatan
Bertanggungjawab
Jabatan Sains Perhutanan dan
Kepelbagaian Biologi
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

Kepakaran
Pemulihan Ekosistem, Perladangan
Hutan dan Silvikultur Hutan

15 Dimensi Popular Sdn Bhd


LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

Usahasama Kontrak MOU sepertimana LAMPIRAN 3


Memberi khidmat nasihat dan tenaga
teknikal dalam :-
Peranan a. menentukan pokok Karas yang
bersesuaian dan berkualiti;
b. hal lesen, permit dan eksport.
Tempoh Perjanjian xxxxxxxxx

Mohd Zamakhsyary Mustapa

Penolong Pengarah Kanan


Jabatan Perladangan Hutan
Individu
Bertanggungjawab
Kepakaran dalam Karas dab Buluh
 Terlibat secara aktif dalam Seminar
/Bengkel/Kursus Berkaitan Gaharu
sebagai Penceramah
 Penganjuran lebih daripada 100
Seminar / Bengkel / Kursus Gaharu
yang berkaitan
 Terlibat secara aktif sebagai
Penasihat Teknikal Gaharu

16 Dimensi Popular Sdn Bhd


PROFIL PEMOHON
V E R S AT I L • U S A H A • B E R K UA L I T I
4.1 M E N G E N A I S YA R I K AT

a) Maklumat Syarikat

DPSB merupakan sebuah syarikat milikan 100% Bumiputera


dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan. DPSB kini
sedang berusaha memperluaskan perniagaan yang ada dan
bergerak ke perusahaan industri Gaharu.

Nama Didaftarkan DIMENSI POPULAR SDN BHD

No Pendaftaran SSM 319154-P

Tarikh Diperbadankan XXXXXXXXXXXXXXXX


No1. Jalan Suria Puchong 2,
Alamat Pusat Perdagangan Suria,
Petaling,47110 Puchong, S’gor
1. Pembangunan Kitar
Bentuk Perniagaan Semula
2. Perusahaan Gaharu
1. Nor Roziana Bt Ismail
(45%)
Pemilik & Pengarah 2. Shahira Kartini Bt Mohd
Sharif (45%)
3. Natasya Bt Md Hafiz (10%)

Modal Berbayar RM xxxxxxxxxxxxxx

Modal Dibenarkan RM xxxxxxxxxxxxxxx

HP : XXXXXXXXXXX
Hubungi
email :

17 Dimensi Popular Sdn Bhd


4.2 H A L AT U J U S YA R I K AT

MOTTO KAMI
“ VERSATIL • USAHA • BERKUALITI ”

VISI KAMI
Untuk menjadi syarikat yang dikenali di dalam negara untuk
industri Gaharu dan pembanguan kitar semula

MISI KAMI
 Membangunkan sebuah perniagaan yang mampan dan
mantap sebagai organisasi bumiputera yang berjaya;
 Membina gaya kerja yang berkualiti dan membentuk inovasi
dalam perniagaan untuk bersaing di pasaran;
 Mengusahakan perniagaan yang memberi perlindungan
alam sekitar dalam membina kehidupan yang selamat lagi
sihat.

18 Dimensi Popular Sdn Bhd


4.3 M A K L U M AT P E M I L I K & P E N G A R A H S YA R I K AT

PEMILIK &PENGARAH SYARIKAT

Nama : NOR ROZIANA BT ISMAIL

Kad Pengenalan : 790811-08-6274

Tarikh Lahir : 11 Ogos 1979

Umur : 41 Tahun
Blok CBb-T01-U06, Fasa 4C, Presint
Alamat Tetap : 8, Putrajaya W.P

Telefon :

Kelulusan Akademik :

Pengalaman :

19 Dimensi Popular Sdn Bhd


PEMILIK &PENGARAH SYARIKAT

Nama : SHAHIRA KARTINI BINTI MOHD SHARIF


Kad Pengenalan : 840628-0505042
Tarikh Lahir : 28 Jun 1984
Umur : 36 Tahun
No.27, Jalan D'Alpinia 9, Urbana D'Alpinia, 47120
Alamat Tetap : Puchong, Selangor.

