Anda di halaman 1dari 34

1

JADUAL KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. Ringkasan Eksekutif

2. Pengenalan

3. Tujuan Penyediaan

4. Logo

5. Latar Belakang Perniagaan / Syarikat

6. Latar Belakang Pemilik

7. Rancangan Organisasi / Pengurusan

8. Rancangan Pemasaran

9. Rancangan Pengeluaran Operasi

10. Rancangan Kewangan

11. Jadual Perlaksanaan Projek

12. Rumusan

13. Biblografi

14. Lampiran



2

3

3

4

5

5

7

12

25

30

39

40
2

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd dijangka akan ditubuhkan pada 1 Mac 2014. Syarikat ini
ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang pertanian secara eksklusif dan lebih khusus
dalam memajukan teknologi pertanian terutama berkenaan dengan tanaman sayur cendawan
tiram.

Ini selaras dengan sarana mantan perdana menteri yang ke-5 Dato Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi yang menggalakkan perusahaan berasaskan pertanian dan juga menyahut cabaran
Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana pihak kerajaan mengalu-alukan penglibatan sektor
swasta dalam memajukan bidang pertanian.

Tapak projek ini akan dijalankan di atas tanah seluas 3 ekar di kawasan Cameron Highland
yang beralamat di Batu 54 Jalan Blue Valley Kg. Raja 39007 Cameron Highlands Pahang, di
mana pihak Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd telah membayar sewaan tanah tersebut kepada
pemilik setiap bulan sebanyak RM1000. Sebagai permulaan, pihak kami akan membina
sebanyak 20 buah Rumah Perlindungan Tanaman dan akan mengusahakan tanaman
cendawan tiram sebanyak 5,000 pokok dalam setiap buah stuktur Rumah Perlindung Tanaman
yang dilengkapi dengan sistem fertigasi.

Dari segi kewangan, pihak Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd memerlukan pinjaman dari Agro
Bank sebanyak RM300,000 untuk membiayai sebahagian dari kos permulaan projek ini. Dalam
perancangan yang teliti dan prospek yang berdaya maju, kami berharap pihak Agro Bank dapat
meluluskan permohonan kami bagi melaksanakan projek.

Syarikat kami menjangkakan senario pada masa hadapan berkemungkinan tanaman cendawan
akan pupus akibat pembangunan yang kian membangun dari satu generasi kepada generasi
yang lain yang mengakibatkan pengurangan tanah untuk dijadikan sebagai pertanian. Selain
itu, tidak mustahil jika pada masa hadapan lebih banyak cendawan yang di import dari Negara
lain memasuki pasaran di Malaysia. Malah dari segi faktor kesihatan juga di titikberatkan oleh
syarikat kami kerana cendawan yang dihasilkan dan diusahakan adalah bermutu kerana
mempunyai kualiti dan khasiatnya yang pelbagai.


3

2.0 PENGENALAN

Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah melalui pelbagai perubahan daripada
sistem penanaman secara konvensional kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi
untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin kompetitif selain menjaga kualiti dan
khasiat tanaman yang dihasilkan.

Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersial, pendekatan yang lebih
sistematik dan tersusun perlu dibangunkan untuk diguna pakai oleh pengusaha bagi
peningkatan hasil pengeluaran dan pendapatan.

Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini yang semakin meluas
penggunaannya di kalangan pengusaha bidang pertanian, di mana ia menggunakan habuk
kayu pokok getah serta menggabungkan pembajaan dan pengairan dalam satu sistem di
bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan
merupakan alternatif kepada sistem penanaman konvensional.


3.0 TUJUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah khusus untuk memohon pembiayaan dari
pihak Agro Bank bagi membiayai sebahagian kos permulaan projek yang akan dijalankan oleh
pihak Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd. Pinjaman sebanyak RM300.000 diperlukan dari bagi
menampung kos permulaan projek ini.

Kertas kerja ini juga disediakan untuk merancang perlaksanaan projek baru iaitu memberi
gambaran projek fertigasi dan analisis sebagai sokongan daya maju projek ini. Selain itu, tujuan
penyediaan rancangan perniagaan ini dibuat untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam
menguruskan perniagaan, dengan merujuk kepada garis panduan ini dapat melancarkan dan
menjayakan perniagaan ini.

3.1 KEISTIMEWAAN PINJAMAN AGRO BANK
Agro Bank merupakan sebuah organisasi yang menyediakan bantuan pinjaman kewangan
kepada usahawan yang ingin mencuba untuk menceburi bidang perniagaan. Pihak Agro Bank
4

memfokuskan khidmat pinjaman terutama kepada perusahaan yang berasaskan pertanian.
Sehubungan itu, syarikat BB Mushroom Sdn Bhd mengambil kesempatan ini dengan membuat
pinjaman menggunakan perkhidmatan pinjaman daripada Agro Bank. Melalui skim Wawasan
Tani, peminjam dibenarkan meminjam sehingga RM100000 tanpa penjamin sebagai modal
untuk memulakan perniagaan. Skim yang lebih dikenali sebagai AgroCash ini mula
diperkenalkan pada tahun 2011. Kaedah faedahnya yang rendah iaitu sebanyak 2 hingga 3.40
peratus juga menjadi faktor utama syarikat memilih Agro Bank sebagai pilihan untuk membuat
pinjaman.


