Anda di halaman 1dari 8

BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1

PENGENALAN

Amnya, latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar

disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar.

Bagi pelajar diploma politeknik, latihan industri ini dijalankan pada semester keempat. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan memasuki

semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri. Setiap pemilihan tempat latihan industri yang akan diikuti oleh pelajar mestilah yang berkaitan dengan kursus yang diambil di politeknik.

Para pelajar akan ditempatkan samada di jabatan kerajaan atau syarikat swasta selama satu semester iaitu lebih kurang 6 bulan. Di sini, para pelajar akan di dedahkan dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar. Dalam tempoh ini, pelajar akan 1

mengalami pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah ditempuhi dengan harapan ia akan menjadikan pelajar bermotif dan berjaya apabila menceburi dunia pekerjaan kelak.

Perkara yang paling penting semasa menjalani latihan industri ialah sifat sabar dan memberi sepenuh perhatian dalam menjalankan sesuatu kerja yang

dipertanggungjawabkan. Di samping itu, sikap inovatif dan minat yang mendalam patut disemai dalam diri setiap pelajar untuk mempertingkatkan kualiti kerja. Oleh itu, pelajar digalakkan menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya kerana ia merupakan latihan awal sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

1.2

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan awal kepada siswa dari pelbagai aspek mengikut kursus yang diambil di Politeknik. Objektif asas bagi latihan industri ini adalah seperti berikut :

Membentuk keyakinan diri. Mendedahkan pelajar dengan persekitaran pekerjaan yang sebenar. Menanam semangat kerjasama dalam berpasukan. Memperbaiki cara berkomunikasi dengan lebih baik. Menguji kesabaran semasa melakukan kerja-kerja yang lebih mencabar. Membolehkan pelajar membandingkan di antara teori semasa belajar dengan kerja-kerja praktikal. Untuk menanamkan sikap amanah dan bertanggungjawab terhadap sesuatu kerja yang dilakukan Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat bagi pelajar tentang pelajaran bagi semester 4 dan semangat kerja berpasukan perhubungan yang baik sesama rakan sekerja. 2 serta dapat menjalinkan

1.3

Meluaskan pergaulan diantara diri pelajar dengan kumpulan luar masyarakat. Menyediakan satu laporan Latihan Industri setelah tamat pengajiaan. OBJEKTIF LAPORAN

Pelajar juga disyaratkan untuk membuat laporan yang lengkap bagi membolehkan siswa tersebut diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik (KPTM). Objektif laporan adalah seperti berikut:

Memudahkan pihak pemantau dalam membuat pemantauan pelajar dalam firma masing-masing. Selain itu, ia memudahkan pegawai Latihan Industri dalam menyemak dan memberi penilaian terhadap kerja pelajar sama ada pelajar tersebut layak mendapat markah yang tinggi atau sebaliknya.

Melalui buku laporan hariaan ini, pensyarah dapat mengetahui apa yang telah dipelajari oleh pelajar semasa menjalani Latihan Industri. Selain itu, melalui buku Laporan Harian ini, Pegawai di dalam organisasi berkenaan dapat menyemak atau mengetahui segala tugas yang dilakukan oleh pekerjanya setiap hari. Ini adalah kerana buku Laporan Harian akan disemak oleh Pegawai di dalam organisasi berkenaan dan akan dicop setiap dua minggu sekali. Pegawai dalam organisasi berhak menegur pelajar yang membuat kesilapan semasa menjalani Latihan Industri.

Laporan dan tugasan kerja yang baik akan dapat membantu pelajar dalam mencari pekerjaan semasa mereka ramat pengajian kelak.

1.4

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri yang telah dijalankan begitu penting kepada siswa dimana ia telah : Membolehkan siswa menyesuaikan diri dalam suasana pekerjaan yang sebenar di samping berkeyakinan dalam berkomunikasi dengan para pekerja, majikan dan pelanggan.

Melahirkan siswa yang bermutu dalam usaha menambahkan tenaga kerja yang berketerampilan serta berkreativiti tinggi untuk mengembangkan dan memajukan negara.

Dapat memberi pemahaman dan menambahkan minat siswa terhadap topik yang sebelum ini hanya mempelajari teori sahaja.

