Anda di halaman 1dari 17

SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

Isi Kandungan

1. Ringkasan

2. Tajuk: Kajian Kimpalan ( Metallurgy of Welding)

2.1 Pengenalan

2.2 Apakah itu kajian kimpalan ?

2.3 Mengapakah terhasilnya kecacatan dalam proses kimpalan ?

2.4 Apakah jenis-jenis kecacatan dalam proses kimpalan ?

2.5 5 Bagaimanakah menguji mutu kimpalan ?

2.6. Bagaimanakah mengelakkan kecacatan dalam proses kimpalan?

3. Perbincangan

4Kesimpulan

5. Bibliografi

6. Rangka Soalan

1
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

1.0 Ringkasan

Folio ini dihasilkan untuk membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan

kajian kimpalan. Folio ini merangkumi topik-topik seperti definisi kajian

kimpalan, sebab-sebab memerlukan kajian kimpalan, jenis-jenis kecacatan

yang dapat diuji, faktor-faktor terjadinya kecacatan, kaedah menguji mutu

kimpalan dan jenis ujian yang digunakan untuk menentukan kualiti kimpalan.

Isi kandungan ini amat bersesuaian dengan pelajar atau pengimpal yang

pernah atau akan mempelajari subjek kimpalan. Pengetahuan yang baru dan

panduan dalam folio ini dapat memberi ilmu yang baru kepada pembaca.

2
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

Tajuk : Kajian Kimpalan ( Metallurgy of Welding)

2.1 Pengenalan
Kimpalan ialah proses penyambungan kekal bagi bahan logam dan bukan logam
dengan menggunakan haba atau tekanan. Terdapat lebih daripada 50 jenis proses
kimpalan, contohnya kimpalan arka, kimpalan gas bahan api oksi, kimpalan rintangan,
kimpalan geseran, kimpalan sejuk dan sebagainya.
Proses kimpalan menyebabkan benda kerja melebur dan melakur bersama di kawasan
atau permukaan sambungan. Namun, kimpalan yang dihasilkan,terutamanya yang
digunakan pada komponen boleh mendedahkan pengguna atau pekerja kepada bahaya
seperti dandang, loji nuklear dan lain-lain.

Oleh sebab itu, kajian kimpalan perlukan dijalankan dan ia adalah sangat penting
untuk menjamin keselamatan manusia dan mutu hasilan.

2.2 Apakah itu kajian kimpalan ?


Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain
dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses
pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk
menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain.
3
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

Teknik tekanan atau haba di gunakan untuk menghasilkan kimpalan tersebut.


Sungguhpun ia sering merupakan proses pengilangan, kimpalan boleh dilakukan
dipersekitaran yang berbeza, termasuk kawasan terbuka, bawah air dan di angkasa
lepas.
Kajian kimpalan merupakan suatu kajian yang sainstifik (termasuk menguji kaedah,
pengekstrakan, struktur dan sifat) yang diperlukan untuk menguji sifat atau komponen
pada kimpalan untuk memastikan kimpal yang dihasilkan dapat berfungsi. Selain
memastikan mutu kimpalan, kajian kimpalan menguji punca kecacatan yang wujud
pada kimpalan dan mencari penyelesaiannya.

2.3 Mengapakah terhasilnya kecacatan dalam proses kimpakan ?


Kecacatan kimpalan mungkin berlaku dalam kebanyakkan kerja kimpalan. Kecacatan
dan ketidaksempurnaan terjadi disebabkan oleh factor-faktor berikut:
1. Pekerja menebuk lubang yang sepatutnya digerudi atau menggunakan punca haba
penusukan yang kuat ke atas satu sudut V sempit yang berterusan menyebabkan
retakan di dalam lapisan akar. Ini berpunca daripada nisbah dalam kepada lebar.

2. Pekerja menggunakan proses yang tidak betul, contohnya penggunaan arus atau
gas perisai yang tidak betul, penggunaan logam kimpal yang berlebihan dan
lain-lain.

3. Interaksi logam kimpal yang mempunyai kecacatan di dalam plat induk iaitu
pelapisan dan bendasing seperti fosforus, sulfur, silikat dan lain-lain yang akan
mewujudkan zon yang rapuh dan lemah atau koyakan lamella.

4. Struktur perlogaman yang tidak elok dari segi saiz butiran dan
kekerasan.Rangkuman yang tidak diingini seperti oksida tungsten dan jermang
khususnya hidrogen kerana ia merupakan punca utama berlaku keretakan di dalam
keluli.
4
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

5. Bentuk dan saiz kimpalan yang tidak diingini kerana tambahan dan profil yang
kurang memuaskan.

6. Persediaan sisi dan pemasangan yang salah menyebabkan ketakcapaian dan


kekurangan lakuran, keretakan dan lain-lain.

