Anda di halaman 1dari 8

Bilal bin Rabah Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Bilal bin Rabah r.

a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Pengislamannya Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib ArRumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi AlArqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya. Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata, Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu. Tetapi Bilal lantas menjawab, Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu. Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.

Jasa dan Perjuangannya Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal. Bilal bin Rabah r.a .. Kelahiran dan riwayat hidup beliau Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Ibu beliau bernama Hamama yang berketurunan Abasyiah manakala ayah beliau bernama Rabah yang berketurunan Arab. Beliau merupakan seorang hamba kepada Amit bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orangorang yang paling awal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam di Syam dengan bantuan seorang sahabatnya iaitu al-Fadhil. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin AlAswad.

Kesabaran dan ketabahan beliau menanggung penderitaan Bilal merupakan salah seorang Muslim yang paling banyak menerima penyeksaan, kekejaman dan kengerian daripada golongan musyrikin. Sebahagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib. Faktor sedemikianlah yang menyebabkan mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram mereka terhadap Islam. Pada suatu hari berlaku peristiwa di mana apabila matahari tegak berdiri di tengah-tengah langit dan pasir Mekah panas membakar kerana cuaca terlalu panas, Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan sekumpulan golongan musyrikinmenanggalkan pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju besi kemudian mereka menjemurnya di bawah panas terik cahaya matahari dalam keadaan pasir yang panas membakar serta mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil mereka memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad s.a.w. Walau bagaimana hebat sekalipun penyeksaan yang mereka timpakan kepada Bilal namun Bilal tetap dengan pendiriannya di mana beliau tidak menyebut apa-apa kecuali perkataan yang bermaksud: Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa! Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa Bilal, Umaiyyah mengikat leher beliau dengan menggunakan tali yang besar kemudian menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak seterusnya dia meminta supaya mereka mengheretnya ke seluruh kawasan Kota Mekah dan mereka membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil berlari. Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a memerdekakan Bilal secara membelinya daripada Umaiyyah bin Khalaf dengan harga 9 tahil emas. Umaiyyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahalsupaya Abu Bakar tidak mahu membelinya sedangkan di dalam hati dia berkata: "Sekiranya

Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas". Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas". Bilal bin Rabah r.a terlalu gembira dengan kemerdekaan tersebut kerana beliau dapat memulakan era kehidupan baru di dalam suasana kehidupan yang penuh dengan kebebasan yang tidak pernah dijanjikan kepadanya. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan rombongan umat Islam yang berhijrah ke sana. Kelebihan Beliau Bilal menjadi tukang azan Rasulullah ss.a.w sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah, Bilal menangis tersedu-sedu kemudian meminta daripada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan beliau daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah AlFaruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita," maksudnya ialah Bilal r.a. Apabila Bilal mengumandangkan azan, Ummar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebut dan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.

