Anda di halaman 1dari 2

Kisah Bilal bin Rabah selepas kewafatan

Rasulullah SAW
Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah
betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah
seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah
BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda,
Bilal terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini
gara-gara kerana beliau yang sangat sedih .
Pernah ada
suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi
pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana
Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin,
Bilal ada di Syam"
Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang
macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di
Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah
semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para
sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al
khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan
memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak
dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal
menolak permintaan mereka .
Para sahabat mengerti
akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan
azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan
untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap
ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain
di fikiran Bilal.
(ada satu sumber ni menyatakan, ketika zaman
Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara
masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa
untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah
tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab
itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa
tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah
kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan
melalui bilik kecil tersebut.)
Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak,
datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW,
iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada
Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya
pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah
tu erat erat. diciumnya mereka seperti mana Bilal
mencium Rasulullah ketika hidup.
Tiba-tiba Hassan dan
Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan
sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah
hidup dahulu. oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada
Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin
itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk
melaungkan azan.
Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat
kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama
kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah.
apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk
Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada
rumah masing masing dan menyangka bahawa
Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka
kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan
Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah
hidup kembali.
Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut
‫ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ‬, seluruh penduduk terdiam . Kali
kedua Bilal sebut ‫ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ‬, bercucuran air
mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti
Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal
kemudiannya menyebut ‫ ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇ ﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ‬, dan
bila Bilal sebut ‫ ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ‬, Beliau
terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat
datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau .
Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan
sewaktu aku menyebut ‫ ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ‬aku
seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang
untuk solat bersama sama kita" .
Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan
jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak
betul) mereka teruss menangis kerana perasan RINDU
YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia
Nabi Muhammad SAW. . laungan azan Bilal bin
:'(

Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik


dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu.
Dan
diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari
tersebut :'(

Anda mungkin juga menyukai