Anda di halaman 1dari 9

Bilal bin Rabah 1

Saat azan kedengaran , pasti jiwaku merintih kehibaan . Teringat sebuah kisah di kala zaman rasullullah . Seorang

sahabat baginda , yang sanggup bermatian demi sebuah agamanya . Dialah manusia pertama yang telah mengalunkan azan .

Ya , dialah Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah Sholallahu ‘alaihi wasallam, memiliki kisah menarik tentang sebuah

perjuangan mempertahankan aqidah. Sebuah kisah yang tidak akan pernah membosankan, walaupun terus diulang-ulang

sepanjang zaman. Kekuatan alurnya akan membuat setiap orang tidak jemu untuk mendengarnya.

Kulitnya berwarna hitam, ternyata hatinya putih berseri dengan basuhan wudu’ yang tidak pernah

diabaikannya sejak keislamannya. Terbukti dengan kisah Isra’ dan Mikraj Nabi SAW yang mendengar tapak

kakinya di dalam syurga, walhal beliau masih hidup di bumi yang maha fana’.

“Wahai bilal, apakah amalan yang kamu tidak pernah tinggal? Sesungguhnya Aku mendengar tapak kakimu

sudah berada dalam syurga” Nabi SAW bertanya setelah pulang dari perjalanan Isra’ dan Mikraj. Bilal

menjawab, “Aku tidak akan melakukan azan melainkan aku akan solat dua rakaat. Apabila aku berhadas, pasti aku

akan berwudu’, selepas itu, aku akan menunaikan solat dua rakaat”.

Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa

hebat dan besarnya ujian yang Allah s.w.t berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di

mukabumi ini.
Bilal bin Rabah 2

Nama : Bilal bin Rabah

Tarikh lahir : Tahun 43 sebelum hijrah

Tempat lahir : Habsyah kini disebut sebagai Ethiopia

Nama ayah : Rabah

Nama ibu : Hamamah

Tarikh wafat : Sewaktu umurnya 6o tahun . tahun 23 Hijrah

Tempat wafat : Negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik .

Tentang beliau : Sepanjang hayatnya , beliau diakui sbegai seorang yang


patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya , ikhlas , amanah ,
berani , tabah dan sanggup menghadapi risiko demi
mempertahankan kebenaran . Beliau juga pernah menyertai
barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik
sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini
diabadikan sebagai juruazan atau bilal .
Bilal bin Rabah 3

Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah.
Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seoranG wanita berkulit hitam. Sebab
itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera
Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada
keluarga Bani Abdul Dar.

Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula apabila kedua ibu bapanya yang berpindah dari
Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota Mekah dirompak di pertengahan jalan,
ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar.

Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya.
Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup. Pernah suatu hari abang kepada Bilal menangis
kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah tuannya, namun bila
ternampak oleh tuannya, ibu Bilal di pukul dan roti tersebut disentap dari tangan abangnya lalu
dilemparkan kepada seekor anjing, bagi tuannya Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari
seekor anjing. Bila abangnya Sahib dan Bilal meningkat remaja, abangnya telah dijual
sebagai hamba di yaman, namun nasib abangnya agak baik kerana dia telah dibeli oleh sepasang
suami isteri yang kaya tetapi tidak mempunyai anak, lalu dijadikannya Sahib anak angkat mereka.