4.0 IDENTITI LOGO




4.1 Bentuk Logo

Bentuk Logo ini berbentuk bunga bagi menunjukan Syarikat Freesia Holdings terdiri dalam
kalangan wanita.

4.2 Warna Logo
5


Warna logo ini terdiri daripada lima warna iaitu putih, merah jambu, hitam, kuning dan merah.
Dimana warna putih melambangkan kesucian atau kejujuran dalam perniagaan. Manakala,
merah jambu melambangkan kelembutan dan sikap peramah dalam urus niaga. Seterusnya,
warna hitam melambangkan kekuatan dalam menguruskan perniagaan. Warna kuning memberi
makna kecekapan dalam menguruskan perniagaan. Akhir sekali adalah warna merah yang
menunjukan erti keberanian dalam menghadapi risiko.



5.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / SYARIKAT DAN PEMILIK

5.1 Maklumat Syarikat

Nama Syarikat ialah BB Mushroom Sdn Bhd yang beralamat di Batu 54 Jalan Blue Valley Kg.
Raja 39007 Cameron Highlands, Pahang. Syarikat kami mempunyai perkhidmatan
perhubungan yang boleh dihubungi ditalian 03-98765432. Bentuk perniagaan syarikat kami
ialah rakan kongsi, kegiatan utama syarikat kami adalah Perniagaan Asas Tani dan Industri
untuk Tanaman Cendawan Secara Fertigasi. Syarikat kami dijangka akan mula beroperasi pada
1 Mac 2014. Kami memerlukan modal permulaan sebanyak RM300,000.00.

Pemegang saham terbesar syarikat kami ialah Mohamad Solehulhafiz Bin Mohamad Suhaimi,
beliau berasal dari Pulau Pinang yang beralamat 1620 Pmtg Tok Gelam, 13100 Penaga.
Syarikat kami ingin membuat pinjaman dengan pihak Agro Bank untuk mendapatkan modal
bagi melaksanakan perniagaan pertanian Tanaman Tomato Secara Fertigasi, nombor akaun
syarikat kami adalah 2930488782186.


6.0 LATAR BELAKANG PEMILIK DAN RAKAN KONGSI
6.1 Pemilik
Nama: Mohamad Solehulhafiz Bin Mohamad Suhaimi
Alamat: 1620 Pmtg Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang.
No.tel: 013-5918252
Kelulusan Akademik: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah)
6

Pengalaman/ kemahiran: Lima tahun berkhidmat di MARDI dan tiga tahun berkhidmat di FAMA.

6.2 Rakan Kongsi atau Pemegang Saham
1. Nama Penuh : Mohammad Naimuddin bin Aris
Alamat: 51 Kampung Hulu 75200 Melaka
No. Telefon: 013-2855395
Kelulusan Akademik: Ijazah Sarjana Muda Pertanian dari Universiti Putra Malaysia
Pengalaman atau Kemahiran: Menghadiri Bengkel Usahawan (PERMATA), Mahir dalam
Penggunan Komputer.
2. Nama Penuh: Mohamad Faqih Naufal Bin Ismail
Alamat: No. 42 Kampung Padang Lalang Mukin, Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman.
No. Telefon: 013-4916828
Kelulusan Akademik: Ijazah Sarjana muda dakwah dengan kepujian

3. Nama Penuh: Abdul Salam Bin Khairuddin
Alamat: Kampung Batu 2 Tebok Pulai 45200 Sabak Bernam, Selangor
No. Telefon: 012-3456789
Kelulusan Akademik: Ijazah Sarjana (Hons) Perakaunan dan Pentadbiran Perniagaan,
Universiti Sains Malaysia

4. Nama Penuh: Ridzhuan bin Ramli
Alamat: Lot 971 kampung tersusun, Gesir Tengah, 44020 Kuala Kubu Bharu, Selangor
No. Telefon: 013-4970949
Kelulusan Akademik: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam(Dakwah)
Pengalaman atau Kemahiran: Pengawai Penyelidik MARDI selama 10 tahun

5. Nama Penuh: Muhammad Ridzuan Bin Ab .Sahir
Alamat: Lot 74 Kampung Guntung Kok Lanas ,16450 Ketereh, Kelantan
No. Telefon: 0145404918
Kelulusan Akademik: Ijazah Pengurusan Pentadbiran
Pengalaman atau Kemahiran: Pegawai Pentadbiran Cameron Tea selama 7 tahun.


7.0 RANCANGAN PENGURUSAN
7

7.1 Starategi Perniagaan

Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd akan mengadakan persekitaran yang lebih kompetitif dengan
strategi berikut:

Agro-Teknologi: Mengguna pakai teknologi terkini dalam sektor pertanian bagi
menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin peningkatan pengeluarannya.
Fokus Pelanggan: Mengambil kira keperluan pasaran semasa dan kehendak pelanggan.
K-Ekonomi: Menumpukan kepada ilmu pengetahuan melalui internet dan R&D.


7.2 Objektif, Visi Dan Misi

Objektif
Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan pertanian
yang baik dan sisitematik.
Mengguna pakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk berasaskan cendawan
yang berkualiti tinggi dan perkhidmatan tenaga buruh.
Mengutamakan penghasilan produk berasaskan cendawan yang dapat meningkatkan
taraf kesihatan masyarakat.

Visi
Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di dalam sektor
pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani lain.

