Anda di halaman 1dari 53

1.

0 PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga saya

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada

pensyarah tercinta kami, Puan Roslinawati binti Ibrahim kerana dengan tunjuk ajar

serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu

bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang

tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang

banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka

membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada

mereka.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat

secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

1
2.0 PENGENALAN

Tajuk produk yang dipilih ialah “ PAMOGA” dari Syarikat Vida Beauty

Sdn.Bhd. produk ini dipilih kerana kami ingin mengkaji bagaimana cara pemasaran

dan objektif yang digunakan oleh Dato Seri Vida ini. Pemilihan tajuk produk ini

dibuat adalah untuk mengenal pasti sejauh mana sambutan pasaran pengguna

terhadap produk Pamoga ini mampu membangun dan meningkatkan ekonomi.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat apakah masalah yang dihadapi

oleh Syarikat Vida Beauty Sdn.Bhd dan juga masalah persaingan ekonomi yang

tinggi dalam sesebuah syarikat persendirian. Kajian ini dilakukan memandangkan

banyak kepentingan yang bermakna dan sumbangan yang bermanfaat kepada

semua pihak.

Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Seri

Vida berasal dari Machang Kelantan, beliau berusia 47 tahun. Beliau merupakan

anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau berpendidikan dalam Sarjana Muda

Pendidikan dalam kesusasteraan melayu dan sejarah di Universiti Sains Malaysia

(USM) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang biologi dari Universiti

Monash. Sekarang beliau meneruskan kerjayanya sebagai seorang usahawan

produk kesihatan dan kecantikan. Beliau memiliki 4 orang anak dan pernah

kehilangan 2 orang anaknya yang terkorban dalam nahas kebakaran di rumahnya

pada tahun 2013. Namun sekarang beliau menjaga 2 orang anaknya yang masih

ada iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 13 tahun dan Muhammad Eric

Zacquan, 11 tahun.

Dato Seri Vida adalah orang yang sangat meminati bidang perniagaan, malah

beliau mula nasi lemak dan kuih muih seawal usia sembilan tahun. Beliau pernah

2
bekerja di kilang, menjual pokok bongsai dan bekerja di restoran makanan segera

dan tidak ketinggalan bekerja sebagai cikgu sekolah selama 12 tahun di Sekolah

Jenis Kebangsaan Pooi Lam. Dan meneruskan kerjayanya membuka syarikat Vida

Beauty Sdn.Bhd. Syarikat pertama Dato Vida terletak di C-G-5, Greentown

Suria,Jalan Dato’Ahmad Said Ipoh, Perak 30450 Malaysia.

Dato Vida pernah menaja program TV seperti gegar vaganza, Mentor Milenia

TV3, Anugerah Juara Lagu (AJL29) mencecah RM3 juta manakala Gegar

Vaganza pula hampir RM2 juta. Beliau juga pernah menaja pasukan bola sepak

Kelantan dan mensyaratkan stadiun di cat warna dengan warna pink (merah

jambu) dan nama pasukan ditukarkan dari The Red Warriors kepada Pamoga Qu

Puteh The Red Warriors. Hebat sungguh cara marketing beliau. Slogan dan tagline

produknya yang terkenal iaitu, “Qu Puteh, qu puteh barulah putih” (sambil

menyentuh pipi dengan jari yang digayakan).

Selain produk pamoga, beliau juga mengeluarkan produk kecantikan yang lain

seperti Qu Puteh skincare, Whitening Stemcell, Qu Puteh Serum, Millenia , Qu

Puteh Mineral Lipstcik Stemcell, collagen dan pelbagai lagi.

3
2.1 OBJEKTIF KERTAS KERJA

Kertas kerja ini bertujuan untuk memberitahu tentang spesifikasi produk, polisi

syarikat yang akan ditubuhkan dan cara pemasaran produk yang akan dipasarkan

di pasaran luar. Selain itu, objektif kertas kerja ini adalah untuk membentangkan

perancangan perniagaan Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. yang meliputi aspek

pengurusan, pemasaran dan pentadbiran.

4
2.2 KEPENTINGAN KERTAS KERJA

Kepentingan kertas kerja ini adalah untuk menilai sama ada peluang

perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu

peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini.

Seterusnya, untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan

membuat anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan

yang dirancang. Apabila anggaran perkiraan kos dan hasil dibuat, masalah atau

risiko yang akan timbul dapat dielakkan atau dikurangkan.

Selain itu, kertas kerja juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau

wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh

itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah

modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

Kertas kerja juga merupakan dokumen yang boleh digunakan untuk

mengawal kegiatan perniagaan. Ini dapat membantu usahawan membandingkan

pencapaian sebenar dengan apa yang telah dirancang sebelum ini. Walau

bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk merujuk semula kertas kerja yang ditulis

secara teratur walaupun ringkas berbanding perancangan yang bergantung

kepada daya ingatan semata-mata.

5
2.3 LIMITASI

Sepanjang kertas kerja ini dirangka dan disiapkan dengan jayanya kami

sekumpulan mengalami sedikit masalah ataupun limitasi sepanjang tempoh masa

penyiapannya. Antara masalah yang kami hadapi ialah penyesuaian masa yang

agak sukar ditentukan untuk kami bersama sama berbincang dan mengagihkan

tugas kepada ahli kumpulan kerana jarak kedudukan atau kediaman kolej kami

berbeza dan jauh antara satu sama lain. Secara tidak langsung, masalah ini juga

akan menjadi faktor kekangan masa dan banyak masa yang terbuang dimana

sepatutnya kami memanfaatkan masa yang ada untuk menjaya kertas kerja yang

telah diamanah ini dengan sempurna. Selain itu, kami sekumpulan juga mengalami

masalah pertelingkahan pendapat namun dengna berkat usaha dan sabar, kami

dapat menangani masalah tersebut dengan mengamalkan dan melatih diri untuk

bersikap terbuka dalam mendengar dan menerima pendapat ahli kumpulan yang

lain. Seterusnya, kami juga tidak terlepas daripada masalah kekurangan ilmu

dalam menjayakan isi isi kertas kerja ini dimana subjek pemasaran ini adalah

subjek baharu bagi kami. Namun begitu, kami sekumpulan tidak putus asa dalam

mencari ilmu mengenai subjek pemasaran ini dengan menanyakan kepada

pensyarah kami sendiri, rakan rakan seperjuangan dan mencari maklumat

tambahan di perpustakaan yang berada di Kolej Universiti Islam ini.

