Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6 BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / MC-024-3:2012 PROSES KIMPALAN ARKA KEPINGAN
PROGRAM’S CODE & LOGAM
NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

KOD/TAJUK MODUL MTK 2043 QUALITY CONTROL (K4)

C01-SHIELDED METAL ARC WELDING (SMAW) FOR


CU CODE/DUTY
FILLET WELD 1F, 2F, 3F, 4F, BUTT WELD 1G AND 2G

1. CARRY OUT SAFETY ASSESSMENT AT WORK


AREA
2. COMPLY TO WORK INSTRUCTION AND RELEVANT
WELDING PROCEDURE SPECIFICATION (WPS)
3. VERIFY BASE METAL MATERIAL USED
4. VERIFY CONSUMABLE AS SPECIFIED
NO. DAN TAJUK UNIT
5. CHECK SMAW EQUIPMENT AND ACCESSORIES
KOMPETENSI /
FUNCTIONALITY
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 6. PERFORM SMAW PROCESS
7. PERFORM VISUAL INSPECTION AND
TESTING(DESTRUCTIVE TEST)
8. CARRY OUT BACK GOUGING, GRINDING AND
BACK WELDING AS REQUIRED IN ACCORDANCE
WITH TEST SPECIMEN
9. COMPILE WORK COMPLETION CHECKLIST
Muka / Page : 1
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16
Muka / Page : 2
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

K04 - PENYEDIAAN SAMBUNGAN KIMPALAN UNTUK


PEMERIKSAAN

4.0 PENGENALAN
Apabila sesuatu sambungan telah lengkap dikimpal, kebiasaanya penyediaan bagi
membuat pemeriksaan terhadap sambungan tersebut perlu dijalankan untuk memastikan
bahawa sambungan yang dikimpal itu mengikut kod dan piawaian yang telah ditetapkan dan
permeriksaan sambungan kimpal ini juga boleh menentukan kemahiran seseorang
pengimpal. Persediaan yang rapi dengan mengikut piawaian yang telah ditetapkan bagi
membuat pemeriksaan sambungan kimpal adalah perlu bagi penentuan sesuatu sambungan
kimpal tersebut.

4.1 Ujian Tanpa Musnah: Ujian Pandangan


Seorang pemeriksa kimpalan yang mahir akan mengunakan pengalamannya serta
keupayaan untuk membezakan hasil kimpalan yang hendak diuji itu berdasarkan dengan
mengikut kod dan piawaian yang telah ditetapkan dalam garis panduan. Kecacatan
diperhatikan melalui penglihatan visual atau dengan kanta pembesar. Penggunaan alatan
moden seperti endoskop serta optik gentian telah dibuat adalah bertujuan untuk
pemerhatian pada kawasan yang terlindung.

4.2 Tugas-Tugas Seorang Inspektor Kimpalan


Di dalam peraturan sebagai seorang pemeriksa kimpalan adalah perlu memahami
serta mentafsir pelbagai prosedur kawalan kualiti dan juga wajib mempunyai pengetahuan
yang tinggi dalam teknologi kimpalan terutama dalam aspek kerja mereka. Ini adalah
bertujuan bagi memberi keyakinan kepada pihak majikan tentang kualiti kerja mereka.
Seorang pemeriksa kimpalan bertanggungjawab dalam membantu dalam aktiviti kawalan
kualiti bagi memastikan bahan logam yang dikimpal memenuhi kehendak spesifikasi yang
telah ditetapkan dan juga untuk memenuhi tahap kebolehgunaan yang telah digariskan.
Pemeriksaan secara visual adalah merupakan satu disiplin dalam salah satu kaedah
pemeriksaan tanpa musnah. Pemeriksaan secara visual mungkin merupakan satu-satunya
kaedah yang boleh digunakan. Untuk situasi yang lebih mencabar seperti aktiviti
pengesanan keretakan permukaan dan pemeriksaan kimpalan permukaan, pemeriksaan
secara visual biasanya diiringi oleh satu atau lebih kaedah pemeriksaan tanpa musnah.
Spesifikasi kod dan piawaian biasanya akan memberikan kriteria kelulusan bagi kegunaan
seorang pemeriksaan kimpalan. Spesifikasi kod dan piawaian juga mungkin sangat khusus
dalam menentukan teknik-teknik yang sesuai untuk digunakan dalam mengesan retak
permukaan dan juga kimpalan temu.
Panduan dan asas bagi kriteria kelulusan untuk Pemeriksaan Visual biasanya
menggunakan ISO 17637 (Non-Destructive Examination Of Fusion Welds - Visual
Examination). Kecacatan yang dapat dijalankan dengan kaedah pemeriksaan secara visual
adalah seperti berikut:
Muka / Page : 3
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