Misi
Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada pemegang syer syarikat,
pelabur dan pelanggan kami dengan menghasilkan produk yang berkualiti dan
sistematik.





8










7.3 Struktur Syarikat


Struktur syarikat dalam Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd yang bertanggungjawab terhadap
perjalanan syarikat secara keseluruhannya. Manakala, bagi pengurusan projek, pihak syarikat
akan menggaji kakitangan dan buruh secara kontrak bagi tempoh selama projek itu berjalan.

Pengarah Urusan
(Mashitoh Hashim)
Teknikal dan Operasi
(Fadzilah Shaari)
Projek Tanaman Fertigasi
(Siti Zakiah)
4 Buruh Am
Lain-lain Projek
(Nurul Hidayah)
4 Buruh Am
Jualan dan
Pemasaran
(Afifah Abd Jalil)
Pentadbiran dan
Kewangan
(Siti Nazirah)
Lembaga
Pengarah
(Rabiah Razali)
9

Bagi pengurusan syarikat diketuai oleh Pengurus, Penolong Pengurus, Pegawai Pemasaran,
Pegawai Pentadbiran, Pegawai Kewangan, Pegawai Operasi, 7 orang pekerja, 1 Pemandu Lori
orang dan 4 orang pengawal setiap projek dilaksanakan.

Jadual Jawatan:

Bil Jawatan Bil.Pekerja
1 Pengurus 1
2 Penolong Pengurus 1
3 Pegawai Pemasaran 1
4 Pegawai Pentadbiran 1
5 Pegawai Kewangan 1
6 Pekerja Ladang 7
7 Pemandu Lori 1
8 Pengawal Keselamatan 4


Jadual Huraian Tugas:

BIL JAWATAN TUGAS
1. Lembaga Pengarah Memegang saham utama
Memutuskan sebarang
keputusan
Pemantau
Memastikan nama baik
syarikat.
2 Pengurus dan Penolong Pengurus Memantau keadaan dan
memastikan perjalanan
perniagaan berjalanan
lancar.
Mengawasi, mengawal
dan mengurus perjalanan
operasi dan kewangan
10

syarikat dari semua
aspek.
Menguruskan hal-hal
pekerja.
Melaporkan segala hal
kepada pihak Lembaga
Pengarah
2. Pegawai Kewangan Menyediakan belanjawan
tahunan perniagaan
Menyediakan laporan
kewangan perniagaan
Mengawal dan mengurus
penggunaan sumber
perniagaan
3. Pegawai Pemasaran Mengawal pemasaran
keluar dan masuk
Menjalankan promosi
jualan
Mencari peluang
pemasaran.
4. Pekerja Ladang Menguruskan penanaman
fertigasi
5. Pegawai Pentadbiran Menguruskan perkara
teknikal dalam projek
Memberi bantuan kepada
Projek Tanaman Fertigasi
6 Pemandu Lori Mengutip hasil tanaman
dan menghantar kepada
pelanggan
7

Pengawal Keselamatan

Memastikan kawasan
perusahaan, operasi dan
penyimpanan berada
dalam keadaan selamat.


11

Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji:

JAWATAN BIL.
PEKERJA
GAJI BULANAN KWSP PERKESO JUMLAH
Pengurus 1 RM 2000 RM RM 15
Penolong Pengurus 1 RM 1800 RM RM 15
Pegawai Kewangan 1 RM 1500 RM RM 15 RM4250
Pegawai Pentadbiran 1 RM 1500 RM RM 15 RM4250
Pegawai Pemasaran 1 RM 1500 RM RM 15 RM4250
Pegawai Operasi 1 RM 1500 RM RM 15
Pekerja Ladang dan
Pemandu Lori
8 RM 5600 RM RM 120 RM 5100
Pengawal
Keselamatan
4 RM 1000 RM 60
JUMLAH RM RM 4420 RM680 RM28900

Senarai Perabot dan Keperluan Pejabat:

Bil Jenis BIL Harga (RM)
1 Mesin
Pengukus
10 RM 5000
2 Peralatan
Rumah
Cendawan
10 RM 200
JUMLAH 20 RM 5200


Senarai Perbelanjaan Pentadbiran:

Perkara Perbelanjaan Harta Perbelanjaan
Bulanan
Laian-lain
perbelanjaan
Gaji dan Imbuhan
Balas Jasa
RM 19400
12

Perabot dan
Keperluan Pejabat
RM 5,200
Sewa tanah (3 ekar)

RM 1000.00 / bulan


8.0 RANCANGAN PEMASARAN

Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang dilaksanakan, aspek
pemasaran merupakan elemen penting yang perlu diurus dengan cekap dan berkesan.
Perancangan dan analisa semasa penting untuk memastikan perlaksanaan sesuatu projek
menghasilkan sesuatu pendapatan yang lumayan kepada penguasaha. Perkara-perkara yang
perlu terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah:


8.1 ANALISIS PASARAN
8.1.1 ANALISIS

PELANGGAN PASARAN BARANGAN
Syarikat BB Mushroom Sdn
Bhd membuat analisis tentang
pengguaan cendawan dalam
kalangan pengguna.
Cendawan digunakan oleh
pengguna dalam pelbagai
masakan. Selain itu,
cendawan digunakan juga
bukan sahaja dalam isi
rumah, malahan dalam majlis-
majlis tertentu yang
menggunakan cendawan
sebagai sumber makanan
dalam masakan.
Melalui tinjauan yang kami
buat, kami mendapati bahawa
pasaran cendawan semakin
tinggi. Oleh kerana terdapat
banyak pemintaan daripada
pengguna, kami
menggunakan kaedah Sistem
Fertigasi bagi menghasilkan
cendawan yang berkualiti.
Barangan yang dikeluarkan
oleh syarikat kami
mengeluarkan cendawan
sebagai makanan yang
berkhasaiat yang digunakan
oleh pelbagai lapisan
masyarkat. Cendawan juga
memiliki pelbagai kegunaan
selain daripada dalam
masakan, cendawan juga
digunakan sebagai bahan
yang digunakan dalam
kecantikan.