7. Penyeliaan yang lalai menghasilkan mutu kerja yang kurang memuaskan dan
berlaku cetusan arka sesat, tanda-tanda peralatan, potongan bawah, rangkuman,
hasil kemasan yang buruk, kekurangan lakuran dan penusukan dan bentuk
kimpalan yang boleh mengurangkan hayat lesu dan kekurangan sambungan.

8. Rekabentuk yang tidak elok menimbulkan masalah semasa membuat kimpalan


dan pemeriksaan , terutamanya di penjuru yang sukar dicapai.

9. Penggunaan bahan yang mempunyai keboleh kimpalan yang tidak mulur takuk
juga membawa masalah.

2.4 Apakah jenis-jenis kecacatan dalam proses kimpalan ?

Jenis-jenis kecacatan yang lazimnya ditemui di dalam kerja-kerja kimpalan


disenaraikan seperti di bawah ;

a) Retak

Retak adalah salah satu daripada jenis kecacatan yang sangat serius dan merbahaya.
Retak berlaku terutamanya bilamana terdapat tegasan pada kawasan kimpalan
tersebut. Retak boleh berlaku secara memanjang atau melintang, di permukaan atau di
dalam kimpalan pada kawasan sambungan. Lazimnya retak boleh berlaku sekiranya
5
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

teknik mengimpal yang digunakan adalah tidak betul untuk sesuatu keadaan kimpalan
dan bahan. Memberikan haba yang berlebihan atau sambungan yang menyejuk terlalu
cepat selalunya akan cepat atau mudah akan menyebabkan terjadinya retak.

b) Keliangan (Porosity)

Keliangan berlaku akibat daripada wujudnya gas-gas di dalam kawasan kimpalan.


Keliangan selalunya terjadi di kawasan sambungan tidak dibersihkan dengan
sempurna. Ia juga boleh berlaku apabila perlindungan yang diberikan oleh gas
pelindung tidak mencukupi semasa kimpalan dilakukan.

c) Rangkuman (Inclusion)

Rangkuman ialah satui jenis kecacatan yang akan menyebabkan sambungan kimpalan
menjadi tidak kuat. Ianya berlaku bilamana bahan pepejal terangkum di dalam logam
kimpalan. Habuk, butiran seramik atau jermang (slag) merupakan bahan-bahan
bendasing yang lazimnya terangkum di dalam logam kimpalan.

d) Lakuran tidak cukup (Lack Of fusion)

Kekuatan yang sempurna seperti semestinya pada sesuatu sambungan yang dikimpal
tidak tercapai sekiranya tidak terjadi 100% pelakuran di sepanjang sambungan
tersebut. Penembusan haba yang kurang menyebabkan terjadinya lakuran yang tidak
cukup. Dalamnya penembusan bergantung kepada jenis sambungan . Sekiranya jenis
sambungan yang digunakan tidak sesuai maka masalah lakuran yang tidak cukup ini
akan timbul.

6
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

e) Makan Bawah (Under Cut)


Sesuatu kimpalan dikatakan makan bawah apabila sebahagian daripada sambungan
yang telah disambungkan tidak diisi sepenuhnya oleh logam pengisi. Ianya lazim
berlaku kerana kawalan ke atas elektrod atau pemegang kimpalan yang tidak baik
seperti menggunakan kelajuan dan sudut yang salah. Makan bawah juga boleh berlaku
sekiranya haba yang dikenakan adalah terlalu tinggi untuk sesuatu keadaan kimpalan.

Kecacatan pada batas kimpal atau permukaan benda kerja:

Benda kerja yang mengalami herotan melebihi 5 daripada keduduakan asal


maka rupabentuk sambungan itu dianggap gagal. Contohnya:

1. Pecutan longitud

2. Pecutan Melintang

3. Herotan sudut 4. Kelendingan


7
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

2.5 Bagaimanakah menguji mutu kimpalan ?

Terdapat beberapa cara menguji dan menentukan mutu bagi sesuatu sambungan

kimpal. Terdapat beberapa jenis ujian dan prosedur ujian telah dipiawaikan daripada

organisasi seperti American Welding Society, British Standard Institution dan

lain-lain. Ujian boleh dilakukan secara musnah atau tanpa musnah.

Ujian Tanpa Musnah:


1. Pemeriksaan Pandang (Visual)
2. Ujian Zarah Magnet
3. Ujian Penyerapan Cecair
4. Ujian Ultrabunyi
5. Ujian Radiografi

Ujian Musnah:
1. Ujian Lenturan
2. Ujian Hentaman
3. Ujian Tegangan
4. Ujian Kekerasan
5. Ujian punaran

Beberapa contoh ujian yang dijalankan untuk mengesan kecacatan pada kimpalan:

(a) Ujian Radiografi


Ujian ini menggunakan punca sinaran yang dipancar kepada filem menerusi benda
kerja. Sebarang keretakan atau kecacatan pada kimpalan akan kelihatan pada
filem. Satu kelemahan pada teknik ini adalah apabila keretakan atau keliangan
menegak dan selari dengan arah pancaran. Imej yang ditunjukkan oleh filem
hanyalah keratan rentas atau garispusat lubang sedangkan panjang sebenar
8
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

kecacatan tidak dapat ditunjukkan.