4.2.1 Kecacatan Permukaan Pada Sambungan Kimpalan


i. Potong bawah (undercut) tidak berlaku sama ada pada bahagian kaki
kimpal, permukaan kimpal , penembusan luar dan permukaan
sambungan. Jika terdapat kecacatan ini melebihi 3 mm dalam jarak 10
mm panjang, sambungan kimpalan itu dianggap telah gagal.
ii. Penusukan hendaklah keluar dan tiada kecacatan. Penusukan yang
berterusan tanpa cacat perlu melepasi sekurang kurangnya 95% daripada
panjang sambungan yang dikimpal , bagi sambungan paip pula
penusukan perlulah penuh 100% . Saiz penusukan yang keluar perlulah
tidak lebih 1/3 dari ketebalan logam asas yang dikimpal.
iii. Rupabentuk muka kimpal perlulah sempurna dan ianya bebas dari
kecacatan seperti keliangan, keselitan sanga, percikan lampau dan tiada
keretakan permukaan. Begitu juga dengan saiz tinggi dan lebar kumai
kimpal mestilah bersesuaian dengan ketebalan logam yang dikimpal dan
tidak berlakunya tindihan (Overlap).

Rajah 4.1 Kecacatan Sambungan Kimpalan


Muka / Page : 4
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

4.2.2 Kecacatan fizikal Pengecutan, Keledingan dan Herotan (distortion)


Setiap logam akan mengalami perubahan rupa bentuk tetapnya apabila
dibebankan sehingga satu beban tertentu. Beban had ini disebut beban alah.
Pengembangan dan pengecutan logam hasil daripada naik dan turunnya
suhu memberi kesan buruk kepada amalan kimpalan. Semua logam
mengubah dimensinya apabila dipanaskan atau disejukan kerana logam
mengalami pengembangan apabila dipanaskan atau mengecut apabila
disejukan. Akibatnya akan terhasil kerja kimpalan yang melengkung dan
meleding. Terdapat empat jenis herotan dalam amalan kimpalan, iaitu:

Jenis Herotan Gambarajah

Pengecutan logitud

Pengecutan melintang

Herotan sudut

Keledingan

Rajah 4.2 Jenis-Jenis Herotan Dalam Kimpalan

Apabila sesuatu sambungan kimpalan itu telah siap dikimpal, pengecutan


atau herotan akan berlaku pada sambungan tersebut dan apabila pengecutan
atau herotan itu melebihi 5° daripada kedudukan asal maka rupa bentuk
sambungan itu telah pun dianggap gagal. Oleh yang demikian langkah-
Muka / Page : 5
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

langkah awal adalah perlu dilakukan terhadap keluli yang hendak di kimpal
dikawal herotan yang akan berlaku selepas proses kimpalan dijalankan.

