Anda di halaman 1dari 24

KERTAS KERJA

PENTERNAKAN KAMBING SECARA SEPARA INSENTIF DAN MEMASARKAN


HASIL TERNAKAN
PENGENALAN
Permintaan manusia kini ke atas daging kambing semakin meluas di negara kita,
Malaysia. Apa yang pasti ialah industri pengeluaran daging kambing ini dapat
memenuhi keperluan manusia yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Permintaan ke atas prospek industri kambing ini adalah amat cerah memandangkan
permintaan yang semakin meningkat dan minat kami untuk menceburi bidang ini juga
begitu tinggi. Kami telah berusaha untuk mengembangkan lagi ternakan dengan
menjaga serta mengkaji dengan lebih mendalam cara-cara untuk menjaga dan
membesarkan anak kambing ini sehingga kambing ini cukup dewasa untuk dipasarkan.

Berikut ditunjukkan dengan jelas mengenai pengeluaran dan permintaan manusia ke


atas daging kambing ini dari tahun 2009 hingga tahun 2010 :-

Tahun

2008

2009

2010

Pengeluaran (m.t)

1.30

1.50

4.30

Permintaan (m.t)

15.60

16.80

21.30

KSD (%)

8.33

8.93

10.23

Dalam Rancangan Malaysia yang ke-9 iaitu RMK 9, telah dijelaskan dengan teliti
mengenai bidang pertanian yang juga merupakan satu sumber penting kepada
pengeluaran negara kita, Malaysia. Bidang pertanian ini juga melibatkan bidang
penternakan yang mana kerajaan amat mengalakkan rakyatnya menceburi bidang
penternakan dengan disediakan pelbagai insentif, subsidi serta sokongan prasarana
untuk mengembangkan hasil penternakan. Hasil ini juga merupakan salah satu

sumbangan rakyat untuk memenuhi aspirasi serta matlamat negara kita, Malaysia.
Dengan ini, kami ingin menyahut seruan kerajaan ini dan memberikan sedikit
sumbangan kepada negara walaupun tidak seberapa. Kami percaya kami dapat
mengatasi segala rintangan dan kami mampu untuk berjaya menceburi bidang
penternakan ini dengan sokongan kerajaan juga.

BIODATA EKSEKUTIF

Nama Pemohon

: Tang Lay Kee

Bidang Usaha Yang Dipohon : Penternakan


Jenis Perniagaan

: Penternakan Kambing dan Memasarkan Hasil


Ternakan

Lokasi Projek

: Km 3 , Jalan Repok, 96100 Sarikei, Sarawak

Status/Saiz Projek

: Permulaan = 2 ekor
(1 ekor kambing betina dan 1 ekor kambing jantan)

: Kini

= 17 ekor

(7 ekor kambing betina dan 10 ekor kambing


jantan)

Produk

: Pengusahaan ternakan kambing dan


memasarkan hasil pengeluaran ternakan
kambing

Peluang

: Kami mempunyai tanah yang luas serta


berpotensi untuk dikembangkan dan juga bebas
dari persaingan dan kemudahan untuk
menternak kambing.

Pemasaran

: Sehingga kini, kami belum lagi menjual


sebarang ternakan kami memandangkan
bilangan kambing kami masih tidak mencukupi.

Perancangan

: Bilangan kambing yang sedia ada pada masa


kini ialah sebanyak 17 ekor dan kami ingin
mengembangkannya menjadi lebih banyak
untuk tujuan pemasaran pada masa akan

datang.
Usaha dan perancangan kami diharapkan akan
membuahkan hasil serta menyahut seruan
kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-9 juga.
Masa Depan

: Daripada pengetahuan serta maklumat yang


kami perolehi, kami dapati juga masa depan
untuk memajukan projek penternakan kambing
ini amat baik. Kami amat memerlukan bantuan
serta kemudahan skim yang ditawarkan oleh
Jabatan Pertanian, agensi-agensi kerajaan dan
juga institusi-institusi kerajaan untuk
menambahbaikan kandang kambing kami yang

selalu banjir terutamanya selepas hujan yang


lebat.
Anggaran Kos Projek

: RM 20,000.00

Sebanyak 17 ekor akan kami jaga dan cuba untuk kembangkan bilangannya.
Kami berjaya menternak bermula dari 2 ekor sahaja sejak 2 tahun yang lepas dan kini
kami berjaya menternak sebanyak 17 ekor. Kami memerlukan bantuan serta subsidi
daripada kerajaan memandangkan kami juga menghadapi masalah kewangan untuk
meneruskan projek ini.

TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk perkara-perkara berikut :Membuat permohonan skim sebanyak RM 20,000.00 bagi memulakan projek untuk
menternak kambing.
Tujuan Pembiayaan ialah :(i)

Pembelian makanan kambing selain makanan rumput liar setiap hari.

(ii)

Pembelian peralatan dan kemudahan-kemudahan yang lain.

(iii) Penanaman rumput di persekitaraan kawasan kandang sebagai makanan kambing


secara tetap tanpa perlu bergantung kepada rumput-rumput dijalanan.
(iv) Pembinaan semula kandang kambing yang telah rosak dan reput. (dibina oleh
arwah suami beberapa tahun yang lepas)
(v)

Pembaikan pagar kambing yang dibuat daripada kayu yang kini juga telah reput.

Kegunaan Tanah adalah :(i)

Pengeluaran baja organik daripada tahi kambing.

(ii) Menjalankan projek sampingan berkaitan dengan industri ternakan seperti


pembiakan baka kambing dan juga pengeluaran daging kambing.

KEDUDUKAN PROJEK
Keluasan Tapak :- 10 ha

Pemilihan Tapak :- Projek ini telah didirikan di Sungai Selidap, Sarikei. Kawasan
persekitaraan adalah sangat luas dan juga amat sesuai untuk mendirikan kandang
kambing serta untuk tujuan pemasaran di masa akan datang. Kawasan ini sudah sedia
ada jalan raya yang berturapkan simen dan kawasan persekitaraan sudahpun dipagari.

OBJEKTIF PROJEK
Objektif utama kami menjalankan projek ini ialah untuk mengeluarkan kambing bagi
tujuan pasaran tempatan dalam keadaan yang bersih serta terkawal daripada sebarang
penyakit. Kami juga ingin menghasilkan ternakan kambing yang baik serta secara
terancang.
(i) Anak-anak kambing jantan yang muda akan kami jual sebagai pembiakan pejantan
dan tidak dipilih sebagai pedaging.
(ii) Manakala, kambing tua pula akan kami jual sebagai kambing pedaging.
(iii) Kambing dara pula akan dijadian gentian induk dan akan dijual sebagai baka.
(iv) Mewujudkan peluang pekerjaan.

(v) Kajian dan prestasi ternakan akan dibuat dari masa ke semasa dengan kerjasama
daripada Jabatan Pertanian (Veterinar).

Matlamat dan Tanggungjawab


Bagi memastikan kejayaan projek ini serta keberkesanan projek yang dijalankan, kami
akan cuba untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran teknikal yang dianjurkan.
Beberapa insitusi yang telah kami kenalpasti aalah seperti berikut :(i) Institut Haiwan Kluang
(ii) Ladang ternakan yang berjaya
(iii) dsbnya
Kursus-kursus ini diikuti adalah bagi memastikan perjalanan projek kami berjalan
dengan lebih lancar serta berkesan.

SUMBER INPUT LADANG


Ladang ini akan memperolehi sumber makanan dari kawasan sekitar Negeri Sarawak.

Hampas Kelapa Sawit (PKC)


Pembekal yang dikenalpasti ialah seperti :(i) Agriculture Good Training, Bintangor.
(ii) Kilang sawit di sekitar Saratok dan Lubok Antu.