13


8.1.2 ARAH ALIRAN PASARAN

Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd membuat aliran pasaran yang meliputi keperluan isi rumah,
pasaraya, institusi, pasar tani dan penjual atau peruncit. Aliran pasaran ini adalah mengikut
keperluan pengguna yang kebanyakan pengguna akan menggunakan cendawan setiap hari
sebagai makanan yang perlu ada dalam masakan mereka. Arah aliran pasaran juga boleh
dilihat melalui rajah di bawah:
















SALURAN PENGEDARAN CENDAWAN SEGAR DAN PROSES

KAEDAH PERTAMA:







Himpunan pusat

Pemprosesan
Pemborong

Peruncitan

Penanam

Perantara

Pemborong

14












KAEDAH KEDUA:
















8.1.3 PONTESI PASARAN DALAM JANGKA MASA SETAHUN


TEMPOH PENGHASILAN CENDAWAN UNTUK 3 EKAR
TANAH/KG
10 Hari 5000kg
Perantara

Pemborong

Institusi
Penanam
Industri Isi Rumah Pasar Tani

Peruncit Besar (Pasaraya
perdana/pasaraya)

Penjual/Peruncit
15

1 Bulan x 3 15000kg
12 Bulan (Setahun) 60000kg


TAHUN ANGGARAN HARGA CENDAWAN
PERKILOGRAM (3 Bulan )
JUMLAH (RM)
Mac April Mei
Pertama 105000 105000 105000 315000


Berdasarkan rajah di atas telah menerangkan mengenai harga yang dikira mengikut pasaran
dalam tempoh tiga bulan pertama syarikat beroperasi. Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd dapat
menghasilkan cendawan sebanyak 60000kg dalam tempoh setahun. Anggaran jualan bagi
tempoh tiga bulan ialah RM 305000.


8.1.4 Kelebihan Sistem Fertigasi Dalam Menghasilkan Cendawan Yang Berkualiti

Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd menggunakan kaedah Sistem Fertigasi dalam menghasilkan
tomato yang berkualiti. Kaedah ini digunakan kerana mempunyai kelebihan tersendiri
berbanding kaedah konvensional lain. Di antara kelebihannya ialah dapat menghasilkan
cendawan yang memiliki kandungan nutrient yang lengkap, malahan boleh mengawal dari segi
jumlah mengikut kehendak tanaman dan peringkat umur pertumbuhan pokok cendawan. Selain
itu, melalui Sistem Fertigasi juga dapat menghasilkan persekitaran yang bersih, menjamin dan
menghindar cendawan daripada masalah penyakit. Bukan itu sahaja, melalui Sistem Fertigasi
juga dapat mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak. Di samping
itu, melalui sistem ini tiada pembaziran berlaku dan akar menerima nutrient yang secukupnya
serta menghasilkan kualiti yang lebih baik kerana kurang penggunaan racun. Selain itu,
penggunaan air dan baja yang lebih cekap serta penjimatan tenaga buruh dengan sistem
automatik. Jarak tanaman rapat dan dapat diurus secara sistematik dan penyakit tidak boleh
berjangkit antara pokok.


Khasiat Cendawan
16













8.1.5 Segmen Pasaran
Segmen pasaran ini dibuat untuk
mengenalpasti pelanggan yang mempunyai
potensi besar untul membeli cendawan.

Peringkat 2014 2015 2016
Isirumah 10000kg 20000kg 20000kg
Industri 20000kg 40000kg 60000kg
Institusi 30000kg 70000kg 80000kg
Jumlah 60000kg 130000kg 160000kg


1) Industri
Pengguna industri terdiri daripada pasar raya dan kilang-kilang yang membekalkan makan
sebagai bahan mentah. Sektor ini merupakan pasaran kedua terbesar untuk pasaran
cendawan. Tahun 2016, kilang menggunakan sebanyak 60000kg cendawan iaitu peningkatan
sebanyak 2000kg berbanding tahun sebelumnya.

2) Institusi
Pengguna institusi adalah seperti hotel, restoren, kantin, restoran makanan segera, gerai-gerai
makanan, pasar-pasar raya dan pasar raya perdana. Bagi tahuan 2013, sektor ini
menggunakan cendawan sebanyak 30000kg dan 80000kg pada tahun 2016. Didapati
Zat Makanan Jumlah

Protein 1.4 g

Karbohidrat 3.6 g

Lemak 0.2 g

Serat 0.4 g

Kalsium 12.0 g

Zat Besi 0.8 g

Fosforus 28.0 mg

Karotena Beta 790.0 ug

Vitamin B1 0.18 mg

Vitamin B2 0.09 mg

Niacin 0.3 mg

Vitamin C 25.8 mg

17

penggunaan institusi terhadap cendawan bagi tahun 2016 meningkat berbanding tahun
sebelumnya.