6
3.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI

Vida Beauty Sdn. Bhd. merupakan salah satu rangkaian perniagaan

kecantikan dankesihatan yang paling terkenal di Malaysia. Syarikat perusahaan ini

bermula pada tahun 2006 yang diasaskan oleh Dato Dr. Hasmiza Binti Othman

atau lebih dikenali sebagai Dato Seri Vida di Ipoh,Perak sebagai operasi kecil.

Dato Seri Vida telah menjadi personaliti terkenal melalui penubuhan,

pembukaan dan promosi yang dilakukan terhadap cawangan dan produk

syarikat di Malaysia. Pada tahun 2017, sebanyak 38 cawangan Vida Beauty

telah dibuka di seluruhMalaysia. Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd

menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan.

Setakat ini, syarikat ini telah mempunyai seramai 120 orang pekerja yang

berkelulusan dan berdaya kental dalam membantu meningkatkan sasaran

yang diaturkanoleh pihak organisasi syarikat.

Banyak testimoni dari pengguna produk syarikat ini yang menunjukkan

kepuashatian mereka terhadap keberkesanan produk yang telah mereka

gunakan. Dengan ini ,produk Vida Beauty boleh didapati di stokis di Malaysia

dan juga di luar negara. Pengkaji akan menerangkan tiga campuran pemasaran

mengenai syarikat VidaBeauty Sdn. Bhd. yang akan dihasilkan dalam kajian.

Syarikat ini menghasilkan produk fizikal iaitu produk kecantikan dan kesihatan

yang dihasilkan dengan formula tersendiri oleh pengusaha syarikat. Jenama

produk Vida Beauty yang terkenal ialah Qu Puteh dan Pamoga. Syarikat Vida

Beauty Sdn. Bhd. juga menjalankan aktiviti pengedaran dengan memasarkan

produk mereka ke seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Korea. Antara tempat

7
tempat produk ini dipasarkan ialah di Perak, Kuala Lumpur, Terengganu,

Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan banyak lagi. Mereka mempunyai 180

jualan trak dan treler jarak jauh bagi memastikan produk dihantar tepat pada

masa dan dipenuhi di setiap cawangan.

Bukan itu sahaja, syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. juga menjalankan promosi

seperti pengiklanan,promosi jualan dan perhubungan awam. Syarikat ini

mengiklankan produk mereka melalui televisyen supaya dapat menarik minat

pengguna terhadap produk mereka. Syarikat Vida Beauty Sdn.Bhd. menjalankan

promosi dengan giat supaya produk mereka dikenali ramai. Syarikat ini berjaya

membahagikan pasaran mengikut segmen tertentu. Iklan mengenai produk

syarikat di media massa berkonsepkan ceria dan menyeronokkan.

Sebahagian besar pengguna produk terdiri daripada kelas menengah

dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

Sebagai peneraju industri kecantikan dan kesihatan, syarikat ini sememangnya

menghadapi saingan sengit seperti DHerbs, AuraWhite, VAsia dan banyak lagi.

8
3.1 PENGENALAN ORGANISASI

Vida Beauty menjual Produk Kecantikan & Kesihatan keluaran syarikat

bumiputera dan keluaran Produk sendiri iaitu Vida Beauty. Selain itu, syarikat ini juga

membuat perkhidmatan rawatan kecantikan seperti rawatan resdung, rawatan

lengkap untuk wajah dan lain-lain berkaitan dengan kecantikan.

Moto Organisasi

Vida Beauty sentiasa mengutamakan keperluan dan kehendak pelanggan mengikut

keadaan semasa. Keinginan tentang kecantikan yang berkekalan dan kesihatan

yang baik yang seiring sentiasa didambakan oleh semua orang. oleh itu, Vida Beauty

amat mengharapkan agar pelanggan kami mempunyai:

“KECANTIKKAN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI”

&

“VIDA BEAUTY MELENGKAPI DUNIA KECANTIKKAN MU”

9
Rangkaian Produk Vida Beauty :

♫ Vida Beauty Pamoga

♫ Vida Beauty Pamoga Cream

♫ Vida Beauty Vitalia

♫ Vida Beauty Ginger SPA

♫ Qu Puteh Million Cell

♫ Qu Puteh Collagen

♫ Qu Puteh Kosmetik

♫ Qu Puteh Serum

♫ Supra Qu Puteh

♫ Qu Puteh Mineral lipstick Stemcell

♫ Qu Puteh Stemcell Coffee

10
3.2 CARTA ORGANISASI VIDA BEAUTY SDN.BHD

Vida Beauty Sdn.Bhd menggunakan konsep carta organisasi seperti rajah

diatas dan seperti sedia maklum, sudah semestinya kedudukan paling teratas

disandang oleh Dato Dr. Hasmiza Binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Seri

Vida. Beliau menggunakan empat pecahan tugasan di dalam organisasi beliau

seperti pengurusan kewangan, pengurusan jualan, pengurusan operasi dan

pengurusan pemasaran dalam membangun dan mengembangkan empayar beliau

hingga taraf antarabangsa dan kini mampu dilihat oleh semua mata dunia.

11
3.3 MISI DAN OBJEKTIF ORGANISASI

Misi

Menjadi ikon kecantikan dan sumber inspirasi kepada semua lapisan umur

terutamanya wanita yang menginginkan kejayaan di dalam dunia perniagaan.

Objektif

Mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran dengan pakej lengkap produk berkualiti

dan yang terbaik hasil keluaran Vida Beauty di seluruh Malaysia.

12
3.4 FUNGSI / PERANAN ORGANISASI

Vida Beauty menjual Produk Kecantikan & Kesihatan keluaran syarikat

bumiputera dan keluaran produk sendiri iaitu Vida Beauty. Seperti sedia maklum,

Dato Seri VIda telah mengeluar pelbagai produk kesihatan seperti Vida Beauty

Pamoga, Vida Beauty Pamoga 6, Vida Beauty Pamoga Cream, Vida Beauty Vitalia

dan Qu Puteh Million Cell. Namun begitu, beliau bukan sahaja memasarkan

produk kesihatan malah produk kecantikan untuk wanita juga telah dihasilkan bagi

mengembangkan perniagaan beliau dengan mengeluarkan Qu Puteh Collagen, Qu

Puteh Kosmetik, Qu Puteh Serum, Supra Qu Puteh , dan Qu Puteh Mineral

Lipstick Stemcell.