Telefon : 016 218 1504


2005
Diploma in Business Studies, UiTM, Melaka
Kelulusan Akademik : 2008
Bachelor in Business Admin (Hons.)
Major in International Business, UiTM, Shah Alam
2011
Managing Partner
Strategic Outsource Corp. Sdn. Bhd.
Pengalaman : 2008
Marketing Executive;
L’Oreal (M) Sdn. Bhd.

20 Dimensi Popular Sdn Bhd


PEMILIK &PENGARAH SYARIKAT

Nama : NATASYA BT MD HAFIZ


Kad Pengenalan : 840814-01-5028
Tarikh Lahir : 14 Ogos 1984
Umur : 36 Tahun
29, Jalan MR 1, Maple Residence, 63000
Alamat Tetap : Cyberjaya, Selangor

Telefon : 012 882 1633


Kelulusan Akademik :
2019 - Date
: Coordinator/Scheduler, Project Innovation
Associates Consulting Sdn Bhd
2016 - 2018
Head of Unit, Channel Management
Prestariang Systems Sdn Bhd
Pengalaman 2012 - 2016
Operations Executive
Prometric Technology Sdn Bhd
2009 - 2012
Project Executive
Prestariang Systems Berhad

21 Dimensi Popular Sdn Bhd


ASPEK PENGURUSAN
V E R S AT I L • U S A H A • B E R K UA L I T I
5.1 ORGANISASI PENGURUSAN PROJEK

PENGURUSAN DPSB

Konsultan Projek
 MTIB
 UPM

PENGURUS
PROJEK

UNIT ADMIN UNIT LADANG

GUARD HOUSE

Jabatan Bilangan Kos Overhead


Pengurus 1 RM5,000
Unit Admin 1 RM 2,000
Unit Ladang 2 RM 4,000 (RM 2,000 x 2 orang)
Pengawal Keselamatan 4 RM 8,000 (RM 2,000 x 4 orang)
JUMLAH 8 RM 19,000 sebulan

22 Dimensi Popular Sdn Bhd


5.2 HURAIAN TUGASAN

Bertanggungjawab kepada perjalanan


keseluruhan projek yang bermula dari
Pengurus
kerja-kerja merancang, melaksana,
memproses dan pemasaran.
Menjadi unit kerja-kerja sokongan
termasak hal-hal logistik, kerja-kerja
Unit Admin
pengkeranian dan menyelia hal-hal
berkaitan dengan kontrak projek.
Bertanggungjawab terhadap segala
keperluan kerja dan aktiviti yang
Unit Ladang
dijalankan di ladang dan kerja-kerja
pemantau berkala.
Menjaga keselematan dan kawalan ladang
24jam sehari untuk mengelak dari
Pengawal Keselamatan
sebarang insiden dicerobohi atau berlaku
kecurian .

23 Dimensi Popular Sdn Bhd


ASPEK OPERASI
V E R S AT I L • U S A H A • B E R K UA L I T I
6.1 C A R TA A L I R A N P R O S E S

Projek ini akan meliputi proses kerja seperti berikut :-

Menjalankan proses suntikan atau Inokulasi


untuk 8,000 pokok yang telah matang usianya

Tempoh bertenang 2 tahun selepas proses


Pusingan 1 inokulasi

Selepas 2 tahun, proses ekstrak bermula dan


pokok ditebang sehingga ke paras 1 meter

Tempoh bertenang 2 tahun dan membiarkan


pokok untuk pertumbuhan semula

Proses Inokulasi sekali lagi dibuat untuk pusingan


ke dua
Pusingan 2

Tempoh bertenang 2 tahun selepas proses


inokulasi

Selepas 2 tahun, proses ekstrak bermula dan


pokok ditebang dan dicabut terus hingga ke akar.

