Anda di halaman 1dari 13

KERTAS PERANCANGAN PERNIAGAAN UNTUK PERMOHONAN GERAN

AGROPRENUER MUDA

1.0 TUJUAN

Kertas perancangan perniagaan ini bertujuan untuk membuat permohonan agroprenuer muda
supaya dapat diluluskan agar syarikat ini dapat memaksimumkan kadar pengeluaran karipap pusar
hasil pengeluaran daripada syarikat Rashid Global Enterprise dan dapat memenuhi permintaan
pasaran yang semakin mendapat sambutan rakyat Malaysia .

Hal ini adalah kerana syarikat Rashid Global Enterprise mempunyai banyak kekurangan dari segi
kemudahan seperti mesin dan keperluan lain untuk mencepatkan kadar proses pembuatan.

Selain itu , jika permohonan ini diluluskan saya akan mengorak langkah mengembangkan perniagaan
yang diusahakan oleh keluarga . Dalam masa 5 tahun , perusahaan keluarga saya ini akan
diusahakan dan diserahkan secara berperingkat dari masa ke semasa kepada saya .

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK/PERNIAGAAN

2.1 Pengenalan

Syarikat Rashid Global Enterprise adalah syarikat yang memproses dan membekalkan
produk makanan sejuk beku asas tani iaitu karipap pusar . Makanan sejuk beku berjenama
Epok-epok Maksu Nora ini beralamat di no. 125 , jalan jambu bol , Bandar Indahpura , 81000
kulai , Johor Darul Takzim .

Status projek produk ini berskala kecil pada masa kini kerana hanya dapat memasarkan di
negeri Johor sahaja kerana kekurangan kemudahan untuk memproses produk sejuk beku ini
dalam kadar yang banyak dalam masa yang singkat .

Produk keluaran Bumiputera ini juga berpeluang untuk membesarkan empayar keseluruh
Malaysia jika segala kemudahan dapat diselenggarakan dengan cepat .

2.2 Latar belakang pengusaha

Nor Halipah Binti Saim atau nama samarannya Nora dilahirkan pada 22 Februari 1973 di
Semerah , Batu Pahat , Johor . Beliau tidak menyambung pelajarannya selepas tamat
pengajian di sekolah menengah . Beliau merupakan pemilik dan pengusaha produk Epok-
epok Maksu Nora pengeluaran Rashid Global Entreprise .

Pada tahun 2010 Puan Nor Halipah mula menceburi dalam bidang perusahaan makanan
sejuk beku yang dihasilkan dan diproses di rumah sahaja . Rashid Global Enterprise
( JM0755338-V ) telah ditubuhkan pada 23 Februari 2016 . Puan Halipah telah menyewa
kedai dua tingkat untuk memudahkan segala aktiviti proses dan penyelenggaraan yang
selesa untuk kakitangannya . Beliau telah membuat pinjaman Bank ( Agro Bank ) sebanyak
RM 50 . 000 untuk membeli pekakas dan mesin-mesin proses karipap pusar .
3.0 RANCANGAN PENGURUSAN

Pengarah Urusan
Nor Halipah Binti Saim

Eksekutif Pentadbiran
Manap Bin Abd Rahman

Eksekutif Pemasaran Eksekutif Operasi Penyelia


Muhammad Fahmi Bin Muhamad Amirul Rashid Nur Hidayati Nadia Binti
Ishak Bin Samad Manap

Operator ( 8 orang )

3 orang 2 orang mengisi Seorang


2 orang
mengadun dan dan mencetak menyusun dan
pengurus dapur
melenyek tepung kuih karipap membungkus

Struktur Organisasi

Struktur organisasi yang dibentuk oleh syarikat Rashid Global Enterprise di bawah
jenama Epok-epok Maksu Nora . Ia merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai
sebuah entity perniagaan secara keseluruhan struktur organisasinya.

