Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROJEK TANAMAN JAGUNG MANIS

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan memohon dana untuk projek tanaman jagung manis

seluas 2 ekar. Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, dan projek

ekonomi. Dengan menjadikan pertanian sebagai kerjaya dapat membantu usahawan untuk

menjana pendapatan dan disamping itu juga dapat merealisasikan konsep “Pertanian Satu

Perniagaan”. Kami juga berusaha untuk mengubah pemikiran penduduk kampung / ahli

peladang yang mengusahakan bidang pertanian secara tradisional / kecilan agar dapat

menjadikan bidang ini suatu perniagaan yang menguntungkan sekiranya dilakukan berskala

besar dan terselia sekaligus dapat meningkatkan kualiti hidup dikalangan ahli peladang

terlibat.

2. OBJEKTIF PROJEK

i Meningkatkan pendapatan keluarga peladang muda sekurang – kurangnya dari RM 850.00 –


RM 3,000.00 sebulan bergantung kepada tugas masing-masing.

ii Mengaktifkan unit yang terlibat agar dapat berdaya saing kembali dalam bidang
pengeluaran produk berasakan pertanian.

iii Mewujudkan lebih ramai peladang muda di kalangan ahli peladang yang aktif
dalam bidang pertanian disamping mewujudkan usahawan tani.

iv Menggalakkan input pertanian bersepadu diantara ahli – PPK – PPN melalui


jualan peralatan ladang, baja dan racun.
3. BUTIRAN PROJEK

3.1 Aspek fizikal dan teknikal tanah

3.1.1 Lokasi
Kawasan projek ini terletak di Kampung ............, iaitu di dalam

3.1.2 Keluasan Tanah


Keluasan tanah yang telah ditetapkan dalam surat perjanjian dengan tuan tanah adalah
seluas 100 ekar.

3.1.3 Status Tanah / Hak Milik


...........................................

3.1.4 Kesesuaian Tanah

Tanah Mineral.

3.2 Aspek fizikal dan teknikal tanaman

3.2.1 Perihal Tanaman


Jagung ( Zea mays L.) ialah sejenis tanaman bijirin berasal daripada Amerika Tengah telah
diperkenalkan di Malaysia sebagai jagung manis pada awal tujuh puluhan.
Permintaan yang baik daripada pengilang makanan dalam tin serta untuk jualan segar.
Waktu tuaian yang singkat iaitu selama 3 bulan sahaja.

3.2.2 Keperluan Baja


Memerlukan pembajaan yang cukup untuk menjamin tongkol yang dikeluarkan besar dan
bermutu tinggi. Ditanah mineral yang telah diperbaiki kesuburannya, baja organic hanya
digunakan setiap dua kali musim penanaman.
3.2.3 Serangga Perosak dan cara pengawalan

Serangga

A. Pengorek Batang
Serangga pengorek batang dan buah merupakan masalah utama pada ladang jagung. Ulat
ini bertelur di bawah daun. Larva akan menebuk kedalam pucuk bagi anak

pokok dan menebuk batang bagi pokok membesar. Serangga ini datang ke ladang diwaktu
sebelum matahari terbenam. Boleh dikawal dengan semburan racun permetrhin, carbaryl,
dipterex, phenthoate atau deltamethrin. Kawalan awal (semburan hari ke 14) akan
dilakukanContoh jenama MATCH.

B. Pengorek Buah
Ulat ini memakan rerambut tongkol dan biji jagung. Gambar di bawah menunjukkan ibu dan
larva. Boleh dikawal dengan racun phenthoate, deltametrhin dan permethrin atau bacteria
Bacillus. Contoh jenama MATCH dan DIPEL. Kawalan awal adalah disyorkan.

3.2.4 Penyakit dan Penyebab serta Syor Kawalan

Penyakit

A. Hawar Daun
Tandanya ialah bintik perang muda pada permukaan daun. Boleh dikawal dengan racun
chlorothalonil dan mancozeb. Contoh jenama VITA Kulat. Tandanya ialah bentuk buah yang
tidak normal berwarna ungu keputihan atau masih berwarna kuning. Musnahkan pokok yang
terkena penyakit ini. Kawalan awal ialah dengan racun kulat.