24 Dimensi Popular Sdn Bhd


6.2 FA S I L I T I & P R O S E S D I P E R LU K A N

a) Proses Inokukasi

DPSB perlu menjalankan proses Inokulasi yang merupakan


proses awal yang perlu dijalankan bagi mendapatkan teras dan
mempercepatkan proses penghasilan Gaharu. Kaedah Inokulasi
ini adalah merupakan suntikan sejenis cecair kimia atau
inokulan untuk merangsang penghasilan Gaharu setelah pokok
Karas mencapai usia matangnya iaitu melebihi lima (5) tahun
atau mempunyai diameter batang 10-15cm. Menggunakan
kaedah ini, setiap batang pokok akan ditebuk lubang bersaiz
1cm-2cm diameter dengan kedalaman 10cm-12cm dengan
jarak 20cm antara satu sama lain. Lubang perlu ditebuk secara
45° dari atas ke bawah bagi mengelakkan inokulan keluar.
Selepas dimasukkan inokulan, lubang tersebut akan ditutup
dengan menggunakan tanah atau plastisin. Gaharu biasanya
terhasil dalam tempoh masa dua (2) tahun selepas inokulasi.
Namun, semakin lama melambatkan waktu tuaian gaharu
dibuat, semakin berkualiti gaharu yang dihasilkan.

25 Dimensi Popular Sdn Bhd


Carta Aliran Proses Inokukasi

Membuat lubang pada batang pokok


(pada umur lima (5) tahun ke atas atau
diameter batang 8cm - 10 cm)
Pokok Karas

Masukkan vaksin/kulat dan


tutup dengan menggunakan Lubang pada batang pokok dicucuk
tanah/plastisin dengan paip PVC bagi mengelak
lubang daripada bercantum).

Gaharu yang terbentuk


26 Dimensi Popular Sdn Bhd
b) Keselamatan Ladang

Disebabkan pokok karas boleh menghasilkan Gaharu yang


mempunyai nilai komersial yang tinggi, maka pokok-pokok yang
telah melalui proses inokulasi harus diselia sepanjang masa
untuk mengelak kawasan diceroboh oleh bintang liar dan pada
masa yang sama mengelak dari insiden-insiden tidak diingini
berlaku seperti ditebang atau dicuri dan sebagainya. Justeru itu,
pembinaan pagar di kawasan ladang dan pembinaan pondok
atau rumah pengawal perlu didirikan bagi memberi pengawalan
rapi terhadap kawasan yang terbabit.

Menggunakan Pagar BRC


8m

Bilik
36” x 80” pintu

Stor

6m
Tandas

Konsep Rekabentuk rumah Pengawal


27 Dimensi Popular Sdn Bhd
6.3 P E MB E K A L / KO N T R A K TO R IN O KU LA S I

Bagi kerja-kerja Inokulasi ini, DPSB telah melantik kontraktor OUD


Agarwood Enterprise yang memiliki pengalaman luas untuk
menjalankan kerja-kerja inokulasi bagi 21,000 batang pokok Karas.
OUD Agarwood Enterprise merupakan syarikat milikan bumiputera
sepenuhnya yang terlibat secara khusus dalam industri Gaharu
dengan hampir 15 tahun pengalaman dan menyediakan khidmat
teknologi inokulasi, menghasilkan produk berasaskan Gaharu dan
penanaman pokok Gaharu.

OUD AGARWOOD ENTERPRISE


PT 785, taman Murni 2, Kg Kok Pasir Panji,
16100 Kota Bharu, Kelantan

Usahasama Kontrak MOU sepertimana LAMPIRAN 4


Kos Kerja RM 400 untuk satu pokok
Skop Kerja Kerja-kerja inokulasi dan pemantauan
Minima 200 lubang dan dianggar 6ml
inokulam bagi setiap lubang untuk setiap
pokok
Kerja-kerja pemantauan untuk setiap 3
Terma
bulan sepanjang 2 tahun
Sebarang pokok mati setelah proses
inokulasi akan diganti untuk proses
inokulasi ke pokok lain secara percuma

28 Dimensi Popular Sdn Bhd


6.4 KO N T R A K T O R PA G A R D A N B A N G U N A N

29 Dimensi Popular Sdn Bhd


6.5 PELAN PELAKSANAAN

Tempoh Projek : 112 Bulan atau 9 Tahun 4 bulan

Strategi : Dijalankan kepada 2 blok atas tujuan untuk


Pelaksanaan menampung kos projek dimana hasil yang
diperolehi dari blok pertama, akan
membolehkan blok kedua digerak dan
dilaksanakan.

Blok Pertama : 1st Round


untuk 5,000  Bulan pertama hingga bulan ke lima
pokok untuk proses Inokulasi
 Proses penuaian bermula pada bulan ke
25 selama 5 bulan
2nd Round
 Bulan ke 49 bermula Inokulasi kali ke 2
selama 5 bulan
 Proses penuaian kali ke 2 bermula pada
bulan ke 73 selama 5 bulan

Blok Kedua untuk : 1st Round


16,000 pokok  Inokulasi pertama bermula pada bulan
25 untuk selama 16 bulan
 Proses penuaian bermula pada bulan ke
49 selama 16 bulan
2nd Round
 Bulan ke 73 bermula Inokulasi kali ke 2
selama 16 bulan
 Proses penuaian kali ke 2 bermula pada
bulan ke 97 selama 16 bulan
30 Dimensi Popular Sdn Bhd
Secara ringkasnya, jadual garis masa bagi pelaksanaan projek
mengekstrak Gaharu dari 21,000 pokok kayu Karas adalah seperti
berikut :-

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5

1st Round Inokulasi untuk blok pertama

1st Round penuaian untuk blok pertama

Bermula blok kedua


dengan Inokulasi 1st Round

2nd Round Inokulasi untuk blok pertama

Tahun 6 Tahun 7 Tahun 8 Tahun 9 Tahun 10

1st Round penuaian untuk blok kedua

2nd Round penuaian untuk blok pertama

2nd Round Inokulasi untuk blok kedua

2nd Round penuaian untuk blok


kedua

31 Dimensi Popular Sdn Bhd


ASPEK PEMASARAN
V E R S AT I L • U S A H A • B E R K UA L I T I
7.1 PRODUK

Pokok Karas akan ditebang setelah mencapai usia matang setelah


melalui proses Inokulasi untuk mendapatkan Gaharu yang berbentuk
kayu teras dan kayu minyak dari setiap pokok yang ditebang. PokoK
ini akan dipasarkan terus dari ladang dalam bentuk batang pokok
yang mengadungi Gaharu tersebut kepada pengilang untuk diproses
samada dijadikan serpihan (chips) gaharu teras atau minyak atau
diproses menjadi produk-produk Gaharu seperti minyak wangian,
kopi, teh dan lain-lain lagi.

Pokok Karas yang Proses Penuaian dan


mengandungi Gaharu dijadikan blok kayu batang

Batang pokok Karas yang sedia dipasarkan

32 Dimensi Popular Sdn Bhd


7.2 K U M P U L A N S A S A R A N D A N S A I Z N YA

Kumpulan Sasaran
DPSB mensasarkan hasil penuaian pokok Karas akan dipasarkan
terus ke pengusaha-pengusaha Gaharu tempatan khususnya
mereka yang berdaftar dengan MITB. Kumpulan ini sentiasa
berhadapan dengan kekurangan bekalan dan amat memerlukannya
bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan komersial dalam
menghasilkan produk-produk asas Gaharu.

Saiz Kumpulan Sasaran


Sehingga hari ini pengusaha Gaharu tempatan yang berdaftar di
bawah MITB adalah seperti berikut :-
No Kategori Bilangan
1. Pengeksport & Pengimport 13 syarikat
2. Pengilang 22 syarikat
3. Pengusaha produk 50 syarikat
Harian Metro pada Ahad, 21 Jun 2020

Saiz Pasaran
2019

2,398ha dengan 2.3


2014 juta pokok Karas

2007 1,119ha dengan 1.6


juta pokok Karas
232.8ha dengan 0.3
*Jurnal , Ismail Muhammad Fakulti Perhutanan, UPM
juta pokok Karas
Statistik ini jelas menunjukkan bahawa keperluan gaharu sentiasa
meningkat dari tahun ke tahun sehingga ia tidak dapat
memenuhi permintaan di pasaran eskport dan domestik.

33 Dimensi Popular Sdn Bhd


7.3 RAMALAN / UNJURAN PENGELUARAN
Melalui projek ini, setiap 21,000 pokok Karas akan menghasilkan
Gaharu dalam 2 pusingan sebelum ianya ditebang sepenuhnya dan
melalui proses penanaman semula. Setiap pokok Karas ini akan
menghasilkan Gaharu seperti berikut :-
Pusingan Pertama 1kg / pokok
Kayu Teras
Pusingan Kedua 0.5 kg / pokok
Pusingan Pertama 30kg / pokok
Kayu Minyak
Pusingan Kedua 30 kg pokok

Berdasarkan jadual ini, unjuran keseluruhan Gaharu yang diperolehi


dari projek ini adalah seperti berikut :-

Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun


01 02 03 04 05
Kayu Teras - - 5,000 12,000
Kayu Minyak 150,000 - 360,000

Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun


06 07 08 09 10
Kayu Teras 4,000 2,500 - 6,000 4,000
Kayu Minyak 120,000 150,000 - 360,000 120,000

Jumlah

Kayu Teras 31,500


Kayu Minyak 1,260,000 Unit angka : ‘kg’

Secara keseluruhannya, hasil Gaharu akan mula diperolehi pada


tahun ke 3 dan berterusan untuk tempoh 112 bulan dengan
jumlah keseluruhan hasil diperolehi adalah sebanyak 31,500kg
untuk kayu Teras dan 1,260,000kg bagi kayu minyak.

34 Dimensi Popular Sdn Bhd


7.4 S T R AT E G I P E M A S A R A N

Menggunakan SWOT Analisis untuk beberapa perkara asas dapat


dikenali terlebih dahulu sebelum membentuk strategi pemasaran.

KEKUATAN (STRENGTH)
 memdapat sokongan dan kerjasama dengan pihak-pihak
berkepakaran untuk menjayakan projek ini.
 Menjayakan industri gaharu yang dianggap ‘emas hitam’ hutan
tropika yang boleh memberi hasil serba guna.

KELEMAHAN (WEAKNESS)
 perlu membuat pelaburan yang tinggi dan ini telah memaksa
untuk mendapatkan pinjaman modal / capital.
 terpaksa menunggu dan mengambil masa untuk memperoleh
hasil pulangan atau ROI dari pelaburan dibuat.

PELUANG (OPPORTUNITY)
 kurang persaingan walaupun mempunyai permintaan yang
tinggi di pasaran;
 berbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk mengalak
penglibatan usahawan dalam industri Gaharu.

ANCAMAN (THREAT)
 Persaingan harga kerana berlaku penjualan hasil dari pencari
Gaharu haram yang menjual di bawah harga pasaran.
 Berhadapan harga yang tidak menentu kerana ada pihak
membuat urusniaga tanpa mengikut kualiti atau gred sebenar.
35 Dimensi Popular Sdn Bhd
Dari SWOT analisa ini, antara strategi-strategi pemasaran yang akan
diberi perhatian oleh DPSB adalah seperti berikut :-

a) Aspek Produk
Menghasilkan Gaharu yang berkualiti tinggi yang dapat
bersaing dan mengikut spefikasi pembeli . Untuk itu, DPSB
 menjalinan kerjasama dan melantik tenaga berkepakaran
iaitu MITB dan UPM untuk kerja-kerja teknikal;
 memastikan teknik inokulasi yang bersesuaian dari aspek
kaedah suntikan, material inokulan dan penggunaan dos
mengikut saiz pokok;

b) Aspek Harga
Penjualan Gaharu mengikut harga dan sistem penggredan yang
diperakui di pasaran dengan menggunakan sistem penggredan
yang dikeluarkan oleh MITB.

c) Aspek Promosi
Usaha untuk memperkenalkan kerja-kerja inokulasi, penyeliaan
dan proses-proses penyelenggaraan yang dilakukan oleh DPSB
melalui :-
 bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM)
dengan menjadikan ladang DPSB sebagai antara lokasi
penyelidikkan mahasiswa mahupun atas tujuan Research &
Development (R&D) yang sekali gus akan dapat membantu
perusahaan dikenali di pasaran;

36 Dimensi Popular Sdn Bhd


 bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk menjalankan
krusus, bengkel atau seminar dengan menjadikan
perusahaan yang dijalankan DPSB sebagai rujukan. Ini
secara tidak langsung akan dapat memperkenal serta
mempromosikan perusahaan Gaharu yang dijalankan;
 mengambil bahagian dalam Pameran Pertanian, Hortikultur
dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) untuk dijadikan
jambatan orang ramai mengenali perusahaan DPSB.

