Anda di halaman 1dari 42

BAB 1: PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar mesti lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma politeknik KPTM.

Pelajar-pelajar yang didedahkan dengan latihan Industri ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar membiasakan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar. Melalui latihan ini pelajar dapat membina keyakinan diri kerana pelajar akan berhadapan dengan pelbagai golongan dan ia secara tidak langsung dapat melatih pelajar cara berkomunikasi dengan baik.

Pada Latihan Industri ini juga pelajar dapat menimba banyak Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tak mungkin akan di perolehi semasa berada di Politeknik.

Sebagai seorang pelajar, saya marasakan bahawa latihan industri ini memberikan pengalaman yang baru serta berguna untuk saya praktikkan pada alam pekerjaan kelak. Ia amat berkesan kerana dapat mewujudkan siswa dan siswi yang berkualiti dan berwawasan tinggi.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan titik permulaan bagi pelajar yang sedang mengikuti pelajarannya di Politeknik dan juga institusi pendidikan yang lain.

Dengan adanya latihan industri ini dalam sistem pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi, para pelajar bukan sahaja dapat mempelajari ilmu secara teori malah juga turut berpeluang mempraktikkan apa sahaja yang telah di pelajari. Latihan industri yang diwajibkan kepada semua pelajar politeknik-politeknik samada sijil ataupun diploma adalah bertujuan:
Mendedahkan kepada pelajar akan alam pekerjaan yang sebenar. Pada masa latihan ini juga, para pelajar mendapat pengalaman yang luas. Di mana pada sebelumnya pemikiran mereka mungkin disempitkan dengan pandangan yang negatif. Sebagai contoh, sukar untuk berkomunikasi dalam cara bekerja. Maka sering menjadi masalah-masalah yang pada asasnya mampu di tangani oleh pelajar itu sendiri. Menanamkan sikap semangat dalam kerja berpasukan, amanah, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi dan berkeyakinan tinggi. Dalam fokus untuk menaikkan semangat kepada pelajar terhadap bidang yang diceburi. Disini mungkin permulaannya. Jika dahulu pelajar tidak berminat kepada jurusan yang diambil, namun dengan adanya latihan industri maka menaikkan kembali semangat untuk meneruskannya. Mungkin disebabkan keselesaan semasa bekerja dan gaji yang lumayan.

1.3

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI Merupakan salah satu syarat yang melayakkan penganugerahan sijil atau diploma dari Politeknik.
Pelajar dapat mendedahkan diri dalam sektor pekerjaan. Pelajar dapat membentuk keyakinan dan disiplin diri. Meluaskan atau berkongsi ilmu pengetahuan yang dipelajari semasa menjalani latihan industri dengan rakan-rakan. Membentuk semangat dalam memasuki alam pekerjaan.

Menanam semangat rajin bekerja antara satu sama lain.

1.4 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Dalam menjalani latihan Industri di MCM Corporat & Services Sdn.Bhd. telah banyak pengalaman baru yang telah saya perolehi, melalui aktiviti harian yang mencabar dan memerlukan kesabaran serta komitmen dalam setiap tugas yang di berikan.

Aktiviti utama disini melibatkan bidang atau skop pengurusan perniagaan yang berkaitan dengan kesetiausahaan, perakaunan dan pengauditan serta pencukaian sesebuah perniagaan atau syarikat.

Latihan Industri merupakan platform pertama bagi pelajar untuk mengenal atau memasuki dunia pekerjaan yang sebenar. Sebagai seorang pelatih, pelajar perlulah menunjukkan sikap dan disiplin yang baik serta mengikut segala arahan dan perbincangan dengan penuh teliti dalam semua masalah yang timbul serta cara penyelesaian masalah yang perlu di selesaikan.

1.5 CARA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DI BUAT. Laporan merupakan bahan rujukan yang penting bagi semua pelatih kerana ia akan memberi maklumat yang tepat jika di perlukan pada masa akan datang. Oleh itu, setiap laporan mestilah kemas dan teratur.

Laporan juga membantu pelatih dalam mendapat rujukan sekiranya terdapat masalah yang timbul. Laporan latihan industri mestilah mempunyai ciri-ciri berikut: Ayat yang dibuat mestilah mudah difahami. Tiada kesalahan perkataan pada ayat. Isi kandungan yang baik dan bermutu. Mempunyai halaman kandungan.

Oleh yang demikian pelajar hendaklah mempelajari dan memahami dengan betul bagaimana laporan latihan industri disusun agar tidak mengalami masalah dalam laporan dikemudian hari.

1.6 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI Pada dasarnya, terdapat banyak tujuan dan objektif yang diperolehi sepanjang Latihan Industri di seluruh Politeknik di Malaysia pada tiap-tiap semester termasuklah Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam.

Pada amnya, dapatlah disimpulkan di sini antara objektifnya: Pelajar-pelajar dapat mempelajari segala ilmu pengetahuan secara teori mahupun praktikal semasa belajar di Politeknik pada semester lepas.

Para pelajar dapat mempelajari tentang perkara-perkara yang baru yang belum pernah dipelajari di Politeknik. Para pelaja dapat mengetahui secara terperinci tentang aktivitiaktiviti/perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat contohnya bidang 4

kontraktor, perkilangan, pembuatan, perkeranian, perakaunan, tekstil, pemprosesan mahupun pemasaran. Dapat mendedahkan para pelajar kepada etika, disiplin, dan peraturan alam pekerjaan yang sebenar dan secara tidak langsung akan dapat dijadikan panduan dan bekalan apabila memohon pekerjaan kelak. Dapat mendedahkan para pelajar kepada cara-cara yang betul bagaimana mahu berhadapan, berkomunikasi dan berurusan dengan pihak pelanggan contohnya ahli perniagaan.
Dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru.

1.7 LATAR BELAKANG SYARIKAT

1.7.1 Objektif Penubuhan Syarikat

Penubuhan syarikat adalah bertujuan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik kepada orang perseorangan, ahli perniagaan dan bakal kontraktor khususnya.

1.7.2 Visi Syarikat MAJU BERSAMA PELANGGAN

1.7.3 Misi syarikat

Menjadi sebuah syarikat yang berjaya terutamanya di bidang kesetiausahaan.

1.7.4 MCM CORPORATE & SERVICES

MCM Business and Management Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 08 Oktober 1998 dan beralamat PT 1919 Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu. Pada Oktober 2009, MCM Business and Management Sdn Bhd telah berpindah ke alamat Lot G1 Tingkat Bawah, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Manakala pada Januari 2011 syarikat ini telah berpindah ke Tingkat 9B Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan perakaunan, pengauditan dan percukaian. Bahagian audit dan cukai adalah dibawah Azmi Ismail & Co.. Syarikat MCM Business and Management Sdn Bhd diusahakan sepenuhnya oleh tenaga bumiputera.

MCM Business and Management Sdn Bhd berkeyakinan penuh untuk bersama-sama membangunkan pengurusan yang dijalankan selama ini, ini adalah berteraskan kemampuan dan kesungguhan tenaga kerja yang berkaitan dengan syarikat dari segi kewangan dan pentadbiran yang mementingkan prestasi dan kualiti. Berkat usaha berterusan yang ditunjukkan oleh para pekerja kepada syarikat sedikit sebanyak mampu memberikan sumbangan ke arah pengukuhan ekonomi negeri malahan negara amnya.

1.7.4 RINGKASAN SYARIKAT

NAMA SYARIKAT: MCM Corporate Service Sdn Bhd BENTUK PERNIAGAAN : Sendirian Berhad JENIS PERNIAGAAN Kesetiausahaan dan 6 : Memberikan Perkhidmatan

dan Kewangan Syarikat. PENGIKTIRAFAN TARIKH DITUBUHKAN NO DAFTAR NIAGA ALAMAT FIRMA : Setiausaha Syarikat Berlesen : 5 Mei 1995 : 617176-W : Tingkat 9B,

Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. NO. TELEFON NO. FAX PEMEGANG SAHAM : 09-6245177 / 09-6249022 : 09-6245170 : 1. Puan Nor Haliza Binti Abu Bakar

2. Haji Aminudin Bin Mat Yusof PEMILIKAN MODAL DIBENARKAN MODAL BERBAYAR : 100% Bumiputera : RM 100,000.00 : RM 50,002.00

1.7.5 ORGANISASI DAN PENTADBIRAN SYARIKAT

1.7.5.1 KAKITANGAN SYARIKAT

MCM tidak mempunyai kakitangan yang ramai, namun begitu ia tidak menjejaskan urusan yang dilakukan. Kalau dahulunya MCM hanya mempunyai 6 orang kakitangan sahaja tetapi kini ia telah meningkat kepada 8 orang. Setiap kakitangan telah diagihkan mengikut bahagian bahagian tertentu. Tiga oarang di tempatkan dibahagian Perakaunan dan lima orang lagi dibahagian pembantu setiausaha.

Setiap kakitangan telah diagihkan mengikut tugas, jadi tidak timbul sebarang masalah antara pekerja dengan pengarah kerana masing- masing 7

memberi komitmen serta berdisiplin semasa menjalankan tugas. Sebarang masalah kerja yang tidak dapat diselesaikan akan dirujuk kepada Pengarah dan ini secara tidak langsung akan mewujudkan hubungan erat antara pekerja dan majikan. Perbincangan ini juga boleh membantu meningkatkan pemahaman pekerja berkenaan dan sekaligus dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.

1.7.5.2 SUSUN ATUR PEJABAT

Walaupun ruang pejabat MCM tidak terlalu luas, tetapi cara penyusunan yang teratur menyebabkan ruang pejabat menjadi luas. MCM menyediakan sistem pejabat yang terbuka sepertimana yang terdapat di syarikat- syarikat lain. Syarikat ini telah membahagikan ruang pejabat kepada dua bahagian iaitu satu bahagian setiausaha ( Sercatary Department )dan satu bahagian lagi dikenali sebagai bahagian perakaunan (Accountancy Department ). Dibahagian setiausaha terdapat dua buah bilik iaitu satu bilik Pengarah Urusan dan satu lagi bilik untuk kerja-kerja setiausaha. Di ruangan depan adalah bahagian kewangan dan ditengah ruangan pejabat disediakan ruang tamu sebagai tempat menunggu. Manakala bahagian perakaunan ditempatkan pekerja-pekerja yang mengendalikan akaun dan pengauditan.

1.7.5.3 SISTEM FAIL.

Penyusunan fail dipejabat adalah mengikut abjad dan nombor. Kaedah penyusunan cara ini adalah untuk memudahkan pencarian fail dibuat sekiranya diperlukan kelak.

Bagi pelanggan berdaftar, penyusunan fail adalah mengikut turutan nombor dan diletakkan dikabinet yang telah disediakan. Satu senarai nama

akan diletakkan diluar kabinat untuk memudahkan pencarian nama dibuat apabila diperlukan. Contohnya : 015 Rijal Calibre

Bagi penyusunan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kerjakerja kesetiausahaan syarikat, penyusunan fail dibuat mengikut susunan abjad dan diletakkan di rak-rak yang telah disediakan. Selain daripada itu, pihak syarikat juga meletakkan satu senarai nama pelanggan syarikat dan ditampalkan berhampiran dengan rak-rak berkenaan dan juga menampal setiap nama syarikat diluar dinding bagi memudahkan syarikat mahupun pelanggan membaca. Kesemua fail-fail didalam syarikat ini telah juga dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu : Jadual 1; Senarai kod kod bagi sistem perfailan

PERKARA KOD 01 02 03 04 05 KESETIAUSAHAAN SYARIKAT / PENUBUHAN SYARIKAT KERTAS KERJA PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 06 07 08 09 10 11 12 PEMBAYARAN EPF PEMBAYARAN SOCSO KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN LEMBAGA PENGANGKUTAN KAMAJUAN PERDAGANGAN DAFTAR SAHAM TENDER PROFAIL 9

13 14 15 16

PENTADBIRAN / KAKITANGAN SYARIKAT JABATAN BEKALAN ELEKTRIK PENYEDIAAN AKAUN CUKAI PENDAPATAN / KOD FAIL

Bagi sistem abjad pula, ia hanya digunakan untuk tujuan pendaftaran perniagaan sahaja. Setelah segala pengisian maklumat di borang berkenaan, maka salinan akan dibuat untuk simpanan. Salinan-salinan akan disimpan di rak-rak yang telah dipecahkan pembahagiannya. Pembahagianpembahagian abjad ialah: AH IO PT UZ

Jika nama pendaftaran perniagaan ialah ZMK Jaya Enterprise, maka fail tersebut akan diletakkan di rak yang diberi abjad U Z. Kelebihan sistem ini ialah ianya hanya akan memudahkan pencarian fail terutamanya dalam keadaan terdesak dan kecemasan.

1.7.5.4 STRUKTUR ORGANISASI

Struktur organisasi firma ini adalah secara lini di man segala aktiviti syarikat ini adalah di bawah kawalan Pengarah Urusan. Aktivitiaktiviti syarikat ini diagihkandaripada Pengarah Urusan sewaktu menerima tugas dan akan menyerahkan tugas kepada kakitangan mengikut tugas masingmasing. Manakala kakitangan pula akan saling bantu membantu dalam menjalankantugas yang diberikan oleh Pengarah Urusan. Contohnya mereka

10

memberi bantuan kepada saya sepanjang saya menjalani Latihan Industri di sini.

