Anda di halaman 1dari 22

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DI TELEKOM MALAYSIA ™ BERHAD, SIBU


ABSTRAK

Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelatih disyaratkan lulus Latihan Industri sebelum ianya
diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelatih diberi pilihan memilih
sendiri tempat Latihan Industri ataupun melalui pilihan dari Unit Perhubungan Latihan Industri di setiap
Politeknik. Pelatih akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester.

Pelatih telah memilih Telekom Malaysia Berhad Sibu sebagai tempat untuk menjalani Latihan Industri
bermula 29 November 2010 hingga 29 April 2011setelah permohonan diluluskan oleh organisasi tersebut. Di
dalam laporan Latihan Industri ini pelatih akan menerangkan secara terperinci mengenai objektif Latihan
Industri, maklumat tentang firma dan aktiviti atau tugasan yang telah dilakukan sepanjang menjalani Latihan
Industri.

Antara tugasan-tugasan yang dilakukan sepanjang tempoh 6 bulan menjalani Latihan Industri adalah
seperti menghubungi pelanggan, melakukan kerja ‘jumpering’, melakukan kerja penyambungan serta membaik
pulih talian, mengaturcara telefon tanpa wayar [CDMA], menyambung dan memotong talian di Main
Distribution Frame [MDF], mengenali Fiber Optik, melakukan penyambungan Fiber Optik, pergi ke tapak
projek pemasangan dan penyambungan kabel, menyimpan data di dalam komputer, mengenali seksyen Data,
memasukkan tetapan serta mengaturcara modem. Penggunaan peralatan pejabat juga merupakan perkara
penting yang perlu diketahuai oleh pelatih sebelum memulakan sesuatu tugasan bagi memudahkan membuat
tugasan kerja yang lain. Pelatih akan diawasi oleh Penyelia. Setiap tugasan yang dilakukan oleh pelatih akan
diiringi dan mempelajari tugasan tersebut daripada kakitangan dan pegawai pejabat tersebut.
DEKLARASI

Laporan ini disediakan oleh saya sebagai bukti yang saya telah menjalani latihan industri di sini
sepanjang tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat
Rangkaian.

Laporan ini adalah milik Politeknik Mukah Sarawak dan ianya tidak boleh diciplak atau di ‘edit’
dalam apa carapun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Telekom Malaysia ™ Berhad Sibu.

Sekian,

________________________________
PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan.

Syukur kepada Tuhan, Latihan Industri sepanjang 20 minggu ini dapat dijalankan dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengurus Telekom Malaysia Berhad, Sibu, Encik
Anuar Manai kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri ini di Telekom
Malaysia Berhad Sibu. Tidak ketinggalan kepada semua kakitangan Telekom Malaysia Berhad, Sibu yang
prihatin dan komitmen dalam menjayakan Latihan Industri ini.

Sepanjang penglibatan di dalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini, banyak
kerjasama, sumbangan dan bantuan dari segi nasihat, sokongan moral dan spiritual, dan bantuan teknikal telah
disumbangkan daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Encik Robin Wan Kwong Yong dan Encik Harun yang telah sudi mengambil saya untuk menjalani Latihan
Industri di Customer Service Management [CSM] serta Cik Lemba selaku Penolong Pengurus Recess Network
Operation [RNO] Access Sibu yang membolehkan saya menimba sedikit sebanyak pengalaman bekerja di
sana.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cik dan Cik, yang telah bertungkus-lumus
membantu menjayakan program Latihan Industri ini dan juga telah banyak membantu menguruskan hal-ehwal
Latihan Industri. Dan tidak lupa kepada ”mentor” saya, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu
saya menyiapkan laporan Latihan Industri ini.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga terutama
kepada ayah dan ibu, yang telah banyak memberi galakan dan dorongan dari segi moral, rohani, fizikal dan
kewangan.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya
sepanjang tempoh Latihan Industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan anda
semua mendapat ganjaran daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih


ISI KANDUNGAN

BAB 1

1.1 PENGENALAN

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

BAB 2 : ORGANISASI

2.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.2 VISI DAN MISI ORGANISASI

2.3. OBJEKTIF ORGANISASI

2.4 STRUKTUR ORGANISASI

BAB 3 : KERJA TEKNIKAL

BAB 4 : KOMEN DAN CADANGAN

BAB 5 : KESIMPULAN
BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Politeknik Mukah Sarawak merupakan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam yang
mengeluarkan ramai mahasiswi dan mahasiswa yang berpengetahuan tinggi dalam bidang teknikal,
pengurusan IT malah dalam pengurusan peniagaan turut ditawarkan dalam pengajian di Politeknik
Mukah Sarawak.

Politeknik Mukah Sarawak telah mengeluarkan dua kategori pelajar yang akan menjalani latihan
industri ini, iaitu pelajar Sijil semester tiga dan pelajar Diploma bagi semester empat. Latihan Industri
merupakan sati komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar juga disyaratkan harus lulus latihan industri sebelum diperakukan
untuk penganugerahan Sijil dan Diploma Politeknik KPTM.
1.2 Objektif Latihan Industri

Politeknik memberi peluang kepada semua pelajar latihan industri untuk menjalani latihan
industri ini selama satu semester. Dalam tempoh satu semester tersebut, para pelajar boleh
mempelajari dan meluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang yang dipelajari di tempat menjalani
latihan industri ini.

Namun sebelum para pelajar didedahkan dengan alam pekerjaan dan menjalani latihan
industri, para pelajar akan dinasihati agar menjaga perlakuan diri dalam menjalani latihan ini bagi
menjaga nama baik politeknik dan sentiasa menunjukan disiplin yang tinggi. Disiplin yang tinggi
mencorakan jati diri pelajar semasa dalam alam pekerjaan kelak.

Semasa menjalani latihan industri ini, para pelajar terlebih dahulu akan diajar oleh kakitangan
pejabat sebelum melakukan sesuatu tugasan yang diberikan bagi mengelak para pelajar melakukan
kesilapan. Tugasan yang diberikan haruslah setimpal dengan bidang pelajaran pelajar tersebut bagi
memudahkan pelajar menambahkan pengetahuan beliau berkenaan alam pekerjaan yang bakal dialami
pelajar nanti sewaktu bekerja.

Antara objektif latihan industi ini adalah seperti berikut;

 Mendekatkan para pelajar dengan mengalami situasi sebenar alam pekerjaan.

 Meluaskan dan meyakinkan pelajar dalam bidang komunikasi bersama kakitangan dan
pegawai pejabat atau firma tersebut.

 Memberi pelajar untuk lebih berdisiplin dalam mematuhi etika dan peraturan tempat kerja
yang telah ditetapkan di tempat kerja.

 Pelajar dapat menambahkan perhubungan yang baik dengan melibatkan diri dengan aktiviti
yang dianjurkan oleh pejabat atau firma berkenaan.

 Menambahkan ilmu pengetahuan dengan perkara yang diuruskan oleh pejabat, jabatan dan
firma berkenaan.
1.3 Kepentingan Latihan Industri kepada Pelajar

Latihan Industri adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk melatih kemahiran yang telah dipelajari sepanjang pembelajaran di mana ia dapat diaplikasikan dengan
berkesan. Ia juga membantu pelajar menghayati realiti kehidupan alam pekerjaan, selain memberi pengalaman
dan pengetahuan terhadap perlaksanaan dalam realiti alam pekerjaan.

Selain itu, meningkatkan kemahiran pelajar dalam berkomunikasi dan memberi keyakinan untuk
menempuh alam pekerjaan pada masa akan datang. Latihan Industri juga merupakan satu cabang untuk
membina keyakinan diri dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan yang sebenar. Latihan
Industri juga penting, di mana pelajar dapat memanfaatkan pengetahuan yang dipelajari dan organisasi
mengenai bagaimana organisasi beroperasi. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
memperluaskan kemahiran serta pengetahuan yang dipelajari semasa latihan.