d) Aspek Polisi dan Perundangan


DPSB akan memenuhi dan mematuhi perundangan yang
ditetapkan untuk setiap proses yang dijalankan termasuk
berdaftar dengan pihak MITB dan agensi-agensi kerajaan yang
lain. Dengan pematuhan ini, ia sekali gus akan memberi impak
dan menambah nilai keyakinan kepada orang ramai terhadap
Gaharu dihasilkan adalah mengikut proses-proses yang
ditetapkan serta memenuhi peraturan di bawah AKTA 686.

e) Aspek Pelanggan / Pembeli


Membentuk kaedah penjualan terpilih dimana pembeli akan
menandatangani kontrak pembelian di awal projek dalam
memberi jaminan pembelian hasil sebelum proses Inokulasi.
Kaedah ini akan dapat mengurangkan usaha saingan dan pada
masa yang sama pembeli akan dapat menikmati harga yang
lebih efektif sebagai imbalan kepada komitment awalan yang
diberikan oleh mereka untuk membeli hasil Gaharu tersebut .

37 Dimensi Popular Sdn Bhd


7.5 POTENSI PELANGGAN / PEMBELI

Usahasama Kontrak MOU sepertimana LAMPIRAN 5


Pemilik xxxxxxxxxxxxxxxxx
Bentuk Perjanjian Perkongsian keuntungan 70%:30%
Tempoh Perjanjian xxxxxxxxx
Harga Kayu Teras RM 1,500 / kg
Harga Kayu Minyak RM 10 / kg

38 Dimensi Popular Sdn Bhd


A S P E K K E WA N G A N
V E R S AT I L • U S A H A • B E R K UA L I T I
8.1 MARGIN KASAR PERNIAGAAN

PERBELANJAAN

Kos per pokok


Item Item
(RM)

Kos Inokulasi 400.00

Pusingan 1 Kos Tebang Pokok 50.00

Kos Pembersihan 150.00

Kos Inokulasi 400.00

Pusingan 2 Kos Tebang Pokok 50.00

Kos Pembersihan 200.00

Jumlah Perbelanjaan bagi setiap pokok (A) 1,250.00

Jumlah Perbelanjaan bagi 21,000 pokok (B) 26,250,000.00

PENDAPATAN

a) Hasil Gaharu

Hasil Gaharu diperolehi selepas 2 tahun proses Inokulasi bagi


setiap pokok adalah seperti berikut :-

Kayu Teras 1 kg
Pusingan 1
Kayu Minyak 30 kg

Kayu Teras 0.5 kg


Pusingan 2
Kayu Minyak 30 kg

39 Dimensi Popular Sdn Bhd


b) Nilai Perolehan Hasil Gaharu

Niali Gaharu yang diperolehi dari setiap pokok adalah


seperti berikut :-

Kos per pokok


Item Item
(RM)

Kayu Teras (RM 1,500/kg) 1,500.00


Pusingan 1
Kayu Minyak (RM 10/kg) 300.00

Kayu Teras (RM 1,500/kg) 750.00


Pusingan 2
Kayu Minyak (RM 10/kg) 300.00

Nilai Pendapatan bagi setiap pokok (C) 2,850.00

Nilai Pendapatan bagi 21,000 pokok (D) 59,850,000.00

MARGIN KASAR PERNIAGAAN

Margin Kasar setiap pokok (C) – (A) 1,600.00

Margin Kasar bagi 21,000 pokok (D) – (B) 33,600,000.00

% Margin Kasar 128%

40 Dimensi Popular Sdn Bhd


8.2 KO S / P E R B E LA N JA A N

Perbelanjaan Persediaan

Perbelanjaan persediaan adalah merupakan perbelanjaan


sekali sahaja atau One-Off yang diperlukan untuk dibelanjakan
bagi membuat persediaan infra dan pembelian peralatan
untuk digunapakai semasa operasi atau ketika projek mula
dilaksanakan nanti.