4.3 Ujian Pemeriksaan Visual (Visual Inspection)


Ujian pemeriksaan visual (Visual inspection) adalah merupakan ujian yang dijalankan
secara membuat penglihatan dimana proses ini dilakukan dengan melihat dan menilai kualiti
hasil sambungan kimpalan dengan mencatat kecacatan yang terdapat pada permukaan
sambungan kimpal. Ujian pemeriksaan Visual juga merupakan salah satu ujian tanpa
musnah. Bagi menjamin mutu kualiti pada sesebuah projek yang melibatkan sambungan
kimpal, pengujian secara visual dilakukan bagi memastikan sambungan yang dinilai itu boleh
diterima ataupun tidak berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan dalam kod dan
piawaian yang telah ditetapkan dan apabila sesebuah projek telah diterima barulah projek
tersebut dibenarkan melaksanakan ujian-ujian yang lain yang lebih terperinci berdasarkan
keperluan terhadap projek tersebut. Ujian pemeriksaan visul yang berkaitan dengan
sambungan kambi Tee kebiasaannya akan menggunakan Kod ISO 5817. Ujian ini adalah
bertujuan melihat dan menilai hasil kimpalan dengan mencatat kecacatan yang terdapat
pada permukaan hasil kimpalan yang telah disiapkan.Peralatan yang biasa digunakan oleh
seorang inspektor kimpalan untuk membuat ujian pemeriksaan visual adalah seperti berikut:

Steel Rule Temperature Indicating Crayons

Welding gauges Voltmeter


Muka / Page : 6
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

Ammeter Kanta Pembesar

Misalignment Gauges and Hi-Lo


Torch / flash light
Gauges

Weld fillet Gauges Cermin

Rajah 4.3 Peralatan Untuk Ujian Pemeriksaan Visual


Muka / Page : 7
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

4.3.1 Kod Dan Standard Untuk Ujian Pemeriksaan Visual


Kod dan standard Piawaian ISO 5817 merupakan satu piawaian yang dikeluarkan
oleh pihak yang berkenaan bagi menjamin kualiti produk yang dikeluarkan. Dalam
ujian pemeriksaan visual, sambungan yang telah siap dikimpal akan diperiksa
oleh inspektor kimpalan untuk menentusahkan bahawa sambungan kimpalan
yang dibuat mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Hasil daripada ujian
pemeriksaan visual yang dijalankan ke atas sambungan tersebut, perlulah tiada
kecacatan yang kritikal pada sambungan yang dikimpal oleh pengimpal.

Contoh 1: Laporan Pemeriksaan Visual

VISUAL INSPECTION REPORT / SENTENCE SHEET


PRINT FULL NAME : _______________________________

SPECIMEN NUMBER : 01

External Defect Defect Noted Code or Specification Reference


Pipe/
Accumulative Maximum Section Accept/
Defect type Plate
Total Allowance table no Reject
section
Reinforcement
- - -
(high)
Reinforcement
- - -
(appearance)
Excessive
- - -
convexity
Inadequate weld
- - -
width
Slag inclusions - - -
Undercut - - -
Surface porosity - - -
Arc strikes - - -
Mechanical
- - -
damage
Laps /
- - -
laminations
Misalignment - - -
Longitudinal - - -
Muka / Page : 8
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

seams

FACE DEFECT

Misalignment - - -
Excessive root
- - -
penetration
Lack of root
- - -
penetration
Lack of root
- - -
fusion
Root concavity - - -
Root undercut - - -
Crack / crack
- - -
like defect
Slag inclusions - - -
Porosity - - -
Laps/
- - -
laminations
TThis * pipe / plate has been examined to requirement of (code / specification)
__________

And is accepted/rejected accordingly

Signature : _________________________ Date : _________________

Name : ______________________________

Delete which is not applicable


USE THE OTHER SIDE FOR ANY COMMENTS
Muka / Page : 9
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

Borang Standard Laporan Pemeriksaan Visual

WELD FACE
VISUAL INSPECTION REPORT

Name: ___________________________ Test Piece Identification: 01


Code / Specification Used : AWS D1.1 Welding Process: SMAW
Joint Type: TEE JOINT Welding Position: 1F

