Anda di halaman 1dari 6

SIFAT KESABARAN BILAL BIN RABBAH

Pada suatu hari berlaku peristiwa di mana apabila


matahari tegak berdiri di tengah-tengah langit dan pasir
Mekah panas membakar kerana cuaca terlalu panas,
Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan sekumpulan
golongan musyrikin menanggalkan pakaian Bilal, mereka
memakaikannya dengan baju besi kemudian mereka
menjemurnya di bawah panas terik cahaya matahari
dalam keadaan pasir yang panas membakar serta
mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti
sambil mereka memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi
Muhammad s.a.w. Walau bagaimana hebat sekalipun
penyeksaan yang mereka timpakan kepada Bilal namun
Bilal tetap dengan pendiriannya di mana beliau tidak
menyebut apa-apa kecuali perkataan yang bermaksud:
Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!
Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa
Bilal,
Umaiyyah
mengikat
leher
beliau
dengan
menggunakan tali yang besar kemudian menyerahkan
kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak
seterusnya dia meminta supaya mereka mengheretnya
ke seluruh kawasan Kota Mekah dan mereka
membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil
berlari.
Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a memerdekakan
Bilal secara membelinya daripada Umaiyyah bin Khalaf
dengan harga 9 tahil emas. Umaiyyah bin Khalaf sengaja
menjualnya dengan harga yang mahal supaya Abu Bakar
tidak mahu membelinya

sedangkan di dalam hati dia berkata: "Sekiranya Abu


Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut,
aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1
tahil emas". Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam
hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan
harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun
dengan harga 100 tahil emas".

KELEBIHAN BELIAU
Bilal menjadi tukang azan Rasulullah ss.a.w sepanjang
hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa
Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan azan
tetapi apabila sampai kepada perkataan yang
bermaksud: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad
adalah Rasulullah, Bilal menangis tersedu-sedu kemudian
meminta daripada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan
beliau daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi
menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w.
Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi
dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal
menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan
Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab
datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya
mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu
mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah
berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah
memerdekakan tuan kita," maksudnya ialah Bilal r.a.
Apabila Bilal mengumandangkan azan, Ummar dan
seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang
pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman
Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana
mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebutdan
perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka
semua menangis.
Bilal bin Rabah r.a terlalu gembira dengan kemerdekaan
tersebut kerana beliau dapat memulakan era kehidupan

baru di dalam suasana kehidupan yang penuh dengan


kebebasan yang tidak pernah dijanjikan kepadanya.
Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama
dengan rombongan umat Islam yang berhijrah ke sana.

KEMATIAN BILAL BIN RABBAH

Bilal bin Rabah meninggal dunia setelah beliau


mengalami sakit tenat di mana pada hari-hari
tersebut beliau sering menyebut: "Besok kita akan
bertemu dengan para kekasih Muhammad dan
sahabat baginda. Semoga Allah meredai beliau
dan membalas segala jasa yang telah beliau
berikan kepada Islam dengan balasan yang baik.
Bilal pergi meninggalkan Madinah bersama
pasukan pertama yang dikirim oleh Abu Bakar. Ia
tinggal di daerah Darayya yang terletak tidak jauh
dari kota Damaskus. Bilal benar-benar tidak mau
mengumandangkan azan hingga kedatangan Umar
ibnul Khaththab ke wilayah Syam, yang kembali
bertemu dengan Bilal Rodhiallahu anhu setelah
terpisah cukup lama.
Umar sangat merindukan pertemuan dengan Bilal
dan menaruh rasa hormat begitu besar kepadanya,

sehingga jika ada yang menyebut-nyebut nama


Abu Bakar ash-Shiddiq di depannya, maka Umar
segera menimpali,
"Abu Bakar adalah tuan kita dan telah
memerdekakan tuan kita (maksudnya Bilal)."
Dalam kesempatan pertemuan tersebut, sejumlah
sahabat
mendesak
Bilal
agar
mau
mengumandangkan azan di hadapan al-Faruq
Umar ibnul Khaththab. Ketika suara Bilal yang
nyaring itu kembali terdengar mengumandangkan
azan, Umar tidak sanggup menahan tangisnya,
maka
iapun
menangis
tersedu-sedu,
yang
kemudian diikuti oleh seluruh sahabat yang hadir
hingga janggut mereka basah dengan air mata.
Suara Bilal membangkitkan segenap kerinduan
mereka kepada masa-masa kehidupan yang
dilewati di Madinah bersama Rasulullah Shalallahu
alaihi wasallam.. Dan itu, menjadi adzan terakhir
yang dikumandangan Bilal, hatinya tak kuasa
menahan kenangan manis bersama manusia
tercinta, nabi akhir zaman.
BiIal, "pengumandang seruan langit itu", tetap
tinggal di Damaskus hingga wafat. Saat menjelang

kematiannya, istri Bilal menunggu di sampingnya


dengan setia seraya berkata, "Oh, betapa sedihnya
hati ini."
Tapi, setiap istrinya berkata seperti itu, Bilal
membuka matanya dan membalas, "Oh, betapa
bahagianya hati ini. "
Menjelang wafatnya Bilal pada tahun keduapuluh
Hijriyah untuk menghadap sang Khalik, Bilal
seringkali mengucapkan kata-kata secara secara
beulang-ulang, kata tersebut adalah:
"Esok kita bersua dengan orang-orang terkasih
Muhammad dan sahabat-sahabatnya
Esok kita bersua dengan orang-orang terkasih
Muhammad dan sahabat-sahabatnya"
Bilal meninggal di Syam dalam keadaan bersiap
siaga
di
jalan
Allah,
sebagaimana
yang
dikehendakinya. Semoga Allah meridhainya dan
menjadikannya ridha kepadaNya.

Anda mungkin juga menyukai