(b)Ujian Ultrabunyi
Satu kaedah lain yang lebih baik adalah menggunakan ultrasonik.
Kaedah ini menggunakan gelombang bunyi yang dipancarkan melalui benda kerja.
Gelombang yang dibalikkan dikesan dalam bentuk plot isyarat gelombang. Kaedah ini
adalah pantas dan peralatan yang digunakan mudahalih.

(c) Pemeriksaan Permukaan


Pemeriksaan permukaan adalah untuk memeriksa keujudan keretakan dan kecacatan
permukaan kimpalan.
Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu

9
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

1. pewarna (dye penetrant method) yang ditaburkan di atas permukaan kimpalan.


Menerusi cara ini, keretakan akan dapat dilihat dengan mata kasar.
2. serbuk magnet (magnetic particle method). Benda kerja dikenakan medan magnet
dan serbuk logam atau besi ditaburkan. Pada tempat yang retak atau ujudnya
keliangan, aliran serbuk magnet akan kelihatan cacat atau terputus.

(d) Ujian Penyerapan Cecair

Ujian ini hanya boleh mengesan kecacatan seperti retak, keliangan dan pelakuran
tidak sempurna yang terdapat dipermukaan sahaja. Permukaan yang hendak diuji
tidak boleh mempunyai debu kotoran, cat, minyak dan lain-lain lapisan atau salutan.
Ujian ini sesuai digunakan untuk logam ferus, ligam bukan ferus, kaca dan plastik.

10
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

(e) ) Ujian Lenturan


Ujian ini digunakan untuk menentukan beberapa sifat kimpal seperti kemuluran dan
kekuatan ketegangan. Ujian ini dilakukan pada bahagian muka kimpal atau umbi
kimpal.

(f) Ujian Tegangan


Ujian ini digunakan untuk menentukan kekuatan tegangan dan kemuluran bagi
sesuatu kimpal. Spesimen ujian boleh dijadikan plat atau berbentuk bulat. Ujian ini
boleh dilakukan ke atas batang paip.

11
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

2.6. Bagaimanakah mengelakkan kecacatan dalam proses kimpalan?

Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mendapat hasil kimpalan yang
sempurna dan baik :
1. logam hendaklah bersih
2. saiz muncung sumpitan hendaklah sesuai dan bersih
3. kelajuan mengimpal hendaklah sentiasa stabil / seimbang
4. tekanan gas oksigen dan gas asetilena mestilah betul dan seimbang
5. jenis bahan / logam yang hendak dikimpal
6. sudut muncung sumpitan ketika mengimpal
7. keadaan permukaan muncung sumpitan hendaklah sentiasa bersih
8. ketebalan logam yang hendak dikimpal
9. jarak nyalaan pra-panas ( sumpitan ) dengan logam asas

Jenis-jenis kecacatan dan cara mengatasinya :

a. Kurang penembusan (Lack of penetration)


1. muka punca dan jarak punca mestilah diantara 1.5 mm 2.0 mm
2. sudut vee yang betul adalah diantara 60 70 darjah
3. liang muncung hendaklah mengikut saiz ketebalan logam yang hendak
dikimpal
4. perjalanan mengimpal hendaklah sederhana, jangan terlalu cepat atau
terlalu perlahan
5.jarak diantara muncung sumpitan dengan logam asas ialah 2 mm 3 mm

b. lakuran yang tidak lengkap (Lack of fusion)


1. gunakan liang muncung sumpitan yang betul mengikut ketebalan logam
yang hendak dikimpal
2. sudut mengimpal adalah diantara 60 70 darjah, manakala sudut rod
12
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

penambah adalah diantara 30 40 darjah


3. kelajuan mengimpal mestilah sederhana , tidak terlalu cepat dan tidak
terlalu lambat
4. gunakan rod penambah yang sesuai dengan ketebalan logam yang
dikimpal
5. cairkan logam asas terlebih dahulu dan kemudian masukkan rod
penambah ditengah-tengah lopak kimpal ( kolah cairan )

c. rupa permukaan yang buruk (Poor apparence)


1. kelajuan mengimpal mestilah sederhana
2. jarak muncung sumpitan dengan logam asas hendaklah diantara 2-3 mm
3. laraskan nyalaan mengikut logam yang hendak dikimpal
4. gunakan liang muncung sumpitan mengikut ketebalan logam yang hendak
dikimpal
6. bersihkan permukaan logam asas terlebih dahulu sebelum mengimpal.