Pengarah urusan akan menyemak kerja-kerja yang dilakukan oleh kakitangan dan akan membuat perubahan dan tindakan sekiranya Pengarah Urusan tidak berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan oleh kakitangan. Secara tidak langsung akan mewujudkan sifat toleransi dan kerjasama.

1.7.5.5 PERATURAN KERJA AHAD KHAMIS SABTU MINGGU PERTAMA & KETIGA CUTI Mula kerja Rehat Kerja Habis Kerja

9.00 Pagi 1.00-2.00 Petang 2.00-5.15 Petang 5.15 Petang

1.7.5.6 CUTI KERJA ( BERGAJI )

Hari Raya Puasa Hari Raya Korban Hari Pekerja Hari Wesak Tahun Baru Cina Hari Deepavali Hari Keputeraan Agong Bersalin

- 1 minggu - 3 hari - 1 hari - 1 hari - 1 hari - 1 hari - 1 hari - 40 hari

11

1.7.5.8 SISTEM GAJI

Sistem ini memperuntukkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti ihsan dan cuti tanpa gaji kepada para pekerja. Setiap para pekerja berhak mengambil cuti tahunan masing-masing disertai dengan surat kebenaran doktor bagi keadaan-keadaan tertentu. Cuti bersalin diberikan selama 40 hari.

Bagi kakitangan yang baru bekerja tetapi belum mencukupi tempoh enam bulan dan ingin mengambil cuti, mereka boleh berbuat demikian dengan mengambil cuti tanpa gaji. Mereka akan dinaikkan gaji selepas tiga bulan bekerja, bergantung kepada disiplin dan ketekunan mereka dalam membuat kerja. Bagi pekerja lama, mereka juga dinaikkan gaji sekurangkurangnya selepas setahun bekerja. Pihak syarikat juga berhak untuk memberi cuti ihsan kepada mana-mana pekerja yang dirasakan perlu tetapi bergantung kepada situasi-situasi tertentu.

1.7.5.9 PERANCANGAN SYARIKAT

Syarikat ini mempunyai perancangan jangkamasa panjang yang fleksibel iaitu berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik pada setiap masa. Syarikat juga berusaha untuk mendapatkan maklumat terkini dalam bidang yang diceburi dan disampaikan kepada pelanggan untuk kebaikkan bewrsama.

Disamping itu, Syarikat cuba untuk mendalami jenis-jenis perniagaan yang dijalankan oleh pelanggan seperti pengilangan, pembinaan dan sebagainya.

12

1.8 CARTA ORGANISASI SYARIKAT

HAJI AMINUDDIN BIN MAT YUSOF Pengarah Urusan NOR HALIZA BINTI ABU BAKAR Pengarah syarikat/setiausaha syarikat (LS05921)

MCM CORPORATE SERVICES SDN BHD (617176 W)

MCM BUSINESS & MANAGEMENT SDN BHD (469964 T)

BAHAGIAN SETIAUSAHA SYARIKAT Rajulai Abd. Ghani Noor Rokhamzah Abu Bakar Rohaida Che Rashid Fauzana Mokhtar Linda Hassan Nurul Fiza Abdullah Maziah Harun BAHAGIAN KEWANGAN Amri Salahuddin Rusidah Abd Rashid Eg Eza Norazri Wan Nohazirah

BAHAGIAN PERAKAUNAN En Kamal Mamat Siti Zarwanie Zakaria Muhammad Annas Bin Mohamed (praktikal) Engku Muhammad Fauzi Bin Engku Ibrahim (praktikal) Mohd Firdaus Bin (praktikal) Raja Nur Syahidatul Amirah Binti Raja Brahim (praktikal)

BAHAGIAN PERCUKAIAN Khamsiah Haji Muda

BAHAGIAN PENGAUDITAN Ahmad Rosli Mohd Suriani Mamat Farah Wahidah Omar Jumiah Musa Rohaida Rashid

13

1.9 ASPEK PEMASARAN

Seperti syarikat-syarikat lain, MCM Management & Services Sdn.Bhd. juga mempunyai objektif pemasaran yang tersendiri untuk memperkenalkan kewujudan syarikat dan pengauditan serta perakaunan bagi menarik lebih ramai usahawan atau peniaga dan syarikat menggunakan perkhidmatan ini.Di dalam melicinkan dan mempertingkat lagi perkhidmatan yang ditawarkan ini, pihak syarikat telah mengatur beberapa strategi iaitu:

a) Mengadakan kunjungan secara langsung ke tempat-tempat perniagaan serta syarikat-syarikat. b) Mengedarkan kad-kad perniagaan kepada peniaga-peniaga dan orang perseorangan serta orang-orang yang terlibat langsung dengan alam perniagaan. c) Mengedarkan risalah-risalah tentang perkhidmatan ini melalui surat menyurat, telefon, dan memberi penerangan betapa perkhidmatan ini menguntungkan kepada mereka untuk mengetahui kedudukan akaun syarikat mereka samaada mendapat untung atau rugi. d) Selain daripada itu, berkat ketekunan dan kualiti kerja yang amat memuaskan dengan secara tiudak langsung memberi tempat kepada syarikat ini untuk bersaing dan mendapat perhatian daripada syarikatsyarikat dan Perniagaan di sekitar Kuala Terengganu dan daerahdaerah lain amnya. e) Memperkenalkan syarikat ini melalui kenalan dan teman-teman.

1.10 SASARAN PASARAN

Berhubung dengan sasaran perkhidmatannya, Mcm Management & Services Sdn.Bhd. lebih menumpukan kepada golongan peniaga-peniaga kecil, perseorangan, perkongsian, koperasi koperasi atau syarikat-syarikat kerjasama, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat sendirian berhad yang inginkan perkhidmatan yang lebih baik dengan harga berpatutan. 14

Selain daripada itu, orang perseorangan yang mempunyai pendapatan daripada pengajian juga boleh mendapatkan perkhidmatan ini dalam keadaan tertentu. Di samping itu, mereka dapat mengurangkan cukai atau dikenakan cukai yang munasabah berdasarkan kepada perbelanjaan dan potongan yang terdapat dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Setakat ini, Mcm Management & Services telah mendapat kepercayaan daripada syarikat sendirian berhad di sekitar Kuala Terengganu dan Dungun.

1.11 ASPEK PENGURUSAN

Pemilik syarikat merupakan Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan tetap dan pelatih.