Syarikat-syarikat yang dinyatakan di atas telah dikenalpasti dapat membekalkan


kuantiti yang diperlukan untuk menampung keperluan makanan kambing
ternakan.

Rumput
85% tanah yang diperuntukkan akan ditanam dengan rumput. Jenis rumput yang akan
kami tanam ialah jenis Napier sebagai rumput potong dan 20% Guinea ditanam
sebagai rumput ragut.

Sumber Ternakan
Bekalan ternakan akan diperolehi dari agensi kerajaan swasta dan pada masa ini,
pembekalan utama ialah dari Jabatan Pertanian.

Sumber Tenaga Buruh


Dalam projek yang kami usahakan ini, kami menggunakan tenaga kerja daripada ahliahli keluarga sendiri kerana tinggal berdekatan. Selain itu, tenaga kerja akan dilatih
untuk memahirkan mereka dalam kerja-kerja harian terutamanya dalam menguruskan
ternakan ini.

Khidmat nasihat dan perkhidmatan veterinar


Dari semasa ke semasa, pengurus projek akan mendapat khidmat nasihat dari Jabatan
Pertanian Bahagian Sarikei dan juga Ibu Pejabat Pertanian Negeri Sarawak.
(i) Khidmat nasihat dan bimbingan
(ii) Perkhidmatan rawatan dan kesihatan ternakan
(iii) Khidmat nasihat pemakanan
(iv) Khidmat kawalan mutu ternakan kambing

(v) Pemasaran ternakan kambing


Kawalan mutu ternakan kambing
(i) Kami akan memastikan kawalan mutu ternakan kambing ini dibantu oleh Bahagian
Veterinar Bahagian Sarikei dari masa ke semasa.
(ii) Manakala, bagi ternakan kambing yang tidak menepati piawaian akan disingkirkan.
Ini adalah untuk memastikan kualiti ternakan dan daging kambing yang dikeluarkan
berkualiti sepanjang masa.

Rancangan Operasi Sistem Pemeliharaan Ternakan


(i) Aspek pemakanan, kesihatan dan juga keadaan fizikal ternakan kambing perlu
diambilkira bagi memastikan pengeluaran ditahap yang maksima.
(ii) Jadual akan dibuat dan ini penting sebagai peringatan untuk pemberian makanan
kambing serta program kesihatan ternakan diambilkira.
(iii) Memastikan kawasan persekitaraan kandang kambing diambilkira untuk
mengurangkan masalah penyakit ternakan di masa akan datang.
(iv) Sewaktu ternakan kambing ini dilepaskan untuk meragut rumput, aktiviti-aktiviti
berikut boleh dijalankan :-

Pembersihan dan pencucian kandang ternakan dari punca air sungai


berdekatan.

Pengisian makanan tambahan dalam palung makanan.

Memastikan jumlah makanan tambahan ini adalah bergantung kepada saiz


kambing.

Kambing Bunting Berat (4-5 bulan)


(i)

Kambing bunting ini akan dibina tempat-tempat khas (berasingan).

(ii) Bagi kambing bunting yang menunjukkan tanda-tanda hendak melahirkan anak,
akan diasingkan dan dimasukkan ke dalam kandang khas sehingga melahirkan
anak.
(iii) Rumput segar dan juga konsentrat akan dimasukkan ke dalam palung makanan
kambing bunting ini setiap hari.

Anak Kambing
(i)

Anak-anak kambing yang baru dilahirkan akan dibiarkan bersama dengan ibu
kambing selama 8-12 jam untuk tujuan penyusuan kolostrum.

(ii) Anak-anak kambing yang tealah mendapat kolostrum ini akan diasingkan ke dalam
petak-petak tertentu.
(iii) Selepas 3 bulan, anak-anak kambing ini akan menjalani proses cerai susu dengan
membiarkan mereka meragut rumput di dalam cedok.