Kos per
Item Item
pokok (RM)

Kerja- Kerja Kerja membina Post Guard 50,000.00

Infra Kerja membina pagar ladang 200,000.00

Kerusi & Meja 2,000.00


Peralatan
Cabinet 500.00
Pentadbiran
Komputer 5,000.00

Kerusi & Meja 2,000.00

Peralatan Cabinet 500.00

Post Guard Komputer 5,000.00

Motorsikal 5,000.00

Jumlah Perbelanjaan Awal (RM) 270,000.00

41 Dimensi Popular Sdn Bhd


Perbelanjaan Operasi (OPEX)

a) Pengajian

Gaji Elaun Elaun Elaun


Jabatan Bil. Insuran
Pokok Rumah Kereta Telefon
Pengurus 1 5,000 1,000 150 150
Admin 1 2,000 150
Ladang 2 2,000 200 150
Pengawal 4 2,000 200 150

Jumlah Jumlah Sebulan


Jabatan Jumlah EPF Sosco
Seorg (RM)
Pengurus 6,300 6,300 756 34.15 7,090.15
Admin 2,150 2,150 258 34.15 2,442.15
Ladang 2,350 4,700 564 136.60 5,332.30
Pengawal 2,350 9,400 1,128 68.30 10,664.60

Jumlah Sebulan (A) 25,529.20

Nota :
Untuk Pengurus, Admin dan staff Ladang akan hanya diambil pada
tahun ke 3 apabila hasil penuaian pertama bermula.

42 Dimensi Popular Sdn Bhd


b) Lain-lain

Jumlah Sebulan
Perkara
(RM)
Utilities
(lterik, air dll) 500.00
Penyelenggaraan ladang dan
kenderaan 1,000.00

Stationary etc 3,500.00

Jumlah Sebulan (B) 5,000.00


Nota :
Untuk perbelanjaan staionary [ada 2 tahun pertama adalah
RM 2,000 sebulan dan kos ini akan meningkat apabila
kakitangan baru mula masuk pada tahun ke 3.

c) Keseluruhan

Pengajian 25,529.20

Lain-lain 5,000.00

Kos OPEX sebulan (A) + (B) 30,250.20

43 Dimensi Popular Sdn Bhd


8.3 P I N J A M A N D A N B AYA R A N B A L I K

a) Pinjaman

Jumlah Pinjaman RM 3,000,000


Faedah Pinjaman % 4%
setahun Jumlah RM 120,000

Tempoh Pinjaman 8 Bulan

Jumlah Faedah Pinjaman RM 960,000

Jumlah pinjaman +
RM 3,960,000
Faedah Pinjaman
DPSB memerlukan pinjaman RM 3,000,000 untuk membiayai
proses Inokulasi bagi 5,000 pokok dan baki 16,000 pokok lagi
akan diteruskan pada tahun ke 3 atau selepas proses
penuaian pusingan pertama bagi 5,000 pokok tersebut.

b) Bayaran Balik
Memandangkan hasil Gaharu hanya dapat di tuai selepas 2
tahun proses Inokulasi, maka kaedah bayaran pembayaran
balik akan dibuat kepada dua peringkat seperti berikut :-

Tahun 1 – 3 ( 36 Bulan)
RM 10,000 x 12 bulan
Faedah sahaja untuk 3 tahun
= RM 360,000
pertama sahaja
Tahun 4 – 5 ( 60 bulan)
RM 60,000 x 60 bulan
Faedah + Pinjaman Pokok untuk
= RM 3,600,000
5 tahun

Jumlah Bayaran Balik RM 3,960,000.00


44 Dimensi Popular Sdn Bhd
8.4 UNJURAN ALIRAN TUNAI DAN P&L

a) Aliran Tunai

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4

Pendapatan

Pinjaman 3,000,000 0 0 0

Hasil Gaharu 0 0 9,000,000 0

Jumlah 3,000,000 0 9,000,00 0

Perbelanjaan

Kos Awalan 270,000 0 0 0

Utilities dll 24,000 24,000 60,000 60,000

Overhead 127,975 134,374 337,751 354,639

Kos Projek 2,000,000 0 5,800,000 1,600,000

Bayar Balik 120,000 120,000 120,000 720,000

Jumlah 2,541,975 278,374 6,317,751 2,734,639

P/L 458,025 (278,374) 2,682,249 (2,734,639)