Justeru, Latihan Industri ini turut memperluaskan pengetahuan tentang semua bidang walaupun tidak
berkaitan dengan bidang yang diceburi. Keadaan seperti ini boleh dikatakan para pelajar mendapat ilmu
tambahan, di mana ianya dapat digunakan apabila berada dalam situasi yang sebenarnya. Memperkenalkan
pelajar Politeknik dengan pihak luar. Apabila pelajar menunjukkan kelakuan dan disiplin yang baik, ini akan
meningkatkan nama institusi di samping dalam menjalinkan hubungan baik dengan pihak luar.
BAB 2 : ORGANISASI

2.1 : LATAR BELAKANG ORGANISASI

Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan kedua

terbesar di Asia Tenggara. Telekom Malaysia memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon

talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah

mengambil alih Celcom Berhad dan mengabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TM Touch.

Telekom Malaysia pada asalnya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, Jabatan Telekom Malaysia
(JTM). Telekom Malaysia diswastakan pada 12 Oktober 1984 dan dikenali sebagai Syarikat Telekom Malaysia

Berhad (JTMB). Telekom Malaysia disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 9 September 1990. Pada April
2005, Telekom Malaysia secara rasminya menukar jenama dari Telekom Malaysia kepada TM.

Logo baru melibatkan tiga warna iaitu jingga, biru dan merah. Warna jingga melambangkan
semangat yang dipamerkan warga TM Net Berhad. Manakala merah melambangkan identiti Celcom.

Perkataan ‘TM’ yang berwarna biru memberi maksud kumpulan TM sebagai sebuah organisasi yang empati,
dan mempunyai semangat dan jiwa yang kental. Gabungan ketiga-tiga warna ini menunjukkan TM Net

Berhad, Celcom dan Telekom Malaysia berkerja seiring dalam mencapai matlamat organisasi.

Telekom Malaysia Berhad (TM) menyediakan perkhidmatan yang luas dari segi perkhidmatan suara,

perkhidmatan maklumat, perancangan sumber syarikat, perkhidmatan internet, perkhidmatan talian mudah
alih, satelit, maritim dan radio, siaran dan pakar perkhidmatan rangkaian.
Terdapat tiga (3) jenis perniagaan yang dilaksanakan di dalam Telekom Malaysia. Perniagaan kecil,
sederhana dan korporat membekalkan talian tempatan dan perkhidmatan panggilan jarak jauh. Panggilan

merupakan panggilan yang di buat di dalam kawasan bandar dan di antara bandar dengan bandar yang
mempunyai caj dan kawasan liputan panggilan yang sama. Panggilan jarak jauh dibahagikan kepada panggilan

nasional dan panggilan antarabangsa. Panggilan nasional merupakan panggilan yang dibuat di antara bandar
dengan kawasan luar liputan sebagai contoh panggilan dari Sibu ke Kuala Lumpur manakala panggilan

antarabangsa merupakan panggilan yang di buat ke luar negara seperti panggilan dari Malaysia ke Indonesia.

Jualan keseluruhan TM menyumbang kepada industri telekomunikasi secara keseluruhan. Ianya juga
pekar dalam mereka dan membekalkan penyelesaian infrastruktur telekomunikasi yang terbaik pada
pelanggan TM.
2.2 : VISI DAN MISI ORGANISASI

 Visi

Untuk menjadi syarikat telekomunikasi pilihan dengan penumpuan ke arah menyampaikan nilai
terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang memainkan peranan pentingan dalam syarikat.

 Misi

Berikut merupakan Misi TM iaitu :

i. Menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang kita ceburi.

ii. Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan yang
menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.

iii. Membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan rakan niaga kita
berdasarkan kepercayaan.

iv. Menjana nilai pemegang saham dengan merubut peluang-peluang perniagaan di Asia
Pasifik dan lain-lain pasaran serantau terpilih.

v. Menjadi majikan pilihan yang memberi inspirasi ke arah kecemerlangan prestasi.