Fungsi dan Tanggungjawab

Pihak syarikat telah menyusun fungsi dan tanggungjawab setiap pekerja syarikat bagi
melancarkan sistem pengurusan perniagaan . Berikut adalah fungsi dan tanggungjawab setiap
pekerja di dalam syarikat Rashid Global Enterprise :
i) Pengarah Urusan

Pengarah Urusan akan bertanggungjawab terhadap segala perancangan dan pengendalian


urusan yang berkaitan dengan syarikat . Di antara fungsi Pengarah Urusan ialah :
- Menumpukan kepada aspek pentadbiran dan kewangan perniagaan .
- Merancang penggunaan dan keperluan kewangan syarikat .
- Merancang dan mengenal pasti sumber kewangan yang boleh diperolehi melalui
peluang
baru bagi menambah pendapatan syarikat .
- Mengawal perakaunan / kewangan syarikat .
- Memantau pekerja-pekerja di setiap bahagian .
- Bertanggungjawab di dalam membuat belian bekalan dan kawalan stok .
- Merancang pemasaran dan mencari peluang-peluang di pasaran baru .
- Memastikan operasi dan perkembangan perniagaan berjalan lancar dan mengikut
jadual
Perancangan .
- Memastikan susun atur jadual dan aktiviti perniagaan dalam keadaan baik .
- Mengawal perbelanjaan dan pendapatan harian termasuk kos operasi dan overhead .
- Memastikan peralatan dan stok bahan mentah mencukupi dari masa ke masa .
- Menganalisis dan memperluaskan skop peluang pemasaran .
- Mengkaji dan menyusun strategi promosi produk dan perkhidmatan .
- Menguruskan perihal kebajikan dan disiplin semua kakitangan syarikat dengan
berhemah .

ii) Bahagian Pentadbiran / Kewangan

Bahagian ini akan dikawal secara langsung oleh Pengarah Urusan dan akan dibantu oleh 2 orang
juruwang . Berikut adalah fungsi eksekutif pentadbiran / kewangan :

- Menerima wang daripada pelanggan yang berurusan di kaunter.


- Membuat pesanan pembelian stok barangan dengan
persetujuan Pengarah Urusan .
- Merekodkan setiap urusniaga .
- Menguruskan bil pesanan / bayaran .
- Bertanggungjawab di atas segala transaksi wang keluar / masuk Rashid Global
Enterprise .

iii) Bahagian Pemasaran

Tanggungjawab bahagian ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengarah Urusan dengan
dibantu oleh penyelia . Bahagian ini bertanggungjawab untuk memasarkan perkhidmatan dan
produk yang dijual . Di samping itu , pengurus juga bertanggungjawab mencari pasaran baru
terutamanya pasaran industri . Pengarah Urusan juga bertanggungjawab merancang dengan
teliti kaedah pemasaran dengan membuat kerjasama dengan pelbagai pihak . Pengarah Urusan
juga perlu bijak merancang pelbagai pendekatan promosi untuk melariskan jualan produk
syarikat Rashid Global Enterprise .

iv) Bahagian Perkhidmatan dan Operasi

Bahagian ini adalah bahagian yang terpenting dalam syarikat . Oleh itu , bahagian ini perlu diberi
perhatian yang utama . Pekerja-pekerja di bahagian ini akan terlibat secara langsung di dalam
memberikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan . Perniagaan ini beroperasi dari
pukul 8.00 pagi hingga pukul 6.00 petang . Bahagian ini akan diketuai oleh seorang penyelia
dengan dibantu oleh seorang tukang masak , seorang pembantu dapur , 3 orang mengadun dan
melenyek tepung , dua orang mengisi inti dan mencetak karipap pusar dan seorang menyusun
kuih di dalam bungkusan .

v) Penyelia

Tugas Penyelia adalah membantu Pengarah Urusan memantau aktiviti pekerja-pekerja yang
bekerja di dalam syarikat Rashid Global Enterprise . Bertanggungjawab terhadap tugasan
kakitangan semasa operasi dijalankan dari awal hingga ke akhir proses karipap pusar jenama
Epok-Epok Pusar Maksu Nora , terutama tentang kehadiran pekerja . Mengambil alih tugas
pengurusan semasa ketiadaan Pengarah Urusan di bengkel Rashid Global Enterprise .