Ibunya meninggalkan dunia akibat kerinduan yang teramat sangat kerana berpisah dengan
anaknya Sahib dan akibat selalu dipukul dengan teruk oleh tuannya. Selepas ibunya meninggal,
ayahnya pula turut meninggal dunia kerana sakit tenat.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada tuan yang baru, iaitu Umaiyah
Bin khalaf. Walaupun Bilal seorang hamba yang rajin, jujur dan amat mematuhi suruhan tuannya,
tetapi bila Umaiyah mendapat tahu Bilal telah memeluk islam, dia mula menyiksa Bilal tanpa
belas kasihan supaya Bilal kembali ke agama asal mereka. Bilal enggan tunduk dan mengikut
kemahuan tuannya kerana hatinya telah diserikan oleh bunga-bunga iman. Dia beriman kepada
Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. Bagi dirinya dunia dan segala isinya sudah tidak bererti
lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya.
Bilal bin Rabah 4

Pada mulanya, Bilal dipukul, kemudian dia diarak keliling Kota Mekah. Selepas itu Bilal
dijemur di atas pasir ditengah panasnya bahang matahari, dia diseksa dan tidak diberikan
makanan dan minuman. Ketika matahari berada tegak diatas kepala dan padang pasir panas
membara, Bilal dipakaikan baju besi dan dijemur. Tubuh Bilal disebat dengan cemeti dan
dadanya ditindih dengan batu besar. Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang dilakukan
oleh Umaiyah kepada Bilal, namun keimanan Bilal tidak pernah luntur malah lebih
menghairankan Umaiyah ialah keimanan Bilal makin bertambah.

Bila Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama Tuhan mereka al-Latta dan al-Uzza, Bila
tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut kalimah “Allah,Allah,
Allah,…. Ahad, Ahad, Ahad ..”

Berita penyeksaan yang begitu kejam itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar
as-Siddiq, lalu Abu Bakar pun pergilah menemui menemui Umaiyah untuk membeli dan
menebus Bilal tanpa tawar menawar dengan harga 9 uqiyah emas. Umaiyah berkata, jika Abu
Bakar meminta untuk dikurangkan harga Bilal kepada 1 uqiyah emas pun dia sanggup
menjualnya, lalu Abu Bakar berkata lagi, jika Umaiyah meletakkan harga Bilal sehingga 100
uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu
memerdekakannya! Bagi Abu Bakar, Bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh imannya.
Bila kisah ini diceritakan oleh Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w pun
terus menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang tebusan Bilal tetapi Abu Bakar mengatakan
bahawa dia telah menyelesaikan bayaran itu dengan menggunakan wangnya sendiri! Inilah kisah
pengorbanan, kasih sayang, perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan yang indah di zaman
rasulullah s.a.w!
Bilal bin Rabah 5

Dari seorang hamba abdi, Bilal diangkat darjatnya disisi Allah berkat kesabaran dan
kegigihannya mempertahankan kalimah Allah, kalimah iman yang amat disayanginya. Dia
dilantik menjadi tukang azan Rasulullah s.a.w sehingga laungan azannya bergema 5 kali sehari
diseluruh penjuru Kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit yang ke-7 lalu bergema di
Arasyh Rabbul Jalil. Seluruh para malaikat di langit menanti-nantikan suara Bilal melaungkan
azan setiap hari.

Ada satu cerita seorang yang dengki dan irihati dengan Bilal telah membodek rasulullah s.a.w
untuk menggantikan Bilal untuk melaungkan azan, tetapi malangnya azan itu dilaungkan secara
tidak ikhlas sehingga suara azan tidak bergema seperti selalu dilaungkan oleh Bilal di langit lalu
malaikat pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hal itu.

Bilal menyertai semua peperangan dijalan Allah di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Kewafatan
Nabi s.a.w, memberikan kesan yang cukup mendalam bagi Bilal, betapa sayangnya Bilal pada
Rasulullah s.a.w tidak dapat digambarkan dengan kata-kata! Sehinggakan Bilal tidak mampu
melaungkan azan lagi, kerana bila tiba pada perkataan Muhammad itu, hatinya terus sebak dan air
matanya terus mengalir! Selepas itu Bilal tidak mahu lagi menjadi bilal walaupun puas dipujuk
oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.w, bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak mampu!!!

Semasa di syria, dia telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.