2.3 OBJEKTIF

i. Untuk menyediakan kemudahan yang berkesan dan berfaedah.


ii. Untuk mempertingkatkan prestasi perniagaan para pelanggan dengan menyediakan
penyelesaian maklumat dan komunikasi yang bernilai tinggi.
iii. Untuk menyediakan bangunan kerajaan yang berfungsi, selamat, berkualiti, ekonomik dan
mematuhi spesifikasi yang diiktiraf.
iv. Memberi peluang kepada pelanggan supaya dapat berkomunikasi satu sama lain.
2.3 STRUKTUR ORGANISASI

NAMA ORGANISASI : TELEKOM MALAYSIA ™ BERHAD

ALAMAT : TELEKOM MALAYSIA ™ BERHAD,

PERSIARAN BROOKE, 96000 SIBU, SARAWAK.

RECESS NETWORK OPERATION [ RNO ] ACCESS SIBU

NAMA PENYELIA : CIK LEMBA ANAK UDOL

JAWATAN : PENOLONG PENGURUS RNO

SEKSYEN : RECESS NETWORK OPERATION [ RNO ] ACCESS SIBU

CUSTOMER SERVICE MANAGEMENT

NAMA PENYELIA : ENCIK ROBIN WAN KWONG YONG

JAWATAN : PENOLONG PENGURUS FLYING SQUAD

SEKSYEN : CUSTOMER SERVICE MANAGEMENT [ CSM ]


BAB 3 : KERJA TEKNIKAL

i. SWITCHING

Merupakan salah satu seksyen yang mengendalikan serta mengawal semua talian telefon sama ada
dari segi penyambungan dan pembatalan talian telefon, penukaran port talian dan penukaran
nombor perkhidmatan.Di bahagian ini juga mengendalikan

ii. Transmission

Merupakan seksyenyang menyalurkan serta menghantar data melalui ‘Radiowave’ dari Base
Transmission Station [BTS] utama ke Base Transmission Station [BTS] yang lain. Transmission
berkait rapat dengan Fiber Optik kerana hampir kesemua sambungan menggunakan Fiber Optik.
Bagi penghantaran data ke tempat yang jauh, gelombang radio digunakan untuk menghantar data
dari satu Base Transmission Station[BTS] ke satu Base Transmission Station[BTS]. Manakala,
bagi penghantaran yang dekat, kaedah pencahayaan digunakan untuk menghantar data.

iii. Data Services

OSI Model memainkan peranan penting dalam perkhidmatan data.

OSI Model Layer :

7.) Application Layer

6.) Presentation Layer

5.) Session Layer

4.) Transport Layer

3.) Network Layer

2.) Data Link Layer

1.) Physical Layer


iv. Main Distribution Frame

 Menerima ‘order’ [ Jenis ‘order’ ]


 Membuat pemasangan baru [ ‘P order’ ]
 Pemindahan ‘port’ talian telefon dan streamyx.
 ‘C’ order.
 ‘Installation’, ‘Maintenance’, ‘Vendor’

v. CDMA [ Code Digital Multi Access ]

Merupakan seksyen yang mengatur telefon tanpa wayar [ wireless ] yang dikenali sebagai CDMA.
Telefon CDMA ini kebanyakannya digunakan di kawasan luar bandar yang sukar mendapatkan
isyarat telefon. Telefon CDMA berbeza dari telefon biasa kerana telefon ini mempunyai ‘build in
card’. Telefon CDMA haruslah diprogram sebelum digunakan dan proses untuk memprogram
telefon CDMA berbeza mengikut model. Antara contoh telefon CDMA ialah:
 Dowtell Wireless Phone
 Dowtell DTT800 [ Fax ]
 ZTE 450
 ZTE 800
 HUAWEI 450 Mhz
 HUAWEI 800 Mhz

vi. TR / Stremyx

 Membaiki talian telefon dan streamyx.