Aliran Kerja :
Menguli Menggoreng Membungkus

Menyusun ke Meletakkan
Memproses dalam tray label

Menyusun ke
Menginti Mencetak dalam peti
sejuk beku

Tukang Masak

- Bekerjasama dengan Pengarah Urusan dalam merancang dan menyelaras kerja-kerja di


dapur .
- Memastikan susun atur peralatan dan stok bahan mentah sentiasa kemas dan bersih di
dapur .
- Bertanggungjawab menyediakan inti karipap dan menggoreng karipap pusar .
- Memastikan segala tugasan ( masakan ) mengikut kualiti dan citarasa yang ditetapkan .
- Memastikan segala tugasan mengikut jadual dan ketetapan masa yang diberikan .
- Bertanggungjawab terus kepada arahan Penyelia.

Pembantu Dapur

- Menyediakan semua bahan mentah yang hendak dimasak oleh tukang masak .
- Membantu menyediakan inti sebelum di proses dalam pencetak karipap .
- Mencuci peralatan serta dapur selepas digunakan .
- Semua bahan mentah disimpan dengan baik dan ditempatkan di tempat yang selamat .

Mengadun dan melenyek tepung

- Mahir di dalam penyelenggaraan sukatan dalam proses mengadun tepung .


- Memastikan proses melenyek tepung mengikut kualiti yang ditetapkan .
- Memastikan stok bahan sentiasa mencukupi .
- Memastikan kawasan operasi termasuk peralatannya sentiasa dalam keadaan kemas .
- Bertanggungjawab terus kepada arahan Penyelia .

Mengisi inti dan mencetak karipap pusar

- Mengisi inti dalam kadar yang ditetapkan ke dalam tepung yang telah dilenyek .
- Memastikan cetakkan karipap mengikut saiz yang telah ditetapkan .
- Memastikan keadaan mesin pencetak karipap sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat .
- Menyusun karipap yang telah dicetak ke dalam tray yang telah disediakan .

Menyusun kuih ke dalam bungkusan

- Memastikan karipap yang telah digoreng dalam keadaan suam sebelum disusun .
- Memastikan kawasan persekitaran dalam keadaan yang selamat dan bersih .
- Menyusun karipap dengan kemas dan teratur seperti yang ditetapkan .
- Membungkus dengan plastik pembungkusan karipap .
- Meletakkan label pada plastik bungkusan .
- Meletakkan dan menyusun bungkusan karipap yang telah siap ke dalam peti sejuk beku .

4.0 RANCANGAN PEMASARAN

Peluang pemasaran

Produk kami mampu bersaing dengan ramai pesaing luar sekiranya mendapat sambutan yang baik
dari pembeli dan laris di pasaran . Kami juga perlu sentiasa meningkatkan kualiti produk untuk
kepuasan pelanggan . Keistimewaan pelbagai jenis perisa karipap pusar sejuk beku seperti karipap
kentang , karipap ayam , karipap daging , karipap sardine dan karipap telur puyuh kami mampu
membantu kepada kejayaan kami di pasaran . Selain itu , kami juga menawarkan peluang pekerjaan
kepada penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun bagi Bumiputera di cawangan
kami .

Analisis campuran pemasaran

Strategi Produk :

Syarikat Rashid Global Enterprise menyediakan produk makanan sejuk beku karipap pusar dengan 5
perisa yang berbeza berjenama Epok-epok Maksu Nora kepada para pelanggan melalui cawangan
kecil yang terdapat di pasar raya seperti ABT Fresh & Frozen Food Supply Sdn Bhd , Larkin Sentral ,
Nuriz Food Industry , Saudi Gold Xin Star Sdn Bhd , Rahmad Suria Enterprise dan agent di seluruh
Johor . Strategi kami dalam usaha memenangi hati pelanggan adalah dengan memastikan produk
karipap pusar keluaran Rashid Global Enterprise berkualiti , tahan lama , tersusun dan kemas di
dalam bungkusan yang telah di sediakan . Kami menyediakan produk yang tidak perlu mengambil
masa untuk pelanggan memasak dan menikmati sajian , malahan produk kami amat sesuai bagi
mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyediakan sarapan atau makan petang
untuk keluarga kerana produk ini perlu di goring sahaja dan siap dihidang . Strategi ini adalah
berkesan untuk bersaing dalam pasaran pada masa kini .