“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?”
soal Nabi Muahmmad SAW dalam mimpi bilal. Sedar dari mimpi, bilal kesedihan. Kerinduannya
terhadap Nabi semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam, akan ke
Madinah; menziarahi kubur Nabi SAW sebagai cara untuk menghilangkan kerinduannya terhadap
Rasulullah SAW.

Sesampai di Madinah, Bilal terus meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur nabi, hatinya
sudah tidak tertahan lagi, dia menekup mukanya, kelihatan air mata menitis lebat. Dia berjumpa
dengan cucunda Nabi SAW; hasan dan Husain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya. Dalam
suasana kesedihan itu, Hasan dan Husain berkata, “Pak Cik bilal, kami terlalu ingin
mendengar azan kamu”
Bilal bin Rabah 6

Pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan. Beliau naik di atas bumbung
kaabah dan berdiri. Beliau pun memulakan laungan azan. “Allahu akbar, Allahu akbar… Allahu
Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan madinah kegamatan. Ramai rakyat
madinah terkejut. Mereka keluar dari rumah masing-masing.

Apabila sampai laungan, “Asyahadu Anna muhammad Rasulullah” kegamatan madinah


itu telah bertukar dengan kedengaran tangisan manusia. Tangisan yang berpunca, dari kerinduan
mereka terhadap nabi SAW. kerinduan bersama kekasih Allah yang merupakan seorang
pemimpin yang tercinta. Semasa bilal di Syria, beliau tidak dilantik menjadi muazzin. Lagipun,
sebarang permintaan terhadap beliau untuk jawatan tersebut, pasti akan ditolak.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Bilal memohon untuk pergi berperang, tetapi tidak
dibenarkan oleh Abu Bakar dengan alasan beliau masih memerlukan khidmat Bilal di Madinah.
Mungkin Abu Bakar sudah dapat membaca isi hati Bilal yang sangat merindui mati syahid untuk
bertemu dengan orang yang sangat dicintainya iaitu Muhammad s.a.w! Ini adalah kerana
kewafatan baginda merupakan satu kehilangan yang besar bagi Bilal.

Sekali lagi pada zaman Khalifah Umar, Bilal memohon untuk menyertai angkatan perang
islam menentang tentera Rom lalu diizinkan Saidina Umar. Kesempatan itu digunakan oleh Bilal
secukupnya , beliau telah membawa isterinya turut sama berperang bersama tentera islam
sehingga berjaya menakluki Baitulmuqaddis! Namun apa yang diharapkan Bilal tidak
dimakbulkan Tuhan lagi.

Dia berpindah dari Mekah ke Madinah dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya
menjadi tukang azan, namun beliau menolak dengan baik. Saidina Umar dan Saidina Ali juga
pernah memujuk Bilal, tetapi Bilal tetap menolak.

Kata Saidina Umar :


“Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah s.a.w?
Air mata saya juga sudah kering kerana menangis! Jika boleh, saya mahu serahkan nyawa
saya ini sebagai gantinya”,

lalu jawab Bilal :


“Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya melebihi kesedihan tuan. Tuan lahir sebagai
seorang yang merdeka. Berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai
bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan. Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w membebaskan kami dari perhambaan. Dia memuliakan saya ketika orang lain
menghina saya. Kemudian Rasulullah s.a.w melantik saya sebagai tukang azan. Rasulullah
s.a.w juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya di dalam syurga” kata Bilal
dengan nada yang sedih dan hiba.

Awalnya, permohonan umar itu ditolak, tetapi setelah diminta, waimma untuk satu solat
sahaja, maka bilal pun akur. Bilal naik di atas menara, dan memulakan laungan azannya. Sahabat-
sahabat Nabi SAW yang berada di Syria menangis mendengar azan bilal tersebut, sedang orang
yang paling keras menangis ketika itu adalah Umar bin Al-Khattab sendiri.
Bilal bin Rabah 7

Selepas itu Bilal berpindah ke Syam, penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang
azan tetapi Bilal menolak lalu mereka pun memulaukan Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya
berpindah ke Damsyik setelah penduduk Syam memarahinya.

