Anda di halaman 1dari 1

Doa dibaca sebelum berbuka puasa

Rasulullah bersabda:

:

.

Dan perbanyakkanlah pada bulan ini 4 perkara: 2 perkara yang dengannya kamu
meredhakan Tuhan kamu dan 2 perkara lagi tidak boleh tidak kamu sangat berhajat
kepada keduanya. Maka adapun 2 perkara yang dengannya kamu meredhakan Tuhan
kamu iaitu syahadah bahawa tiada Tuhan selain dari Allah dan kamu memohon
keampunan daripada-Nya. Dan adapun 2 perkara lagi tidak boleh tidak kamu sangat
berhajat kepada keduanya, maka kamu memohon syurga kepada Allah dan memohon
kepada-Nya agar dijauhkan daripada neraka.

(Ditakhrijkan oleh Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya. Beliau meletakkan hadith ini dalam: Bab:
Kelebihan Bulan Ramadhan jika hadithnya shahih. Diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi, Abu
Syaikh Ibn Hibban. Ia juga disebutkan oleh Al-Hafiz Syaikh Dhiyauddin al-Maqdisi dalam As-
Sunan wa al-Ahkam, 3/400 dan Syaikh Zakariya al-Kandahlawi dalam Fadhail al-Amal)

Berdasarkan hadith ini, para ulama berijtihad dan menganjurkan untuk mengamalkan
doa ini sebelum berbuka puasa ketika mengadap hidangan/ makanan kerana ia adalah
waktu yang mustajab untuk berdoa. Bacaannya:



.
ASYHADU AL LAA ILAAHA ILLALLAAH, ASTAGHFIRULLAAH, ALLAAHUMMA INNII
ASALUKAL JANNAH, WA AUUZU BIKA MINANNAAR

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain dari Allah dan aku memohon keampunan
daripada Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu syurga dan aku
berlindung dengan-Mu daripada neraka.

* Amalan ini diijazahkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkannya. Silakan untuk
dipanjang-panjangkan agar lebih luas manfaatnya.

Al-Faqir ilalLah,
Ustaz Muhadir bin Haji Joll,
Ramadhan 1434H

Anda mungkin juga menyukai