Length & Thick. Plate: ____________________________________________


Signature: _________________________ Date :________________

WELD FACE

A B
Muka / Page : 10
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

C D

4.4 Penyambungan Kimpalan

Terdapat lima jenis sambungan asas dalam kimpalan yang digunakan dalam kerja
kimpalan mengikut piawaian American Welding Society (AWS).
5 jenis sambungan asas dalam kimpalan iaitu:
i. Sambungan Temu
ii. Sambungan Kambi
iii. Sambungan Tindih / Lekap
iv. Sambungan Penjuu
v. Sambungan Tepian

4.4.1 Sambungan Temu

Di dalam sambungan jenis ini, proses mengimpal dilakukan terhadap dua kepingan
logam bertemu dibahagian tepian permukaan logam yang akan dikimpal. Terdapat pelbagai
jenis sambungan temu yang telah direka bentuk berdasarkan kepada keperluan dari segi
kekuatan untuk menampung beban yang diperlukan dan juga mengikut ketebalan logam
yang hendak dikimpal.

Rajah 4.4 Sambungan Temu


Muka / Page : 11
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

Rajah 4.5 Reka bentuk Sambungan Temu

4.4.2 Sambungan Kambi Tee


Dua bahagian kepingan logam yang disambungan berbentuk T di mana ianya dibuat
dengan menyambungkan bahagian tepi sesuatu kepingan logam pada permukaan lain pada
kedudukan tegak (bersudut 90°). Sambungan kambi Tee juga boleh menyambungkan logam
yang mempunyai sebarang ketebalan mengikut kesesuaian kerja yang dikehendaki.

Rajah 4.6 Sambungan Kambi Tee

Terdapat juga beberapa sambungan kambi Tee yang telah diubah reka bentuknya
dalam proses mengimpal seperti:
Muka / Page : 12
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

Rajah 4.7 Reka bentuk Sambungan Kambi Tee

4.4.3 Sambungan Tindih / Lekap


Sambungan Tindih / lekap adalah merupakan salah satu jenis sambungan yang boleh
dikatakan kukuh apabila sambungan ini dikimpal. Sambungan lekap dibuat dengan menindihkan
dua kepingan logam dan juga sambungan ini boleh menjadi lebih berkesan jika ukuran lebar
lekapannya dibuat melebihi daripada tiga kali ukuran tebal logam yang disambungankan.

Rajah 4.8 Sambungan Tindih / Lekap

Terdapat juga beberapa jenis sambungan tindih / lekap yang telah diubah reka
bentuknya berdasarkan kerja-kerja yang dikehendaki dalam proses kimpalan seperti:
Muka / Page : 13
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

Rajah 4.9 Reka bentuk Sambungan Tindih / Lekap

4.4.4 Sambungan Penjuru


Di dalam proses kimpalan, sambungan penjuru kerap digunakan di dalam kerja
menyambung kepingan logam yang kebiasaannya tidak menanggung beban lampau.
Sambungan ini mencantumkan dua kepingan logam yang hendak dikimpal di mana pelbagai
reka bentuk dibuat dalam sambungan penjuru ini.

Rajah 4.10 Sambungan Penjuru

Terdapat beberapa rekabentuk bagi sambungan penjuru seperti:


Muka / Page : 14
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

Rajah 4.11 Reka bentuk Sambungan Penjuru

4.4.5 Sambungan Tepian


Berdasarkan rajah di bawah, pada sambungan tepian, dua kepingan logam
dirapatkan pada permukaan di mana tepian logam tersebut diapitkan dan dikimpal bahagian
tepian tersebut. Sambungan tepian juga sesuai untuk kepingan logam setebal 5 mm ke
bawah dan juga sesuai bagi beban yang ringan sahaja.