Kambing Dara
(i) Kambing-kambing dara ini akan dibiarkan meragut di dalam pedok.
(ii) Kambing-kambing ini akan diperiksan dari masa ke semasa untuk tujuan pemberian
makanan tambahan, pemeriksaan dan juga rawatan.
(iii) Dilepaskan semula ke dalam pedok selepas pengambilan makanan tambahan iaitu

konsentrat.

Rancangan Operasi Sistem Pemakanan

Sistem Pemakanan

Pemakanan Ibu
Bagi kambing yang masih menyusukan anak akan diberikan makanan mengikut kadar
pemakanan yang telah ditetapkan. Antara jenis makanan yang diberikan ialah seperti
campuran dedak. Makanan tambahan lain yang akan diberikan ialah seperti :-

Rumput diberikan diluar palung sebanyak 2 kali dalam sehari iaitu pada sebelah
pagi dan petang.

Pumput Napier akan digunakan sebagai foder dan rumput guinea pula akan
digunakan sebagai makanan ragutan.

Pemakanan Anak
Anak kambing ini akan dibahagikan kepada 3 peringkat ;-

Peringkat 1 hari 3 bulan

Peringkat awal 3-5 hari, anak kambing akan diberikan minuman kolostrum

Peringkat 3-6 bulan


-

Pada peringkat ini, kambing akan diberikan makanan seperti dedak dan rumput
dan selepas itu, kambing-kambing ini akan dilepaskan untuk meragut rumput.

6 Bulan ke atas
-

Pada peringkat ini, makanan seperti hampas kelapa sawit, air dan

akan

diberikan kepada kambing-kambing ini. Dalam pada masa yang sama, pemilihan
kambing untuk stok gentian akan terus dijalankan. Bagi anak-anak kambing yang
kurang bermutu akan diasingkan untuk tujuan dijual/kambing pedaging.

Rancangan Operasi Pengurusan Kesihatan Ternakan

Pengurusan Kesihatan Harian


Oleh kerana kambing yang sihat sahaja akan melahirkan anak kambing yang sihat,
maka aspek kesihatan kambing-kambing ini diberikan perhatian dari masa ke semasa.
Kaedah rawatan dan pencegahan ini akan dilakukan secara kerap.

Program Kesihatan Gerompok


Pengambilan sampel darah akan dilakukan 1 kali dalam setahun bagi mengesan
pelbagai jenis penyakit yang menyerang kambing-kambing ini seperti penyakit
BRUCELLOSIS, CLA dan MELIOIDOSIS. Penyakit ini boleh merebak kepada manusia
dan juga menyebabkan keguguran kepada kambing bunting.

Jenis-Jenis Penyakit
Jenis-jenis penyakit yang biasa menyerang ternakan kambing ialah seperti :-

Anorexia

Luka

Cacing

Foot Rot

Kaedah rawatan dan pencegahan perlu diberikan perhatian serta pemberian


makanan yang mencukupi adalah penting. Dalam pada masa yang sama, tahap
kebersihan kambing juga program kesihatan kambing ini perlu diberikan perhatian.
Penyakit-penyakit yang biasa menyerang anak kambing pula seperti :-

Joit Aill/Arthritis

Pneumonia

Malnutrian

Cirit-Birit
Penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas boleh dirawat dengan antibiotik,

mineral. Selain itu, tahap kebersihan kawasan persekitaraan kandang kambing perlu
ditingkatkan.

Rancangan Pelan Pembangunan dan Pengurusan Ladang

Pertimbangan
Kawalan sisa dari lading dengan Zero Discharge perlu dilakukan dengan
mengambikira kuantiti pengeluaran sisa saiz dan sistem kolam rawatan yang dibina dan
penggunaan

semula

sisa

diproses.

Semua

bahan

binaan

tempatan

bagi

mengurangkan kos bangunan pejabat, kediaman, stor dan sebagainya akan dibuat
berdasarkan kriteria semasa dari keluasan.

Kawalan Sisa Dari Kilang


-

Sisa kawalan sisa dari kilang akan dibangunkan dengan saiz dan kos yang
paling munasabah.