Lokasi jualan Syarikat Rashid Global Enterprise menggunakan saluran agihan :

Rashid Rahmad Saudi Gold Pelanggan


Global Suria Xin Star Sdn walk in ke
Enterprise Enterprise Bhd bengkel

ABT Fresh &


Frozen Food Larkin Nuriz Food
Sentral Agent
Supply Sdn Industry
Bhd

Objektif Produk :

- Mempelbagaikan pilihan perisa kepada pengguna .


- Memperkenalkan produk baru kepada pelanggan dengan menambah banyak lagi jenis perisa
karipap pusar sejuk beku mengikut cita rasa pelanggan .
- Memenuhi kehendak pelanggan yang ingin menyediakan makanan sejuk beku secara mudah dan
menggunakan masa yang singkat .

Ciri-ciri dan Faedah Produk :

Produk kami adalah produk yang dijamin halal dan berkualiti kerana syarikat kami mengutamakan
kebersihan dan setiap proses pengeluaran adalah dikawal rapi bagi memastikan produk yang
dikeluarkan bermutu tinggi . Kebaikan produk kami ini ialah dapat disediakan dengan mudah dalam
masa yang singkat untuk memberi kelebihan kepada pelanggan dalam penjimatan masa bagi
menyediakan makanan .

Strategi Kualiti Produk:

Syarikat kami amat menitikberatkan kualiti produk makanan sejuk beku ini agar dapat menjamin
kepuasan dan kesejahteraan pelanggan dan tahan lama . Produk kami menggunakan bahan yang
dibenarkan di mana ianya adalah selamat untuk pengguna dan tidak memberi kesan sampingan .
Tambahan pula , kami mendapatkan bekalan bahan mentah yang amat menitikberatkan
kebersihan . Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan
harganya . Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran
supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan .
Perlabelan :

Syarikat Rashid Global Enterprise telah meletakkan logo syarikat dan penjenamaan (Epok-epok
pusar Maksu Nora ) supaya pelanggan dapat mengambarkan bahawa ianya adalah produk kami
apabila ternampak logo syarikat kami . Syarikat kami sedang mengusahakan proses permohonan
halal agar lebih mendapat sambutan kerana kebanyakkan pelanggan yang membeli adalah orang
muslim , Jika logo halal telah tersedia di label kami pasti lebih kukuh dan pelanggan tidak ragu
memilih produk kami .

Penjenamaan :

Syarikat Rashid Global Enterprise mengeluarkan produk karipap pusar yang mempunyai lima jenis
perisa dan ini membezakan produk kami dengan pesaing yang lain . Selain itu , produk kami ini
hanya dijual di pasar raya . Oleh sebab itu , pengeluar lain tidak boleh meniru produk sejuk beku
syarikat kami dengan adanya penjenamaan ini .

Pembungkusan :

Syarikat kami membungkus produk sejuk beku dengan bekas plastik khas untuk sejuk beku dan yang
tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar . Dengan menggunakan plastik ini , pelanggan dapat
menyimpan produk kami dengan mudah .

Strategi Perkhidmatan Produk :

Syarikat kami menggunakan strategi perkhidmatan tersendiri bagi meningkatkan jualan produk kami
. Kami menerimadan mendapatkan maklum balas tentang produk kami agar penambahbaikkan
dapat dilakukan untuk memenuhi permintaan pelanggan . Pihak kami mengambil tindakan yang
sepatutnya apabila menerima aduan daripada pelanggan atau pembeli .