 Membaiki modem Telekom
vii. Cable E/side, Cable D/side, Rehad dan Civil

 Cable E/side : Memantau tugas pemasangan serta penyambungan ‘cable’. Dari


‘Exchange’, ‘MDF’, ‘Mainhole’, ‘Cabinet’, ‘DP’, telefon. [melakukan tugas kabel
bawah tanah ]
 Cable D/side : Memantau tugas pemasangan serta penyambungan ‘cable’ di tiang ‘DP’.
 Rehad : Melakukan kerja pembersihan di kawasan pemasangan, membaik pulih serta
pembersihan kawasan sekitar tapak projek.
 Civil : Melakukan tugas seperti membuat peta kawasan projek, menilai kawasan
pemasangan, membuat ‘site survey’, membuat ukauran serta membuat surat izin lalu
[ Wayleave ] daripada semua pihak yang berkaitan.

viii. ‘Jumpering’

Melakukan tugas seperti membuat penyambungan talian telefon atau streamyx yang baru.
Selain itu, tugas seperti menyemak talian telefon turut dilakukan di seksyen ini. Peralatan yang
digunakan untuk melakukan tugas ini ialah ‘Optimus II’, ‘handset’, ‘jumpering tool’,
‘jumpering wire’, ‘cutter’ dan ‘docket’. ‘Optimus II’ digunakan sebagai ‘test gear’ dan boleh
dijadikan modem. Kestabilan internet bagi ‘Optimus II’ ialah:
 DSL : Kuning
 Internet : Hijau
 Power : Merah
 Voice : Merah

Handset berperanan untuk menyemak nombor perkhidmatan melalui ‘tracing number’ iaitu
‘1313’.

‘Jumpering wire’ terdiri daripada:

 Biru putih : Talian telefon


 Merah oren : Talian streamyx

Semua pemasangan ini dilakukan serta disimpan di dalam kabinet yang terdiri daripada
kabinet APO [ American Post Office ], Krone, ZTE, Huawei dan sebagainya.
ix. Fiber

 Membuat pemeriksaan kabinet untuk Fiber Optik.


 Memastikan peralatan Fiber Optik berada dalam keadaan baik.
 Membuat pemantauan sekiranya berlaku ‘Fiber cut’.
 Membuat pemasangan serta penyambungan Fiber Optik memngikut kaedah serta langkah
keselamatan yang betul
 Secara keseluruhannya, Fiber Optik merupakan kabel yang berbahaya kerana Fiber Optik
diperbuat daripada kaca dan menyalurkan tenaga cahaya yang terdiri daripada kuasa laser
yang boleh menyebabkan buta. Selain itu, pengendalian Fiber Optik sekiranya tidak
dilakukan dengan cermat boleh menyebabkan kematian.
x. Produk & Servis

Bagi menambah dan meningkatkan jumlah pelanggan, TELEKOM MALAYSIA ™ BERHAD


telah memperkenalkan pelbagai produk-produk baru serta menyediakan pelbagai servis bagi
membantu pelanggannya mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi.

Antara servis dan produk yang disediakan oleh TELEKOM MALAYSIA ™ BERHAD adalah
seperti berikut:

TALIAN TETAP TM

Untuk melanggan talian tetap, TM menyediakan pelbagai tarif yang berbeza mengikut kapasiti
ibusawat.
Bagi pemasangan baru talian tetap TM, pelanggan perlu menyediakan wang cagaran sebanyak
RM75.00 dan stem sebanyak RM10.00. Bayaran tersebut akan dimasukkan kedalam bil. Kadar
yuran langganan adalah seperti berikut:

Bagi ibusawat yang kapasiti melebihi 1000 talian, sewa bulanan adalah RM25.00
Bagi ibusawat yang kapasiti kurang dari 1000 talian, sewa bulanan adalah RM13.00
Kadar caj panggilan adalah antara 4 sen - 8 sen seminit.

Walaubagaimana pun, kadar sewa bulanan dan juga caj panggilan adalah percuma dan tanpa
had bagi mereka yang melanggan perkhidmatan streamyx Block Buster Deals. 

