Anda di halaman 1dari 7

JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


MALAYSIA

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG


JALAN GANGSA, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
ME-010-3:2012 INDUSTRIAL MAINTENANCE OPERATION
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L3

KOD DAN NAMA UNIT


KOMPETENSI /
ME-010-3:2012-C01 MATERIAL FITTING AND JOINING
COMPETENCY UNIT
CODE. AND NAME

1 : SELECT MATERIAL JOINING


NO. DAN PENYATAAN
2 : PERFORM MATERIAL JOINING
AKTIVITI KERJA / WORK
3 : PERFORM FITTING WORKS
ACTIVITIES NO. AND
4 : INSPECT MATERIAL JOINING
STATEMENT
5 : PRODUCE FITTING ANG JOINING MATERIALS
REPORT

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD/CODE NO. ME-010-3:2012-C02/P(3/5)
Drp / of : 7

TAJUK/TITLE : PENGENALAN KEPADA GERGAJI BESI

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan ini adalah untuk menerangkan mengenai pengenalan kepada gergaji
besi dalam proses pengetahuan yang berkaitan dengan asas pemotongan bahan kerja,
asas operasi menggegas, asas membaca lukisan kejuruteraan, asas pengukuran untuk
operasi pemotongan, penandaan, cara penyediaan bahan dan bendakerja dan mengikut
arahan keselamatan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kertas penerangan ini juga
dapat membantu pelajar memahami lebih mendalam mengenai tajuk pembelajaran dan
pengajaran disamping menerangkan cara mengendalikan cara pemotongan dengan
menggunakan gergaji untuk mendapatkan hasil kerja yang baik.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. ME-010-3:2012-C02/P(3/5)/PM
Drp / of : 7

PENERANGAN/INFORMATION:

1. Pengenalan Kepada Alatan tangan

Alatan tangan merupakan alat yang banyak digunakan di dalam bengkel-bengkel


dan worksyop-worksyop pertukangan. Alatan tangan terdiri daripada alatan-alatan
untuk proses penandaan, pengukuran, pemotongan dan pengujian. Alatan yang
biasa digunakan untuk proses pengukuran adalah seperti angkup vernier, pembaris
keluli, pita pengukur dan sebagainya. Bagi alatan penandaan pula adalah seperti
penggarit, tolok tinggi vernier, penebuk pusat dan sebaginya. Gergaji besi pula
merupakan alat pemotongan yang biasa digunakan.

2. Gergaji

Gergaji besi digunakan untuk memotong logam kepada saiz tertentu dan juga
memotong bahagian-bahagian logam yang nipis yang merupakan lebihan daripada
bahagian yang telah ditanda pada bahan kerja. Kelebihan memotong dengan cara
ini ialah tidak banya bahan yang terbuang (tiada pembaziran) dan permukaan yang
dipotong boleh disudahkan dengan mudah.

Gergaji merupakan alatan yang murah dan mudah didapati dari kedai-kedai
perkakasan berat jika dibandingkan dengan gergaji elektrik. Penjagaan gergagi lebih
mudah berbanding dengan mesin gergaji jentera.

2.1 Bahagian-bahagian gergaji besi

Bingkai

Hulu

Mata Gergaji Nat Pelaras


Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. ME-010-3:2012-C02/P(3/5)/PM
Drp / of : 7

Rajah 1 : Bahagian-bahagian gergaji besi

a) Bingkai

 Terdapat dua(2) jenis bingkai iaitu bingkai tetap dan bingkai boleh laras
 Bingkai tetap hanya boleh memegang mata gergaji yang sama panjang
 Bingkai boleh laras boleh memegang mata gergaji yang berlainan
panjang kerana boleh dilaraskan mengikut mata gergaji tersebut

b) Hulu
 Terdiri daripada berbagai jenis seperti hulu pistol dan hulu tegap

Rajah 2. : Jenis-jenis hulu gergaji besi

c) Nat Pelaras
 Membolehkan mata gergaji yang panjangnya berlainan dipegang pada
bingkai
 Ketegangan mata gergaji itu boleh dilaraskan dengan nat berkepak

d) Mata
 Mata gergaji merupakan elemen terpenting bagi kerja-kerja pemotongan
 Faktor-faktor berikut perlu diberi perhatian untuk memilih mata gergaji:-
i) Bahan Mata Gergaji
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. ME-010-3:2012-C02/P(3/5)/PM
Drp / of : 7