1.12 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

a) Pengurusan

Puan Nor Haliza Abu Bakar bertindak sebagai Pengarah Urusan pada keseluruhannya. Mcm Management & services dikawal oleh Puan Nor Haliza sepenuhnya termasuk dalam menyelesaikan masalah pelanggan. Sekiranya Puan Nor Haliza tiada maka segala kerja akan diserahkan kepada pembantu setiausaha iaitu Puan Norkhamzah yang telah berpengalaman dalam bidang tersebut.

b) Pembantu Akaun dan Audit

Saudara Kamal bin Mamat dan Ahmad Rosli Mohd diberi amanah untuk menyelesaikan semua masalah yang berkaitan dengan perakaunan dan pengauditan. En. Kamal juga bertindak sebagai Pembantu Puan Nor Haliza 15

dalam menyediakan akaun diperingkat awal hinggalah ke Lembaran Imbangan. Beliau juga diberi kepercayaan untuk menghubungi pelanggan sekiranya terdapat sebarang masalah dan juga memberi tunjuk ajar dan serba sedikit panduan kepada pelatih seperti saya.

c) Pelatih Saudara Muhammad Annas, Muhammad Firdaus, Engku Fauzi dan saudari Cik Syarul Akma adalah merupakan pelatih di Mcm Management & Services Sdn. Bhd. dan bertanggungjawab sepenuhnya keatas tugas yang diberikan. Kedua-dua pelatih ini ditempatkan di bahagian perakaunan bagi membantu membuat kerja-kerja yang melibatkan perakaunan.

Walaubagaimanapun mereka juga melakukan kerja-kerja pejabat seperti photostat, menaip kertas kerja, membinding dan membuat kerja-kerja dibahagian setiausaha, mengisi dokumen-dokumen yang dikehendaki pelanggan dan menguruskan semua hal yang berkaitan dengan kesetiausahaan syarikat serta bertindak sebagai pembantu pejabat.

Perkhidmatan yang disediakan amat bertepatan dan sesuai untuk sesebuah syarikat mengurangkan kos pengendalian atau pentadbiran. Bayaran dikenakan bergantung kepada pendapatan kasar atau wang masuk syarikat samaada secara perseorangan atau perniagaan. Bayaran boleh dibuat secara bulanan iaitu enam bulan atau setahun.

Antara-antara faedah yang diperolehi daripada perkhidmatan ini ialah : Mempercepatkan proses pengauditan Memiliki laporan akaun bersistematik dan membantu memperolehi pelbagai kemudahan daripada pelbagai Institusi Kewangan. Mengurangkan kos pengajian dan mengatasi masalah mendapatkan kakitangan akaun yang mahir. Memperolehi senarai, jumlah pemiutang dan penghutang secara terperinci dan lain-lain. 16

BAB 2: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

Minggu Pertama 29 November 02 Disember 2010

I.

Pukul 8.45 pagi, melaporkan diri di MCM CORPORATE SERVICES SDN BHD di tingkat 5 Menara Yayasan Islam.

II. III. IV. V. VI.

Sesi pengenalan dengan staf-staf MCM. Melawat sekitar pejabat MCM. Belajar mengira cukai perniagaan syarikat. Belajar mengisi borang cukai C & R. Belajar cara-cara mengendalikan alatan pejabat seperti mesin fotostat.

VII.

Belajar menelefon pelanggan syarikat MCM.

Minggu kedua 05 Disember 09 Disember 2010

I. II. III. IV. V. VI.

Belajar mengira kiraan asset untuk syarikat. Mengira cukai perniagaan syarikat. Mengisi borang helaian kerja. Mengisi borang cukai C & R. Belajar membuat invois perkhidmatan cukai. Mengambil cuti untuk ujian lessen memandu pada 5/12/2010.

Minggu ketiga 11 Disember 16 Disemaber 2010

I. II. III.

Mengisi borang cukai C & R. Membuat semakan borang yang telah siap diisi dengan Cik Khamsiah. Fotostat borang cukai dan geran kenderaan Syarikat TDP.

17

IV.

Membuat surat untuk pelanggan bagi menyatakan jumlah cukai yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

V.

Berjumpa pelanggan untuk menyerah borang cukai untuk ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.

VI.

Mengikut En. Rosli dan Cik Suriani ke Syarikat TDM untuk buat audit syarikat tersebut.

VII.

Membuat analisis bank untuk Syarikat TDP menggunakan penyata akaun semasa bagi kerja audit.

VIII. IX. X.

Belajar E- Filing iaitu sistem pengisian borang cukai. Binding audit dan filing fail. Belajar akaun menggunakan sistem UBS.

Minggu keempat 19 Disember 23 Disember 2010

I.

Membuat akaun Syarikat Y & Z Gemilang Sdn Bhd menggunakan sistem UBS.

II. III.

Merekod transaksi melalui bank mengikut no cek. Belajar merekod nilai dari fail Azmi Ismail & Co (kuning), MCM Business & Managment (biru), dan MCM Corporate & Services (pink) untuk akaun.

IV. V. VI. VII. VIII.

Berjumpa dengan pelanggan. Membuat invois cukai. Fotostat dokumen dan borang cukai Membuat penyata penyesuaian bank. Binding audit dan kemaskini fail cukai.

Minggu kelima 25 Disember 30 Disember 2010

I. II. III.

Cuti am. Mengisi borang cukai C & R serta mengisi borang helaian kerja. Menelefon dan bertemu pelanggan syarikat. 18

IV. V.

Fotostat borang cukai. Membuat akaun syarikat Lagenda Transport Sdn Bhd menggunakan sistem UBS.

VI. VII.

Membuat invois untuk borang C & R serta borang E. Lihat fail 01 untuk maklumat syarikat yang perlu di ambil untuk memulakan akaun.

Minggu keenam 02 Januari 06 Januari 2011

I. II. III.

Cuti peristiwa. Meyambung membuat akaun UBS syarikat Lagenda Transport. Mendengar penerangan daripada En. Kamal tentang pengiraan sewa beli (hire purchase) Binding audit yang telah siap. Menelefon pelanggan syarikat. Mengajar pelajar praktikal yang lain cara mengira cukai perniagaan dan mengisi borang cukai C & R.

IV. V. VI.

VII.

Filing fail untuk audit yang telah siap.

Minggu ketujuh 08 Januari 13 Januari 2011

I.

Mengajar pelajar praktikal lain mengisi borang cukai dan fotostat borang.

II. III. IV. V. VI. VII.

Menyusun fail audit. Mengemas pejabat baru. Menyiap akaun syarikat Lagenda Transport. Belajar cara untuk membuat caj bayaran perkhidmatan akaun (invois). Print laporan akaun syarikat Lagenda Transport. Menerima tugas baru untuk buat akaun syarikat Hajjah Shamsudiniah.

VIII.

Membuat surat kepada pelanggan untuk bayaran cukai. 19

IX.

Mengemas fail.

Minggu kelapan 16 Januari 20 Januari 2011

I. II. III. IV.

Cuti atas urusan keluarga. Menyusun fail dan mengemas fail. Mengemas dan menyusun perabot pejabat. Melakukan kerja-kerja permindahan barang pejabat tingkat bawah ke pejabat baru di tingkat 9.