Untuk melanggan, sila emelkan maklumat peribadi dan salinan kad pengenalan ke 

adahasilkomputer@yahoo.com

Maklumat yang diperlukan:


NAMA PENUH SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN
ALAMAT PENUH
NOMBOR KAD PENGENALAN
NOMBOR TELEFON YANG BOLEH DI HUBUNGI.

Tiada sebarang bayaran diperlukan semasa memohon


BROADBAND STREAMYX
BLOCKBUSTER DEALS - Broadband Streamyx.

Semua pelanggan yang memilih pakej BlockBuster Deals akan mendapat tawaran istimewa dari TM
spt berikut:

1. Yuran pengaktifan (RM75.00) - Percuma


2. Yuran pemasangan (RM88.00) - Percuma
3. Modem tanpa wayar WiFi (RM130.00) - Percuma
4. Panggilan kemana mana talian tetap TM - Percuma dan tanpa had
5. Sewa bulanan talian tetap telefon (RM25) - Percuma 
6. Telefon tanpa wayar (RM99.00) - Percuma 
7. Panggilan ke mobile (semua operator) - 10 sen / minit

Sila ambil maklum, anda tidak akan menerima bil pada bulan pertama. Bil Pertama akan anda terima
pada bulan kedua atau ketiga dan jumlah bil bulan pertama akan dimasukkan kedalam bil pertama
tersebut. Ini akan menjadikan bil pertama tersebut agak tinggi sedikit dan kembali normal pada bulan
berikut nya.

Syarat permohonan

Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia .


Bukan warganegara Malaysia akan dikenakan deposit sebanyak RM1,075.00.
Sekiranya pemohon belum mempunyai talian tetap telefon hendaklah memohon nya terlebih dahulu.
Langganan mestilah sekurang kurang nya selama 12 bulan dan jika pelanggan mahu menamatkan
perkhidmatan sebelum tamat tempuh 12 bulan akan dikenakan penalti sebanayk RM350.00. Selepas
tempuh tersebut pelanggan bebas untuk menamatkan atau meneruskan langganan.
Tawaran adalah untuk pelanggan baharu sahaja.
Harga pakej BB Deals bermula RM90.00 (512kbps), RM110.00 (1Mbps), RM130.00 (2Mbps) dan
RM140 (4Mbpa).

Sekiranya berminat sila emelkan maklumat berikut untuk pendaftaran.


1. NAMA SEPERTI DI K/PENGENALAN
2. NO K/PENGENALAN LAMA & BARU SERTA SALINAN NYA (SCAN)
3. NO TELEFON UNTUK DIPASANG STREAMYX - Jika masih belum ada kami akan mohonkan
talian telefon untuk anda
4. ALAMAT LENGKAP PEMASANGAN
5. LOGIN ID (sila sediakan 3 cadangan, sekurang kurang nya 3 karektor - _ _ _ @ Streamyx)
6. NO HANDFON YANG BOLEH DI HUBUNGI
7. PAKEJ YANG DI KEHENDAKI

TALIAN TETAP TM PAKEJ VOICE DEALS


TAWARAN PAKEJ VOICE DEALS 

Selain daripada Blockbuster Deals, TM juga memperkenalkan promosi TM Homeline terkini yang
dipanggil Voice Deals.
Ciri-ciri utama Voice Deals termasuklah 
Tiada caj untuk sewa TM Homeline, 
panggilan PERCUMA di antara pelanggan Talian Tetap TM, 
caj panggilan yang rendah ke talian mudah alih dan rangkaian talian tetap yang lain 
dan telefon DECT percuma dengan tempoh jaminan selama 12 bulan

Butiran pakej Voice Deals adalah seperti berikut: 

Voice Deals 38 (Yuran bulanan RM38.00) - Sewa bulanan dikecualikan - Panggilan ke talian tetap TM
percuma - Panggilan ke talian mudahalih 15 sen / minit - Percuma Dect Telefon

Voice Deals 48 (Yuran bulanan RM48.00) - Sewa bulanan dikecualikan - Panggilan ke talian tetap TM
percuma - Panggilan ke talian mudahalih percuma 60 mins pertama dan 12 sen bagi setiap minit
berikutnya - Percuma Dect telefon.

