UiTM (TERENGGANU)
LAPORAN PESERTA
ANALISIS SWOT
09 845 8440
Perniagaan
dan keramaian.
MM Bake and Bakery Ingredient Shop dikelola oleh sepasang suami isteri
daripada Paka, Dungun iaitu Haji Manaf bin Mohamad Hashim dan Hajah Maznah
binti Zakariah. Encik Manaf merupakan salah seorang staff di Petronas Cari Gali dan
Puan Maznah pula suri rumah sepenuh masa sebelum bergiat dalam aktiviti
perniagaan barangan bakeri ini. Selain mempunyai kepakaran dalam pembuatan kek
dan pastri, Puan Maznah juga dianugerahi dengan bakat menjahit seperti baju dan
cadar.
Sebelum ditukar kepada nama MM Bake & Bakery Ingredient Shop, kedai ini
kepunyaan salah seorang rakan kerja Encik Mazlan di Petronas CariGali dan
menggunakan nama Eriqa Sweet Ingredient Shop. Kedai ini diambil alih oleh
pasangan suami isteri ini pada akhir tahun 2009 dan diberi nama MM Bake & Bakery
Ingredient Shop hasil gabungan nama mereka. Mereka mula beroperasi pada 15
Disember 2009.
Kedai ini terkenal di mukim Sura dan juga mukim Paka. Merupakan kedai
yang lengkap dengan kelengkapan membuat kek dan menjadi fokus utama kepada
pembuat kek dan kuih-muih di sekitar daerah Dungun dan juga Paka. Kedainya yang
stategik menghimpunkan ramai pelanggan terutama yang bekerja sebagai
pensyarah di UiTM dan juga Politeknik serta para ibu yang gemar dalam bidang ini.
Mempunyai seorang pembantu kedai iaitu Puan Azlina Hasan berasal dari
Johor. Beliau merupakan graduan daripada Institut Teknologi Mara pada tahun 1997
dengan Certificate in Food Servicing and Baking dari ITM Shah Alam. Beliau
mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang pembuatan dan mendekorasikan kek
hasil dari pengalaman bekerja dengan aneka restoran dan hotel yang ternama.
Setelah berkahwin, beliau sedia menetap di Dungun dan mempunyai 2 orang putera.
ANALISIS SWOT
Puan Maznah mempunyai satu komuniti yang besar terletak di kawasan Paka.
Beliau sudah dikenali ramai di sana. Hasil dari hobi beliau iaitu menjalinkan
silratilrahim sesama insan secara tidak langsung dapat menjayakan perniagaan ini.
Kenalan sama ada jauh atau rapat amat penting dalam menjayakan perniagaan yang
diceburi. Walaupun kita dalam apa jua bidang perniagaan, kenalan juga harus
dititikberatkan kerana dalam masa yang panjang atau singkat, rakan-rakan pasti
akan mencari kita.
Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya asyik memikirkan perkara yang
negatif dan menjatuhkan. Jadi, berfikiran positif perlu di dalam diri seorang
usahawan walaupun dari pelbagai bentuk perniagaan. Pelbagai cabaran yang
datang ditempuhi dengan penuh kesabaran dan menjadikan cabaran itu sebagai titik
kejayaan dalam perniagaan.
Apakah KELEMAHAN (Weaknesses) dalaman di dalam organisasi ini yang memberi
kemudaratan/kekangan kepada pencapaian objektif?
Antara kelemahan atau kekangan yang utama yang memberi impak ke atas
organisasi ialah masalah kewangan. Modal yang nipis menjadikan barangan yang
dibeli untuk dijual tidak dapat menjadi stok dalam masa yang lama. Pembelian
secara runcit merumitkan lagi perniagaan. Barangan yang dibeli terpaksa dijual
dengan harga yang agak mahal agar berbaloi dengan kuderat yang dipikul. Selain itu
juga, kekurangan modal untuk membeli peti sejuk untuk tujuan penyimpanan
pelbagai tepung, kekacang, buah-buahan campur, keju, krim putar dan sebagainya
agar tahan lama dan tidak dimasuki bendasing.
Stuktur kedai yang agak sempit juga menjadi kelemahan kepada perniagaan
ini. Disebabkan struktur kedai yang tidak bersesuaian, keadaan barangan yang dijual
agak tidak teratur dan menyukarkan pelanggan untuk memilih barang. Selain itu, rak
yang digunakan untuk menggantung barang seperti lilin, roller, fondant cutter dan
sebagainya terletak di tengah-tengah jalan dan menyusahkan pergerakan pelanggan
yang datang membeli loyang dan bekas meletakkan kek.
Apakah PELUANG (Opportunities) luaran yang boleh membantu dan memberikan
kesan positif kepada pencapaian objektif organisasi?
Antara peluang yang boleh membantu dan memberikan kesan positif kepada
pencapaian objektif organisasi dan perniagaan ialah pinjaman modal daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membantu para peniaga yang berdaftar
di bawah naungan SSM untuk menambahkan modal perniagaan selain
memperbesarkan perniagaan secara langsung. Dengan faedah yang rendah,
kerajaan ingin membantu para peniaga terutama bumiputera untuk meningkatkan
kualiti hidup mereka. Dengan pinjaman modal ini, secara tidak langsung, perniagaan
ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan modal yang dihadapi.
Sebagai rumusan, cadangan dari saya ialah menambahkan modal yang sedia
ada walaupun pemulangan modalnya dalam masa yang agak panjang. Memenuhi
prenis dengan barangan keperluan bakeri serta tersusun atur menarik minat ramai
pelanggan untuk terus membeli belah di premis ini.