BiIal, "pengumandang seruan langit itu", tetap tinggal di Damaskus hingga wafat. Saat
menjelang kematiannya, isteri Bilal menunggu di sampingnya dengan setia seraya berkata, "Oh,
betapa sedihnya hati ini...."

Tapi, setiap kali isterinya berkata seperti itu, Bilal membuka matanya dan membalas, "Oh,
betapa bahagianya hati ini.... " Lalu, sambil mengembuskan nafas terakhirnya, Bilal berkata
lirih,
"Esok kita bersua dengan orang-orang terkasih...
Muhammad dan sahabat-sahabatnya
Esok kita bersua dengan orang-orang terkasih...
Muhammad dan sahabat-sahabatnya"
Bilal bin Rabah 8

BY : ALL ONE

SUARA MUAZZIN TERDENGAR


MEMANGGIL INSAN MENYEMBAH ALLAH
SEJENAK TERIMBAU INGATAN
KEPADA INSAN YANG MULIA

DIRIMU HANYALAH SAHAYA


SYAHADAH ITU KEBEBASANMU
DERAPAN KAKIMU TERDENGAR
DI DEPAN RASULMU DI SYURGA

ALUNAN AZANMU TERHENTI


HARI KEWAFATAN KEKASIH TERCINTA
LALU BERDERAILAH TANGISAN
SUARA EMAS TAK TERDENGAR LAGI 

KAU BILAL BIN RABAH


CEKAL DAN TABAH
DIPANGGANG DI GURUN YANG PANAS
BIARPUN DIRIMU DIDERA DISIKSA
BIBIRMU TETAP MENYEBUT

ALLAH TUHANKU
ALLAH YANG SATU
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
MUHAMMAD PESURUH ALLAH

DI BALIK KULITMU YANG HITAM


TERSIMPAN HATI SEPUTIH KAPAS
SUARA AZANMU BERGEMA
ADALAH SILAMMU YANG LUKA
ADALAH BUTIRAN MUTIARA
MENJADI TAULADAN MANUSIA
Bilal bin Rabah 9

Assalamualaikum semua !

Alhamdulillah , akhirnya siap juga folio ini untuk tahun 2011 ! Fuhh , bukan senang tau nak
siapkan ! Dengan tak cukup bahannya , tak cukup masanya . Tapi , itu semua bukanlah masalah
besar bagi kami ! Sebab apa ? huhu ! sebab , “ APA YANG PENTING ? KERJASAMA ! “
macam ….

Syukur , folio ini dapat disiapkan dengan jayanya . Bagaimana dengan kisah tokoh yang telah
kami sampaikan ? Setelah persetujuan bersama dilakukan , kami dengan satu hatinya memilih
Bilal bin Rabah untuk dikaji dan diselidiki . Bagi kami , beliau amat patut dicontohi para pelajar .
Sifat beliau yang berani , bertanggungjawab dan semangat jihad yang terus bersemadi di dalam
diirnya wajarlah dicontohi dan diikuti . Kisahnya amat menyayat hati . Betul tak betul ??

Harapnya . folio ini dapat dijadikan sebagai satu medium dakwah untuk kalian . Tahniah dan
terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur ! Tanpa mereka , kami sudah tentu tidak akan
tahu mengenai Bilal ini dengan lebih mendalam. Jutaan terima kasih juga buat ahli usrah yang
sudah bersama-sama menempuh susah payah untuk menyiapkan folio ini . Terima kasih ya kak
MAI DAN kak NABILA !! Moga usaha kita sentiasa di bawah rahmat Allah .

Akhir kalam , segala yang baik itu datangnya daripada Allah , dan yang dhaif itu datangnya
daripada kami sendiri yang masih memerlukan petunjuk . Sekian , maas salamah wa ilal liqa ‘ !

Anda mungkin juga menyukai