Dapat mendisiplinkan diri siswa terhadap peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi seperti menepati masa dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Siswa dapat menilai diri sendiri dari segi kemampuan, kebolehan dan kesanggupan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan itu.

Selain itu, latihan industri juga dapat melahirkan siswa yang matang dalam membuat sebarang keputusan dan dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk serta kesan kepada diri, organisasi, keluarga, masyarakat mahupun negara daripada setiap perkara-perara yang dilakukan.

1.5 LATAR BELAKANG ORGANISASI Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh,Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Otomobil Kedua". PERODUA Rajah 1.0

1.5.1 PENGENALAN ORGANISASI

Rajah 1.1: Firma Nasrom (M) Sdn Bhd Syarikat Nasrom (M) Sdn Bhd yang berada di Pasir Tumbuh bersebelahan dengan pam minyak CALTEX,yang ber alamat Lot 719,Bt. 5 1/2,Jln Pasir Putih,Kubang Kerian,16150 Kota Bharu,Kelantan Darul Naim merupakan sebuah syarikat di bawah perodua yang menjalankan perniagaan dan juga merupakan pusat servis kenderaan perodua. Disini akan memberi kepuasan yang selasa kerana Pelanggan di utamakan.Dengan tempat istirehat memang puas hati,banyak kemudahan di sediakan.Walaupun ia terletak di tingkat 1,namun Anda akan hilang penat,bila sapai ke tempat rehat itu,dan menyediakan kemudahan awam seperti tandas,bilik yang mempunyai penyaman udara dan juga television dan kemudahan wifi @ computer dan lain-lain lagi.

Rajah 1.3 Rajah 1.2 Rajah 1.4

Syarikat Pusat Servis Nasrom (M) Sdn Bhd mempunyai 15 orang pekerja semuanya yang terdiri daripada Servis Manager,4 orang sevis advisor, 1orang part executive,1orang administration executive, 2 orang forman dan 6 orang mechanic. Di mana pengurus berperanan sebagai ketua.Pengurus akan memastikan jumlah jualan mencapai tahap yang telah disasarkan oleh syarikat @ perodua dan juga memastikan setiap pekerja di bawahnya merupakan pekerja yang jujur dan bertanggungjawab.

Rajah 1.5

Manakala bagi penasihat jualan pula berperanan untuk mencari pelanggan dan mencapai tahap jualan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat untuk setiap penasihat jualan.

Rajah 1.6

Bagi kakitangan bahagian servis, ianya berperanan untuk memastikan pelanggan mendapat layanan servis yang terbaik agar dapat menjaga hati pelanggan justeru menaikkan nama baik syarikat di mata masyarakat.

Syarikat Nasrom (M) Sdn Bhd ini ditubuhkan pada awal tahun 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2002. Dan ianya juga ditubuhkan hasil daripada titik peluh insan yang bernama Hj. Ab.Halim Bin Hj. Hassan dan beliau juga bertindak sebagai pengarah urusan kepada Syarikat. 6

1.5.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Syarikat

: Nasrom (M) Sdn Bhd

Tarikh Penubuhan : 20 Januari 2005

Alamat Syarikat

: Lot 719,Bt. 5 1/2,Jln Pasir Putih,Kubang Kerian,16150 Kota Bharu,Kelantan Darul Naim

No.Telefon

: 09-7642300

Pengurus

: Encik Mohd Azizi Bin Hj.Ab Halim

Modal

: RM 300 000.00

Bank

: Maybank

Waktu Perniagaan : Sabtu hingga Khamis, 8.30 pagi hingga 5.30 petang

VISI PERODUA : -untuk menjadi jenama automotif pilihan yang paling terkenal dari segi kualiti produk dan perkhidmatan cermelang yang mana menyumbang kepada pembangunan Negara KAMI MENYASARKAN UNTUK MENCAPAI VISI KAMI DENGAN MENGIKUTI MISI KAMI : 1-Profesionalisme dalam semua operasi. 2-kecekapan dalam menggunakan teknologi dan sumber sedia ada 3-ketahanan dalam menempuhi pelbagai cabaran 4-mengoptimakan faedah-faedah pelanggandan pemegang saham. 5-dedikasi kea rah tanggungjawab social untuk komuniti,persekitaran dan pembangunan tenaga kerja yang cekap 6-keunikan dalam produk kamiaspirasi dalam menyanjung nama perodua

Anda mungkin juga menyukai