3) Isi rumah
Pengguna isi rumah adalah pengguna terakhir iaitu individu atau keluarga yang menggunakan
cendawan untuk sajian makanan. Merupakan pengguna yang menggunakan cendawan
dengan jumlah penggunaan tahun 2016 sebanyak 20000kg berbanding 10000kg tahun 2013.
Ini bererti berlaku peningkatan dalam penggunaan isi rumah sebanyak 10000kg bagi tahun
2016 berbanding tahun sebelumnya.


8.2 RAMALAN JUALAN

Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd menghasilkan cendawan mengikut timbangan yang sama
berdasarkan kepada Rumah Cendawan yang didirikan sebanyak 20 buah rumah.

PENGELUARAN CENDAWAN (KILOGRAM)
TAHUN 2014 2015 2016
2014 10000kg 20000kg 20000kg
2015 20000kg 40000kg 60000kg
2016 30000kg 70000kg 80000kg
Jumlah 60000kg 130000kg 160000kg

Ramalan jualan ini dibuat dengan mengira keluasan tanaman tomato sebanyak tiga ekar yang
dapat menghasilkan cendawan sebanyak 60000kg dalam masa setahun.

8.3 STRATEGI PEMASARAN

8.3.1 Strategi Pemasaran secara keseluruhan

i) Berpandukan kepada penetapan hala tuju baru komoditi cendawan, satu strategi bersepadu
perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslah berpandukan kepada kecekapan pemasaran yang
strategik di mana ia boleh didefinasikan seperti berikut:

18

Kecekapan Pemasaran:
Kecekapan Faktor Luaran + Kecekapan Faktor Dalaman

Kecekapan Faktor Dalaman:
Kecekapan Pengeluaran + Kecekapan Pasaran

Kecekapan Faktor Luaran = Penyelasaian Kepada Faktor Berkaitan

ii) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan berdaya saing dan berdaya maju
dalam sesuatu kemajuan pemasaran. Perkara ini boleh berhubungkait dengan kos pengeluaran
yang rendah dan pengeluaran yang berterusan. Faktor penyesuaian tanah tidak menjadi
halangan kepada penanaman cendawan disebabkan semua tanah di Malaysia mempunyai
tahap kesuburan yang baik.

iii) Dalam penyelidikan menunjukkan pengeluaran per ekar Malaysia adalah di antara yang
terbaik di rantau Asia tetapi keeping quality yang mencacatkan rantaian pengeluaran (supply
chain).

iv) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak strategik di mana tedapat
beberapa buah pasaraya hypermarket, supermarket, kedai runcit, pasar malam, pasar awam
serta lebih 280 buah gerai pasar tani. Saluran pasaran adalah agak baik dengan adanya jalan
perhubungan darat yang sempurna dan pelabuhan yang efisyen.

v) Faktor keamanan dan kestabilan sosio politik negara amat penting kepada perkembangan
pemasaran. Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang selamat. Sekatan tarif
akan dikurangkan dengan adanya perjanjian WTO dan perlaksanaan AFTA, Malaysia boleh
diancam oleh lambakan dari negara persekitaran terutama dari Thailand dan Indonesia.

vi) Maka, Malaysia perlu memperkukuhkan prosedur phytosanitary untuk kemasukkan
komoditi dari negara asing. Faktor bukan tarif ini adalah senjata terbaik Malaysia untuk
mengelakkan komoditi yang tidak dikelaskan untuk dimakan. Faktor ini dapat menstabilkan
harga komoditi cendawan dan akhirnya dapat menceriakan petani dan pengguna di Malaysia

19

vii) Oleh itu, strategi yang perlu dijelaskan ialah negara Malaysia dapat mengeluarkan komoditi
tomato dengan kos pengeluaran yang efisyen dan kehilangan lepas tuai yang rendah serta
kualiti penyimpanan (keeping quality) yang baik. Dengan ini, bolehlah dijadualkan rantaian
penyaluran pengeluaran kepada pengguna.


8.3.1.1 Strategi menghadapi pesaingan

Syarikat menghadapi persaingan dalam peniagaan cendawan ini dengan merancang strategi
pemasaran yang berkesan melalui kaedah dibawah iaitu :

I. Memastikan produk yang dikeluarkan adalah berkualiti.
II. Memastikan jaminan pengeluaran produk, dikeluarkan pada waktu yang tepat.
III. Pengendalian yang sempurna dari segi pengedaran produk sampai kepada pengguna.
IV. Kos pengeluaran yang minima bagi mengelakan pembaziran.
V. Pembungkusan yang baik bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk sampai
kepada pihak pengguna.
VI. Kecekapan dalam mengendalikan peghantaran dan pemasaran produk yang meliputi
ketepatan waktu dan kehendak pelanggan.
VII. Memenuhi citarasa pembeli dimana produk yang dikeluarkan dapat memenuhi
permintaan pelanggan dari sudut saiz cendawan yang berbeza berdasarkan kehendak
penggunaan. Kebanyakan pengguna dari kalangan institusi seperti restoran
memerlukan cendawan yang bersaiz kecil kerana harga cendawan bersaiz kecil lebih
murah dan menjimatkan pengeluaran modal dari pihak tersebut.
VIII. Keberkesanan aktiviti promosi juga dititik beratkan bagi memperolehi jumlah jualan yang
banyak. Selain itu, keadaan cendawan yang tidak boleh tahan dalam tempoh yang lama
menyebabkan promosi memainkan peranan yang penting bagi mengelakan sebarang
kerugian.
IX. Rangkaian pemasaran yang terjamin juga memainkan peranan penting dalam strategi
pemasaran dimana menjamin kelangsungan produk sampai kepada pengguna.
X. Berdaya saing merupakan perkara yang tidak lari dalam sesebuah perniagaan, untuk
memajukan perniagaan perlu memastikan produk sentiasa berada dalam keadaan yang
baik dan mampu bersaing dengan produk lain dipasaran.
20

XI. Manakala bijak mencari peluang juga merupakan elemen penting dalam memastikan
cendawan sentiasa berada dalam pasaran.


8.3.1.2 Perbezaan syarikat BB Mushroom Sdn Bhd dengan Syarikat Persaing :


Nama Syarikat
Perbezaan
Kualiti Harga Lokasi

BB Mushroom
Sdn Bhd
Kaedah
pembungkusan yang
menarik, bukan sahaja
menarik minat
pelanggan tetapi
memiliki cara
pembungkusan yang
baik dapat menjamin
kualiti cendawan.
Harga yang
ditawarkan
adalah
berpatutan.
Rumah Perlindungan
bagi tanaman
cendawan Syarikat BB
Mushroom Sdn Bhd
berdekatan dengan
sistem perairan.
Lokasi Syarikat kami
senang ditemui kerana
berdekatan dengan
jalan utama.

Ahmad
Cendawan Sdn.
Bhd.
Kaedah
pembungkusan
Syarikat Ahmad
Menarik dari segi
menggunakan corak
yang bersesuaian
terhadap bungkusan
tersebut
Harga yang
ditawarkan
tidak
menitikberatk
an kualiti
produk.
Syarikat Ahmad
menggunakan sistem
konvesional.
Lokasi Syarikat Ahmad
sukar ditemui kerana
berada di kawasan
pendalaman.

Saiful Agro Farm
Bilangan yang
dikeluarkan terhad
Harga yang
ditawarkan
adalah tinggi
kerana kos
penyelenggar
aan yang
digunakan
Kedudukan syarikat
yang terletak di
kawasan berdekatan
sungai dan
berkemungkinan
terdedah kepada
banjir.
21

kepada
cendawan

Mushroom Best
Holdings
Mempunyai tanaman
yang pelbagai tetapi
tidak mengutamakan
kualiti produk
Harga dijual
mengikut
saiz tanaman
yang
dihasilkan
Terletak dikawasan
yang agak jauh
daripada kemudahan
awam seperti jalan
raya.

8.3.2 STRATEGI BARANGAN

Faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan dari segi barangan:

1) Menghasilkan cendawan yang segar. dengan membekalkan cendawan yang masih
segar dan baru dipetik dari ladang. Selain itu, cendawan yang segar dapat bertahan
dalam tempoh yang lama.
2) Pembungkusan yang menarik dan berkualiti juga menjamin kualiti cendawan dan secara
tidak langsung dapat menjadi salah satu strategi barangan yang dikeluarkan.

3) Cendawan yang bebeza saiz dan juga harga dapat menarik minat pelanggan dan
mengikut citarasa pengguna kerana menepati kemampuan mereka.


8.3.3 STRATEGI HARGA
Golongan sasaran syarikat BB Mushroom ialah Peruncit, Pengedar, Pengguna dan lain-lain.
Hasil pertanian yang dikeluarkan akan dipasarkan mengikut sistem pemborongan di mana
sasaran utama ialah bagi peruncit, pengedar dan pengguna. Penetuan dan tawaran harga
adalah dipengaruhi oleh jenis sistem pembelian sama ada ladang, borong, runcit.


Purata harga cendawan tanah tinggi
Harga ladang (RM/kg) Harga borong (RM/kg) Harga runcit(RM/kg)

7.00 12.00 18.00
22




Pemborong yang membeli cendawan terus dari ladang akan mendapat harga yang lebih murah
disebabkan tiadanya kos pengangkuatan dan penghantaran yang diperlukan. Berbeza dengan
peruncit yang memerlukan perkhidmatan pemborong untuk menghantar cendawan tersebut
kepadanya, ini kerana ia melibatkan kos kenderaan dan juga upah penghantaran kepada
peruncit. Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd juga menyediakan penghantaran kepada pemborong
jika diminta. Penghantaran itu akan dihantar menggunakan lori, untuk permulaan syarikat BB
Mushroom Sdn Bhd mempunyai sebuah lori.

8.3.4 STRATEGI PENGEDARAN

Sistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikan semua hasil-hasil pertanian
dapat dipasarkan secara meluas. Mengurangkan kadar kerosakan selepas tuai dari segi
pemprosesan, pengedaran, pembungkusan dan penyimpanan perlu ditingkatkan. Pemasaran
sayur-sayuran harus dilihat kepada kaedah pemborongan melalui pasar borong, institusi dan
pengilangan. Oleh itu, pengedaran yang dilakukan mestilah menggunakan lori.