- Diperbuat daripada bahan-bahan seperti keluli berkarbon tinggi,


keluli tahan lasak, keluli aloi tungsten, dan keluli aloi
molybdenum
- Pemilihan jenis mata gergaji bergantung pada kekerasan logam
yang hendak dipotong.
- Keluli tahan lasak lebih ekonomik dan tidak cepat haus jika
dibandingkan dengan yang lain.
ii) Kekerasan Mata Gergaji
- Kebanyakan mata gergaji dikeraskan keseluruhannya
- Bagi mata gergaji boleh lentur, giginya sahaja dikeraskan. Mata
gergaji jenis ini jarang patah dan boleh memotong pada
bahagian-bahagian logam yang sukar dipotong
iii) Saiz Mata Gergaji
- Panjang mata gergaji ialah antara 250mm hingga 300mm untuk
gergaji tangan. Jadual 1 dibawah menunjukkan kesesuaian dan
jarang gigi(mata) gergaji untuk memotong bahan-bahan yang tertentu.
Bahan yang Jarak gigi Lebar gigi Tebal gigi
dipotong (mm) (mm) (mm)
Keluli Lembut 1.8 13-16 0.63-0.80
Besi Tuang 1.4 13 0.63
Tembaga Paip 1.2 13 0.63
Kepingan 0.8 13 0.63
Logam
Jadual 1 : Jadual kesesuaian jarang gigi mata gergaji

iv) Bentuk dan Kuak gigi


- Rajah di bawah menunjukkan tiga jenis bentuk dan kuak gigi
gergaji.
- Mata gergaji terkuak selang seli kekiri dan kekanan. Tujuannya
supaya mata gergaji ini tidak tersepit semasa memotong dan
member telusan kepada serbuk logam atau tatal yang dipotong
itu keluar.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. ME-010-3:2012-C02/P(3/5)/PM
Drp / of : 7

Rajah 3 : Jenis kuak gigi gergaji

2.2 Penggunaan Gergaji

Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian apabila hendak memotong logam


dengan menggunakan gergaji
a) Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah gigi mestilah menuju kea rah
pemotongan
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. ME-010-3:2012-C02/P(3/5)/PM
Drp / of : 7

Rajah 4 : Cara memasang mata gergaji

b) Pegang logam yang hendak dipotong dengan cara yang betul. Alaskan pengapit
ragum dengan kepingan logam lembut dan nipis ataupun dengan kayu apabila
hendak memotong logam yang nipis

Rajah 5 : Berbagai cara memegang logam yang hendak digergaji

c) Mula-mula potong dengan perlahan. Gunakan ibu jari sebagai panduan dan
mulakan memotong. Apabila sudah kelihatan tanda, lakukan sorongan yang
panjang dan tetap. Kelajuan pemotongan untuk gergaji biasa ialah lebih kurang
40 sorongan seminit

Rajah 5 : Berbagai cara memegang logam yang hendak digergaji


Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. ME-010-3:2012-C02/P(3/5)/PM
Drp / of : 7

d) Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung dengan


sebelah tangan
e) Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila berundur, angkat
gergaji sedikit tetapi jangan ditarik kerana ini akan menumpulkan mata gergaji

2.2 Penjagaan Gergaji

Mata gergaji akan mudah patah sekiranya tidak diambil langkah-langkah penjagaan
yang wajar. Untuk itu, perkara-perkara yang berikut perlu diberi perhatian :-
a) Pilih mata gergaji yang jarak giginya sesuai untuk logam-logam yang tertentu.
b) Pasangkan mata gergaji dengan arah gigi yang tepat
c) Logam itu mestilah dipegang pada ragum dengan betul
d) Ketegangan mata gergaji mestilah sesuai untuk jenis pemotongan
e) Gunakan mata gergaji boleh lentur pada bahagian-bahagian yang rumit
f) Kelajuan pemotongan mestilah sesuai
g) Semasa menggergaji, tekanan pada benda kerja mestilah sesuai dengan jenis
logam yang digunakan, sama ada logam keras atau logam lembut

SOALAN/QUESTION :

1. Apakah kegunaan gergaji?.


2. Apakah kegunaan nat pelaras?.
3. Senaraikan bahagian-bahagian yang terdapat pada gergaji besi?

RUJUKAN/REFERENCES :
1. IBRAHIM CHE MUDA, N. RAMUDARAM (1994), TEKNOLOGI BENGKEL
MESIN, EDISI KEDUA 1994, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
2. www.wikipedia_gergajitangan\edu.com
3. Steve F.J William Oswald. Technology of Machine Tools, Fourth Edition

Anda mungkin juga menyukai