Penggunaan air di dalam aktiviti harian seperti pembasuhan lantai kandang akan
cuba diminimakan.

Untuk

menjimatkan

penggunaan

air,

scraper

akan

digunakan

untuk

mengurangkan sisa cecair yang akan keluar ke kawasan takungan.

Kandang Beranak
-

Kambing bunting yang menunjukkan tanda-tanda beranak akan diasingkan


daripada kumpulan yang bunting ke dalam kandang beranak.

Kandang ini dibina untuk memastikan pengawasan beranak yang teliti dan juga
untuk memastikan beranak yang teliti serta memastikan anak kambing dapat
dilahirkan dalam kandang yang bersih (mendapat kolostrum yang mencukupi).

Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan sesetengah kes-kes kesukaran


beranak (Dystocia) selepas beranak akan diasingkan di unit anak.

Kandang-kandang bagi kambing bunting yang hendak beranak hendaklah


dialaskan dengan (bedding) dengan bahan-bahan kering yang tidak kesat dan
terlalu licin serta mudah untuk dicuci. Lantai kandang ini diperbuat daripada
simen seperti juga kandang-kandang yang lain.

Sepanjang masa, bekalan air bersih akan dibekalkan.

Kumpulan ini pula akan dibekalkan dengan konsentrat dan juga rumput foder.

Aliran Ternakan
-

Kedudukan unit-unit lading berkait rapat dengan aliran pergerakan ternakan yang
memudahkan pengurusan ternakan dan pasture.

Bagi ternakan yang beranak akan dipindahkan ke kandang beranak.

Anak-anak kambing ditempatkan bersama dengan ibu kabing selama 3-6 bulan.
Selepas cerai susu, anak kambing ini akan dipindahkan ke unit weaner. Kambing
jantan dan juga kambing betina akan diasingkan.

Kambing ajntan akan dijual ataupun difidlot manakala sebahagian kecil pula
dipilih untuk tujuan pembiakan pula.

Bagi kambing betina pula, kambing-kambing ini akan dipindahkan ke unit dara
dan seterusnya ke unit pembiakan apabila mencapai umur di mana mereka
sesuai untuk pembiakan.

Ternakan yang kurang berkualiti akan dipilih untuk diasingkan dan di jual.

Operasi Harian Ternakan


Ternakan kambing akan dilepaskan untuk meragut di dalam pedok dan dibawa baik ke
kandang lagi bagi tujuan pemberian konsentrat, pembiakan dan juga rawatan.
Pemberian konsentrat ini adalah bergantung kepada tahap pengeluaran ternakan
kambing dan akan diberikan sebanyak 2 kali dalam 1 hari.
-

Anak-anak kambing dibirakan selama 3 bulan bersama dengan ibu kambing.

Selepas 3 bulan (cerai susu) hingga matang akan dilepaskan ke pedok untuk
tujuan ragutan pula.

Proses pembiakan akan dilakukan secara tabii.

Pihak pengurusan pula akan memastikan tahap pengurusan kekal pada tahap
optima dengan mengikut program kesihatan, mengawasi rekod kelahiran,
kematian, penyelarasn berat badan, pengambilan makanan, fertiliti dan juga halhal lain yang ada kaitan dengan prestasi ternakan.

Program pemulihan dengan lebih teliti dan secara sistematik bagi memastikan
hanya ternakan bermut sahaja akan terus diperlihara.

Bangunan Untuk Ternakan


-

Kandang kambing perlulah sentiasa sejuk dan selesa. Oleh itu, jenis dan bahan
yang digunakan untuk membina bumbung perlulah sesuai.

Pembinaan kandang ini juga perlulah mengambilkira ruang yang diperlukan iaitu
sekiranya jentera digunakandi dalam aktiviti pembersihan kandang.

Bangsal teduhan pula mestilah dibina dalam petak ragutan. Bagi memudahkan
pengurusan dan penjimatan kos, satu bangsal teduhan akan dibina di bahagian
tengah bagi 4 ataupun 3 petak ragutan. Bangsal teduhan ternakan juga
disediakan alat penangkap kilat.

Kandang
(i) Kandang
-

Kandang yang sesuai dibina dan dibahagikan kepada beberapa bahagian utama
seperti petak beranak, petak anak, petak sakit dan lain-lain.

(ii) Stor
-

Stor akan dibina untuk menyimpan makanan kambing, barang-barang am dan


juga peralatan lading.

(iii) Control Yard, Loading Ramp dab Travis


-

akan disediakan untuk anak-anak kambing yang bersaix kecil dimana jarak
antara palang / palang railing lebih kecil akan disesuaikan mengikut saiz.

(iv) Spraying Race


-

Penyahkutu akan disediakan iaitu ianya akan bersebelahan dan menyambung


dengan Control Yard.

(v) Bangsal Teduhan


-

Di dalam bangsal teduhan akan disediakan bekas minuman ternakan dan juga
palung makanan. Ini perlu disesuaikan dengan mengikut keperluan anak-anak
kambing yang masih lagi bersaiz kecil.

Pastura
Pembangunan pasture
Napier dan rumput kuda (guinea) akan ditanam di persekitaraan kandang kambing. Ini
akan dibahagikan di mana 80% akan ditanam dengan ramput ragut dan 20% lagi pula
akan digunakan pula untuk menempatkan bangunan, kandang, stor, parit, kolam
kumbahan dan juga pagar kandang kambing.
(i) Rumput Napier --- 80%
(ii) Rumput Guinea -- 20%

Pembinaan Infrastruktur
Jalan
Jalan raya yang baik akan dibina agar memudahkan pengurusan penternakan dan juga
proses untuk memantau ternakan.

Kolam dan Perparitan


Kolam 3 peringkat akan digunakan sebagai rawatan sisa buangan (najis) yang telah
dihasilkan. Sistem perparitan yang sistematik akan dibina bagi memudahkan lagi
penyeliran air kumbahan serta air hujan ke dalam kolam takungan.
Pagar
(i) Pagar Sempadan
-

pagar ini akan dibina dengan menggunakan pagar jenis cyclone.

(ii) Pagar Petak Ragutan


-

Semua ragar ragutan akan menggunakan pagar elektrik.

(iii) Pintu Pagar


-

Pintu tagar ragutan berukuran 10 kaki lebar dan juga 4.5 kaki tinggi dengan
menggunakan tiang paip G.1 bersaiz 3 inci.

(iv) Pintu Pagar Sempadan


-

Pintu pagar sempadan akan menggunakan pagar Cyclone dengan tiang paip G.1
bersaiz 3 inci. Pintu dibina sebanyak 3 unit iaitu pintu masuk utama, pintu masuk
ke stor dan juga pejabat dan pintu belakang kandang kambing.

Rancangan Pemasaran

Pemasaran adalah amat pentign dalam menjalankan projek ini. Terdapat

4 jenis

pemasaran yang akan dikeluarkan iaitu :i. Kambing singkiran untuk daging kambing.
ii. Kambing jantan sebagai fidlot
iii. Kambing dara untuk jualan baka
iv. Jualan tinja sebagai baja organik

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Dara (Baka)


-

Anak-anak kambing dara dijual kepada penternak kambing yang lain dengan
harga RM800/ekor. Terdapat beberapa penternak lain yang juga tinggal
berdekatan dengan kawasan tempat penternakan kami.

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Pejantan Muda (Baka)


-

Anak-anak kambing dara akan dijual kepada penternak kambing pula dengan
harga lebih kurang RM800/ekor.

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Singkiran


-

Kambign-kambing tua, bermasalah dan juga tidak produktif akan dijual terus
kepada pembeli. Kambing-kambing yang dijual khas untuk upacara-upacara
keagamaan akan dijual dengan harga RM15.00 hingga RM20.00 sekilo.

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Feeder Jantan Untuk Penggemokan


-

Anak-anak kambing jantan dijual kepada penternakan fidlot pada harga RM25/kg
dan juga dianggarkan ternakan akan dijual dengan berat 20kg dank e atas. Bagi
anak-anak kambing jantan yang disingkirkan akan diternakan secara fidlot dan
juga akan dijual pada berat 40-45 kg dengan harga antara RM25.00.

Strategi Rancangan Pemasaran Baja Organik


-

Najis ternakan akan dikumpulkan dan diolah menjadi baja kompos dan
kemudiannya akan dijual sebagai baja organik dengan kadar harga RM1.50/kg.

Pengangkutan Ternakan
-

Pembeli akan membeli terus dan mengangkut terus dari lading ternakan.

Rancangan Kewangan

Kos Perlaksanaan
Dianggarkan kos perlaksanaan sebanyak RM63,382 perbelanjaan ini terdiri daripada
perbelanjaan modal iaitu penyediaan prasarana dan pembelian jentera serta
perbelanjaan pusingan. Pecahan adalah seperti berikut :A.
Perbelanjaan Aset Tetap

Kos (RM)

Prasarana

Tahun 0

1. Penyediaan Tanah

500

2. Tanaman Rumput

500

Tahun 1

3. Jantan (RM600/ekor)

1200

4. Betina (RM400/ekor)

1600

5. Kandang dan Stor

10000

6. Pagar Keliling

5000

7. Jalan dan Parit

750

8. Bekalan air dan elektrik

Sedia ada

9. Control Yard

500

10. Tangki Air dan Perparitan

1000
Jumlah

36450

B.
Perbelanjaan Aset Tetap

Kos (RM)

Jentera

Kos 0

1. Skreder

3000

2. Lain-lain peralatan

500
Jumlah

3500

Jumlah Kos Aset Tetap (A+B)

39950

Kos 1

Kos (RM)

Kos Kendalian Induk & Anak Setahun

Parameter

Kos (RM)

42x12bulanx

RM2041

1. Kos makanan belanja


2. Kos rumput 3 sen/kg untuk induk (4.5kg/hari)

3 senx135kg
3. kos rumput 3 sen/kg untuk anak (2.5kg/hari)

27x12bulanx

RM729

3 senx75kg
4. Garam & Vitamin

69XRM2x12bulan

RM1656

5. Ubatan

69XRM2x12bulan

RM1656

6. Utiliti & bahan api

RM850

7. Baja & Racun

RM3000

8. Belanja Pengurusan

RM1000

9. Pelbagai

RM500

Jumlah kos tetap dan kos kendalian Tahun 0 dan Tahun 1 adalah sebanyak ________

Penutup
Berdasarkan kepada dasar baru kerajaan dalam DPN3 yang mahu menjadikan
bidang pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi negara, prospek penternakan
khususnya industri kambing mempunyai masa depan yang amat cerah.
Kemudahan dari segi geran dan bantuan kerajaan dari semasa ke semasa juga
merupakan salah satu faktor pemangkin kepada perkembangan industri. Selain itu,
kurangnya persaingan dan risiko yang rendah juga boleh mempercepatkan lagi
kemajuan industry kambing di Sarawak.

Harga daging kambing segar terjamin stabil kerana permintaan yang tinggi dan
juga sentiasa meningkat. Harga yang stabil ini dapat mengimbangi kenaikan kos
pengeluaran ternakan kambing. Selain juga, peningkatan pupolasi manusia dari
semakin hari serta kenaikan pendapatan rakyat juga akan menyebabkan permintaan
kepada daging segar juga meningkat dari semasa ke semasa.
Sekiranya pemasaran dan penjualan daging kambing dibuat dengan teratur dan
sistematik, kami percaya projek yang dilaksanakan ini akan berjaya serta memberikan
pulangan yang amat lumayan kepada kami juga.

Anda mungkin juga menyukai