Minggu kesembilan 23 Januari 27 Januari 2011

I.

Menghantar borang 48 ke Pesuruhanjaya Sumpah bagi kerja setiausaha.

II.

Mengemas dan merekodkan fail dan dokumen yang belum siap dan mengasingkan dokumen yang telah siap dibuat.

III.

Mencari dokumen syarikat Tasek Ansara dan Rahmat Paksina Sdn Bhd.

IV. V.

Belajar merekod data dalam system UBS. Binding akaun dan audit.

Minggu kesepuluh 29 Januari 03 Februari 2011 Binding laporan akaun. Fotostat resit pembelian aset. Membuat akaun untuk syarikat Trigon Pawana Sdn Bhd. Cuti umum ( Chinese new year ). Telefon syarikat Trigon Pawana untuk meminta buku cek. 20

I. II. III. IV. V.

Minggu kesebelas 06 Februari 10 Februari 2011

I. II. III. IV. V. VI.

Membuat pengiraan cukai perniagaan syarikat. Mengisi borang cukai C & R. Fotostat borang cukai. Membuat invois untuk cukai. Binding laporan akaun. Mengira caj perkhidmatan untuk akaun syarikat Hajjah Shamsudiniah Sdn Bhd.

VII.

Membuat akaun.

Minggu keduabelas 13 Februari 17 Februari 2011

I. II. III. IV. V. VI.

Menerima faks dari syarikat Trigon Pawana Sdn Bhd. Menyambung membuat akaun syarikat Trigon Pawana Sdn Bhd. Cuti sakit. Menerima akaun baru iaitu syarikat Trifast Technology Sdn Bhd. Menelefon pelanggan syarikat Trigon Pawana Sdn Bhd. Berjumpa dengan pelanggan dari syarikat Hajjah Shamsudiniah Sdn Bhd.

Minggu ketigabelas 20 Februari 24 Februari 2011

I. II.

Menyambung membuat akaun Trifast Technology Sdn Bhd. Menghantar laporan lembaran imbangan syarikat De Penarik ke SME Bank untuk urusan pinjaman.

III.

Membuat penyata penyesuaian bank. 21

IV. V.

Membuat invois akaun syarikat Trifast Technolgy Sdn Bhd. Menyiapkan akaun dan menyemak akaun Trifast Technology dengan penyelia.

Minggu keempatbelas 26 Februari 03 Mac 2011 Print laporan akaun syarikat Trifast Technology Sdn Bhd. Membuat akaun syarikat Masa Permata Sdn Bhd. Mencari fail 01 syarikat Masa Permata Sdn Bhd. Menelefon Pengarah Masa Permata Sdn Bhd. Membuat invois akaun Berjumpa dengan Pengarah Masa Permata Sdn Bhd. Menyuruh penyelia untuk semak akaun.

I. II. III. IV. V. VI. VII.

Minggu kelimabelas 06 Mac 10 Mac 2011 Print laporan akaun syarikat Masa Permata Sdn Bhd. binding laporan akaun. Membuat pengiraan cukai perniagaan syarikat. Mengisi borang helaian kerja. Mengisi borang cukai C & R. Fotostat borang 49 dan borang C & R.

I. II. III. IV. V. VI.

Minggu keenambelas 13 Mac 17 Mac 2011

I. II.

Fotostat borang cukai. Membuat invois perkhidmatan mengisi borang cukai. 22

III.

Membuat surat untuk client bagi menyatakan jumlah cukai yang perlu dibayar.

IV. V. VI. VII. VIII.

Menerima panggilan dari syarikat Trigon Pawana Sdn Bhd. Faks penyata bank kepada Trigon Pawana. Mengisi borang helaian kerja Mengisi borang cukai C & R serta mengisi borang B. Berjumpa dengan Pengarah MZ Jaya Bina untuk tandatangan borang cukai.

IX. X. XI.

Belajar cara-cara membuat pengiraan cukai pendapatan borang B. Menelefon client. Membuat akaun untuk persendirian bagi syarikat Masa Permata Enterprise untuk mengisi borang cukai B.

Minggu ketujuhbelas 20 Mac 24 Mac 2011

I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX.

Menyambung membuat akaun yang tertangguh. Menelefon client. Mengira semula untung rugi dan cukai pendapatan Masa Permata. Mengisi borang cukai B. Fotostat borang cukai. Membuat invois cukai. Mengira pengiraan cukai perniagaan. Filing fail. Belajar membuat transaksi pendapatan masuk untuk akaun syarikat Ns Quasar Sdn Bhd.

Minggu kelapanbelas 26 Mac 31 Mac 2011

I. II.

Menyambung membuat akaun syarikat NS Quasar Sdn Bhd. Binding salinan laporan akaun Trifast Technology Sdn Bhd. 23

III. IV. V. VI. VII.

Mengambil borang cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Cuti sakit. Menyemak akaun syarikat Hajjah Shamsudiniah Sdn Bhd. Membuat invois akaun. Print laporan akaun Hajjah Shamsudiniah Sdn Bhd.

Minggu kesembilanbelas 03 April 07 April 2011

I. II. III.

Menyambung membuat akaun syarikat NS Quasar Sdn Bhd. Menelefon syarikat Trigon Pawana Sdn Bhd. Membuat penyata penyesuaian bank (bank reconciliation) dan print penyata tersebut. Print laporan akaun Trigon Pawana Sdn Bhd. Menyerah dokumen Trigon Pawana dan Hajjah Shamsudiniah kepada bahagian audit.

IV. V.

Minggu kedua puluh 09 April 14 April 2011

I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII.

Menyambung membuat akaun syarikat NS Quasar Sdn Bhd. Menjawab panggilan telefon. Memindahkan barang-barang akaun ke bilik mesyuarat. Mencari tempat penginapan untuk lawatan ke Cameron Highland. Mengira cukai perniagaan syarikat Gabungan Teras. Mengisi borang cukai C & R serta helaian kerja. Fotostat borang dan membuat invois cukai. Berjumpa dengan client dari syarikat NS Quasar atas urusan akaun syarikat.

Minggu kedua puluh satu 17 April 21 April 2011 24

I. II. III.

Berjumpa dengan pengarah syarikat NS Quasar. Membetulkan semula invois akaun syarikat NS Quasar. Menyemak dan mengemaskini barang-barang akaun yang telah siap dan barang akaun yang baru diterima oleh MCM.

IV.

Membuat senarai nama syarikat yang menghantar barang-barang untuk membuat akaun dan nama syarikat yang belum mengambil barang-barang akaun.

25

26

BAB 3: PERCUKAIAN

3.0

Perkhidmatan cukai

Perkhidmatan percukaian yang ditawarkan oleh pihak MCM Management Services ialah pengiraan cukai pendapatan bagi pelanggan atau dikenali sebagai INCOME TAX. Pengiraan cukai ini hanya dilakukan sekali dalam setahun untuk setiap pelanggan tetap atau lama. Pelanggan lama berbeza dengan pelanggan baru dimana mereka terpaksa menyediakan 2 atau 3 tahun percukaian sebelum ini dan akan kekal setiap tahun selagi perniagaan mereka kekal berfungsi.

3.1

Definisi cukai

Cukai boleh didefinisikan sebagai satu kenaan atau potongan wajib yang dikenakan keatas jumlah pendapatan individu atau syarikat mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ). Terdapat beberapa pendapatan yang boleh dikenakan potongan cukai, antaranya ialah keatas perniagaan, pengajian, faedah dan dividen, sewa, royalty dan premium serta ke atas lain-lain pendapatan.

3.1.1 Pendapatan ke atas perniagaan

Pendapatan ke atas perniagaan bermaksud pendapatan yang diterima hasil daripada perniagaan individu sama ada ianya daripada jenis perkongsian, sendirian berhad ataupun milikan tunggal.

3.1.2

Pendapatan ke atas pengajian

Pendapatan ini merangkumi pelbagai ganjaran yang diterima oleh individu seperti gaji, upah, komisen, bonus atau apa-apa perolehan yang diberikan oleh pihak majikan.

3.1.3

Pendapatan ke atas faedah dan dividen

Melalui simpanan yang telah dibuat oleh individu atau syarikat, bank-bank atau institusi kewangan yang berkaitan akan membuat pelaburan ke atas simpanan individu dan memberikan mereka satu ganjaran atau hasil yang dikenali sebagai dividen.

3.1.4

Pendapatan daripada sewa, royalty, dan premium.

Pendapatan sebegini meliputi hasil yang diterima melalui sewa rumah, bangunan, premis perniagaan dan lain-lain serta daripada penjualan album bagi seseorang yang bergelar artis.

3.1.5 Lain-lain pendapatan

Pendapatan ini boleh dianggap sebagai hadiah atau loteri yang dimenangi oleh individu atau syarikat hasil daripada peraduan-peraduan yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu.

3.2 Tanggungjawab Akauntan Percukaian

Tanggungjawab sebagai akauntan bertindak sebagai orang tengah antara pembayar cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ). Pihak MCM akan memberikan nasihat kepada pelanggan agar memberi kerjasama yang sewajarnya terutama dalam memberikan maklumat yang benar bagi perkara-perkara penting yang berkaitan. Setelah 28

memperolehi maklumat, MCM akan membuat dan menyediakan akaun yang berkaitan dan akan membuat pengiraan cukai tahunan untuk dihantar kepada pihak LHDN.

Penerangan akan diberikan mengenai pelepasan yang layak serta boleh dituntut oleh pelanggan. Bagi mengelakkan daripda berlakunya penipuan, pihak MCM sentiasa mengingatkan para pelanggannya supaya sentiasa berlaku jujur dalam memberikan sebarang maklumat yang diperlukan kerana mereka perlu tahu bahawa fail mereka boleh dibuka pada bila-bila masa sahaja walaupun 12 tahun akan datang. Disamping itu, MCM tidak akan membuat sebarang akuan dan tidak bertanggungjawab di atas segala kes yang tidak diingini kerana pelanggan telah membuat pengesahan terhadap semua kenyataan dan maklumat yang diberikan adalah tetap dan benar.

3.2.1

Perlantikan sebagai ejen cukai

Sebelum sesebuah firma tertentu membuat sebarang pengurusan untuk membuat akaun percukaian para pelanggan, pelanggan perlulah mengesahkan bahawa perlantikan ejen percukaian itu adalah bertujuan untuk membantu mereka menyediakan akaun cukai pendapatan.

Dalam perlantikan ini, pelanggan dikehendaki mengisi beberapa borang yang disediakan oleh firma berkenaan selagi ejen cukai yang menguruskan pengiraan cukai pelanggan. Terdapat 3 jenis borang yang perlu diisi oleh pelanggan iaitu surat perlantikan ejen cukai, borang peribadi pelanggan dan borang butiran perbelanjaan, pendapatan, aset dan liabiliti.

3.2.2

Surat perlantikan ejen cukai

29

Surat ini merupakan surat pengakuan daripada pelanggan untuk melantik firma tertentu sebagai ejen pencukaian dimana ia berkuatkuasa pada tarikh surat itu ditandatangani. Ia disediakan dalam 2 salinan iaitu untuk diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN ).dan satu salinan akan disimpan oleh ejen cukai.

3.2.3

Borang peribadi pelanggan

Setiap pelanggan diwajibkan untuk mengisi borang ini bagi membolehkan pengesahan segala keterangan mengenai diri pelanggan adalah benar dan sahih. Ianya bertujuan untuk memudahkan agen cukai membuat permohonan untuk pelepasan.

3.2.4

Borang butiran belanja, pendapatan asset, & liabliti

Borang ini perlu diisi dan ditandatangani serta disahkan oleh pelanggan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah. Firma atau ejen cukai tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat penipuan dalam memberikan maklumat tersebut.

Oleh sebab itu, ejen cukai sentiasa mengingatkan pelanggan agar memberikan maklumat yang benar supaya segala urusan dapat diselenggarakan dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah yang boleh menjejaskan pelanggan pada masa akan datang.

3.3

Borang-borang Cukai

Pada kebiasaannya, boarang cukai akan dihantar oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) kepada pelanggan tertentu sahaja. Sekiranya borang cukai belum diterima oleh pelanggan pada tarikh yang sepatutnya, ejen cukai 30

akan membantu dalam membuat permohonan tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN )

Sebelum permohonan borang cukai dilakukan, pihak ejen perlulah memastikan sumber pendapatan pelanggan. Sekiranya ia daripada perniagaan,ejen mestilah mengetahui apakah jenis perniagaan yang dijalankan itu yang memperolehi pendapatan melalui penggajian. Ini penting kerana setiap pendapatan mempunyai boarangborang yang berbeza. Antara jenis borang cukai ialah Borang B, Borang P, Borang BE, dan borang C & R.

3.3.1

Borang B

Borang ini merupakan borang percukaian bagi perseorangan atau individu. Borang ini akan di berikan kepada individu yang memperolehi pendapatan melalui perniagaan yang dijalankan atau pengajian. Biasanya, disudut sebelah kanan bahagian atas borang ada dinyatakan nombor fail ( No. Fail ) iaitu OG atau SG sebagai rujukan pihak LHDN dan pembayar cukai ( pelanggan ). OG bermaksud pembayar cukai yang mendapat hasil pendapatan melalui sewa bangunan, dividen dan lainlain. Manakala SG pula ialah untuk pembayar cukai yang menerima pendapatan melalui pengajian. 3.3.2 Borang P

Borang ini khas untuk mereka yang menjalankan perniagaan secara perkongsian. Disudut sebelah kanan borang terdapat nombor rujukan(No.Rujukan) sebagai rujukan pihak LHDN dan pembayar cukai. Nombor rujukan bagi pihak perkongsian ialah D dimana ianya menunjukkan perniagaan perkongsian. Dalam borang ini, pembayaran cukai perlu menerangkan tentang siapa rakan kongsi dan pembahagian 31

untung dan rugi serta jumlah keuntungan dan kerugian yang diperolehi pada tahun taksiran yang berkenaan.

3.3.3

Borang BE

Borang ini adalah untuk pelanggan yang ingin mengistiharkan pendapatannya. Ianya bertujuan untuk mengisi jumlah cukai yang perlu dibayar daripada pendapatan yang diperolehi melalui penggajian sebagai punca pendapatan utama. Bersama-bersama borang ini disertakan juga salinan penyata EA yang ditunjukan khas bagi pihak pelanggan yang mendapat pendapatan daripada sektor swasta.

3.3.4

Borang C & R

Borang ini adalah untuk pelanggan atau peniaga sendirian berhad. Walaubagaimanapun, sebelum pengiraan cukai dilakukan akaun syarikat perlulah di audit terlebih dahulu untuk memenuhi kehendak Akta Syarikat 1965.

3.4

Bentuk-bentuk Pelepasan

Terdapat beberapa bentuk pelepasan yang diberikan menurut ucapan oleh Menteri Kewangan Melaysia ketika pembentangan mengenai belanjawan negara. Ini adalah kerana adanya pelepasan-pelepasan ini dapat membantu pembayar cukai meringankan serta mengurangkan bebanan cukai yang perlu dibayar kepada LHDN. Di antara pelepasan pelepasan yang diberikan ialah pelepasan diri, pelepasan isteri , pelepasan 32

anak, KWSP dan insuran, pelepasan rebet dan bayaran zakat fitrah.

3.4.1

Pelepasan ke atas diri sendiri

Pelepasan ini diberikan kepada individu yang membayar cukainya sendiri. Had yang diberikan untuk pelepasan ini ialah sebanyak RM 9,000.00.

3.4.2

Pelepasan ke atas isteri

Sekiranya pembayar cukai mempunyai isteri ataupun isterinya ingin membuat pengiraan cukai bersama maka pembayar cukai dibenarkan untuk meminta pelepasan untuk isterinya sebanyak RM 3,000.00.

3.4.3

Pelepasan ke atas anak

Jumlah maksimum anak yang mendapat pelepasan ialah seramai 5 orang . Dimana pelepasannya sebanyak RM 8,00.00 untuk setiap seorang bagi yang berumur 18 tahun kebawah . Jika pembayar cukai mempunyai anak yang cacat , maka ia akan diberikan pelepasan sebanyak RM 5,000.00 seorang.

Pembayar cukai juga mendapat pelepasan sekiranya mempunyai anak yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) terutamanya universiti-universiti sama ada di dalam ataupun di luar negara . Kadar pelepasan yang boleh dituntut ialah sebanyak RM 3,200.00 seorang untuk anak yang menuntut di dalam negara dan RM 8,00.00 seorang untuk anak yang menuntut di luar negara. Perbezaan ini adalah kerana pihak kerajaan lebih menggalakan anak anak

33

pembayar cukai belajar di dalam negara berbanding di luar negara.

3.4.4

Pelepasan ke atas KWSP & Insurans

Pelepasan ini hanya boleh dituntut sekiranya pembayar cukai mendaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan telah diluluskan serta disahkan. Bagi insuran pula, hanya premium yang dibayar atas nama pembayar cukai dan isteri sahaja akan dibenarkan mendapat pelepasan cukai. Namun demikian, pelepasan yang dibenarkan untuk kedua-dua ini adalah tidak boleh melebihi RM 5,000.00.

3.4.5

Pelepasan ke atas rebet

Pelepasan ini akan diberi secara automatik tanpa membuat sebarang tuntutan atau rayuan sekiranya pendapatan yang dikenakan cukai tidak melebihi RM 10,000.00. Kadar rebet yang dibenarkan ialah sebanyak RM 350.00 untuk diri sendiri dan juga isteri serta RM 400.00 untuk komputer.

3.4.6

Pelepasan ke atas zakat fitrah

Pembayaran cukai boleh menuntut pelepasan ini dengan syarat menyertakan dan mengemukakan resit asal pembayaran zakat sama ada zakat harta dan lain-lain lagi . Pelepasan yang dibenarkan adalah tidak terhad.

3.5

Pengiraan Elaun Modal

Elaun modal adalah potongan yang boleh dituntut daripada pembelian aset-aset yang digunakan dalam menjalankan urusan perniagaan tertentu. Tuntutan elaun modal dapat

34

mengurangkan jumlah pendapatan bercukai sekaligus membantu pembayar cukai yang dikenakan ke atas mereka.

Walau bagaimanapun, dalam membuat tuntutan ini perlulah menyertakan bukti sah pembelian aset tersebut. Contohnya resit asal, surat perjanjian sewabeli dan lain-lain lagi. Sebelum pengiran dibuat, kos pembelian sebenar aset tersebut perlulah dipastikan akan kebenarannya.

Bagi menentukan jumlah sebenar kos pembelian, perjanjian sewabeli harus disemak terlebih dahulu. Di samping itu, kos pembelian tidak boleh dikira mengikut harga tunai. Sebaliknya, perlu dicampurkan dengan kos-kos tertentu yang terlibat sewaktu pembelian dibuat. Contohnya ialah aset yang dibeli adalah kenderaan, maka insurans kenderaan akan diambil kira sebagai kos pembelian.

Selain itu, jenis aset yang dibeli haruslah dipastikan sama ada aset tersebut dibeli secara tunai atau sewabeli. Ini adalah kerana jika ia dibeli secara tunai maka tahun taksiran yang pertama sahaja akan dikenakan cukai permulaan dan tahun berikutnya dikira sebagai elaun tahunan.

Tetapi sekiranya ia dibeli secara sewabeli, maka setiap tahun taksiran akan dikenakan elaun permulaan sebanyak 20% bagi semua jenis aset. Kenderaan adalah sebanyak 16% atau 18%, perabot 8% dan mesin jentera 12%. Bagi kenderaan iaitu kereta, seandainya ia digunakan untuk membantu urusan perniagaan maka elaun tahunannya ialah 20% tetapi jika ia digunakan oleh Pengarah Syarikat, elaun tahunannya ialah 16% sahaja.

3.6

Rayuan Cukai

Seorang pembayar cukai berhak membuat sebarang rayuan atau bantahan terhadap taksiran yang telah dibuat ke atasnya oleh 35

Lhdn. Ini dinyatakan dalam seksyen 99, Akta Cukai Pendapatan 1967, terdapat beberapa sebab mengapa seoarang pembayar cukai diberi kebenaran dan berhak untuk membuat rayuan.

Antaranya :i. Tidak berpuas hati dengan jumlah pendapatan yang dikenakan cukai ii. Pelepasan persendirian tidak dibenarkan dengan sewajarnya. iii. iv. Kesilapan taksiran yang dikeluarkan oleh LHDN. Terlupa membuat tuntutan ke atas perbelanjaan atau pelepasan tertentu.

Untuk membuat sebarang rayuan dalam bentuk notis bertulis, ianya perlulah dihantar kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan notis J. Walaubagaimanapun, pembayar cukai diwajibkan membayar cukai sementara. Ini adalah kerana masa yang di ambil untuk menimbang rayuan mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Di samping itu, bukti kukuh diperlukan bagi menyokong rayuan tersebut untuk mengurangkan cukai taksiran yang dikenakan ke atas mereka.

3.7

Jenis-jenis Pengiraan Cukai

Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas yang mempunyai pendapatan tahunan yang lebih daripada RM 12,000.00 setahun. Jika seseoarang individu itu mempunyai pendapatan kurang daripada jumlah tersebut, maka ia akan dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan. Pada kebiasaannya, pembayar cukai pendapatan dibuat sekali dalam 36

setahun dan tempoh tamat pengisian Borang Cukai Pendapatan ialah 31 Mei setiap tahun. Terdapat pelbagai jenis cukai yang telah dikategorikan. Antaranya :-

i.

B untuk individu yang berniaga sama ada perniagaan kecil atau besar.

ii. iii. iv. v. vi.

E khs untuk majikan yang menggajikan pekerjanya. C untuk syarikat sendirian berhad. BE penggajian atau pekerja makan gaji. P perniagaan yang dijalankan secara perkongsian. J borang taksiran yang berkenaan dengan anggaran cukai yang perlu dibayar.

vii.

JA borang taksiran yang berkaitan dengan pembetulan yang akan menambahkan kadar cukai.

viii.

JR borang taksiran pembetulan cukai yang akan mengurangkan kadar cukai ( amnya ia daripada pembayar cukai yang memohon dengan bukti kukuh ).

3.8

Pengiraan Cukai

3.8.1 Individu yang berniaga

Pengiraan cukai untuk individu yang berniaga adalah lebih ringkas dimana akaun yang harus dibuat ialah Akaun Perdagangan dan Untung Rugi serta Kunci Kira-Kira dan ianya adalah sama seperti akaun biasa. Perbezaan hanya berlaku pada formatnya sahaja. Harus diingatkan bahawa jika terdapat dua atau lebih perniagaan yang dijalankan, ia perlu diasingkan.

3.8.2

Individu yang digajikan oleh majikan

Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) akan menghantar Borang EA kepada majikan untuk diisi. Kebiasaannya, borang ini adalah berkaitan dengan jumlah pendapatan yang diterima 37

oleh pekerja dalam tempoh setahun berdasarkan penyata gaji dan ia juga menyatakan butir lengkap mengenai pekerja. Pihak majikan akan mengisi borang taksiran E manakala pekerja akan mengisi Borang BE. Jumlah pendapatan yang dinyatakan oleh majikan mestilah sama dengan jumlah pendapatan yang dinyatakan oleh pekerja.

3.8.3

Perniagaan sendirian berhad

Pengiraan cukai adalah berdasarkan kepada Laporan Audit Tahunan sesebuah perniagaan. Borang tahunan untuk tahun taksiran adalah berdasarkan kepada laporan audit sebelumnya. Sebagai contohnya, taksiran untuk tahun 1999 adalah berdasarkan kepada laporan atau pengiraan audit tahun 1998.

Format untuk pengiraan cukai syarikat Sendirian Berhad ialah untung Bersih atau Rugi Bersih ditambahkan dengan belanja-belanja seperti keraian, yuran guaman, lessen dan susutnilai. Hasil daripada pertambahan kedua-duanya, pendapatan diselaraskan sama ada untung atau rugi akan diperolehi. Sekiranya pendapatan diselaraskan, untung akan ditolak dengan elaun modal. Kemudian barulah jumlah pendapatan bercukai didapati. Pendapatan bercukai pula akan dikenakan cukai sebanyak 28% mengikut Akta Cukai Syarikat.

Perlu diingat bahawa sekiranya, pendapatan diselaraskan adalah rugi, maka bakinya perlu dibawa ketahun hadapan. Begitu juga elaun modal. Oleh yang demikian, pengiraan cukai tidak dikenakan keatas kerugian tersebut.

Contoh : BUSINESS TAX A & M GLOBAL SDN. BHD. (801465-T) 38

(Incorporated In Malaysia) COMPUTATION FOR BUSINESS TAXATION FOR THE YEAR OF ASSESSMENT 2010

RM LOSS FOR THE YEAR AS PER AUDITED ACCOUNT NON ALLOWABLE EXPENSES Depreciation Secretary and filing fee Accounting fee Entertainment Donation

RM (10,232.00)

+:

5,501.00 1,260.00 620.00 0.00 0.00 (7,381.00 ) (2,851.00)

ADJUSTED BUSINESS PROFIT -: CAPITAL ALLOWANCES Unutilised Capital Allowance b/f Capital Allowance For The Year Total Capital Allowance Sett-off Unutilised Capital Allowance c/f

4,074.00 5,500.10 9,574.10 0.00 9,574.10 (2,851.00) 0.00 2,851.00 2,851.00 0.00 2,851.00 0.00

0.00

AGGREGATE INCOME -: Unabsorbed Tax Losses b/f Tax Losses For The Year Total Unutilised Tax Losses For The Year Unutilised Tax Losses c/f

CHARGEABLE INCOME TAXABLE INCOME @ 20% 3.8.4 Perniagaan perkongsian 39

0.00 NIL

Pengiraan perkongsian mempunyai pengiraan cukai yang berbeza daripada cuaki untuk orang perseorangan dan syarikat sendirian berhad. Kesemua untung dan rugi akan di kongsi bersama oleh para pemilik mengikut nisbah pembahagian yang telah dipersetujui mereka.

3.8.5

Perniagaan Enterprise

Format pengiraan cukai adalah hampir sama seperti pengiraan cukai taksiran untuk syarikat sendirian berhad. Perbezaan dapat dilihat pda pendapatan diselaraskan dimana rugi diperolehi tidak dibawa ke tahun hadapan. Tetapi ia dianggap selesai pada tempoh itu sahaja.

40

41

42

Anda mungkin juga menyukai