Asas Perletakkan Harga :

Produk Rashid Global Enterprise menarik perhatian pelanggan dengan meletakkan harga yang
berpatutan . Pelanggan tidak akan teragak-agak atau mengambil masa yang lama untuk membeli
produk kami kerana produk yang dihasilkan dan dikeluarkan berkualiti dan selamat untuk di makan .

Strategi Penembusan :

Syarikat Produk Rashid Global Enterprise menetapkan harga yang rendah untuk mengalahkan
pesaing lain dalam pasaran untuk mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar dan kemudian ,
lama- kelamaan kami akan menaikkan harga mengikut pasaran terkini . Syarikat kami dapat
meningkatkan harga produk apabila pengguna pasaran semakin meningkat .

Hubungan Saluran Pemasaran :

Produk kami melibatkan perkilangan , peruncit , agent dan pengguna . Syarikat kami menghasilkan
produk sejuk beku di kedai ( bengkel memproses ) dan akan dihantar terus kepada cawangan yang
membuat tempahan .
Kumpulan Sasaran :

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi :


- Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan perumahan Kulai .
- Kumpulan pelajar-pelajar .
- Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya .
- Internet (Laman Web) .

Isu Teknologi :
 Trend
Gaya hidup masyarakat pada masa kini telah berubah mengikut peredaran masa . Mereka
menginginkan sesuatu yang baru dan mudah disediakan . Oleh sebab itu , produk keluaran Rashid
Global Enterprise amat sesuai untuk masyarakat sekarang kerana produk kami terdapat dalam
bentuk sejuk dan mudah disediakan . Pelanggan tidak perlu membuat sendiri produk makanan
tetapi boleh mendapatkan produk yang siap dibuat .
 Kesan
Kami dapat menarik pengguna untuk membeli produk ini melalui promosi yang betul . Permintaan
yang tinggi daripada pelanggan akan meningkatkan lagi pasaran produk makanan sejuk beku di
pasaran dunia dan ianya membawa kesan baik kepada pelanggan kerana kepuasan pelanggan kami
terjamin .
5.0 RANCANGAN OPERASI :
5.1 Status terkini projek / perniagaan
Aktiviti Perniagaan
- Mempromosi , memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan sejuk- beku dan makanan
konfeksioneri sebagai jualan utama di premis perniagaan .
- Menyediakan tempahan meliputi seluruh negeri Johor .
- Beroperasi pada hari Isnin hingga hari sabtu dan cuti pada hari ahad .
- Waktu operasi mula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang , jika terdapat banyak permintaan dan
tempahan syarikat kami melaksanakan kerja lebih masa supaya dapat menyiapkan tempahan
pelanggan .
Kekurangan dalam perniagaan
Syarikat Rashid Global Enterprise mempunyai banyak kekurangan pada kemudahan dari dua aspek
iaitu mesin dan juga kekurangan tenaga pekerja . Syarikat kami juga dapat menerima banyak
tempahan tetapi tidak dapat menyiapkan dalam masa yang singkat . Hal ini adalah kerana mesin dan
pekerja yang sedia ada hanya mampu memproses dan mengeluarkan sebanyak 6100 pax sahaja .
Justeru itu , Syarikat kami kekurangan mesin peleyek tepung untuk mencepatkan lagi proses
pembuatan karipap pusar . Selain itu , di bahagian dapur pula , kami masih lagi menggunakan kuali
masakkan biasa untuk memasak inti karipap pusar dengan menggunakan dua orang tenaga pekerja
dan tiada mesin pemutar inti untuk memudahkan pekerjaan kakitangan kami .
Karipap pusar telur puyuh pula , mendapat banyak sambutan oleh pelanggan . Tetapi syarikat kami
tidak mampu untuk mengeluarkan karipap pusar telur puyuh dengan kadar yang banyak kerana
masih menggunakan kaedah pencetak manual . Proses mengupas telur puyuh juga masih tiada
mesin pengupas telur untuk memudahkan lagi kerja kakitangan kami .
Kekurangan dari segi pembungkusan pula Syarikat Rashid Global Enterprise masih mengguna sticker
perlabelan pada plastik . Hal ini adalah kerana kekurangan modal untuk menyediakan mesin
pencetak pembungkusan jenama Epok-epok Maksu Nora .