Namun begitu, dalam kepelbagaian produk kesihatan dan kecantikan

beliau, terdapat satu produk yang mendapat sambutan di luar jangkaan dan ramai

orang mengamalkan produk ini hingga ke serata dunia. Anda tahu Pamoga. Apa

itu pamoga?

Pamoga merupakan makanan tambahan ajaib untuk penyakit-penyakit

biasa serta kronik. Testimoni-testimoni terkini menunjukkan Pamoga mempunyai

daya penyembuhan luar biasa serta sangat sesuai untuk penyakit-penyakit berikut:

Angin ahmar, AIDS, buasir, bengkak, darah beku, gastrik, penawar bisa

gigitan binatang, keperluan serat kepada badan, untuk kulit kaki pecah, kulit

melecut, luka dalaman perut, usus dan ketumbuhan, lemah otot, gaut, radang,

menaikkan seri wajah, mengawal suhu badan, mengawal tekanan darah tinggi,

13
kencing manis, masalah jantung dan ginjal, masalah kitaran haid dan dalaman

wanita, merawat dan menjaga organ dalaman, awet muda, memperbaiki

kerosakan tisu, mer edakan alahan dan alergi, pedih ulu hati, batu karang, luka

pembedahan, sistem percernaan, keracunan makanan, sembelit, sakit

sendi,rambut gugur, ulser, digunakan selepas bersalin dan sistem peranakan,

sesuai juga untuk tumbesaran dan kecergasan kanak-kanak.

Kandungan Pamoga:

Air R.O, Sebatian Gamat, Pamogranete, Madu, Omega-3; Minyak Ikan, D-alpha-

Tocopherol (Vitamin E), Klorela, Vitamin B6, Vitamin B1, Beta-Karotena

14
KHASIAT BUAH DELIMA

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid

ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan

jantung atau sistem kardiovaskular. Kajian menunjukan delima boleh

memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan

menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser

paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat. Dalam kajian yang

melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok

dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan

meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik. Delima boleh menurunkan tekanan

sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit

jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit

nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk

mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid

dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas

berbanding tkus kawalan.

15
Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque

gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan

delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak

selepas tercedera.

16
3.5 LOGO ORGANISASI

Rajah 1 di atas menunjukkan logo organisasi Vida Beauty Sdn.Bhd.

Rajah 2 di atas menunjukkan gambaran salah satu produk kesihatan yang dihasilkan

oleh Vida Beauty Sdn. Bhd iaitu Pamoga.

17
3.6 FALSAFAH ORGANISASI

Ramai yang ingin menjadi seorang usahawan tetapi sering kali kita

mendengar kebanyakan usahawan gagal pada tahun pertama. Mengapa ini terjadi?

Secara jujurnya, bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kita

perlu menghadapi pelbagai ujian dan cabaran yang bakal di tempuhi, dan oleh

kerana itu semangat dan tidak mudah putus asa perlu ada dalam diri pada setiap

usahawan. Sebagaimana pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ini melakukan demi

memperluaskan empayar beliau, dengan usaha yang tidak pernah putus, mengerah

tenaga dan kudrat meskipun seorang wanita, akhirnya hanya berserah kepada Allah

dan tawakkal.

Sebagai pengasas organisasi pemilikkan sendiri, beliau sudah pasti menerima

pelbagai ujian, saingan di antara produk produk lain namun beliau tidak menjadi itu

semua sebagai alasan untuk mematahkan semangat dan menutup premis

perniagaan malah beliau menjadi ianya satu cabaran yang positif dalam menaikkan

dan mengembangkan empayar beliau.

Dato Seri Vida berpegang teguh dengan kata kata semngat dan boleh dikatakan

ianya menjadi falsafah untuk organisasi dan diri beliau sendiri. Dato Seri Vida

berkata, beliau tidak pernah berhenti berfikir, sentiasa menampilkan konsep dan

idea baharu untuk membina jenama besar yang memberi impak serta dicontohi

masyarakat.

18
“Popular juga penting untuk mengembangkan dan meluaskan
empayar perniagaan dan untuk saham akhirat kerana dapat
membuat kerja kebajikan. Kita perlu berani mengambil risiko,
tidak malu dan usaha keras untuk meraih populariti menjadi
‘senjata’ untuk bertarung dalam menerajui landskap perniagaan
kosmetik” – Datuk Seri Vida

Beliau juga telah bersuara melalui instagramnya, dengan menulis kata- kata

seperti falsafah atau pendirian tetap bagi dirinya iaitu:

“I can’t tell the key of success , but the key to failure is trying to please

everyone. Kita punya citarasa yang berbeza, kita punya interest yang

berbeza, walau kita sesama manusia”

19
4.0 PRODUK ORGANISASI

Menurut Kotler (2012), produk dapat didefinisikan sebagai semua yang

dapat ditawarkan kepada pasar untuk diperhatikan, dimiliki, digunakan atau

dimakan mampu memuaskan keperluan dan kehendak pengguna.

Sehubungan dengan itu, syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. akan menjual

produk kesihatan iaitu Pamoga. Produk ini merupakan sebuah produk kesihatan

yang mampu merawat penyakit bagi orang yang mengalami sakit sendi, gastrik,

angin ahmar dan sebagainya. Selain itu, produk ini juga mampu merawat organ

dalaman, mengurangkan bengkak, merawat otot lemah dan lain-lain serta dapat

menaikkan seri wajah seseorang yang mempunyai parut, kulit kering dan

sebagainya.

20
4.1 PENGENALAN ELEMEN CAMPURAN PASARAN

Terdapat 4 elemen campuran pemasaran yang digunakan ialah Produk , Harga ,

Tempat dan Promosi.

 Produk

Produk yang dijual dalam pasaran merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada

pasaran yang mempunyaiciri-ciri yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki,

digunakan dan mempunyai faedah-faedah yang tertentuyang boleh memuaskan

kehendak pengguna. Contohnya disini produk yang dihasilkan oleh Vida Beauty

SDN BHD , pengasasnya Hazmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato seri

Vida. Beliau telah menghasil dan mengeluarkan produk kesihatan iaitu jus

kesihatan Pamoga.

