Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah, Engkau lah yang** maha

Berkuasa atas segala2nya. Kami


bersyukur kepada Mu yang telah
memberikan kami nikmat dan rahmat
sehingga dapat kami berkumpul pada
hari ini.

Ya Allah, hak milik Engkau


jualah segala yang ada di langit dan
di bumi. Engkau mencipta apa
yang Engkau
kehendaki.
Engkau mengurniakan
anakanak perempuan kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki dan mengurniakan
anak-anak lelaki kepada sesiapa yang
Engkau
kehendaki. Sesungguhnya
Engkau lah yang Maha Mengetahui
lagi Maha Berkuasa..

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa


kami, samada dosa yang besar atau
dosa yang kecil, samada dosa yang
tersembunyi atau yang nyata, samada
dosa yang kami sengajakan atau
kerana kejahilan kami. Ya Allah,
terimalah taubat kami sebagai taubat
nasuha, sesungguhnya Engkau maha
pengasih, maha penyayang lagi maha
pengampun.

Ya Allah, kami bersyukur kepada Mu


yang telah mengurniakan seorang
anak
lelaki/perempuan
kepada
pasangan ini(sebut nama kedua ibu
bapa kanak-kanak). Ya Allah,
Engkau kurniakan lah kepada kedua
ibubapa ini hidayah, petunjuk dan
taufik Mu agar mereka berdua dapat
menjalankan amanah yang Engkau
berikan kepada mereka ini dengan
keimanan dan takwa kepada Mu. Ya
Allah, kurniakan lah kepada mereka
berdua kekuatan dan keyakinan untuk
mendidik dan membesarkan anak
mereka ini sebagai hamba yg taat dan
patuh kepada perintah2 Mu. Ya Allah,
Engkau bimbing lah mereka berdua
diatas jalan yang Engkau redhai.

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa


ibubapa kami, dosa pasangan kami,
dosa anak-anak kami,dosa seluruh
ahli keluarga kami, dosa guru-guru
kami serta dosa sekelian kaum
muslimin dan muslimat, mukminin
dan mukminat, dengan rahmat Mu ya
Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi
maha penyayang.

melainkan kepada Engkau sematamata, maka Engkau tukarkan lah


sapertimana Engkau menukarkan
malam kesiang dan siang ke malam,
segala keburukkan itu dengan segala
kebaikan, segala kesulitan dengan
kemudahan,
segala
penderitaan
dengan
kebahagiaan,
segala
kegagalan dengan kejayaan, segala
kemudharatan dengan kesejahteraan
dan segala kehinaan dengan pujian.

Ya Allah, rahmati lah anak kecil


ni ( sebutkan nama kanak-kanak ).
Sesungguhnya telah Engkau catatkan
segala2nya untuk kehidupannya,
baiknya,
buruknya,
rezekinya, hidupnya, matinya dan
segala2nya yang Engkau lebih
mengetahuinya. Ya Allah, jika
keburukannya lebih banyak dari
kebaikannya, kami memohon kepada
Engkau ya Allah,Maha Suci Tuhan
yang ArasyNya terletak di langit,
yang memperlihatkan kekuatanNya di
bumi, yang menjalankan segala
lautan,
yang
meperlihatkan
kekuasaan. dan pemerintahan di api
neraka,
yang
meperlihatkan
rahmatNya di dalam syurga, yang
telah mengangkat tujuh petala langit
dan menetapkan tujuh petala bumi
dengan kudratNya, Maha Suci Allah,
yang tidak ada tempat untuk
bergantung dan tidak ada tempat
untuk
meminta
pertolongan

Ya Allah, selamatkan anak kecil ini


dan Engkau peliharalah hatinya,
matanya,
telinganya,
mulutnya
tangannya, kakinya dan seluruhnya
anggotanya daripada
gangguan
syaitan yang direjam dan bala
tenteranya.
Ya Allah, kurniakanlah lah kepada
anak kecil ini iman yang sempurna.
Kesihatan
tubuh
badan
yang
berterusan, dilapangkan rezekinya
seluas langit dan bumi. Memiliki budi
pekerti yang baik dan akhlak terpuji.
Menjadi hamba yang sentiasa taat dan
patuh kepada perintah2 Mu. Menjadi
anak yang soleh kepada kedua
ibubapanya.

Anda mungkin juga menyukai