Anda di halaman 1dari 28

Panduan

Menanam
Durian
 KETERANGAN AM

 Nama Biasa : Durian


 Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr
 Keluarga : Bombaceae
Buah duri hitam
 “ Tak ada seorang Muslim yang
menanam pohon atau menanam
tanaman, lalu burung memakannya
atau manusia atau haiwan, kecuali ia
akan mendapatkan sedekah
kerananya. ” [HR. Al-Bukhoriy dalam
Kitab AL-Muzaro'ah (2320), dan
Muslim dalam Kitab Al-Musaqoh
(3950)]
 Disini saya kongsikan cara yang betul
untuk tanam anak pokok. Disiplin
menanam adalah penting. Jika silap
tanam, pokok akan hidup merana sampai
ke tua walaupun ditabur baja, kesan
derita pokok masa kecil akan membekas
sampai ke tua. Pokok yang tumbuh
dengan subur dan tidak berpenyakit
berpotensi untuk mengeluarkan hasil
yang cepat dan bermutu.
 Tanah yang sesuai seharusnya mengandungi unsur organik dan sedikit pasir disamping
berada pada kawasan yang memiliki ketinggian antara 60 s/d 700 dari ketinggian
permukaan laut,curah hujan 1700 s/d 2700 mm per tahun, dengan suhu antara 20 s/d 28
darjah celcius.
 Sebelum memulai proses penanaman benih lakukan dulu proses pengolahan tanah dengan
betul.
 Bersihkan kawasan tanah dari berbagai rumput dan kayu/sampah yang tidak diperlukan
 Lakukan proses penghalusan tanah dengan membajak atau mencangkul secara merata.
 Tambahkan baja organik haiwan dan tumbuhan yang sudah terurai dengan baik pada
setiap kawasan penanaman pokok.
 Tambahkan batu kapur halus dan garam pada kawasan tanaman, supaya tanah dalam
keadaan neutral dan berkualiti.
 Tanah dikorek dengan ukuran 60x60x50 cm sebagai tempat penanaman benih pokok.
 Pastikan jarak lubang antara satu dengan yang lainnya paling kurang 11meter supaya
nanti tanaman akan tumbuh dengan baik.
 Setelah proses penyediaan lubang selesai, taburkan baja organik pada setiap lubang tanah
dengan ketebalan 2 cm. Ada juga pengusaha tanaman durian memasukkan sekurang-
kurangnya sekilo ikan mentah ke dalam lubang tanaman sebagai penggalak akar dan baja
kepada pokok yang akan ditanam.
 Biarkan tanah tersebut selama 2 minggu, supaya proses penguraian baja berlaku dengan
sempurna.
 Pilih benih yang berkualiti kerana ini sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil yang
akan diperolehi.

Cara penanaman
Musang king
 Alat yang di perlukan:
 Cangkul(boleh pakai yang lebih modern)
 Alat pembersih rumput
 Gunting pemotong yang tajam
 Alat spry/semburan baja dan menyiram
 Benih pokok durian
 Sebaiknya awal penanaman benih di lakukan pada awal musim
hujan.
 Untuk memulakan proses penanaman anak pokok sebaiknya di
lakukan pada waktu pagi hari jam, 06.00 s/d 09.00, atau pada
waktu petang sekitar jam 4.00 bergantung kepada keadaan
cuaca. Penanaman dalam cuaca panas boleh menyebabkan anak
pokok layu dan mati.
 Pastikan akar tanaman tidak rosak ketika membuka plastik
polybeg supaya tanaman tidak layu/mati.
 Setelah proses penanaman pokok selesai, lakukan penyiraman
dengan air pada semua kawasan tanaman.
 Pastikan tahap kelembaban tanah berada pada tahap optima.
Kawasan tanaman boleh ditutup dengn jerami atau daun kering.
Biarkan jerami tersebut selama 2 hingga 3 bulan untuk
mengekalkan kelembapan untuk menggalakkan pertumbuhan
akar.

Langkah Penanaman
 Lakukan penyiraman air 3 kali dalam seminggu.
 Lakukan pembersihan rumput di area lahan
tanah secara berkala.
 Lakukan pembajaan tambahan dari unsur
organik setiap 1 bulan sekali.
 Lakukan semburan kimia anti virus/hama secara
berkala.
 Lakukan penaburan batu kapur halus dan garam
dalam 3 bulan sekali.
 Lakukan penggemburan tanah di area tanaman
setiap 1 bulan sekali.

Langkah Perawatan
 Jika tanaman sudah tumbuh besar lakukan pemangkasan
pada bagian tanaman yang kurang baik atau layu.
 Jika tanaman sudah mulai tahap berbunga,lakukan
penyerbukan secara manual, dengan cara memakai alat
kuas yang halus, sapukan kuas pada bunga yang sudah
mekar secara teliti jangan sampai merosak bahagian yang
lain. Bertujuan mengawal bunga daripada serangga /
haiwan perosak. Sekiranya penyemburan tidak berjalan
dengan lancar sudah pasti buah yang di hasilkan juga tidak
akan secara maksima.
 Jika tanaman sudah mulai berbuah lakukan pemilihan pada
buah secara berkala,buang buah yang tidak sihat supaya
tidak menular kepada buah yang lain.
 Sebaiknya buah di minimakan kepada 2 atau 3 biji dalam
setiap rumpun supaya kualiti buah dapat ditingkatkan.
 Jika buah sudah mula besar, tangkainya
perlu diikat dengan tali untuk
mengelakkan buah rosak ketika jatuh ke
tanah. Selain itu juga, kerja-kerja
mengikat tangkai buah durian yang
purata seberat 10 kg itu dapat
mengelakan anda dihantar ke hospital
kerana dihempap buah durian Monthong.
 Pokok durian boleh tumbuh diatas pelbagai jenis
tanah dan tanah lom liat berpasir yang mempunyai
saliran yang baik didapati sangat sesuai untuk
pentumbuhan dan penghasilan buah yang berkualiti.
Bagi jenis tanah gambut dan tanah bris adalah tidak
sesuai untuk tanaman durian. Sistem saliran yang
tidak sempurna hendaklah dielakkan kerana akar
durian sangat sensitif terhadap air yang bertakung. Ia
akan menggalakkan serangan penyakit akar dan
batang iaitu Phytophthora palmivora. Tanah yang
mempunyai pH 6 hingga 7 adalah sesuai. Kawasan
yang cerun landai dan rata adalah baik untuk durian
tetapi kawasan cerun 18 darjah adalah tidak sesuai.

Tanah
 Pada peringkat awal (pada tahun pertama)
pertumbuhan pokok durian, rumput di sekeliling
pokok hendaklah selalu dibersihkan setiap kali
sebelum dibaja secara manual, bagi pokok yang
berumur 2 tahun ke atas tidak digalakkan
menggunakan cangkul kerana ianya akan
mencederakan akar yang aktif mengambil
makanan. Manakala di kawasan pokok durian
yang matang, rumput dipotong dalam tempoh
sebulan sekali dengan menggunakan Service
Cut/Rotaslasher.

Kawalan rumpai
 Pemangkasan dilakukan di peringkat awal
pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang
mempunyai batang utama yang tegak dan dan
dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Kerja
pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan
ditanam di ladang.
 Pemangkasan pokok matang selalunya dibuat
selepas musim buah dengan membuang tunas-tunas
air yang tidak produktif, dahan-dahan yang patah,
layu, berpenyakit disamping memberikan
pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran
matahari menembusi kanopi.

Pemangkasan
sekian

Anda mungkin juga menyukai