 Harga

Harga adalah sesuatu bayaran yang dikenakan keatas sesuatu barangan

mahupun perkhidmatan yang ditawarkan ataupun yang akan dibeli oleh pengguna.

Pada produk Pamoga ini harga yang dikenakan oleh Dato vida ialah dari harga RM

125.00 hingga RM 150.00. ini berikutan kerana bahan yang digunakan oleh Dato

Vida sangat unik dan ramuan traditional yang sukar ditemui, seperti Air R.O ,

sebatian gamat, pamogranete, madu, omega-3, minyak ikan, De-Alpha ,

Tolopherol (vitamin E) , klorela , vitamin B6, vitamin B1 dan Beta-karotena.

21
 Tempat

Tempat atau saluran pengagihan merupakan proses memindahkan barangan dari

pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh

mereka. Tempat yang strategik juga di perlukan dan diingini oleh semua

pengeluar. Dato Vida memilih di ipoh perak yang beralamat C-G-5, Greentown

Suria,Jalan Dato' Ahmad Said Ipoh, Perak 30450 Malaysia. Tempat ini berdekatan

dengan bandar dan mudah untuk pelanggan datang kerana tempat ini memang

tempat yang selalu dikunjungi orang.

 Promosi

Promosi ialah proses untuk mempengaruhi seseorang dengan berkongsi idea,

maklumat dan perasaan. Antara tujuan promosi adalah untuk mendapatkan

perhatian, mengajar, memujuk dan menyakinkan pengguna tentang sesuatu

produk. Di samping itu, cara yang digunakan oleh Dato Vida untuk

mempromosikan produk Pamoga nya adalah melalui saluran radio, facebook,

Twitter, Instagram dan laman sosial yang lain.

22
4.2 PERSEKITARAN DALAM PEMASARAN

Persekitaran dalam pemasaran ialah sebuah firma yang mempunyai kuasa luar

yang mempengaruhi keupayaan pengurus pemasaran untuk membina dan

mengekalkan hubungan baik dengan pengguna. Terdapat dua persekitaran dalam

pemasaran ini iaitu persekitaran mikro dan persekitaran makro.

Sehubungan dengan itu, Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. akan memilih

persekitaran mikro sebagai aspek yang dapat mempengaruhi pengguna dalam

pasaran. Persekitaran mikro merupakan persekitaran yang kecil dan masih boleh

dikawal oleh firma. Persekitaran ini meliputi aspek-aspek yang mempengaruhi

pengguna dalam pemasaran iaitu syarikat, pembekal, perantara pemasaran,

pengguna, pesaing dan masyarakat. Oleh itu, firma.

4.2.1 Syarikat

Aspek syarikat dalam persekitaran mikro perlu diambil kira untuk

pengeluaran dan pembungkusan produk dan memasarkan produk tersebut di

pasaran luar. Maka, pengurus syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. perlu memantau dan

menguruskan pekerja bawahan agar kebajikan pekerja dapat dipelihara.

Manakala dari sudut pengurusan, pihak pengurusan syarikat tersebut perlu

memainkan peranan penting untuk menetapkan matlamat organisasi, misi dan visi

syarikat dan sebagainya yang berkait rapat dengan syarikat. Oleh itu. Syarikat

Vida Beauty Sdn. Bhd. akan menetapkan matlamat mengenai had pengeluaran

23
produk secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Tujuan penetapan

matlamat adalah untuk mencapai target penjualan produk yang dikeluarkan serta

dapat memajukan syarikat ke peringkat antarabangsa.

4.2.2 Pembekal

Produk Pamoga memerlukan bahan mentah dari kilang untuk menghasilkan

bahan mentah tersebut menjadi produk Pamoga dan dimasukkan ke dalam botol

dan dibungkus dalam kotak. Oleh itu, syarikat akan mencari pembekal yang boleh

mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memproses produk tersebut.

Walau bagaimanapun, penghasilan produk memerlukan kos bahan mentah yang

perlu dibayar kepada pembekal. Dengan itu syarikat perlu memilih pembekal yang

mengedarkan bahan mentah yang murah dan berkualiti agar kos operasi dapat

dikurangkan.

4.2.3 Perantara Pemasaran

Untuk mempromosikan dan mengedarkan produk Pamoga, syarikat Vida

Beauty Sdn. Bhd. akan mengedarkan produk tersebut kepada peruncit dan penjual

seperti kedai kosmetik, kedai jamu, pasar raya dan ejen ‘dropship’ untuk

mengembangkan pasaran produk tersebut dengan lebih maju. Selain itu, pasaran

melalui e-dagang juga akan dilakukan kerana pengguna sekarang lebih membeli

barangan online seperti Shopee, Lazada dan lain-lain. Hal ini syarikat akan

menjual dan mempromosikan produk Pamoga secara online.

24
4.2.4 Pengguna

Sasaran produk Pamoga ini akan ditumpukan kepada pasaran pengguna

dan pasaran peruncit. Hal ini kerana produk ini lebih tertumpu kepada pengguna

yang memerlukan produk ini sebagai penawar kepada penyakit mereka. Manakala

bagi peruncit pula, syarikat akan menjual produk tersebut kepada peruncit secara

borong supaya produk tersebut mudah dikenali dan popular di pasaran luar. Selain

itu, tujuan menjual produk kepada peruncit ialah untuk penjualan semula serta

dapat mempromosikan produk tersebut dengan lebih luas.

4.2.5 Pesaing

Produk Pamoga mempunyai pesaing yang kuat iaitu produk Platinum Drink

dari syarikat V’Asia Cosmetic & Healthcare. Produk tersebut menyamai produk

Pamoga yang mempunyai fungsi yang sama, sasaran pengguna yang sama dan

bahan mentah yang hampir sama. Maka syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. perlu

memantapkan promosi produk tersebut dan membina hubungan baik dengan

pelanggan agar pengulangan pembelian dapat dilakukan.