B. Smut
Banyak lagi jenis serangga dan penyakit yang menyerang pokok jagung. Dengan
pengurusan ladang yang bagus dan mengikut jadual ia boleh dielakkan. Kawalan
pencegahan sebelum terjadi serangan serangga dan penyakit Daun
3.2.5 Perlaksanaan kerja – kerja awalan penyediaan tapak ( kontraktor )

3.2.5.1 Membersih kawasan dan meratakan tapak


3.2.5.2 Kerja – kerja plough tanah
3.2.5.3 Kerja – kerja rotor dan membuat batas
3.2.5.4 Kerja – kerja membuat parit
3.2.5.5 Kerja – kerja memasang system paip dan sprinkler
3.2.5.6 Membina setor dan garaj untuk generator / baja
3.2.5.7 Memasang dan menguji system generator pam air / sprinkler
3.2.6 Proses menanam ( usahawan / peserta projek )

3.2.6.1 Meracun rumput


3.2.6.2 Membaja batas sebelum menanam
3.2.6.3 Menghidupkan generator pam air / sprinkler
3.2.6.4 Menanam biji benih
3.2.6.5 Meracun serangga
3.2.6.6 Membaja : ..........................
3.2.6.7 Pam air / sprinkler harian ( mengikut giliran peserta )

3.2.7 Proses pengeluaran hasil ( kontrak farming )


3.2.7.1 Kerja – kerja pengumpulan buah ( peserta )
3.2.7.2 Kerja – kerja menimbang ( ketua projek )
3.3 Pemasaran

Pemasaran akan dibuat secara kontrak farming dengan syarikat swasta dan juga agensi
kerajaan seperti FAMA. Pengeluaran dan ruang pasaran akan diuruskan 100% oleh PPK
Sungai Siput (U) Perak. Tuaian dan gredding akan diuruskan oleh usahawan sendiri.

4. ORGANISASI PENGURUSAN

4.1 Penyeliaan dan pengawasan

CARTA ORGANISASI PROJEK TANAMAN JAGUNG.


( buat carta organisasi tuan )

PENGURUS BESAR BIRO PROJEK PENGELUARAN LADANG


PENGURUS PROJEK
PENGURUS AKAUN

KETUA PROJEK PEMASARAN


( USAHAWAN )

4.2 Pengurusan

berikan detail struktur pengurusan tuan, siapa ketua, siapa supervisor, siapa pekerja dan
sebagainya.

5. ASPEK KEWANGAN

5.1 Kos Projek

5.1.1 Kos Tetap


Seperti di lampiran 1 - 2

5.1.2 Kos Berubah / Operasi

Seperti di lampiran 2 - 3

5.1.3 Kelebihan Kekurangan

Seperti di lampiran 3

5.1.4 Analisa pendapatan projek

Seperti di lampiran 8

5.1.5 Kiraan Kadar Pulangan Dalam


Seperti di lampiran 8

5.2 Analisa Wang Tunai Projek

Seperti di lampiran 5
6 JUSTIFIKASI PROJEK

6.1 Faedah Ekonomi

a. Kadar pulangan kepada projek ini adalah memuaskan, dimana daripada perkiraan kadar
pulangan dalaman menunjukkan projek ini adalah berdaya maju.

b. Titik pulangan modal bagi projek ini dijangkakan dapat diperolehi pada tahun ke 1.

c. Pertambahan kepada isipadu perniagaan serta keuntungan tahunan PPK yang


berterusan.

d. Dengan kualiti yang baik, pasaran harga yang baik akan diperolehi.

6.2 Faedah Sosial

a. Pertambahan projek-projek pengeluaran ladang dikalangan ahli-ahli peladang muda di


unit peladang akan berkembang.

e. Meningkatkan pengeluaran bahan makanan Negara dengan mengurangkan kadar import.

f. PPK dapat mempelbagaikan aktiviti pertanian dikalangan ahli.

g. Mengujudkan peluang pekerjaan.

h. Menambahkan pendapatan ahli / tuan tanah.

7 KESIMPULAN

7.1 Adalah diharapkan dengan terlaksananya projek tanaman jagung manis seluas 100 ekar
di bawah Program RMK – 9 / Pengeluaran Makanan Asas Negara di kalangan usahawan
terutamanya ahli peladang muda PPK ini akan berlakulah arus-arus transfomasi pertanian
yang sering diwar-warkan oleh Menteri Pertanian.

7.2 Matlamat utama PPK Sungai Siput (U) adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan
di kalangan ahli-ahli peladang agar sistem perladangan secara konvensional ini dapat
diperbaharui dan dipertingkatkan lagi ke tahap yang optimum dengan bantuan khidmat
nasihat teknikal dari Jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat di dalam projek ini.

7.3 Menjadi wawasan PPK agar projek ini bakal menjadi pencetus semangat di kalangan
ahli-ahli peladang bahawa bidang pertanian merupakan satu perniagaan yang
menguntungkan sekaligus dapat meningkatkan lagi taraf sosio dan juga ekonomi para
peladang terutamanya.

7.4 Perlaksanaan projek ini akan memperkukuhkan lagi peranan Pertubuhan Peladang serta
sumbangan PPK terhadap seruan kerajaan sebagai badan pengeluar bahan makanan.

7.5 Akhirnya, pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Siput (U) berharap Lembaga
Pertubuhan Peladang dapat mempertimbangkan permohonan dari PPK ini seterusnya
meluluskan permohonan ini.

Anda mungkin juga menyukai