5.2 Cadangan penggunaan melalui bantuan geran IKC


Jika pembiayaan ini dapat disalurkan ke syarikat Rashid Global Enterprise, kekurangan kemudahan
yang terdapat di dalam syarikat dapat dikurangkan . Ia juga dapat memberi impak kepada prestasi
perniagaan di samping membuat penambahbaikan terhadap perniagaan sama ada dari segi
pengurusan pentadbiran , pengurusan kewangan dan juga pemasaran . Pengurus juga akan
mengawasi pelaksanaan rancangan tersebut dan sebarang isu – isu yang timbul seperti isu halal ,
keselamatan dan kebersihan makanan , dan sebagainya . Cadangan kami untuk memperoleh mesin
jika pembiayaan ini dapat disalurkan ke dalam Syarikat Rashid Global Enterprise adalah seperti yang
berikut :

BIL. Item yang Anggaran kos Jumlah


dicadangkan ( RM )
1. Mesin pennggelek RM 10 000 . 00 RM 10 000 . 00
automatik .

2. Mesin pengupas telur RM 5 000 . 00 RM 5 000 . 00


puyuh .

3. Mesin pengadun / RM 7 000. 00 RM 7 000 . 00


penggoreng inti
karipap pusar
RM 22 000 . 00
Cadangan pihak Rashid global menggunakan geran pembiayaan IKC

Sekiranya pembiayaan tidak mencukupi dengan nilai pembelian item yang dicadangkan , syarikat
Rashid Global Enterprise sedia menambah nilai untuk memenuhi dan memperolehi item yang
dicadangkan tersebut . Hal ini adalah kerana pihak kami amat memerlukan item yang dicadangkan
untuk memudahkan kerja kakitangan dan mempercepatkan proses kadar pengeluaran karipap pusar
jenama Epok-epok Maksu Nora bagi menyempurnakan permintaan dan tempahan pelanggan secara
drastik .

Di samping itu , dengan adanya item yang dicadangkan di atas syarikat kami dapat memperluaskan
lagi empayar karipap pusar ke seluruh Malaysia dan mampu memproses lebih dari 6100 pax kadar
maksimum biasa dalam masa satu hari . Syarikat juga tidak perlu melaksanakan kerja lebih masa
pada kakitangan kerana hasil yang dikeluarkan dapat memuaskan target harian syarikat Rashid
Global Enterprise .

6.0 Rancangan Kewangan


6.1 Cash Flow / Aliran tunai untuk tempoh 5 tahun
7.0 Penutup
Berdasarkan kepada perancangan perniagaan dan pendapatan yang telah dibentangkan , Rashid
Global Enterprise amat berkeyakinan tinggi bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberikan
pulangan yang lumayan dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia . Unjuran dan anggaran yang
dibuat untuk tahun pertama operasi selepas pembiayaan agak konservatif kerana mengambil kira
faktor perniagaan yang masih goyah di peringkat awal di mana promosi dan pemasaran baru mula
dilancarkan .
Kajian dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan
dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah dirangkakan . Oleh itu
, syarikat Rashid Global Enterprise amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju
dan mampu berkembang dari masa ke semasa pada masa hadapan .
Oleh itu , pemilik syarikat amat berbesar hati dan meletakkan harapan yang tinggi dalam
permohonan ini agar mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Unit Agroprreneur
Muda . Dengan ini , atas sokongan dan dorongan dan sokongan pihak Tuan / Puan pihak kami
terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih . Melalui pembiayaan ini perniagaan syarikat
Rashid Global Enterprise dapat beroperasi dengan lebih efisyen agar mampu berkembang dan
seterusnya menyumbang kepada ekonomi Negara . Pihak kami juga amat berharap pembiayaan ini
dapat diluluskan dalam menjayakan realisasi kami untuk terus maju dalam penceburan bidang asas
tani .
Yang Benar ,

( )
Penyelia Syarikat

Anda mungkin juga menyukai