Anda di halaman 1dari 4

http://usahawanmuda.blog.

com/2008/09/07/projek-tanaman-serai/

Projek Tamanan Serai Alhamdulilah, setelah lama berangan-angan untuk berkongsi pengalaman dalam mengusahakan tanaman serai ni, hari ini dapat saya merealisasikan perkara itu. Saya baru sahaja menceburi bidang pertanian ini dalam usaha saya mencari bidang yang boleh diperkembangkan dalam tempoh kegawatan ekonomi sekarang. Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 10 ekar. Saya berpendapat projek ini harus diperkembangkan terutamanya saya menyeru pada anak-anak muda melayu. Insaallah saya akan membantu dan berkongsi pengalaman dalam ilmu saya yang saya ada dalam bidang ini. Bidang ini boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita, dan saya bercaya sekiranya kita berusaha tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah melaluinya dan bolehlah dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar tanah 5 bulan adalah 2 ribu/sebulan. saya akan ceritakan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan ini.

1.

Seekar tanah adalah seluas 43,560 ka persegi

2. 3.

Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4x3 . Oleh itu dalam seekar tanah terdapat 3628 rumpun serai.(43560/12=3628) Pendapatan Kasar #Dalam satu lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai. #Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg

#Oleh itu pendapatan kasar adalah 3600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400 4. Perbelanjaan a. Benih = RM 1000 per ekar (21600btg) b. Baja = RM 560 8 beg baja urea (N46) diperlukan seekar 1 beg (50kg) berharga RM70 (8 beg x RM70 = RM560.00) c. Racun = RM 390 12liter racun BASTA diperlukan dalam seekar 1 kotak 4 liter jadi perlu 3 kotak 1 kotak berharga RM130 (3kotak x RM130 = RM390) d. Upah tanam per ekar = RM 200 e. Upah meracun (3 kali)RM60/ekar = RM 180 f. Upah membaja RM30 per ekar (3 kali)= RM 90 2 kali baja Urea 1 kali baja 0: 18:20:TE g. Upah menyiram = RM 210 pokok serai perlu disiram selama 7 hari bermula dari tarikh tanam waktu menyiram 4.30~8.00mlm Upah siram RM30 per ekar (RM30 x 7 kali= RM 210) h. Upah harvest = Lebih kurang RM 1000

Jumlah Perbelanjaan = Lebih kurang RM4000 PENDAPATAN BERSIH PER EKAR = RM 14,400-RM 4,000 = RM 10,000

RM 10,000.00 / 5 Bulan , sebulan RM 2,000.00 . dan sekiranya kita ada 10 ekar berapa pendapatan kita sebulan. ini pun saya kirakan pendapatan yang palin minimum. tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah . Sebenarnya saya tanam serai 2 x 3 dan seekar oleh mendapat hasil lebih. ok lain kali saya cerita lagi, ini beberapa gambar ladang tanaman serai saya.

Posted by in 01:45:21

Anda mungkin juga menyukai