25
4.3 MENGANALISA PELUANG-PELUANG PEMASARAN

Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang komersial dalam

memasarkan produk kesihatan dan kecantikan untuk membantu pengguna yang

mengalami masalah peribadi dari segi kecantikan diri dan kesihatan diri. Oleh itu,

syarikat tersebut memerlukan pekerja yang ramai dalam membantu promosi

produk dan pemprosesan produk.

Sehubungan dengan itu, syarikat tersebut perlu ambil tindakan dalam

pengambilan pekerja dan latihan untuk mempromosikan produk-produk syarikat.

Syarikat perlu mengiklankan jawatan kosong serta spesifikasi kerja di media

massa seperti televisyen, media sosial, radio dan lain-lain. Hal ini orang luar dapat

mengetahui tentang kekosongan jawatan tersebut seterusnya proses temuduga

berlangsung. Penemuduga perlu memilih pekerja yang mempunyai potensi untuk

mengambil jawatan tersebut agar tiada masalah berlaku ketika perniagaan

dijalankan.

Setelah pekerja telah diambil, syarikat perlu mengawal pekerja-pekerja

terutama sekali penjual. Syarikat perlu memberi dan menghantar pekerja ke latihan

bagi memantapkan kemahiran dan pengetahuan tentang pemasaran, memujuk

pengguna dan komunikasi pemasaran. Hal ini pekerja syarikat akan lebih produktif

sejurus dapat memajukan profil syarikat ke pasaran yang luas.

26
4.4 KEPUTUSAN PRODUK

Antara tahap-tahap produk yang ada dalam konsep pasaran, produk

pamoga ini tergolong dalam tahap produk teras. Kerana pamoga merupakan

minuman kesihatan yang membantu penyakit Angin ahmar, buasir, bengkak, darah

beku, Gastrik, penawar bisa gigitan binatang, keperluan serat kepada badan, untuk

kulit kaki pecah, kulit melecut, luka dalaman perut, usus dan ketumbuhan, lemah

otot, gout dan banyak lagi. Selain itu, pamoga juga berkesan membantu menjaga

orgen dalaman, mengurangkan bengkak, merawat lemah otot, mengurangkan

parut pada badan dan muka, masalah kulit dan bibir kering, menaikkan seri wajah,

membantu menyuburkan rambut.

PENJENAMAAN

Logo yang mempunyai bentuk unik dan warna terang (seperti merah jambu,

oren dan kuning) biasanya akan lebih menyerlah berbanding warna gelap. Selain

itu, juga perlu mencipta tagline (slogan) jenama dalam sesebuah syarikat.Ini

kerana daripada logo dan tagline tersebut pengguna lebih mudah memahami dan

mengetahui produk atau perkhidmatan yang anda jual atau sediakan.Sebagai

contoh, produk pamoga itu sendiri. Asal nama Pamoga adalah singkatan daripada

perkataan bahasa Inggeris iaitu pamogranate yang bermaksud buah delima (di

dalam bahasa Melayu) memandangkan kandungan utama produk tersebut adalah

ekstrak buah delima.Bagi memudahkan pembeli terutama warga emas untuk

menyebut dan mengingatinya, Dato Vida meringkaskan perkataan pamogranate

kepada Pamoga.

27
PEMBUNGKUSAN

Pembungkusan melibatkan aktiviti merekabentuk dan mengeluarkan bekas

atau pembungkus untuk sesuatu produk. Pembungkusan inovatif adalah

pembungkusan yang boleh memberi syarikat kelebihan di dalam mengatasi

pesaing. Di dalam persekitaran pemasaran, pembungkusan merupakan peluang

untuk penjual mempengaruhi pembeli. Dalam pemasaran produk syarikat Vida

Beauty Sdn.Bhd. Dato Vida menggunakan ketiga-tiga elemen dalam

pembungkusan pemasaran iaitu pembungkusan primer, pembungkusan sekunder

dan pembungkusan perkapalan.

 Pembungkusan primer- merupakan bungkusan utama produk. Contohnya,

Dato Vida menggunakan botol kaca untuk produk pamoganya. Dan juga

pamoga ini ada juga dikeluarkan dalam bentuk tin sedia minum.

28
 Pembungkusan sekunder- merupakan pembungkusan yang dibuang

apabila produk hendak digunakan. Contohnya, kotak yang mengandungi

botol kaca produk tersebut.

 Pembungkusan perkapalan- diperlukan untuk menyimpan, mengenalpasti

dan menghantar produk. Ia melindungi pembungkusan sekunder, primer

dan produk secara menyeluruh. Contohnya, pamoga yang sudah siap

dibungkus dan dilabel diletakkan dalam kotak untuk dihantar ke cawangan

mahupun di import ke luar negara.

29
30
PELABELAN

Pelabelan merupakan sebahagian daripada pembungkusan yang mengandungi

maklumat maklumat bercetak atau bersama produk. Label adalah tulisan, gambar,

atau kombinasi kedua-duanya yang disertakan pada wajah atau kemasan suatu

produk. Oleh itu, produk Pamoga mempunyai pelabelan yang tersendiri yang

mengandungi bahan-bahan-bahan dalam produk Pamoga, tanda harga, tanda

halal dan lain-lain. Produk Pamoga memerlukan pelabelan agar produk mudah

dipercayai pelanggan serta dapat mempengaruhi pelanggan apabila membaca

label pada bungkusan produk Pamoga. Hal ini kerana produk Pamoga merupakan

produk kesihatan dimana ia perlu dikawa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

(KMM) untuk memastikan bahawa produk Pamoga adalah produk yang sihat dan

selamat digunakan

Selain itu, tanda halal juga perlu dikenalpasti dan dikemaskini oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan produk Pamoga adalah

produk yang halal dan sesuai digunakan oleh masyarakat Islam. Hal ini kerana

negara Malaysia adalah negara Islam yang mempunyai jumlah penduduk orang

Islam yang ramai.

