Anda di halaman 1dari 16

1.

INTRO 1
Berguru demi ilmu,
Bina generasi baharu.

UL Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada pagi ini kita dapat berkumpul
bersama-sama bagi meraikan Warga Pendidik yang disanjungi.

Indah berbalam si awan petang


TA Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
2. INTRO 2
Hadirin yang dirahmati Allah,

UL Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lipis


bagi Tahun 2021.
Saya MOHD ADLAN BIN JALIL,

dan saya ZURAHANA BINTI KASSIM dari PPD Lipis akan bersama2
TA meraikan hari yang bersejarah ini bersama anda semua.
3. INTRO 3

UL Terlebih dahulu, kami mengalu-alukan anda untuk like dan share fb live ini serta
mengisi ucapan di ruangan komen yang disediakan.

TA Dan jangan lupa isi borang splkpm pada pautan yang akan diberikan di akhir
acara nanti.

Istana kota sebelas tingkat,


TA Tempat baharu nakhoda pekan
Sama kata sama sepakat
Hari guru kita raikan.
4. INTRO 4
Sidang penonton sekalian,
Hari guru disambut pada 16 mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam

UL mendidik anak bangsa. Tak kira di mana anda berada. Di bandar, di desa, di rimba, di seberang
lautan, anda lah insan istimewa bergelar GURU.

Ini bertepatan dengan tema hari guru tahun ini iaitu berguru demi ilmu, bina generasi baru.
Walaupun majlis ini diadakan bukan pada 16 Mei kerana kekangan isu pandemik yang melanda
TA negara kita dan peralihan fasa dalam plan pemulihan negara, namun kita tetap dapat raikannya
pada hari ini dalam alam maya yang mana menjadi alternatif kepada mana-mana sambutan masa
kini.

Dan Tecer Ana ye, sebenarnya kita masih lagi dalam mood hari guru kerana pada hari kelmarin iaitu

UL 5 Oktober merupakan HARI GURU SEDUNIA yang dicetuskan oleh pihak UNESCO sebagai
memperingati ulang tahun Cadangan ILO / UNESCO berkaitan profesion perguruan.
5. BACAAN DOA
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titian
Doa dibaca memohon Rahmat

TA
Semoga majlis diberkati Tuhan

Majlis dengan ini menjemput Al Fadhil Ustaz Asyraf bin Lokman, Penolong PPD Sektor
Pengurusan Sekolah untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

(VIDEO USTAZ)

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
6. UCAPAN PERASMIAN TUAN PPD

Bagi meneruskan acara, pihak majlis dengan takzimnya mempersilakan Tuan Amin
Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lipis bagi

UL tahun 2021. Dipersilakan…


(UCAPAN TUAN PPD)
Terima kasih tuan, atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Tecer Ana, jika diimbas kembali perjalanan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
Lipis, tahun ini merupakan tahun kedua kita sambut secara alam maya.

TA Betul ustaz,Moga-moga tahun depan dapatla kita sambut secara bersemuka


pula..In shaa Allah
7. Ikrar dan lagu
Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan bacaan ikrar yang akan diketuai oleh Tuan PPD En

TA Amin Nollah bin Lateh, Timbalan2 PPD Daerah Lipis, Pengerusi MGB dan Yang Dipertua MPSM
Daerah Lipis serta persembahan nyanyian lagu keramat Kami Guru Malaysia oleh warga
Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Sama2 kita saksikan.

(VIDEO IKRAR DAN LAGU)

Lagu keramat Kami Guru Malaysia ini memang ada aura tersendiri. Sudah berpuluh tahun
TA dinyanyikan tak pernah rasa jemu walaupun ada lagu-lagu terbaru berkaitan hari guru
diterbitkan.

UL Betul tu Tecer Ana,terasa rindu nak menyanyi di atas pentas sekolah bersama-sama rakan guru
yang lain.
8. PEMENANG PERTANDINGAN
Sepanjang tahun 2021 ini, bagi meraikan semua guru dalam daerah kita, pihak penganjur
telah mengatur beberapa pertandingan seperti ecatur, edeklamasi sajak,etilawah dan
pertandingan tik tok. Kami sendiri tidak menyangka bahawa sambutan yang diberikan oleh
para guru amat mengagumkan. Sememangnya bakat luar biasa yang ditampilkan tidak
UL dapat kami nafikan. Tahniah atas kerjasama dan kegigihan semua guru yang terlibat.

Untuk makluman semua, amat sukar untuk memilih pemenang kerana anda semua adalah
pemenang di hati kami.

Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk kami umum kan senarai nama para
pemenang bagi setiap pertandingan yang dianjurkan. Jom Sama2 kita saksikan:
(baca semua nama di skrin)

Tahniah kami ucapkan untuk semua pemenang.Untuk makluman sidang penonton, majlis
penyampaian hadiah telah diadakan pada 5 Oktober yang lalu secara pandu lalu di
perkarangan PPD Lipis.
9.PERSEMBAHAN SAJAK DAN
NYANYIAN
Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
TA Persembahan istimewa penyeri majlis
Semoga hadirin terhibur di hati

Meneruskan acara, mari sama-sama kita saksikan persembahan johan


TA edeklamasi sajak Puan Lily Ashidayanti binti Kadni dari SMK Seri Lipis
dan juga nyanyian merdu dari Puan Wasilah binti Muhammad dengan
lagunya Doa untuk Wira. Dipersilakan.
10.ANUGERAH IKON
Hadirin hadirat sekalian,
Profesion sebagai seorang guru sangat istimewa. Guru-guru mempunyai
kepakaran dan sumbangan tersendiri dari pelbagai bidang yang mana ianya
UL sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, bagi
menghargai kepakaran dan sumbangan guru-guru kita di dalam dunia
Pendidikan, pihak penganjur berbesar hati memilih seramai 10 orang guru
untuk menerima Anugerah Ikon Guru dan Anugerah Khas Pendidikan
sempena sambutan hari guru kali ini.

Sebelum itu, pihak majlis mempersilakan Tuan Amin Nollah Bin Lateh,
Pegawai Pendidikan Daerah Lipis untuk menyampaikan anugerah.
10.1 PENYAMPAIAN ANUGERAH IKON
GURU
Dengan ini diumumkan penerima..
1.Anugerah Ikon Guru Inovatif PdP kategori PDPR
Ahmad Azri Bin Khaled, SK Wan Ibrahim
2. Anugerah Ikon Guru Unit Beruniform
TA Hazimi Bin Hamidon, PPD Lipis
3.Anugerah Ikon Guru Sukan
Mohd Fairus bin Rahim, SK Chat
4.Anugerah Ikon Guru Kokurikum
Radziey Zaidi Bin Zainuddin, PPD Lipis
10.2 ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN
Dengan ini diumumkan pula penerima..

Anugerah Khas Pendidikan Muhammad Hafiz bin Mohd Zakri SK Titom


Kesukarelawanan
Anugerah Khas Pendidikan Haziman bin Yamin SK Wan Ibrahim
Pendidikan Khas
Anugerah Khas Pendidikan
UL Orang Asli/Peribumi Nik Noradilla binti Zakaria SK Lanai

Anugerah Khas Pendidikan Nik Dina Nafyza bt Nik Hussin SK Tempoyang


Pra Sekolah
Anugerah Khas Pendidikan Fauziah Mat Datar SMK Padang Tengku
(STEM)
Anugerah Khas Pendidikan Khairun Nida binti Abd. Majid SMK Padang Tengku
(TVET)
Terima kasih Tuan Amin atas penyampaian anugerah sebentar tadi.
11.BACA KOMEN FB
• Tecer Ana, sebelum kita sampai ke acara kemuncak, apa kita kita ambil sedikit masa untuk
UL tinjau komen2 di FB Live dan bacakan beberapa ucapan dari para penonton kita..

(Teacher Ana baca)


Komen 1:

TA Komen 2:
Komen 3:
Komen 4:
Komen 5:

Itu dia tadi antara komen-komen yang sempat dibacakan, terima kasih kepada semua
UL penonton kerana masih setia menyertai FB Live pada hari ini.
Baiklah tecer ana, ada peluang nanti kita tinjau lagi..jom kita teruskan acara..
12. ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN
Para Guru Kami kasihi, pasti kita akan ingat bait2 puisi indah karya Usman Awang:
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar

TA
Ibarat bunga kembang tak jadi

Untuk itu, kita saksikan, bersama-sama video ucapan penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Guru
bagi tahun 2021
(VIDEO)
Ucapan siti nurhaliza
Agak istimewa dan bertuah Cikgu Syed kali ini kerana bekas anak murid yang merupakan penyanyi
Nombor 1 negara turut berkesempatan menyampaikan ucapan tahniah. Mari sama-sama kita
saksikan.
13.ANUGERAH TOKOH GURU
Baiklah tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama kita saksikan pula video ucapan penerima
Anugerah Tokoh Guru bagi tahun 2021. Dipersilakan..
(TAYANGAN VIDEO)

Hadirin hadirat sekalian,

UL Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tuan Amin Nollah Bin Lateh, Pegawai
Pendidikan Daerah Lipis untuk menyampaikan hadiah dan mock cek kepada Tokoh-tokoh guru.
Dengan bangganya diumumkan Tokoh Kepimpinan 2021 dianugerahkan kepada Tuan Syed Mohamad Bin
Syed Agil.Dipersilakan..
Dan dengan bangganya juga diumumkan Tokoh Guru 2021 dianugerahkan kepada Tuan Shaaban Bin
Jaafar.Dipersilakan..
------------------------------------
Tahniah kepada kedua2 tokoh Kepimpinan Guru dan Tokoh Guru daerah Lipis tahun 2021. Jasamu tetap
dikenang.Moga Allah balas jasa baik kalian.
14. PENUTUP
Ustaz Lan, kita sudah sampai penghujung acara.Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun..

TA
Tuan Putri pergi ke Kuah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Sebagai penutup, sekali lagi, kami dari PPD LIPIS, ingin mengucapkan, Selamat Hari Guru untuk
semua warga pendidik walau di mana jua anda berada. Terima kasih buat para penaja iaitu

UL Pejabat Menteri Besar Pahang, Bank Rakyat Kuala Lipis, MPSM Lipis,MGB Lipis, KGMB
cawangan Lipis dan En Tafri Bin Mohd Amin..Hingga berjumpa lagi, wabillahi taufiq wal
hidayah.Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai