Anda di halaman 1dari 4

MPK Premium Versi 1 Tahun 2018

1.0 TAJUK

Projek Penanaman Nanas Untuk Pasaran Premium

2.0 KETERANGAN PROJEK

Projek ini adaah merupakan salah satu pendekatan untuk mentransformasikan Industri
Nanas Malaysia kepada nanas yang mempunyai nilai premium. Tumpuan akan
diberikan kepada penyusunan semula (restructuring) sektor pekebun kecil melalui
koperasi / kelompok / pertubuhan atau sebagai mini estet. LPNM akan mengambil
peluang untuk menebusguna tanah terbiar khususnya di Semenanjung Malaysia yang
merekodkan keluasan tanah terbiar untuk tahun 2014 iaitu 117,194 hekta dan
mensasarkan tambahan keluasan tanam baru sebanyak 5,500 hektar menjelang tahun
2020.

3.0 OBJEKTIF

Projek ini bertujuan untuk mempertingkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha nanas


kecil dan mikro yang berada dalam golongan B40, disamping mengekalkan
kelestarian kawasan penanaman nanas yang sediaada dan memenuhi permintaan
tempatan yang meliputi pasaran segar dan industri hiliran.

4.0 SKOP BANTUAN

Skop projek yang telah digariskan dalam melaksanakan projek ini adaah seperti
berikut;

a. Pemberian Geran Bantuan Tanaman Nanas


b. Geran bantuan berbentuk bahan tanaman (sulur) pada kadar 49,400 sulur per hektar @
20,000 sulur per ekar dan had maksima keluasan adalah 4.05hektar per peserta / lot;
c. Geran bantuan berbentuk input pertanian sepertimana yang ditetapkan dalam
Peraturan Perindustrian Nanas Malaysia (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun)
(Pindaan 2011);

1
MPK Premium Versi 1 Tahun 2018

d. Pembangunan Infrasstruktur bagi memenuhi keperluan Persijilan MyGap – jalan


adang, stor input, pusat pengumpulan buah, bilik sejuk dsb. Had maksima bantuan
infrastruktur adalah RM250,000 per kelompok / mini estet; dan
e. Khidmat Pengembangan dan Kepakaran.

5.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Kriteria & Kelayakan

i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;


ii. Pemilikan persendirian atau individu atau syarikat;
iii. Berdaftar dengan LPNM;
iv. Taraf milik tanah yang sah;
v. Melengkapkan borang permohonan;
vi. Pengusaha tidak pernah mendapat benih MD2 di bawah mana-mana Projek MD2
LPNM;
vii. Maksimum kelayakan untuk diberi bantuan sulur adalah 10 ekar;
viii. Mempunyai modal pusingan yang mencukupi; dan
ix. Tanaman secara tunggal sahaja.

6.0 KAEDAH PERMOHONAN

a. Pemohon perlu mengisi : -


i) Borang Permohonan Program Penanaman Nanas MD2 (Komersil /
Pekebun Kecil)
ii) Surat Akuan Berkanun
iii) Surat Pelepasan Tanggungan
iv) Borang IV (permohonan bagi pendaftaran sebagai pekebun)

2
MPK Premium Versi 1 Tahun 2018

b. Pemohon perlu menyediakan salinan :-


i) Kad Pengenalan
ii) Salinan geran / *Pelan Lakar (untuk tanah yang tidak mempunyai geran
seperti TOL )
iii) Resit bayaran cukai tanah terkini

7.0 JENIS & KADAR BANTUAN

7.1 PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIVIDU / KELOMPOK

a. Pengusaha Kecil

Ciri-ciri Projek Kadar Bantuan


✓ Melibatkan peserta perseorangan @ ✓ Benih MD2
individu; ✓ Minimum : 37,000 sulur / ha
✓ Keluasan 0.4-1.2 ha (Keutamaan ✓ Maksimum : 42,000 sulur / ha
kepada 1.2 ha bagi menyokong
pemadanan eksport);
✓ Pemilikan tanah yang sah;
✓ Berdaftar dengan MyGAP;
✓ Tanaman Tunggal.

b. Pengusaha Komersil

Ciri-ciri projek Kadar bantuan


✓ Melibatkan peserta perseorangan atau ✓ Benih MD2;
koperasi atau kelompok atau syarikat; ✓ Jumlah : 49,240 sulur / ha;
✓ Keluasan maksimum 4 hektar; ✓ Konsep pemulangan dengan nisbah
✓ Pemilikan tanah yang sah; 1:1 iaitu setiap satu (1) beih yang
✓ Deposit RM 15,000; (jaminan dibekalkan, satu (1) benih akan
pemulangan benih)dan dipulangkan kepada LPNM untuk
menandatangani perjanjian; tempoh yang telah ditetapkan.
✓ Berdaftar dan mendapat persijilan
MyGAP;
✓ Tanaman Tunggal;
✓ Jaminan bekalan untuk pemadanan
eksport.

3
MPK Premium Versi 1 Tahun 2018

7.2 PROGRAM PEMBANGUNAN INTEGRASI PREMIUM

a. Usahawan Individu

Ciri-ciri projek Kadar bantuan


✓ Peserta individu; ✓ Benih MD2;
✓ Keluasan 0.8 – 1.2 hektar;(keutamaan ✓ Jumlah : 25,000 sulur / ha.
kepada 1.2 ha bagi menyokong
pemadanan eksport).
✓ Pemilikan tanah yang sah;
✓ Berdaftar dengan MyGAP.

8.0 DEFINISI TERMA-TERMA YANG KHUSUS

Pekebun Kecil - Sebagai pengusaha-pengusaha nanas yang mengusahakan


penanaman nanas kurang daripada 100 ekar @ 40 hektar

Koperasi - Sebagai organisasi yang terkawal secara demokrasi yang didaftarkan


melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), yang terdiri dari orang-orang yang
merasa senasib dan sepenanggungan, serta memiliki kepentingan ekonomi dan tujuan
yang sama.

Kelompok -
i. Sebagai beberapa orang pengusaha nanas yang mempunyai / mengusahakan
tanah berselerakan yang berdekatan / berhampiran, menghimpun diri dalam suatu
kelompok tanaman nanas dan mereka/kaum keluarga.
ii. Pengusaha-pengusaha yang mempunyai /mengusahakan tanah dalam satu
plot/kawasan yang sama seperti tanaman kekal / kaum keluarga mereka terlibat dlm
industri nanas

Mini Estate - Sebagai berkeluasan sebagai berkeluasan 40-121 hektar (100-300 ekar)
yang dikendalikan oleh anchor company

Anda mungkin juga menyukai