31
Jenama Produk Pamoga iaitu Vida
Beauty

Jenama Produk iaitu Pamoga

Tagline produk Pamoga


“Mujurlah Ada Pamoga”

Alamat proses pengeluaran


produk

Tanda harga produk Pamoga

Barcode produk Pamoga

Kandungan isipadu produk Pamoga

32
Cara penggunaan produk Pamoga

Bahan-bahan dalam produk


Pamoga

33
4.5 KEPUTUSAN PENGAGIHAN

pengeluar pemborong Ejen peruncit pengguna

Saluran agihan terbahagi kepada dua iaitu saluran terus seperti pengeluar

terus kepada pelanggan dan yang menggunakan perantaraan seperti pengedar ,

ejen , peruncit dan pemborong. Syarikat Vida Beauty Sdn.Bhd telah menggunakan

saluran agihan menegak peringkat ke empat untuk mengagihkan produknya agar

sampai kepada pengguna. Saluran agihan menegak mempunyai satu atau lebih

pengantara pemasaran seperti pemborong, peruncit, dan ejen untuk mengagihkan

produk kepada pengguna. Saluran penringkat ini mengandungi tiga pengantara

pemasaran iaitu pemborong, ejen dan peruncit. Ejen berperanan untuk membeli

produk daripada pemborong besar dan dijual kepada peruncit kecil.

34
4.6 STRATEGI PROMOSI DAN KOMUNIKASI

Strategi promosi merupakan satu bahagian yang penting dalam strategi

pemasaran. Komponen-komponen promosi seperti pengiklanan, promosi jualan,

perhubungan awam jualan personal, pemasaran langsung dan pemasaran internet

menawarkan kebolehan yang menggalakkan bagi komunikasi dengan sasaran-

sasaran pasaran dan pihak-pihak lain.

Strategi promosi adalah dipandu oleh strategi-strategi pemposisian dan

penyasaran pasaran. Penyediaan belanjawan menunjukkan jumlah dan

peruntukkan sumber-sumber untuk komponen-komponen strategi promosi.

Langkah-langkah yang terlibat dalam membangunkan strategi pengiklanan

termasuklah mengenalpasti pihak sasaran, menentukan peranan pengiklanan

dalam campuran promosi, menunjukkan objektif-objektif pengiklanan dan saiz

belanjawan, memilih strategi kreatif, menentukan jadual media dan pemprogramab

dan melaksanakan program serta menilai kecekapan.

Kegagalan komunikasi boleh menyebabkan gagal untuk mengenai sasaran,

kurang meyakinkan target pasar, tidak memberikan penyelesaian dan lain-lain.

Komunikasi dalam stategi promosi bagi memasarkan produk ini juga adalah

penting iaitu untuk berinteraksi dengan pelanggan atau pengguna untuk

meyakinkan mereka tentang produk yang dipromosikan itu. Dengan komunikasi

yang baik, barangan yang dihasilkan dapat mencapai keuntungan dan permintaan

yang tinggi.

35
Bagi produk yang dikaji ini, iaitu Pamoga, strategi untuk mempromosikan

atau memasarkan dan komunikasi adalah sangat penting bagi memajukan produk

ini. Hal ini kerana, apabila produk ini ni dapat dipromosikan dan dipasarkan

dengan baik melalui kaedah-kaedah promosi yang ada, produk ini akan

berkembang dengan lebih besar dan dikenali ramai pada masa akan datang.

36
4.7 KEPUTUSAN PENETAPAN HARGA

Harga merupakan sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu keluaran atau

perkhidmatan yang diberikan. Ia adalah jumlah bagi kesemua nilai pengguna

tukarkan bagi mendapatkan faedah memiliki atau menggunakan produk atau

perkhidmatan.Harga merupakan satu-satunya rlemen campuran pemasaran yang

mengeluarkan hasil. Manakala kesemua elemen lain adalah kos. Harga juga

adalah salah satu elemen yang paling fleksibel dalam campuran pemasaran

kerana janya mudah untuk diubah mengikut kesesuaian pasaran.

Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menawarkan produk yang

berkualiti dengan harga yang berpatutan. Harga kos setiap produk diletakkan

mengikut kemampuan pelanggan. Oleh itu, harga yang ditawarkan merupakan nilai

yang harus dibayar oleh pengguna atau pelanggan bagi mendapatkan produk

kecantikan atau kesihatan daripada syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. Bagi produk

Pamoga daripada syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd., harga diletakkan atau

ditetapkan berdasarkan bida-bida tertutup.

Mengikut penentuan harga bida-bida tertutup ini, firma atau syarikat menetapkan

harga sebagaimana yang dilakukan oleh pesaing. Harga diletakkan untuk

memenangi kontrak antara pesaing. Tetapi, harga yang diletakkan tidak boleh

diletakkan kurang daripada kos yang dikeluarkan. Kerana ia a akan menyebabkan

keancaman kedudukn syarikat dan menyebabkan kerugian. Ia juga tidak boleh

diletakkan dengan harga yang terlalu tinggi di atas kos yang mana akan

37
membuatkan pelanggan kurang tertarik dengan produk itu kerana terlalu mahal

dan tidak dapat memenangi kontrak tersebut.

Keadaan produk, jumlah jualan dan jumlah produk yang dikeluuarkan ini

menentukan bagaimana harga akan dikira. Penetapan harga ini juga dilihat pada

bahan-bahan mentah yang dihasilkan dan yang mempunyai banyak khasiat

digunakan seperti ekstrak buah delima, gamat dan lain-lain. Bahan – bahan

mentah yang digunakan ini mempunyai pelbagai khasiat antaranya ialah

membantu merawat pelbagai penyakit, kulit melecur, kulit kaki pecah dan

sebagainya.

Jadi bagi produk Pamoga dari syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd ini, ia dikeluarkan

dengan harga RM150 sebotol. Botol itu bersaiz 500ml. Pamoga merupakan produk

Vida Beauty yang terbaik iaitu mampu merawat pelbagai penyakit dan mendapat

pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Harga yang diletakkan adalah

sangat berpatutan dengan berdasarkan bahan-bahan mentah yang digunakan

serta khasiat-khasiat yang ada didalam bahan yang dihasilkan dalam produk

tersebut.

38
4.8 PEMASARAN DAN TEKNOLOGI

Pemasaran produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi semua jenis

perniagaan. Tanpa sistem pemasaran yang sistematik, produk yang baik tidak

dapat dipasarkan dengan meluas dan merugikan pihak yang menghasilkan produk

tersebut. Sebelum kaedah pemasaran melalui internet meningkat secara drastik,

perniagaan konversional lebih menumpukan cara pemasarannya melalui khidmat

jurujual ataupun pegawai pemasaran yang dilantik untuk memasarkan produk

mereka.