45 D i m e n s i P Kumulatif
o p u l a r S d n B h d 458,025 179,651 2,861,900 127,261
Tahun 5 Tahun 6 Tahun 7 Tahun 8

Pendapatan

Pinjaman 0 0 0 0

Hasil Gaharu 21,600,000 7,200,000 5,250,000 0

Jumlah 21,600,000 7,200,000 5,250,000 0

Perbelanjaan

Kos Awalan 0 0 0 0

Utilities dll 60,000 60,000 60,000 60,000

Overhead 372,372 390,999 410,539 431,066

Kos Projek 4,400,000 800,000 6,050,000 1,600,000

Bayar Balik 720,000 720,000 720,000 720,000

Jumlah 5,552,371 1,970,989 7,240,539 2,811,066

P/L 16,047,629 5,229,011 (1,990,539) (2,811,066)

Kumulatif 16,174,890 21,403,900 19,413,362 16,602,296

46 Dimensi Popular Sdn Bhd


Tahun 9 Tahun 10

Pendapatan

Pinjaman 0 0

Hasil Gaharu 12,600,000 4,200,000

Jumlah 12,600,000 4,200,000

Perbelanjaan

Kos Awalan 0 0

Utilities dll 60,000 20,000

Overhead 452,619 158,417

Kos Projek 3,000,000 1,000,000

Bayar Balik 0 0

Jumlah 3,512,619 1,178,417

P/L 9,087,381 3,021,583

Kumulatif 25,689,677 28,711,260


Nota :
Rujuk Lampiran 6 untuk perinchian secara bulanan,

Keseluruhan projek ini yang melibatkan 21,000 pokok Karas akan


memberi keuntungan kumulatif sebanyak RM 28,722,620 di akhir 9
tahun 4 bulan atau 122 bulan projek dilaksanakan.
47 Dimensi Popular Sdn Bhd
KESIMPULAN
V E R S AT I L • U S A H A • B E R K UA L I T I
9.1 KESIMPULAN PROJEK

Projek penghasilan Gaharu ini amat memberi pulangan yang


lumayan. Namun begitu, projek ini memerlukan suntikan modal yang
tinggi di peringkat permulaan dengan hasil terawal yang hanya boleh
diperolehi selepas 2 tahun pokok Karas menjalani proses Inokulasi.
Justeru itu, beberapa komponen telah diberi perhatian di dalam
projek ini bagi memastikan penghasilan Gaharu dan seterusnya
menyakinkan pihak pelabur terhadap pulangan balik terhadapa
pinjaman yang dibuat. Antara komponen tersebut adalah :-

a) Tenaga mahir dan berpengalaman iaitu dari MITB dan UPM


menjadi tenaga utama dalam memastikan Gaharu dapat
dihasilkan mengikut perancangan yang dibuat.

b) Menggunakan pembekal yang berpengalaman luas yakni hampir


20 tahun bagi menjalankan kerja-kerja inokulasi yang merupakan
proses kritikal dalam menghasilkan Gaharu.

c) Projek ini telahpun memiliki pelanggan atau pengilang yang akan


membeli hasil-hasil dari projek ini melalui kontrak yang
ditandatangani walaupun projek ini masih diperingkat awal lagi.

Sehubungan yang demikian, DPSB mengharapkan agar permohonan


pinjaman sebanyak RM 3,000,000 akan dapat diberi kelulusan dalam
membantu projek penghasilan Gaharu ini yang akan memberi
pulangan keuntungan kumulatif pada tahun ke 10 sebanyak RM
28,722,620.
48 Dimensi Popular Sdn Bhd
9.2 UNTUK DIHUBUNGI

Sumber rujukan yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan


dan perinchian mengenai pemohon / permohonan ini, sila hubungi
pegawai DPSB seperti berikut :-

Nama Pegawai DPSB

Jawatan

No Telefon Pejabat

No Telefon Bimbit

Email Address

49 Dimensi Popular Sdn Bhd


LAMPIRAN
V E R S AT I L • U S A H A • B E R K UA L I T I
SENARAI DOKUMEN

Lampiran 1 : Perjanjian bersama MALACENSIS SDN BHD

Lampiran 2 : Perjanjian bersama UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

: Perjanjian bersama LEMBAGA PERINDUSTRIAN


Lampiran 3
KAYU MALAYSIA

Lampiran 4 : Perjanjian bersama OUD AGARWOOD ENTERPRISE

Lampiran 5 : Perjanjian bersama xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Lampiran 6 : Jadual Aliran Tunai Kewangan Keseluruhan Projek

50 Dimensi Popular Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai