Anda di halaman 1dari 4

Dari Lipis pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis


Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
‫ والصلواة والسالم على أشراف األنبياء والمرسلين وعلى‬،‫الحمدهلل رب العالمين‬
‫آله وصحبه أجمعين‬
‫ يفقج قولنا‬،‫ واجلل عقدة من لساننا‬،‫سر لنا أمورنا‬
ِّ ‫ و َي‬،‫اشرح لنا صدورنا‬
َ ‫رب‬

Yang Berbahagia
Tuan Haji Yazit Bin Kechik
Ketua Sektor
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Yang Dihormati
ENCIK NOR AHMAD BIN ABDUL RAHIM
Pegawai Pendidikan Daerah Lipis

Yang Berusaha
_______________________________________
Setiausaha PEKDIS CAWANGAN PAHANG

Yang Dikasihi
Ustazah Anizai Binti Ahmad
Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Lipis

Yang Dikasihi
Ustaz Anuar Bin ismail
Penyelia Pendidikan Islam PPD Lipis

Yang Berusaha
Ustaz Mohd Fauzan bin Mohamed Mokhtar
Pengetua SMKA Kuala Lipis

Guru besar-guru besar


Guru –guru penolong kanan

Ahli Jawatankuasa Kerja


Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Lipis 2017

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Lipis Tahun 2017

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat


Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat
kita dipertemukan dalam Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Lipis Tahun
2017 di dalam Bulan Rajab yang mulia ini. Mudah-mudahan ianya dapat
mengeratkan ukhuwwah di antara Guru-Guru Pendidikan Islam di Daerah Lipis ini.

Hari ini ada yang datang dari nun jauh di sana…ada yang datang dari sekangkang
kera sahaja jaraknya.Sama ada jauh mahupun dekat,matlamat kita tetap sama iaitu
merapatkan ukhwah,menimba ilmu dan seterusnya menjana buah fikiran yang
bernas.

Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memohon keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh ustaz _______________________daripada SK ____________________.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz _______________________atas


bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Buat julung kalinya multaqa daerah lipis pada tahun ini diadakan di tempat yang
baharu di dalam suasana yang baharu.tidak seperti kelazimannya kita berhimpun di
dalam dewan sekolah tetapi hari ini kita berasa teruja kerana dapat bersama-sama
menziarahi satu lagi mercu tanda pusat pendidikan daerah lipis iaitu SMKA Kuala
Lipis yang baru saja beroperasi pada tahun ini. Saya percaya mungkin ada kalangan
kita belum pernah lagi menjejakkan kaki ke sekolah bertuah ini.Terima kasih kepada
tuan Pengetua dan warga SMKA Kuala Lipis kerana sudi menjadi tuan rumah bagi
Multaqa kali ini.Semoga hadirin hadirat dapat menyesuaikan diri dengan suasana
baharu ini.

Multaqa kali ini juga menyediakan satu program baharu iaitu halaqaah Tafaqquh
fiddin yang telah berjaya kita laksanakan sebentar tadi. Alhamdulillah kita juga dapat
solat berjamaah zohor dan in shaa Allah diakhir multaqa nanti kita akhiri dengan
juga solat asar berjamaah.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tanpa melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar taklimat PEKDIS


yang akan disampaikan oleh Setiausaha PEKDIS cawangan Pahang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan __________________________________


Untuk menyampaikan taklimat.

Terima kasih diucapkan kepada_____________________________ di atas taklimat


yang telah disampaikan sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati Encik Nor
Ahmad bin Mohammad, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis Pejabat Pendidikan
Daerah Lipis untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Nor Ahmad bin Mohammad
di atas ucapan yang telah disampaikan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ucaptama yang akan
disampaikan oleh Yang Berbahagia _____________________________________,
Ketua Sektor,Sektor Pendidikan IslamJabatan Pendidikan Negeri Pahang

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Syukran jazilan diucapkan kepada _____________________________________ di


atas ucaptama yang telah disampaikan sebentar tadi.

Mudah-mudahan kita semua akan dapat mengambil istinbath dan istifadah daripada
ucaptama yang telah disampaikan itu.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sepanjang kita menjalani kehidupan, ada dikalangan kita diuji oleh Yang Maha Esa.
Pastinya kita turut bersimpati di atas apa yang berlaku. Untuk meringankan beban
yang dipikul, mengurangkan kedukaan yang melanda, pihak PEKDIS berbesar hati
ingin meringankan tangan membantu ahli-ahlinya yang berkenaan.
Dengan ini,majlis dengan penuh takzim menjemput Tuan Haji Yazit Bin
Kechik,Ketua Sektor,SPI JPN Pahang Untuk menyempurnakan penyampaian
sumbangan kebajikan.

Terima kasih

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili jawatankuasa multaqa, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada
hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh
keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah
dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Anda mungkin juga menyukai