Bagi firma perniagaan yang lebih besar, kaedah pemasaran seperti

pengiklanan melalui media2 massa seperti akhbar, majalah mahupun pengiklanan

melalui televisyen. Kesemua ini memakan kos yang tinggi dan mempunyai kos

penyelenggaraan yang sentiasa berulang. Dengan perkembangan dunia teknologi

maklumat ataupun dikenali juga sebagai ICT, cara pemasaran telah pun berubah

di mana firma perniagaan telah berpeluang memasarkan produk mereka melalui

laman web yang dibangunkan oleh pembangun sistem.

39
Kini, banyak syarikat tempatan mula mengiklankan produk dan

perkhidmatan mereka di internet. Termasuk produk Pamoga. Produk Pamoga ini

dikeluarkan daripada syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. Mereka memasarkan dan

mempromosikan produk ini melalui kaedah melalui pengiklanan di akhbar,

televisyen, media massa dan majalah. Produk ini menggunakan kos yang tinggi

untuk memasarkannya dan untuk menarik pelanggan atau pengguna tahu tentang

kewujudan produk ini.

Walaupun kos yang digunakan untuk memasarkan produk ini sangat tinggi,

ianya amat berbaloi kerana keuntungan dan produk syarikat mereka telah

mendapat sambutan yang baik. Produk ini telah dikenali ramai oleh kerana kaedah

pemasaran yang digunakan yang berkesan. Iaitu pengiklanan, akhbar, televisyen,

media massa dan sebagainya. Produk daripada syarikat ini juga menggunakan

kemudahan ICT iaitu internet bagi menarik lebih ramai pelanggan bagi mengetahui

tentang produk mereka.

Oleh sebab pemasaran yang dilakukan didalam internet, produk ini lebih

berkembang dan dikenali ramai. Kerana zaman sekarang yang moden ini ramai

pengguna dan masyarakat yang menggunakan teknologi internet untuk mencari

pelbagai barangan, perkhidmatan, maklumat dan sebagainya.

40
5.0 ANALISIS SWOT

Analisis SWOT adalah satu bentuk analisis dalam pengurusan sesuatu

syarikat atau organisasi yang dapat membantu secara sistematik dalam

penyediaan pelan untuk mencapai matlamat sama ada matlamat jangka pendek

dan matlamat jangka panjang. Oleh itu, analisis SWOT dapat didefinisikan sebagai

teknik strategi dalam menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang

boleh digunakan untuk aktiviti termasuk perniagaan dan perniagaan, pendidikan,

projek atau diri sendiri.

Tujuan dan manfaat analisis SWOT adalah untuk menggabungkan 4 faktor

dengan tepat tentang bagaimana menyediakan kekuatan (Strength), mengatasi

kelemahan (Weakness), mencari peluang (Opportunities) dan strategi untuk

menangani pelbagai ancaman (Threat).

Apabila teknik ini dapat dilaksanakan dengan tepat dengan

menggabungkan empat elemen, kesempurnaan dalam mencapai visi dan misi

yang dirancang bagi program ini tentunya akan berjalan dengan lebih baik dengan

hasil yang sempurna.

41
5.1 KEKUATAN

Kekuatan produk Pamoga dalam pasaran amat diperlukan bagi memudahkan

penjual untuk mempromosikan produk Pamoga dengan lebih efektif. Di sini

terdapat beberapa kekuatan yang mampu menjadikan produk Pamoga sebagai

modal untuk menguntungkan syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd.:

1. Merawat penyakit.

 Produk Pamoga ini bertujuan untuk merawat penyakit yang dialami orang

tua dan orang yang bekerja. Oleh itu, kesihatan pengguna dapat

ditingkatkan.

2. Kurang pesaing.

 Buat masa ini, tiada persaingan yang wujud dalam produk ini kerana produk

ini baru diperkenalkan oleh pasaran.

3. Selamat.

 Produk ini selamat digunakan kerana ia merupakan produk kesihatan yang

perlu dikawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar produk ini

selamat digunakan.

42
5.2 KELEMAHAN

Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi

pesaing yang mempunyai kekurangan serta kemampuan dalam menguasai

pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah

perniagaan atau produk yang dihasilkan kekurangan dari aspek sumber

termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan

kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi

yang memuaskan.

1. Tidak mempunyai pelanggan tetap

 Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa

pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang

ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat

untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap

perniagaan. Seterusnya bagi menarik pelanggan menjadi pelanggan tetap,

syarikat harus menarik dan mencari lebih ramai pelanggan yang baru dari

supaya lebih dikenali ramai.

2. Pembekal yang terhad

 Pembekal sebagai penghubung penting antara pembeli dan syarikat dalam

sistem penghantaran nilai. Ia akan mempengaruhi dari segi harga.

Pembekal bertanggungjawab dalam membekalkan sumber-sumber yang

diperlukan oleh organisasi untuk menghasilkan produk. Jadi, jika masalah

43
mempunyai pembekal yang terhad, produk yang ingin dikeluarkan tidak

dapat dihasilkan kerana tidak dapat sumber bahan mentah yang mencukupi

daripada pembekal atau pun Bahan-bahan mentah daripada pembekal

lambat dihantar dan diproses. Ini akan menjadi halangan untuk

menghasilkan produk tersebut.

44
3. Pembaziran

 Pembaziran berlaku apabila produk telah diproses dan dibungkus sama ada

didalam bungkusan ataupun kotak. Apabila pengguna atau pelanggan telah

membeli produk ini, peratusan pembaziran bungkusan itu adalah amst

tinggi. Hal ini kerana, pengguna atau pelanggan hanya menganbil botol atau

produk itu sahaja tetapi tidak mengambil berat tentak bungkusan yang

dibungkus melalui kotak itu. Oleh yang demikian, starikat harus mengambil

langkah untuk mengelakkan masalah pembaziran ini terjadi sebagai contoh

membuat cara pembungkusan yang lebih menarik pengguna untuk

menyimpan produk itu didalam bungkusan dengan lebih baik.

4. Kurang Pengiklanan di Media Massa

 Hal ini kerana, terdapat persaingan diantara peniaga-peniaga zaman moden

ini. Mereka juga menggunakan kaedah yang sama demi mempromosikan

barangan atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan kepada pelanggan dan

pengguna. Jadi, ini membuatkan kurang pengiklanan di media massa

seperti televisyen, radio, lama sosial, dan sebagainya.

45
5.3 PELUANG

Peluang merupakan faktor luaran yang boleh membantu bisnes anda menjadi lebih

maju dan berjaya. Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan

melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan

pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini

menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh

bergerak dalam pasaran baru.

1. Peluang perniagaan untuk dikomersialkan

 Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan

lain di pasaran. Produk yang dipasarkan ini merupakan produk yang

menjadi permintaan ramai khususnya golongan yang berumur atau lebih

kepada masyarakat yang menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Imej

perniagaan produk ini akan menarik minat pelanggan untuk menggunakan

produk ini dengan jangka masa yang lama.

1. Mempelbagaikan produk

 Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lebih

banyak jenis produk yang sama tetapi perbezaan fungsi dan khasiat.

Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi

keuntungan yang diperoleh.

46
2. Boleh memperbesarkan aktiviti mempromosikan produk yang dijual

 Kenalan yang ramai boleh membantu bagi mempromosikan barangan atau

produk yang dijual secara besar-besaran dan dikenali ramai. Lebih ramai

kenalan, lebih tinggi peluang untuk menjadikan produk yang dijual semakin

dikenali ramai.

47
5.4 ANCAMAN

 Saingan antara syarikat

Bagi setiap pengeluar syarikat yang mengeluarkan sesebuah produk semestinya

pasti ada saingan dari syarikat yang lain. Misalnya produk pamoga yang

diusahakan oleh Dato Vida ini. Produk kesihatan jus pamoga ini mendapat saingan

daripada syarikat lain yang mengeluarkan produk yang hampir sama iaitu Jus

Nusantara daripada syarikat Almas Sdn.Bhd. Selain itu, produk Gamolex dari

syarikat D’ Herbs sdn.Bhd dan tidak terlepas juga produk Platinum Drink dari

syarikat V Asia Sdn.Bhd.

 Promosi

Berkaitan dengan promosi, mengapa ancaman bermula dari promosi ini kerana

Dato Vida ingin menangani cara pempromosian yang dilakukan oleh pesaing-

pesaingnya. Contoh, Dato Vida mempromosikan Pamoga dengan melalui station-

station radio, Facebook , Twitter dan Instagram. Beliau juga membuat keluaran

lagu beliau sendiri iaitu “I Am Me” untuk mempromosikan produk beliau ,  syarikat

Vida Beauty  mempromosikan keunikan dan kebaikan  Pamoga dengan

menayangkan iklan pendek tetapi cukup memberi impak kepada penonton.

Walaupun ada sesetengah individu mengatakan aksi dalam iklan tersebut

kelihatan agak ‘gedik’, tetapi dari sudut positifnya aksi ‘gedik’ itu telah berjaya

memikat penonton untuk mengingati iklan Pamoga tadi dan mendorong mereka

48
menontonnya berulang kali. Ini seterusnya meransang penonton untuk mencuba

produk Pamoga keluaran syarikat ini.

49
CADANGAN PENAMBAIKKAN BAGI SYARIKAT DATO SERI VIDA

Pada pendapat kami setelah perbincangan di lakukan, kami telah mengenal

pasti beberapa cadangan untuk penambaikkan produk keluaran Dato Seri Vida.

Antara initipatinya, ialah kami ingin mencadangkan beliau mengeluarkan produk

tidak kira samada produk kesihatan atau kecantikan tetapi khusus bagi golongan

lelaki pula. Seperti sedia maklum, kebanyakkan produk keluaran Dato Seri Vida

dan boleh dikatakan hampir kesemuanya dikeluarkan atau dipasarkan khusus

untuk golongan wanita sahaja.

Selain itu, kami sebulat suara menekankan kepada isu harga bagi produk

beliau. Harga yang ditawarkan agak tinggi bagi pandangan kami dan apabila

beliau meletakkan harga yang tinggi golongan berpendapatan rendah agak sukar

untuk memiliki produk beliau dan mungkin ada sesetengah daripada mereka

langsung tidak mampu memilikinya. Kami yakin sekiranya beliau menurunkan

harga bagi produk yang ada ianya bukan mendatangkan kerugian malah

keuntungan berlipat ganda kerana permintaan terhadap produk keluaran beliau

semakin meningkat. Namun begitu, sekiranya isu harga ini juga berat untuk

diketengahkan oleh Dato Seri Vida, kami juga mencadangkan beliau untuk

mengadakan promosi dengan lebih kerap. Promosi yang ditawarkan kemungkinan

boleh dikatakan seperti potongan harga sebanyak 50%, promosi sempena bulan

bulan istimewa seperti bulan Kemerdekaan, bulan Ramadhan dan bulan syawal

sempena sambutan Aidilfitri.

50
7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, produk ini dipasarkan dan dipromosikan dengan kaedah

yang berkesan bagi menjamin keberkesanan dalam meningkatkan keuntungan

menjual produk ini. Produk ini memberi manfaat dan kebaikan tehadap tubuh

bahan manusia atau pengguna sama ada luaran ataupun dalaman. Hal ini

disebabkan bahan-bahan produk yang dihasilkan melalui bahan-bahan yang

banyak khasiat.

Produk ini lengkap dan dihasilkan dengan sangat berkualiti berdasarkan

cara-cara dihasilkan serta cara-cara pemasaran yang dilakukan untuk menjadi

keluaran yang terbaik. Produk Pamoga ini adalah produk yang terbaik dihasilkan

bagi syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Malaysia dan produk ini telah dikenali ramai

oleh masyarakat setempat. Sejurus, produk ini juga boleh berkembang dengan

lebih besar dan maju pada masa akan datang jika kaedah pemasaran dan

penghasilan dijalankan dengan baik dan sistematik.

51
8.0 RUJUKAN

 https://newfashionsale2u.blogspot.com/2016/09/pamoga-vida-beauty-

original-1001-khasiat.html

 http://produkhargamurah.blogspot.com/2015/02/pamoga-jus-delima-vida-

beauty-harga.html

 http://juspamoga.blogspot.com/2015/05/khasiat-delima-dalam-jus-pamoga-

vida.html

52
9.0 LAMPIRAN

Risalah Pamoga

Pemilik syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd., Dato’ Seri Vida.

53

Anda mungkin juga menyukai