Voice Deals 68 (Yuran bulanan RM68.00) - Sewa bulanan dikecualikan - Panggilan ke talian tetap TM
percuma - Panggilan ke talian mudahalih percuma 120 mins pertama dan 10 sen bagi setiap minit
berikutnya - Percuma Dect Telefon.

Maklumat yang di perlukan:

NAMA SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN


NOMBOR KAD PENGENALAN / TENTERA / POLIS DSB
ALAMAT LENGKAP PEMASANGAN
NOMBOR TALIAN YANG BOLEH DI HUBUNGI
PAKEJ YANG DIPILIH.

Tiada sebarang bayaran di perlukan semasa memohon.


BAB 4:Komen Dan Cadangan

4.1 : Cadangan Untuk Telekom Malaysia Sibu

Di sini saya ingin kemukakan sedikit cadangan untuk pihak Telekom MalaysiaBerhad ( TM ) agar pihak

syarikat dapat membantu pelajar untuk mencapai 100%objektif sebenar latihan:

 Pihak TM kurang memberi maklumat berkenaan dengan organisasiseperti latar belakang


Telekom Malaysia bagi cawangan Sibu.Oleh itu,pihak TM sepatutnya memberi penjelasan
yang terperinci dan tepatwalaupun ianya hanya sebagai pengetahuan seseorang.

 Pihak TM juga seharusnya menyediakan sijil kepada pelatih setelah tamat latihan industri,
sebagai bukti yang pelajar pernah menjalani latihan industri di tempat berkenaan.

Komen Untuk TM Sibu

Secara amnya, Latihan Industri yang telah tamat saya jalankan di Telekom Malaysia Berhad ™ telah
mencapai objektif sebenar latihan ini dijalankan mengikut kehendak Politeknik bagi setiap pelajar yang berada

di semester tiga bagi peringkat Diploma dalam Teknologi Maklumat Rangkain.


Semasa menjalani Latihan Industri ini, saya amat berpuas hati kerana kebanyakan pekerjanya

memberi kerjasama yang begitu baik terhadap kami darisegi pergaulan dan dalam apa jua hal contohnya dalam
menjelaskan sistem-sistem yang digunakan secara terperinci.

Sepanjang Latihan Industri ini, banyak pengalaman dan ilmu yang dapat saya pelajari.
BAB 5 : KESIMPULAN

Latihan industri adalah sangat baik untuk semua pelajar Politeknik.Ini kerana, dengan adanya latihan

industri pelajar dapat didedahkan ke alam pekerjaan yang sebenar dan selepas lulus kelak pelajar tidak akan
menghadapi masalah di tempat kerja.Ia juga membolehkan pelajar memahami perbezaan antara teori yang

dipelajari dengan kerja-kerja pratikal yang sebenarnya.Latihan industri juga dapat mempratikalkan apa yang
telah dipelajari oleh pelajar semasa menjalani pelajaran di Politeknik berkenaan tentang keperluan dan

kelengkapan dalam jurusan Teknologi Maklumat Rangkaian.


Latihan industri juga untuk meluaskan lagi pergaulan dan persefahaman antara pekerja dan

masyarakat sekeliling lagi bagi mewujudkan interaksi yang sihatantara satu sama lain.Ia juga membolehkan
pelajar itu sendiri memahami dari segi kesanggupan berkerja, kebolehan dan mempunyai sikap yang baik

sewaktu bekerja kepada bakal majikan.Dengan begitu, para pelajar dapat mengetahui kebolehan kerja dan
keselamatan kerja yang sebenarnya dan pada masa akan datang pelajar dapat mengubahkan kelemahan

menjadi kebolehan dalam alam pekerjaan.

Oleh itu, latihan industri adalah baik untuk para pelajar bagi meningkatkan lagi prestasi

pelajar.Dengan itu pelajar dapat membezakan antara teori yang telah dipelajari di Politeknik dengan kerja-

kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan industri.

Anda mungkin juga menyukai