Rajah 4.12 Sambungan Tepian

Terdapat beberapa jenis reka bentuk sambungan tepian yang biasa digunakan
dalam kerja-kerja mengimpal iaitu:
Muka / Page : 15
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

Rajah 4.13 Reka bentuk Sambungan Tepian

4.5 Pembersihan dan pembaikan permukaan kumai

Pembersihan dan pembaikan permukaan kumai daripada kecacatan kimpalan dan


kekotoran merupakan proses terakhir yang perlu dilakukan sebelum spesimen digunakan
untuk sebarang ujian atau proses pemeriksaan.

Diantara kecacatan luaran yang boleh dilihat secara visual semasa melakukan
pemeriksaan pada kumai ialah:

i. Potong bawah (undercut)


ii. Keselitan sanga (slag inclusion)
iii. Riak kumai buruk (poor weld profile)
iv. Keretakan (crack)
v. Kurang penembusan (incomplete fill)
vi. Percikan lampau (excesive spatter)
vii. Kumai bertindih(ovelapping)
viii. herotan(distortions)

Menurut AWS D1.1 Structural Welding Code Steel, sanga perlulah dibuang daripada
semua kumai yang telah selesai dikimpal dan kumai dan permukaan bersebelahan dengan
kumai perlulah dibersihkan dengan memberus atau lain-lain kaedah yang bersesuaian.
Percikan yang sukar keluar setelah proses pembersihan dijalankan boleh diterima melainkan
proses ujian musnah atau ujian tanpa musnah seterusnya memerlukan percikan tersebut
dibuang. Kumai juga tidak boleh di cat/spray sehinggalah hasil kimpalan tersebut telah pun
di verifikasi atau di terima oleh pihak kualiti.
Muka / Page : 16
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(24/27)
Drpd/of : 16

RUJUKAN

1 Sacks & Bohnart,2007,Welding Principles & Practices,3rd edition, 1221, Avenue of


the Americas, New York, NY 10020 USA, Mc Graw Hill, ISBN: 978-0077238773
2 James F. Lincoln, Arc Welding Foundation, 2002, The Procedure Handbook of Arc
Welding, 14th Edition, 22801 St. Clair Avenue, Cleveland, Ohio, 44117 USA, Lincoln
Electric Company, ISBN: 978- 9993897302
3 Robert L. O'Brien, 1997, Jefferson's Welding Encyclopaedia, 18th Edition, 550 N.W.
Lejeune Road, Miami, Florida, 33126 USA, American Welding Society, ISBN: 978-
0871715067
4 Joseph W. Giachino, William, Weeks, 1985, Welding Skills & Practices, 6th edition,
Western Michigan University, Kalmazoo, Michigan, Chicago, 60637, USA, American
Technical Society, ISBN:978-0826930019
5 Griffin, Roden, Briggs, 1985, Pipe Welding Techniques, 4th edition, Albany, New
York, 12205 USA, Delmar Publishers, ISBN: 978-0827322486
6 Ivan H. Griffin, Edward M. Roden and Charles W. Briggs, 1984, Basic Arc Welding
4th edition, Albany, New York, 12205 USA, Delmar Publishers, ISBN: 978-
0827321311
7 ASM International, 1983, Metal Reference Book, 2nd edition, Material Park, Ohio,
44073 USA, American Society For Metals, ISBN:978-0871701565
8 Gower A. Kennedy, 1982, Welding Technology - Student's Manual, 2nd edition,
Indianapolis, USA, A Howard W. Sams Book, Bobbs- Merill Educational Publishing,
ISBN:978-0672971099
9 Gower A. Kennedy, 1982, Welding Technology, 2nd edition, Lethbridge Community
College, Alberta, New York, USA, Howard W. Sams & Son Inc., ISBN: 978-
0672979903
10 Frank R. Schell, 1977, Welding Procedures: Electric Arc, 1st edition, Albany, New
York, 12205 USA, Delmar Publishers, ISBN: 978-0827316034
11 Giachino, Weeks, Johnson, 1974, Welding Technology, 2nd edition, Chicago, 60637
USA, American Technical Society, ISBN: 978-0826930637

Anda mungkin juga menyukai