Kematian beliau Bilal bin Rabah meninggal dunia setelah beliau mengalami sakit tenat di mana pada hari-hari tersebut beliau sering menyebut: "Besok kita akan bertemu dengan para kekasih Muhammad dan sahabat baginda. Semoga Allah meredai beliau dan membalas segala jasa yang telah beliau berikan kepada Islam dengan balasan yang baik. Bilal bin Rabah Dia adalah budak yang dimerdekakan oleh Abu Bakar AshShiddiq, muadzin pada zaman Rasulullah SAW dari golongan AsSabiqunal Awwalun (orang-orang yang pertama kali masuk Islam) dan pernah disiksa di jalan Allah. Dia juga termasuk pejuang perang Badar dan memperoleh kesaksian dari Nabi SAW bahwa dia masuk surga. Selain itu, dia banyak memiliki keistimewaan, seperti yang disebutkan oleh Ibnu Asakir. Usianya mencapai 60-an tahun. Ada yang mengatakan bahwa dia berasal dari bani Habsyi. Ada pula yang mengatakan bahwa dia berasal dari keturunan bani Hijaz. Ada beberapa pendapat yang berkembang seputar kematiannya, dan salah satunya pendapat mengatakan bahwa dia meninggal pada waktu perang Badar, yaitu tahun 20 H. Diriwayatkan dari Dzar, dari Abdullah, dia berkata, Orang yang pertama kali menampakkan keislamannya ada tujuh orang, yaitu Rasulullah, Abu Bakar, Ammar, ibunya Sumayah, Bilal, Shuhaib, dan Al Miqdad. Adapun Rasulullah dan Abu Bakar dilindungi oleh Allah dari kaumnya. Sedangkan yang lain disiksa oleh orangorang musyrik dengan memakaikan baju besi dan menjemur mereka di bawah terik matahari. Mereka semua disiksa seperti itu hingga akhirnya mereka menuruti keinginan orang-orang musyrik, kecuali Bilal. Jiwanya ketika itu tetap teguh memegang agama Allah dan pantang menyerah terhadap intimidasi kaumnya. Mereka menyeretnya mengelilingi penduduk Makkah, tetapi dia tetap mengatakan ahad, ahad.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah SAW pernah berkata kepada Bilal ketika shalat Subuh, Ceritakan kepadaku tentang amal yang paling digemari, yang engkau lakukan dalam Islam, karena aku telah mendengar suara sandalmu di surga tadi malam. Bilal berkata, Aku tidak melakukan suatu perbuatan yang digemari, hanya saja setiap kali aku bersuci pada malam atau siang hari, aku melakukan shalat karena Allah, sebagaimana yang diwajibkan kepadaku untuk mengerjakan shalat. Diriwayatkan dari Jabir, bahwa Umar berkata, Abu Bakar adalah pemimpin kami dan dia telah memerdekakan Bilal yang juga pemimpin kami. Diriwayatkan dari Qais, dia berkata, Abu Bakar memerdekakan Bilal saat dia ditindih dengan batu dan membelinya dengan emas seberat lima awaq.87 Mereka yang menyiksa Bilal ketika itu berkata, Seandainya engkau mau membeli dan menawarnya dengan harta satu awaq maka aku pasti berikan. Abu Bakar berkata, Seandainya kalian menolak dan menghargainya seharga seratus awaq, maka aku akan tetap membelinya. Diriwayatkan dari Saad, dia berkata: Kami berenam pernah bersama Rasulullah SAW, lalu orang-orang musyrik berkata, Usirlah mereka dari kamu, karena mereka tidak setara dengan kami. Pada waktu itu aku bersama Ibnu Masud, Bilal, seorang pria dari Hudzail, dan dua orang lainnya. Lalu turunlah firman Allah, Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru kepada tuhannya . (Qs. Al Anaam [6]: 52-53) Aisyah berkata, Ketika Rasulullah SAW masuk kota Madinah, kondisi Abu Bakar dan Bilal kurang sehat. Abu Bakar sedang menderita demam tinggi, dia berkata, Setiap orang bertemu dengan keluarganya pada pagi hari

Sementara maut lebih dekat dari terompah sandalnya Ketika Bilal terlepas dari siksaan itu, dia mengangkat suaranya seraya berkata, Aduhai, seandainya syairku, haruskah kutidur pada malam hari Di lembah yang di sekelilingku Idzkhir dan Jalil Akankah aku membawa pada suatu hari air sumur Majannah88 Akankah mereka kepadaku89 memperlihatkan Syamah dan Thafil

Ya Allah, timpakanlah laknat-Mu kepada Utbah, Syaibah, dan Umayyah bin Khalaf, seperti halnya tindakan mereka mengusir kami dari negeri kami menuju negeri bencana.90 Diriwayatkan dari Anas, dia berkata, Rasulullah bersabda, Surga merindukan tiga orang, yaitu Ali, Ammar, dan Bilal. Diriwayatkan dari Zaid bin Aslam, dari ayahnya, dia berkata, Kita memasuki kota Syam bersama Umar, lalu Bilal mengumandangkan Adzan. Orang-orang lalu menceritakannya kepada Nabi Muhammad SAW, hingga beliau menangis yang belum pernah orang melihatnya menangis seperti hari itu. Abu Ad-Darda` berkata: Ketika Umar memasuki kota Syam, dia meminta Bilal untuk menemaninya, maka dia pun melaksanakannya. Begitu juga dengan saudaraku Ruwaihah yang dipersaudarakan Rasulullah SAW denganku. Dia kemudian singgah di sebuah kampung di Khaulan. Lalu dia dan saudaranya pergi menuju penduduk Khaulan. Mereka berkata, Kami sebenarnya mengunjungi kalian untuk meminang. Dulu kami kafir dan Allah memberikan petunjuk kepada kami. Dulu kami budak dan Allah memerdekakam kami. Dulu kami adalah fakir dan sekarang Allah memberikan kekayaan kepada kami. Jika kalian menikahkan kami maka alhammdulillah, dan jika kalian menolak kami maka naudzibillah. Mereka pun menikahkan keduanya.

Diriwayatkan dari Yahya bin Saad, dia berkata, Umar pernah mengingat keutamaan dan kebaikan Abu Bakar, kemudian menyebutkan keutamaannya, Pemimpin kita ini, Bilal, adalah salah satu kebaikan dari kebaikan yang pernah dilakukan oleh Abu Bakar. Said bin Abdul Aziz berkata, Menjelang wafat Bilal berkata, Besok para kekasih bertemu dengan Muhammad tercinta dan rombongannya. Mendengar itu, istrinya berkata, Aduh betapa tragisnya! Bilal lalu berkata, Aduh betapa senangnya.

Anda mungkin juga menyukai