Kos-kos yang terlibat:

Rancangan pengedaran jangka pendek adalah seperti diatas. Kami menggunakan
pengangkutan seperti lori yang beli melalui bank untuk diedarkan kepada pelanggan. Kami
menfokuskan pasaran syarikat kami sekitar semenanjung Malaysia sahaja.

Rancangan kami pada masa akan datang ialah kami berhasrat untuk mengembangkan
pengeluaran tomato kami ke seluruh Malaysia dan akan dieksport ke luar negara.

8.3.5 STRATEGI PROMOSI

Pengangkutan Unit Kos(RM)/bulan
Lori 1 1000
Jumlah 1 1000
23

JENIS PROMOSI HARGA SETIAP PROMOSI (RM)
Kempen 2000
Baner 1000
Media Cetak 1000
Media Elektronik 2500
Jumlah 6500

Pendekatan promosi yang lebih agresif dan berkesan perlu dilaksanakan di negeri-negeri yang
berdekatan. Kempen galakan memakan sayur-sayuran tempatan dan produk-produk pertanian
tempatan hendaklah diprogramkan secara berjadual sepanjang tahun. Bagi pasaran luar
negara, aktiviti promosi perlu melihat kepada memperkenalkan produk dari segi uji rasa, khasiat
dan cara penggunaannya.






Butiran Perbelanjaan Pemasaran:

Perkara Perbelanjaan Harta/
bulan (RM)
Perbelanjaan
Bulanan (RM)
Lain-lain Belanja
(RM)
Kenderaan 1000
Promosi 6500
Insurans 800


9.0 RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI
9.1 Pengenalan
Syarikat BB Mushroom Sdn Bhd amat menjaga kualiti dan kuantiti terhadap penghasilan
cendawan yang bermutu. Oleh kerana itu, pihak syarikat sentiasa mengambil peluang dalam
mempelbagaikan teknologi dalam penghasilan produk dan tanaman. Bersesuaian dengan itu,
kaedah yang digunakan dalam operasi pengeluaran ialah menggunakan Sistem Fertigasi.

24

9.1.1 Sistem Fertigasi

Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan fertilization dan irrigation. Proses
pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada
sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production system).
Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti cendawan, tomato, timun,
zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar
seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang
kebanyakannya dibawah oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang
pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur
Pelindung Hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia.
Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH
diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh
sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan
hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan
Antraknos.

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan
larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan
membuatkan pemberian baja tidak berkesan.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah habuk kayu pokok getah. Ini kerana ia
mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain seperti perlite
vermiculite dan maidenwell diatomite. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah
medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur).

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai pengguna.
Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja
berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga
rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.
25



















9.2 Proses Pengeluaran

9.2.1 Carta Aliran Operasi

26





9.2.2 Rancangan Pengeluaran

Perkara Jumlah Pengeluaran Keupayaan Maksimun

Penyimpanan Stok

1 botol = 0.05 gram
1 Rumah Cendawan
= 2500 kilogram
(5000 botol)
105000 Kilogram 105000 Kilogram 10000 Kilogram



9.2.3 Senarai Bahan Mentah

Bahan mentah yang dibeli syarikat ialah untuk kegunaan setahun. Di bawah ialah keperluan
bahan bulanan bagi anggaran bulan pertama.
27


BULANAN
Jenis Bahan
Mentah
Kuantiti
digunakan
Stok Simpanan

Harga Seunit
(RM)
Jumlah Belian
(RM)
Baja Fertigasi 10 Kg 5 Kg 30 450
Biji Benih 200 Peket 50 Peket 50 12,500
Jumlah 12,950

Anggaran belian bulanan bahan mentah untuk tiga tahun. Nilaian belian bahan untuk satu tahun
adalah merangkumi jangkaan untuk tahun berikutnya akan berlaku pertambahan media
tanaman.


Tahun Pertama
Jenis Bahan
Mentah
Kuantiti
digunakan
Stok Simpanan Harga Seunit
(RM)
Jumlah Belian
(RM)
Baja 30 Kg 15 Kg 30 1,350
Biji Benih 600 Peket 150 Peket 50 37,500
Jumlah 38,850
Tahun Kedua
Baja 90 Kg 15 Kg 30 3,150
Biji Benih 900 150 50 52,500
Jumlah 55,650
Tahun Ketiga
Baja 180 Kg 15 30 5,850
Biji Benih 1800 Peket 150 Peket 50 97,500
Jumlah 192,000


9.2.4 Senarai Buruh

Memandangkan operasi Sistem Fertigasi ini dilaksanakan secara automatik menggunakan alat
pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan projek adalah
28

minimum. Bagi melancarkan operasi projek ini, tenaga kerja yang diperlukan adalah seperti
berikut:

Pekerja biasa = 8 orang
1 orang = RM 700 8 orang = RM 5600
Gaji bersih (1 orang) = RM 700 RM 15 (PERKESO) RM 77 (KWSP) = RM 608
KWSP oleh majikan (8 orang)
= 12/100 x RM 700 x 8 orang = RM672
Pengawal keselamatan = 4 orang
1 orang = RM 1000 4 orang = RM 4000
Gaji bersih (1 orang) = RM 1000 RM 15 (PERKESO) RM 110 (KWSP) = RM 875
KWSP oleh majikan (4 orang)
= 12/100 x RM 1000 x 4 =RM 480
Pengurus (1 orang) = RM 2000
Gaji bersih = RM 2000 RM 15 (PERKESO) RM 220 (KWSP) = RM 1765
KWSP oleh majikan = 12/100 x RM2000 = RM240
Penolong pengurus (1 orang) = RM1800
Gaji bersih = RM 1800 RM 15 (PERKESO) RM 198 = RM 1587
KWSP oleh majikan = 12/100 x RM 1800 = RM216
Penyelia = 4 orang
1 orang = RM1500 4 orang = RM6000
Gaji bersih (1 orang) = RM 1500 RM 15(PERKESO) RM 165 = RM 1320
KWSP oleh majikan = 12/100x RM 6000 = RM 720
JUMLAH KWSP OLEH MAJIKAN = RM 2328






9.2.5 Susun Atur Lokasi











Pondok
Pengawal
Gudang dan Stor
Penyimpanan
29













Rajah di atas merupakan gambaran susun atur lokasi perlaksanaan projek fertigasi cendawan.
Selain itu, bilik kawalan keselamatan berdekatan pejabat yang bertindak untuk mengawal
keselamatan kawasan perusahaan. Rumah Cendawan yang didirikan sebanyak 20 buah rumah
adalah bertujuan untuk menempatkan cendawan tersebut. Ia juga merupakan pusat kawal
sistem sepanjang berlaku proses pengaliran air dan baja.

Manakala, bangunan pengurusan terletak di antara bilik kawalan dan Rumah Cendawan agar
dapat memudahkan pihak atasan memantau keadaan bilik kawalan keselamatan dan proses
pengumpulan dilaksanakan. Gudan dan Stor Penyimpanan atau rumah perlindungan pula
dibina untuk memudahkan dan menjimatkan tenaga buruh am di mana mereka tidak perlu
melalui jarak jauh untuk memindahkan cendawan yang telah dikutip ke pusat pengumpulannya.

9.2.6 Overhead Operasi

Merangkumi kemudahan yang menjadi penggerak operasi. Sumber bekalan air berpunca
daripda sungai berdekatan dan ini boleh mengurangkan kos pengeluaran operasi.


Bil Perkara Kos Bulanan (RM)
1 Bil Air dan Elektrik 1,000
Jumlah 1,000

30


9.2.7 Belanja Pengeluaran Operasi

Bil Perkara Kos / Tahun (RM)
1 Pembinaan Rumah Perlindungan 275000
2 Belian bahan mentah 38,850
3 Bekalan Elektrik 24,000
4 Gaji Tenaga Pekerja 192,960
Jumlah 530810

JADUAL PERLAKSANAAN
BULAN AKTIVITI CATATAN

1
Penyediaan Kawasan
Penyemaian Cendawan
Projek ini baru bermula dengan kerja-
kerja seperti insfratruktur dan pembinaan
Rumah Cendawan.

2
Menyediakan Kelengkapan Membina gudang dan rumah pekerja
Membeli kenderaan


3
Menuai Hasil

Jualan Dan Pemasaran
Memetik cendawan
Mempromosikan cendawan kepada
pelanggan
Menghantar cendawan kepada
pemborong


RUMUSAN
Kesimpulan yang dapat dilakukan ialah syarikat BB MUSHROOM SDN BHD melakukan
projek tanaman cendawan kaedah fertigasi. Bagi kami ia menjamin keuntungan yang lumayan
kepada syarikat. Selain itu, cendawan adalah salah satu sayur yang digunakan secara meluas di
Malaysia. Cendawan amat terkenal di dalam penggunan dalam masakan rakyat Malaysia. Ia
merupakan bahan utama dalam masakan rakyat Malaysia.
Tidak dinafikan syarikat kami mengeluarkan kos bagi pembinaan tapak, baja, penjagaan,
benih dan sebagainya. Namun syarikat kami mampu mendapat pulangan yang menguntungkan
31

hasil dari penanaman ini. Dari segi penjagaan pula, syarikat kami amat mementingkan penjagaan
yang rapi dari segi penjagaan dan kebersihan. Kami memastikan tanaman cendawan terjaga dari
serangga atau bahan perosak agar kami mampu mengeluarkan komoditi yang berkualiti. Selain
itu, kami akan mengasingkan cendawan tersebut selepas proses menuai hasil mengikut gred dan
kualitinya. Kami juga amat mementingkan kualiti pekerja yang mahir dan amat mementingkan
kebersihan agar proses penjagaan cendawan dapat dilakukan dengan teliti.
Oleh itu, hasil daripada usaha kerjasama dan dedikasi kami terhadap penanaman ini, kami
yakin penanaman ini amat memberi keuntungan yang berlipat ganda pada syarikat kami pada
masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat membantu rakyat Malaysia dalam mendapatkan
sumber cendawan dengan mudah dan berkualiti dan mampu memajukan negara Malaysia dalam
bidang pertanian.








BIBLIOGRAFI

1. Tan Siew Lian, (2005), Ulangkaji Total SPM Prinsip Perakaunan, Sasbadi Sdn. Bhd.

LAMPI RAN
32












Rumah Pelindung Tanaman

33

Bahan keperluan dan bahan input bagi sistem pengairan




34

Tomato Keluaran Freesia Holdings




Tomato Keluaran Freesia Holdings

Anda mungkin juga menyukai