d. potong bawah (under cut )


1. sudut mengimpal yang betul adalah diantara 60 70 darjah
2. sejukkan logam asas terlebih dahulu jika logam asas terlalu panas
3. kawal nyalaan supaya kawah/anduh kimpal tidak terlalu besar dan lebar
4. saiz liang muncung sumpitan hendaklah mengikut ketebalan logam
5. stabilkan pergerakan mengimpal dan rod penambah

e. keliangan (porosity)
1. bersihkan permukaan logam terlebih dahulu sebelum mengimpal
2. jangan sentuh anduh kimpal semasa mengimpal. Kawal jarak antara
hujung muncung sumpitan api dengan bendakerja

13
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

3. laraskan nyalaan yang sesuai bagi setiap logam yang hendak dikimpal
4. gunakan saiz liang sumpitan yang betul sesuai dengan ketebalan logam
bagi mengelak daripada lampau panas

f. keretakan dalam kimpal (cracks in weld)


1. persediaan sambungan mestilah betul dari segi sudut kandungan, sudut
serongan, jarak punca, muka punca dan lain-lain
2. logam yang memerlukan pra-panas seperti besi tuangan, hendaklah di pra-
panas terlebih dahulu dengan sempurna sebelum dikimpal
3. perbaiki dahulu semua kecacatan yang terdapat pada kimpalan terdahulu
sebelum mengimpalnya semula.

14
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

3Perbincangan

Teknologi Kimpalan adalah penting dalam dunia sekarang, terutamanya

dalam sektor industri. Setiap kilang perbuatan berusaha menggunakan

teknologi baru untuk mempercepatkan dan membaiki proses. Oleh sebab itu,

kajian kimpalan amat diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam dunia

industri. Syarikat atau kilang perlu melaksanakan program penyelidikan dan

pembangunan sebab sector pemasangan telah menjadi satu aspek pembuatan

yang semakin penting

Oleh sebab itu, aspek rekabentuk kimpalan perlu diambil perhatian dengan

mengambil kira pemilihan bahan, jenis sambungan lokasi kimpalan dan

menentukan taburan. Kawalan mutu diperlukan untuk menjamin

kesempurnaan kimpalan dan keselamatan pengguna. Dalam kajian kimpalan,

usaha dan penyelidikan berterusan amat diperlukan untuk Negara kita menuju

ke era yang baru ini.

15
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

4Kesimpulan

Kajian kimpalan meliputi pengetahuan mengenai rekabentuk dan fungsi kimpalan,


struktur dan sifat kimpalan. Pengetahuan dan pengalaman memeriksa dan menguji
kimpal yang telah buat adalah penting untuk memastikan bahawa kimpal yang dibuat
itu kuat dan selamat digunakan delam suatu tempat atau suatu tempat. Ini akan
mengelakkan kemalangan yang ngeri akibat kecuaian dan kelalaian pengimpal.

Kesemua sambungan-sambungan kimpalan patut diuji untuk memastikan


kekuatan,ketahanan dan kebocoran. Sambungan kimpalan yang telah dikimpal pada
logam asas sebenarnya mempunyai lebih kekuatan daripada logam asas itu sendiri.
Dalam hal ini kita patutlah mengetahui dan mencari sebab-sebab kecacatan dan cara
mengatasinya.

16
SPE 4602 Teknologi pembuatan (CHONG SEIL MUN)

5. Bibliografi

1. Zainal AbidinAhmad. (1998). Proses Pembuatan Jilid II.

Johor .Universiti Teknologi Malaysia.

2. Teh Ser Kok. (1989). Teknologi Kimpalan danFabrikasi Logam.

Fajar Bakti.

3. Masnawi Bin Md Yusof, Mohd Noor Shah Bin Mohd & Nawawi

Mohd.Jan. (2008 ). Kimpalan Gas.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

4. Dahari Bin Surid, Tuan Mohamad Zaidi Bin Tuan Soh & Md. Sukri

Bin Yasin.(2008). Kimpalan Arka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

5. http://en.wikipedia.org/wiki/Welding

6. http://www1.gantep.edu.tr/~oyilmaz/Lecture%20Notes/ME%20473/W

elding%20Metallurgy%20Part%20I.pdf

7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kimpalan

8. www.toolingu.com/definition.html

9. http://www.laserplasticwelding.com/what-factors-contribute-to-weld-q

uality

10.http://www.fkm.utm.my/~kasim/mech/smj3533/lecture8.pdf

11.http://www.kobelco.co.jp/english/welding/events/files/2011ABC.pdf

17

Anda mungkin juga menyukai